Alhamdulillah. BOBOI masuk UMNO.

Posted on
  • Rabu, 4 Januari 2012
  • by
  • MymassaVoice
  • in


  • Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau akan menyertai UMNO.

    Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun Salim Bachik berkata, penyertaannya di dalam parti itu adalah hasil perbincangannya dengan ramai sahabatnya sebelum ini.

    Sehubungan itu beliau akan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli petang ini juga.
    ” Ya, saya berhasrat untuk menjadi ahli UMNO dan akan ke PWTC untuk menyerahkan borang,” katanya pada Mynewshub.My di sini hari ini.
    Rakan dan juga sahabatnya Bob Lokman juga sebelum ini memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.

    Ironinya, kedua-dua mereka pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.

    Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.
     
    Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

    Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

    Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

    Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng. -mynewshub

    Kredit kepada blogger 1Peluru

    Pernah suatu ketika dahulu puak-puak fuckatan mendabik dada dengan dakwaan satu masuk UMNO, seribu lagi masuk PAS.

    Tapi setakat sekarang ini, nampaknya hanya Bob Lokman yang berdosa sahaja yang masuk PAS. Selebihnya, otai-otai artis semuanya masuk UMNO.

    Perkembangan ini sebenarnya satu perkara yang sangat baik buat UMNO, kerana pertama sekali, parti tersebut berjaya memikat penyertaan anak-anak seni yang berbakat dan berkualiti yang pernah negara hasilkan.

    Dan keduanya, penyertaan mereka akan turut membawa gelombang sokongan pengundi atas pagar yang menjadi peminat mereka kepada UMNO. Alhamdulillah.

    * Juara MLM, Os juga merupakan seorang fanatik UMNO. Pernah terlibat aktif berkempen untuk BN ketika PRK Batang Ai, Sibu dan PRN Sarawak.

    1 comments:

    Tanpa Nama berkata...

    Sesuai sgt la diorg ni jadi contoh kepada anak2 kita.

    Catat Ulasan

    Catatan Terkini

     
    Powered by : Blogger