![]() |
| Gambar hiasan. |
Blogger: 'Wartawan gay' dedah isu beli belah Rosmahhttp://www.malaysiakini.com/news/187463
4:02PM Jan 25, 2012
Penulis blog pro-Umno hari ini mula tampil mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja mewah semasa lawatannya ke Australia pada awal tahun ini.
Salah satunya disuarakan blog pisau.net yang turut menyerang penulis pojok akhbar Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay."
"Apa saja yang ada kaitan dengan Pakatan mesti gay. Isu terbaru yang memfitnah Datin Seri Rosmah, berkokok sakan seantero dunia Pakatan membawa berita.
"...Rupa-rupanya sumber berita seluruh haprak Pakatan dari seorang wartawan gay dan paling teruk di Australia," tulisan di blog itu dipetik.
Tulisan itu juga menyatakan bahawa Hornery merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita.
Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan "wartawan paling teruk" Australia – www.australiasworstjournalist.com.au.
Laman tersebut antara lainnya mendakwa Hornery tidak menulis semula fakta dengan tepat dalam tulisannya.
Kandungan blog berkenaan turut disebarkan oleh bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin dan juga unit perang siber Umno, Unit Media Baru di laman Twitter.
Tulisan berkenaan timbul selepas Hornery mempertahankan dakwaannya hari ini bahawa Rosmah telah berbelanja mewah semasa lawatannya ke negara itu.
Rosmah semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Ini bukan kali pertama Malaysiakini keluarkan berita dari wartawan gay.
Jika pembaca ingat,Malaysiakini pernah menyiarkan artikel dari wartawan gay Perancis.
http://www.malaysiakini.com/news/99621Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelabSebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.
Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.
Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.
Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Itulah hakikatnya bahawa Malaysiakini memang pro wartawan gay. Dan kebanyakan wartawan gay ini adalah RATU PROPA. Hanya pandai buat gosip. Langsung tiada bukti kukuh menyokong artikel mereka. Peliknya, sampai sekarang Malaysiakini tidak pernah minta maaf walaupun mereka memetik dari sumber-sumber yang langsung tiada kredibel.
*Macam ada satu konspirasi, kebanyakan wartawan gay akan pro Anwar Ibrahim. Kenapa ya?


Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.
Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.



0 comments:
Catat Ulasan