Ahli majlis Gerakan cetuskan kontroversi di Youtube
Jarang sekali bagi video di internet yang membabitkan ucapan ahli-ahli politik BN mendapat saambutan, tetapi tidak bagi seorang pendatang baru dari Gerakan yang berjaya memecahkan trend itu.
Video ucapan selama 20 minit dalam bahasa Kantonis oleh Ceylyn Tay yang juga ahli Majlis Bandaraya Ipoh pada majlis makan malam 1Malaysia pada 7 Januari lalu bertempat di Ipoh mendapat sambutan laur biasa.
Semua ini gara-gara mesej berbaur perkauman yang dibawanya. Dalam video itu, Tay membidas Pakatan Rakyat, yang antara lain berhujah bahawa kelahiran gabungan itu telah membawa kepada "sistem dua parti" yang menyebabkan perkauman di negara ini semakin buruk. Oleh itu, katanya Malaysia tidak perlu ada sistem dua parti.
Klip video asal di YouTube itu dimuat naik oleh pengguna TalkEastTalkWest tetapi telah dikeluarkan petang semalam selepas disaksikan kira-kira 16,000 kali.
Sejumlah 1,237 orang yang menonton ucapan itu memberikan video itu ‘thumbs down' atau tidak menyokongnya berbanding hanya 24 orang yang memberikan 'thumbs up'.
Bagaimanapun beberapa jam selepas video berkenaan dikeluarkan, beberapa salinan klip video mula dimuat naik semula oleh pengguna lain di YouTube dan turut dikongsi oleh orang ramai melalui laman web rangkaian sosial yang lain.
Penonton terus mencemuh Tay pada seksyen komen video itu dan ada juga yang membina halaman Facebook khas bertujuan mengutuk video berkenaan.
Tay juga dilabelkan sebagai "Ms Equality" kerana pada ucapannya beliau dilaporkan berkata masyarakat Cina tidak boleh mengharapkan layanan yang sama di negara ini kerana mereka adalah golongan minoriti.
Ketika dihubungi lewat petang semalam, Tay mempertahankan ucapannya dan menyelar pengkritiknya yang "cetek" kerana gagal memahami hujah-hujahnya sebelum melancarkan serangan terhadap beliau.Laga-lagakan Cina
Katanya, golongan itu gagal memahami subjek berkenaan tersebut dan bahawa merekahanya meniru komen-komen terdahulu yang lain.
"Saya tidak mempunyai peluang (di pentas) untuk menerangkan lebih jelas dengan apa yang saya perkatakan," keluhnya merujuk kepada ucapan kontroversi itu.
Walau bagaimanapun, Tay percaya bahawa kebanyakan hadirin yang dianggarkan berjumlah 3,000 orang pada majlis makan malam itu menerima baik ucapannya. Katanya, ada di antara mereka telah menjawap kepada beberapa pengkritik Facebook bahawa kebebasan bersuara perlu dihormati.
Dalam klip video itu, Tay menuduh DAP cuba melaga-lagakan masyarakat Cina dengan menggunakan strategi menggesa pengundi untuk menghukum Umno dengan menyingkirkan MCA dan Gerakan.
"Tetapi orang ramai tidak melihat kepincangan logik ini - A melakukan suatu jenayah, B dihukum dan C pula digunakan untuk menindas A. Apakah ini kena mengena dengan B?" soalnya.
Mengenai slogan 1Malaysia, Tay berkata masyarakat Cina di negara ini perlu bersikap realistik kerana orang Melayu merupakan golongan majoriti, dengan itu kesaksamaan tidak boleh diharapkan.
Kenapa MyMassa kata Cina Malaysia gagal terima hakikat kerana setiap kali video ini dimuat naik ke internet, banyak komen negatif yang diterima dari masyarakat Cina.
Mungkin ini satu indikator bahawa majoriti masyarakat Cina akan menyokong pembangkang dalam PRU akan datang.
Jika benar, YAB PM dan Kerajaan perlu kurangkan bantuan-bantuan yang bernilai puluhan sehingga ratusan juta peruntukan kepada masyarakat Cina. Tumpuan perlu diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera.
Bagi kat Cina pun belum tentu undi BN, kenapa perlu membazir?





4 comments:
Apa alasan sekalipun cina tetap memilih bangsa cina. . .Melayu walaupun tidur sebatal. .Namun justifikasi bangsa melayu tetap tidak dapat dihati orang cina meskipun puluhan tahun tanah kubur tok nenek mereka tertanam diMalaysia.
Persoalan kenapa orang cina menyokong komunis. .Dan juga ideologi Sun Yat Sen yg membebaskan Taiwan dari China telah mengajar bangsa cina Malaysia mahukan sebuah jajahan cina diseberang tembok. .Bahawa cina dari golongan bawahan semasa keluar dari china dapat hidup mewah dan mempunyai negara sendiri spt Singapura dan Taiwan.
Kesimpulan Cina memilih kaum Cina kerana bangsa. ,
Betul, cina ttp akan undi cina. Tp knp Umngok yg di undi org Melayu, knp sanggup gadai Felda pd cina Le Kuan Yu,
jual rezab tanah melayu kat cina singapore.
buang kekebalan raja2 melayu
tarik royalti utk negri2 majoriti melayukelantan n tganu
suruh blajor math sain bhasa inggeris ganti bhasa melayu
benarkan org cina/bkn melayu beli TH Plantation yg 100% asalnya utk melayu
jual tanah melayu wilayah iskandar utk cina sgpore
bubar kementerian pmbgnn ushawan yg brperanan majukn peniaga melayu
Dah tau cina undi cina, knp Umno melayu semua nak bg kat cina?
Kan kerja bodoh namanye. Bute lg nak sokong umno.
komen standard panchacai DAP yang menganut ajaran khawarij hamPAS.
malas nak jawab sebab fitnah meliar tiada bukti.
tak paham sebenarnya apa isu yang dibangkitkan.cuma terfikir kalau PAS memerintah pun, adakah semua perkara yang Cina berjaya pegang itu akan dirampas kembali.
Dalam keadaan telor digenggam DAP, semua itu hanya tinggal mimpi...
yg komen tu baru habis kursus sibertruper pas hujung tahuh lepas. tu yang meliar tidak tentu arah mengomen hal yang parti sendiri tengah dok sibuk buat tu...
Catat Ulasan