Pas jangan banyak cakap - SMM
Tarikh : December 31, 2011KUALA LUMPUR- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengingatkan parti politik dari Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas supaya diam dan tidak banyak cakap dalam isu melibatan mahasiswa terutamanya mengaitkan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.Presidennya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, sebelum ingin menjadi hero dalam isu Adam Adli, beliau memberi peringatan kepada Pas supaya tidak lupa pada lima orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Insaniah (Kuin), Kedah."Kita beri peringatan kepada semua parti politik, khususnya PR dan Pas yang tiba-tiba menyuarakan sokongan dalam isu Adam Adli dengan mengatakan 'takkan biar mahasiswa keseorangan'."Tetapi sebelum itu, jangan lupa kes lima mahasiswa KUIN yang digantung belajar yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi Kuin. Mana suara orang-orang Pas pada ketika itu?," soal Syukri.Beliau berkata demikian selepas menjadi salah seorang ahli panel dalam Dialog Orang Muda anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) hari ini.Tambahnya, apa yang cuba disampaikannya untuk melihat sejauhmana Pas bertegas dengan dasar parti yang inginkan kebebasan."PR dalam buku jingganya berjanji akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tetapi mana janjinya? Seorang pun tidak membela apa yang terjadi pada lima mahasiswa Kuin itu," katanya.Mei lalu, lima mahasiswa Kolej Univerisiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi berhubung isu Tahfiz. Demonstrasi tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi (Asrama pelajar Tahfiz).Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz. Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.Sementara itu, Syukri turut menegaskan bahawa SMM merupakan sebuah persatuan pelajar yang berkecuali dari mana-mana parti politk.Katanya, atas prinsip rakyat, mahasiswa bersepakat bahawa gerakan mereka tidak akan terlibat dalam politik dan akan bersuara terhadap mana-mana parti."Kita akan duduk di atas dan akan melihat dari bawah kesemua parti. Kami juga akan lantang bersuara tanpa mengira parti," katanya. - Sinar Harian
Lakonan. Inilah pendapat kami apabila SMM mengeluarkan kenyataan menempelak PAS agar tidak mengambil kesempatan politik di atas populariti mereka.
Sebabnya? Kami melihat SMM dan Adam Adli ini tidak ubah seperti ABIM dan persatuan-persatuan pelajar yang pernah diterajui Anwar sekitar tahun 70-an dahulu. Seolah-olahnya kini wujud satu perancangan khusus untuk mengangkat seorang budak Melayu yang belum habis belajar untuk menggantikan Anwar yang bakal check in ke River Bamboo Resort 9 Januari ini.
Dalam pada kita semua sibuk ternanti-nanti apakah tindakan seterusnya daripada Jambu-jambu Anwar ini, ramai yang terlepas pandang bahawa sejarah sebenarnya sedang cuba diulang oleh Anwar dan konco-konconya. Skrip-skrip lazim seperti kekejaman polis dan undang-undang zalim dijadikan azimat untuk menghasut lebih ramai rakyat untuk menentang Kerajaan. Master Game Plan Anwar ini tidak sukar untuk dibaca. Hasut seramai mungkin rakyat untuk membenci Kerajaan.
Dan apabila perasaan menyampah sudah tersemat bersemadi, mata hati akan buta untuk melihat kesilapan diri dan pihak satu lagi iaitu Anwar dan fuckatan. Dan disebabkan kerana itulah puak-puak PAS begitu galak merobohkan masjid dalam pada DAP terus MEROGOL hak orang Melayu dan Islam. Mereka hanya perlu terus membakar api kebencian terhadap BN untuk menutup dosa-dosa sendiri!
Cuma apa yang menarik untuk direnungkan di sini adalah, bagaimanakah kaedah Anwar memilih penggantinya ini? Apakah pengganti itu juga perlu mempunyai karakter dan kegemaran yang sama seperti beliau? Jika benar begitu, maka nantikanlah kes LIWAT dan skandal seks daripada UPSI tidak lama lagi!






1 comments:
Aku xpaham betul la.. Dulu kate Anwar meliwat... Tp yg kena liwat kate tak pulak.. Sekarang kata Anwar meliwat lagi... Ini mmg blog meliwat ke ape?
Catat Ulasan