ANALISIS:PIHAK KESELAMATAN JANGAN MENUNGGU ROSAK BARU BERTINDAK, IKUT CARA DOKTOR CEGAH SEBELUM PARAH

Posted on
  • Rabu, 4 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in
  • ANALISIS= KENAPA POLIS SINGAPURA SANGAT CEKAP

    1. Di negara kita pelbagai peristiwa pahit pernah melanda kehidupan aman rakyat Malaysia, antaranya Zaman Keganasan Komunis, Zaman Bintang Tiga, Zaman Rusuhan 13 Mei 1969, dan beberapa modus operandi barat yang menyusup masuk ke negara-negara Islam di Timur Tengah seperti Demonstrasi di Mesir, Libya, Yaman dan kini di Syria semuanya bertujuan satu sahaja, menjatuhkan kepimpinan di negara tersebut dan seterusnya mereka yakni orang barat menjajah semula negara tersebut, seterusnya mengaut semula kekayaan minyak di negara-negara tersebut.

    2. Di negara kita Malaysia, percobaan negara-negara barat seperti NGO-NGO dari negara-negara Barat dan Amerika mencuba berkali-kali untuk menjatuhkan kerajaan negara kita, dengan tujuan menaikkan orang yang mereka fikir akan mudah mengikuti telunjuk mereka. Paling konsisten ialah peneraju Al Gore Pejuang Hak Gay di Amerika , sejak 1998 hingga kini berterusan memberi sokongan kepada pembangkang di Malaysia dengan tujuan mengharu-birukan negara kita. Amerika sendiri mengakui NGO-NGO mereka telah menyumbang berjuta-juta dolar di seluruh dunia untuk mengubah kerajaan dan memberi dana kepada pihak pembangkang, termasuk kepada Anwar di Malaysia. Bukan kita cakap, Amerika sendiri yang cakap. Bacalah laporan akhbar-akhbar dari Amerika dan Reuters, masuk saja dalam Google dan search saja berita itu.

    3. Kenyataan Raja Petra Kanarudin minggu ini, amat mengguris dn menyentak jiwa mereka, sama ketika Ezam keluar PKR menyertai UMNO, mereka semua terkejut, rupa-rupanya di tengah-tengah mereka merancang, Allah S.W.T. memberi petunjuk kepada mereka, betapa bahayanya DAP kafir harbi jika diberi peluang memerintah. Akhirnya RPK membongkar sifat Anwar, RPK kata, anda harus memilih dua, terus menjadi Gay atau buat kerja lain. RPK kata Anwar sudah tidak releven. Bagi kita, baru tahukah Anwar sudah tidak releven.

    4. Azmin Ali, dan beberapa perancang 901, dalam dua tiga hari terus-menerus memperhebatkan gerak kerja mereka yang terakhir sebelum keputusan Hakim Mahkamah pada 901. Banyak tujuan mereka, antaranya mereka sudah tahu Anwar memang meliwat dan tidak mampu menjawab soalan-soalan mempertahankan diri, kecuali kehebatan Anwar bermetafora dan berbunga bahasa di kandang tertuduh, Lalu mereka sudah sendiri memutuskan Anwar akan dipenjara. Mereka sendiri yang membuat keputusan. Lalu diserunya pelajar-pelajar yang mudah dipengaruhi supaya merusuh dan merosakkan negara ini dengan harapan rusuhan akan berlaku di seluruh negara menjelang kes Adam menurunkan bendera gambar PM, merusuh di UPSI dan seterusnya sehingga demonstari merosakkan negara pada 901.

    5. Isunya, kenapa pihak Polis atau Tentera yang merupakan dua elemen menjaga keselamatan negara tidak bertindak sebelum 901? Kenapa mesti menunggu 901? Atau bahasa mudahnya, kenpa menunggu sehingga ada orang yang akan cedera atau mati baru hendak bertindak? Kenapa hendak menunggu demontrasi gila yang pihak polis sendiri tak mampu kawal baru hendak bertindak? Apakah sengaja mahu para wartawan luar mengambil gambar dan seterusnya memburukkan negara ini? Kenapa tidak sekarang? Kenapa tidak gunakan cara doktor, jika kaki dia sudah ada tanda-tanda kencing manis yang sangat terok, yang akan merebak, potong sebelum ia merebak ke lutut dan seterus membunuh si tuan punya diri? Para doktor sudah pasti akan mengambil risiko menyelematkan orang itu daripada membiarkanb kudis dan kuman itu membunuh dirinya.

    6. Maka itu, pihak keselamatan, jika mereka melanggar undang-undang, jika mereka mereka merancang mengharu-birukan negara ini, bertindak sekarang, ramai orang lagi mahu hidup aman, mahu berniaga, mahu mencari sesuap nasi, bukan mereka hendak sangat berdemonstrasi itu melainkan hasutan-hasutan subversif dari dalam dan luar negeri. Pihak polis sendiri berkata, rusuhan di UPSI didalangioleh pihak pembangkang. Maka, kenapa tidak bertindak segera. Nampaknya pasukan keselamatan kita perlu belajar daripada pasukan keselaman negara jiran Singapura. Di Singapura, ambil lah contoh ringan...apabila ada Rancangan Talk Shaw dan seseorang diluar sana menelefon Ahli Panel dengan tujuan unuk mengkritik Kerajaan Singapura, beberapa saat sistem keselamatan audio mereka akan menyekat dan memotong panggilan telefon itu. Di Malaysia, kita menggunakan sistem sudah rosak baru bertindak, sudah terbakar baru bertindak, sudah mati baru bertindak.

    7. Sebab itulah, kes-kes orang ramai sudah kurang respect dengan pihak polis menjadi-jadi. Perhatikanlah Tian CHua, apakah dia menghormati pihak polis. Sorry, walaupun dia pernah menipu bulat-bulat rakyat Malaysia semasa kes superimposed gambar PM dengan Altantunya, dia langsung tidak hormat kepada pihak polis. Baginya, tangkap dia tangkaplah, angkat dia angkatlah, demonstrasi mesti diteruskan. Kini dia semakin agak tua, maka dia menggunakan anak-anak muda yang berjiwa memberontak. Maka itu, kenapa tidak tangkap saja para perosak negara ini. Azmin setiap malam berucap menghasut rakyat sertai demonstari. Kenapa tiada tindakan? Sesekali perlu ada Operasi Lalang, sesekali PDRM perlu tegas? Bertindaklah seperti Pasukan Keselamatan Singapura, jangan peduli apa mereka cakap, pedulikan keselamatan keamanan dan kebahagiaan anak-anak orang tua yang tidak suka huru-hara!

    Moto Polis Singapura, Mereka Bertindak Sebelum Bertindak

    8. Sekian dahulu, mesejnya mudah, bertindaklah sebelum arang menjadi abu. Di Singapura, jika anda mengeluarkan TIGA PERKATAAN mengkritik PM Singapura dan kerajaannya, itu jam juga anda sudah dijail! Baca seterusnya di dalam Memoir Lee Kuan Yew, katanya untuk memajukan Singapura, kita mesti lemahkan pembangkang, buang pembangkang, jangan bagi hidup pembangkang, saman mereka, sumbat mereka dalam penjara, tidak mengapa kata Lee Kuan Yew...yang pentoing Rakyat Singapura yang lain boleh hidup aman, bahagia dan maju.

    0 comments:

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger