Rabu, 30 November 2011

PANAS: PAS Kini Mengaku Parti Mereka Assobiyah.

4
Akibat penangan PAU 2011.



KUALA LUMPUR, 30 Nov: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang nombor 2 negara yang mempunyai daya fikir intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, semasa merasmikan serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam tadi, Muhyiddin meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan Umno bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul,” ujarnya kepada Harakahdaily.

PAS, tegasnya akan menggantikan Umno untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa ‘belasahan’ Umno.

Jadi, tambahnya Umno sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.

“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati,” katanya lagi.

Menurutnya, Umno sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi sebaliknya bersifat munafik semata-mata.

Mohd Sany berkata, sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum syariat Allah Taala di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa.

Beliau menambah, Jabatan Pilihanraya DPPM turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang.

Katanya lagi, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat Umno kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang perhimpunan Agung Umno ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya.

Oleh itu, ujarnya, pihaknya meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti Umno dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat.

Selain itu, kata beliau, pihaknya mengarahkan jentera pemuda di semua peringkat untuk membuat laporan polis di atas kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno yang bersifat menghasut dan menimbulkan kebencian orang Melayu untuk terhadap orang-orang bukan Melayu dan orang-orang yang bukan beragama Islam.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6779-jihad-lucunya-kenyataan-muhyiddin

Takut jugak PAS dengan sokongan pengundi Melayu. Dulu cakap perjuangkan bangsa ni ASSOBIYAH. Sekarang ni PAS sendiri mengaku nak perjuangkan bangsa Melayu

Ingatkan dah kuat sangat dengan bergantung pada undi Melayu.


*Tahniah YAB TPM. Ucapan YAB berjaya membuatkan PAS terkencing. Kalau nak ikut prinsip, PAS ni dah lama amalkan ASSOBIYAH. Cuba tengok pengakuan Nik Aziz ni.

GEMPAR: Milosuam Diliwat Gay Penyokong Seksualiti Merdeka!

0

Tahniah Blogger Panglima Harimau kerana berjaya mengkantoikan Milosuam.

 

Panas Berapi..!! Bukti Blogger Bapuk MiloSuam Kaki Fitnah..

Dah lama rasanya Panglima tak update blog. Maklum la, pergi honeymoon. Masa Panglima tengah duk baca blog-blog politik milik pembangkang, Panglima terbaca la satu artikel di blog MiloSuam berkenaan budak-budak bawah umur yang memakai baju kuning dan membawa banner menyokong Seksualiti Merdeka semasa perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia [Sini]. Tengah seronok Panglima baca fitnah yang si blogger MiloSuam ni karang, ada satu perkara pelik yang Panglima ternampak dengan izin Allah.

Menurut blogger MiloSuam, budak-budak bawah umur ini memang sengaja menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong Seksualiti Merdeka" (bawa banner). Budak-budak bawah umur ini juga dilihat telah membakar baju-baju kuning yang mereka pakai. Dibawah adalah gambar yang diambil di blog MiloSuam.

PAU 2011: Melayu semakin menjauhkan diri daripada UMNO?!!

4
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO



Sesak betul. Macam Pasar Ramadhan Jalan TAR

Ada ulat Tiket dalam PAU 2011 kali ini. Sampaikan ada perwakilan yang terpaksa bersila atas lantai.


VS


KONGRES PKR


Ketua Pemuda KERUSI PKR

Tiket GRAND STAND pun orang bagi FREE sahaja.


Ala apa nak heran, sambut pemimpin negeri pun macam nak tak nak sahaja...


PAU 2011: Agenda Menjana Ekonomi Orang Melayu

1





Perhimpunan Agung UMNO bukan sekadar menjadi medan untuk membincangkan strategi bagi membela nasib dan bangsa orang Melayu dan Islam.

Perhimpunan Agung UMNO juga sebenarnya menjadi medan kepada peniaga-peniaga bumiputera untuk mencari rezeki bonus hujung tahun. Ruang niaga yang disediakan dalam PAU 2011 kali ini juga lebih luas dan selesa, ala-ala Chatuchak Market di Bangkok.

Bayangkanlah setiap kali waktu rehat berpusu-pusu perwakilan ke gerai-gerai untuk membeli-belah. Itu belum campur yang datang ber shopping saja-saja. Memang murah rezeki usahawan Melayu setiap kali UMNO bersidang. Macam bonus tambahan lepas raya.

Inilah rezeki yang Allah SWT kurniakan kerana orang Melayu masih bersyukur dan menyokong UMNO. Bayangkanlah kalau UMNO sudah lama mati. Rasa-rasanya ada peluang tidak kepada peniaga Melayu untuk berniaga dalam kongres fuckatan?

Silap-silap kena roboh gerai lagi agaknya!



Bukti Kezaliman PAS. Saman Parking Sampai RM300.

3
Bukti kezaliman Kerajaan PAS Kelantan.


Mana pergi slogan Negeri Berkebajikan?

Mana pergi slogan Bandaraya Islam?

*Zalim macam Yahudi.

PAU 2011: Kenapa dalam Harakah banyak jual ubat kuat?!!

1







Antara jelitawan-jelitawan yang sempat dirakam di Perhimpunan Agung UMNO 2011 hari ini. Terasa segar bugar mata.

Agak-agaknya puak-puak PAS khawarij yang hari-hari dok makan ubat kuat dalam Harakah itu tentu jadi tidak tentu arah kalau datang ke PWTC dua tiga hari ini. Silap-silap boleh kena sawan.

Jadi, kalau yang gred A ini kebanyakannya menyokong UMNO, 'gred' apa yang tinggal untuk PAS dan PKR?!!


Sebab itulah ubat kuat laku dalam Harakah. Kalau tak makan macamana nak "naik" bila tiada rangsangan visual?!!





Pencacai Pembangkang Yang Kecewa.

4


Siapa suruh berharap dekat pemimpin pembangkang.

Depa ni bukan boleh pakai.

Sikit-sikit keluar dewan. Sikit-sikit keluar dewan.

Budak kecik kalau merajuk pun takkan buat perangai lagu ni.

Itulah wajah sebenar pemimpin pembangkang yang makan gaji buta. Mereka dipilih oleh rakyat untuk berbahas. Bukan untuk keluar dewan.



*Pengajaran kepada pencacai pembangkang. Janganlah berharap kepada pemimpin pembangkang.

Terjemahan Akhbar Cina : Kemunafikan Guan Eng Dipertikai.

1
Satu analisis yang baik untuk dikongsi bersama-sama.

Mari kita pelajari bagaimana Guan Eng bermain persepsi dengan publik melalui media.

China Press
Lim Guan Eng berpura-pura m/s C17
27 November 2011 (Ahad)


Lim Guan Eng Jangan Berpura-Pura
Penulis: Cheah Cheng Huat

Pengerusi parti Gerakan Koh Tsu Koon mengisytiharkan tidak mencalonkan dirinya pada PRU akan datang, orang yang paling kecewa tidak lain tidak bukan ialah  setiausaha DAP Lim Guan Eng, kerana beliau secara tiba-tiba kehilangan “padang sasar”, tempat beliau membuat persediaan untuk serang pada PRU akan datang sudah hilang, sebab itu beliau “berpura-pura” menyeru supaya Koh Tsu Koon diberi peluang kali yang kedua seterusnya dicalonkan untuk bertanding pada PRU akan datang.

Pada Tsunami politik tahun 2008, Lim Guan Eng secara tidak sengaja menjadi ketua menteri Pulau Pinang, apa yang memeranjatkan orang ramai ialah bidalan dalam perpatah Cina “bapa harimau tidak mungkin melahirkan anak anjing” yang dikatakan “ anak tunggu di belakang pintu sahaja”. Lim Guan Eng juga mempunyai “kelebihan” seperti bapanya Lim Kit Siang, apabila mereka hadapi musuh “suaranya sangat menekan musuh”, tidak hiraukan orang lain, “benarkan perbuatan diri sendiri sebaliknya tegah orang lain buat perkara yang sama” dan sebagainya.

Tentang isu ini sebenarnya Lim Kit Sing lebih hebat, kerana beliau pandai berpura-pura baik, selalu bersikap pura-pura, contohnya apabila Lim Guan Eng jadi ketua menteri, Guan Eng berkata beliau sanggup beli rumah sendiri di situ semasa pergerakan kempen Tanjung 1, Tanjung 2 dan Tanjung 3, tidak mahu terlibat dengan perpindahan di kediaman rasmi ketua menteri, akhirnya beliau berpindah juga ke kediaman rasmi ketua menteri, sebenarnya di dalam jiwa beliau memang beliau sangat inginkan tinggal dalam kediaman rasmi itu, kerana di situ beliau boleh tunjukkan status pangkat ketua menteri.

Anak muda yang berjiwa muda dalam parti dan juga speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, agak tergesa-gesa berkecimpung dalam politik, rasa tidak puas hati sikap pura-pura itu,  dimana Teng keluarkan satu artikel dalam suratkhbar bertajuk: ‘pegang jawatan kerajaan jangan berpura-pura’, apa yang disebut oleh Teng Chang khim itu amat bagus, dan apa yang disebut itu memang benar dan tepat: dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang, pegawai kerajaan mempunyai kenderaan rasmi dan tempat kediaman rasmi, itu semua adalah satu kenyataan benar.

Lim Guan Eng lebih hebat daripada Lim Kit Siang, kerana kelebihan Lim Guan Eng pandai membuat sebaran berita, beliau boleh pergi ke warung di kaki lima cipta berita menjamu selera, secara kebetulan wartawan tiba-tiba boleh muncul di situ, di keesokan harinya gambar-gambar beliau dimuatkan ke dalam suratkhabar, memuji ketua menteri sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat jelata dan beramah mesra dengan rakyat.

Wartawan Akan Hadir Pada Masa Yang Tepat

Pada hari Ching Ming Jie (hari membersih kubur Cina), Lim Guan Eng balik ke Batu Pahat membersihkan kubur di sana, wartawan muncul pada masa yang tepat, dengan itu Lim Guan Eng “cuba kaitkan kisah lama’ di situ, berwatakan memperingati orang-orang lama di situ, dan dapat paparan luas di dalam suratkhabar.

Sebaliknya watak Koh Tsu Koon, memang bersikap orang terpelajar dan berwatak seorang berilmiah tinggi walaupun beliau telah berkecimpung dalam politik selama 30 tahun, Koh tetap kelihatan lembut dan sederhana, memang mempunyai sikap seorang ahli politik yang sejati, tidak terlibat dengan perbalahan dalam berpolitik. Pada masa beliau masuk ke dalam politik beliau adalah diangkat oleh Dong Zong ataupun beliau sebenarnya berasal dari Dong Zong, beliau bertanding di atas tiket mewakili pendidikan sekolah-sekolah Cina, pada masa itu beliau telah menyinggung perasaan Lim Kit Siang. Sebenarnya pada masa itu oleh kerana Lim Kit Siang mahu alihkan pandangan orang ramai, kerana tidak berani lawan Lim Chong Eu bertanding PRU di Seremban, Kit Siang tumpukan kekuatan lawan Koh Tsu Koon di Pulau Pinang.

Pada PRU 2008 selepas Gerakan kalah teruk, Koh Tsu Koon dengan segera secara pantas susun atur upacara angkat sumpah untuk Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang, ini menggambarkan bahawa Koh Tsu Koon bersikap ahli politik yang sejati yang boleh terima apa jua keadaan, sikap-sikap seperti ini yang kurang pada Lim Guan Eng.

*Hebat Guan Eng. Seperti seketul tahi. Di mana ada dia, di situ ada lalat dan langau.

Terjemahan Akhbar Cina : Pak Lah Sama Seperti Pembangkang?

0
Nanyang Siangpau
Bagaimana duit digunakan oleh pihak kerajaan? m/s A16
26 November 2011 (Sabtu)

Letak duit di atas mata pedang
Penulis: Lim yin Tai/ penulis bebas

Bekas PM Tun Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun, walaupun beliau melalui pelbagai liku-liku dan ranjau semasa mentadbir negara, sebaliknya beliau boleh redakan keadaan dengan kemas, sebab itu semasa beliau berkuasa beliau mampu melaksanakan projek-projek mega, seperti pusat pentadbiran kerajaan pusat di Putrajaya, Litar Lumba kereta di Sepang dan menara kembar Kuala Lumpur.

Selepas itu Pak Lah ambil alih tugas yang waktunya  agak singkat, secara semulajadi Pak Lah memang manusia yang suka berjimat cermat, beliau suka melihat simpanan negara semakin hari semakin bertambah, sebab itu dalam pentadbiran beliau beliau tidak kelihatan membuat banyak pembangunan besar.

Paparkan Kekuatan Negara Untuk Rangsang Pembangunan

PM sekarang Najib berperanan seperti Tun Mahathir juga, mempunyai  inspirasi yang gagah perkasa, dan bersemangat yang tinggi,  sekarang beliau menerajui pembangunan metropolitan Kuala Lumpur yang akan punyai bangunan seratus tingkat, rancangan projek  MRT, serta akan ada keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Singapura. Perbelanjaan yang amat besar, ia lebih mega dan besar lebih daripada projek pentadbiran di Putrajaya.

Apa tujuannya sesebuah negara itu membuat pembangunan besar-besaran? Selain daripada untuk menyesuaikan pembangunan dan ia juga sebagai satu keperluan, isu yang utama ialah untuk menunjukkan kepada negara asing bahawa negara ini mempu membangun, seterusnya untuk memberi rangsangan kepada ekonomi di dalam negara ini; yang kedua ambil peluang sempena kekuatan kewangan negara ini masih kukuh dan masih untung, kerajaan keluarkan duit untuk memberi pekerjaan kepada rakyat negara ini yang  tiada pekerjaan, supaya dapat elakkan mereka dari gejala sosial yang tidak diingini.

Sememangnya ia tidak direstui oleh mana-mana menteri besar dan dibantah oleh ramai pegawai-pegawai kerajaan, tetapi ia terus dilakukan. Bazirkan duit ditempat yang memberi makna, akhirnya mendapat sambutan gemuruh dari orang ramai.

Cuba kita imbas kembali beberapa projek mega di negara ini, banyak projek-projek itu dituduh sebagai projek gajah putih, kerugian ratusan juta ringgit. Adakah projek-projek itu telah merangsang ekonomi negara ini, dapat tingkatkan pendapatan rakyat, kelihatan kesannya tidak begitu  jelas, ia hanya mengkayakan segelintir orang sahaja, semuanya terpapar di depan mata kita, dan seterusnya telah menyara kehidupan keluarga buruh asing, membantu negara-negara asing yang ekonominya mundur.

Tambah Simpanan Negara Untuk Persediaan Kebuluran

Ada kalanya, pihak kerajaan hadapi kritikan apabila bazirkan duit, sebaliknya jika pihak kerajaan tidak bazirkan duit juga dikritik.  Apabila kerajaan negeri selangor secara bergaya mengumumkan simpanan kerajaan negeri Selangor tahun ini sebanyak 1.1 billion ringgit, dikatakan simpanan yang tertinggi sejak 28 tahun, ada sesetengah ahli dalam BN rasa kecur  dan berteriak berkata, pihak kerajaan tidak sepatutnya simpan banyak duit, duit itu sepatutnya dicairkan kepada rakyat, supaya pasaran dapat bernafas, barulah rakyat dapat hidup dengan selesa.

Konsep menggunakan duit, antara BN dan Pakatan Rakyat perbezaannya amat ketara, kelihatan hanya bekas perdana menteri Pak Lah sahaja ada persamaan pandangan dengan Pakatan Rakyat, Pak Lah menekankan simpanan untuk persediaan untuk hadapi kebuluran, secara serius beliau melihat defisit. Ada sesetengah orang menyangka adakah Pak Lah ada berkait rapat dan bersekongkong dengan Pakatan Rakyat, pada PRU 2008 dikatakan Pak Lah hanya berlakon sahaja, jika tidak kenapa BN boleh kalah kuasa kerajaan di 5 negeri dalam masa sekelip mata sahaja? Sudah tentu ini adalah satu petanda yang contoh yang benar, dan kita jangan anggap dan lihat perkara ini memang benar-benar telah berlaku betul.

Bagaimana pula pihak kerajaan gunakan duit, pada dasarnya, rakyat sebagai taukey ada hak untuk bertanya, pada hakikatnya tindakan kerajaan tidak boleh dihalang, walaupun mereka berharap pihak kerajaan buat sesuatu secara jujur, sebaliknya duit itu  seperti  diletakkan di atas mata pedang.

Pada pandangan MyMassa, apa yang dikatakan oleh akhbar Cina ini sama seperti tohmahan pembangkang kepada projek mega Kerajaan. Jambatan Pulau Pinang dan Putrajaya antara contoh klasik yang boleh kita ambil. Pembangkang kata projek membazir tetapi apabila telah siap dan digunakan, mereka pula berebut-rebut untuk menguasai prasarana ini.

*Itu pandangan MyMassa, bagaimana pula pandangan anda?

Wow. Ramainya Yang Sambut MB Selangor!

1
Gambar yang dikirim oleh salah seorang pembaca MyMassa.




Ini ke sambutan kepada seorang MB sebuah negeri sebesar Selangor?

Agak-agaknya apa petanda yang anda boleh baca dari gambar ini.

PENGUMUMAN PENTING

1
PENGUMUMAN PENTING DARI MY MASSA KEPADA SEMUA SIBER TROOPER UMNO/BN:

Subject: Tingkatkan ATACK, Bukan Defence Sahaja Tetapi Atack Attack Atack

1. Kita jangan anggap serangan demi serangan, portal2 pro-Anwar seperti The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Malaysian Chronicle, Free Malaysia Today dan lain lain lagi terhadap banyak isu kebelakangan ini sebagai serangan desperate dan kosong atau tidak bertujuan. Naive sangat kita kalau anggap begitu. Ini semua strategi dan susunan yang sangat rapi oleh Anwar dan Media Strategist-nya. Jangan lupa agen2 yang sangat berpengalaman dan sentiasa aktif mengikuti kita dan menganalisa kita sentiasa membantu dia. Hebat. Memang teratur dan tersusun. Jangan fikir mereka sudah bankrap isu.

2. Apa strategi mereka sebenarnya?  Nak pastikan BN sentiasa bersikap defensif dan senantiasa terpaksa menjawab banyak isu yang dibangkitkan. Menurut seorang teman, ada ’35 isu besar’ yang sedang  digunapakai satu demi satu bertujuan bagi memastikan BN kelam kabut dalam menjawab isu-isu ini. Mereka sedang attack. Kerana apa? Sebab kita kurang efektif, tiada bahan baru, tiada angle baru, tiada pendedahan baru yang boleh menyebabkan mereka gelabah.

Antara isu yang sedang digunapakai ialah :

NFC – jangan lupa, seorang kakitangan Cina (budak DAP) di dalam syarikat tersebut tahun lalu. Semua data dan perincian mengenai projek NFC ada di tangan akauntan Cina ini. Inilah kesannya apabila ambil staff ikut suka hati.

Tuduhan Menteri Rasis Tony Puaka bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia - bahawa benarkah murah semua atau jual barang2 yg sudah dekat tarikh luput?

Anwar akan suruh hebahkan  penjualan Science Park di Selangor siapa yang sebenar untung?

Anwar suruh serang  Isteri Noh Omar memiliki beberapa bidang tanah strategik di Shah Alam. Berapa harga dan apa cara perolehan?

Ini semua baru sedikit. Di peringkat media strategist Anwar, semua isu ini tidak dilambak secara sekaligus. Ianya akan di guna secara berkala dan berperingkat peringkat. Mereka

Guna pendekatan "blitzkrieg iaitu Lightning war yg Cepat dan akan menyebabkan kita asyik terpaksa bertahan.

Nampaknya setakat ini, taktik mereka ini sedikit mencapai kejayaan. Dengan suasana orang dan pemimpin UMNO sendiri membuka pekung dan menunjuk-nunjuk kemewahan dan terlibat dengan tamak maka ianya akan memberikan lagi banyak modal untuk mereka menyerang kerajaan.

Katanya  fokus seterusnya adalah Pulau Pinang dan Kedah. Mungkin mereka juga akan ke Johor sama. Banyak juga isu, tuduhan akan dibuat khususnya yang melibatkan Mahdzir Khalid dan konco-konconya seperti Ali Yahya dan Rawi (Langkawi). Banyak data sedang mereka kumpul selalunya dari orang UMNO sendiri dan ianya akan dilambak satu demi satu  menjelang pilihanraya.

Anwar mahukan blitzkrieg ini dijayakan bagi menutup isu moral beliau yang terpaksa beliau hadapi. Mana ada orang cakap pasal liwat dah sekarang ini. Agaknya apa sebab? Sebaliknya sekatang Isu lembu naik kondo lebih menjadi bual bicara orang, termasuklah  dalam UMNO. Keadaan ini bahaya. Kita diserang.

Taktik yg mendedahkan Rafizi Ramli baru2 ini bagus kerana ia bahan aspek baru. Tapi tak cukup buat lagi dan lagi...

Kita semua kena hati-hati dengan suasana ini. Jangan seronok sangat dengan benda-benda lain atau dengan isu isu sesama kita sendiri.  Fokus dan tumpuan mestilah ditujukan kepada usaha mengdis-creditkan Anwar sama sekali. Kalu ada cerita baru seperti ini, ia baik tu.  Maka kita harus cari cara baru , orang baru etc untuk terus membolehkan mereka terpaksa jadi defensif. Aspek atau angle baru atau sublot baru harus di usahakan segera.

Daripada menjawab pasal feedlot lebih bijak jika kita hidupkan dan besarkan isu akaun swiss bank Norulizzah. Lebih baik ianya di gunakan sebagai bukti bahawa Anwar mahukan Malaysia kucar kacir saperti di Libya dan Mesir. 

Contoh kedua - Tahukah kita Kalimullah sekarang economic Advisor kpd Lim Guan Eng dan tahukah anda Bekas IGP pernah melaporkan kepada Perdana Menteri ketika itu bahawa Kalimullah disyakki agen sebuah negara asing? Tahukah kita bahawa orang ini juga di rekomen untuk menjadi Setiausaha Akhbar kepada Arwah Tun Ghaffar ?

Siapa agaknya yang mengaturkan strategi agar Kalimullah diambil sebagai SU Akhbar oleh Tun Ghaffar?


Artikel ini kiriman dari pakar strategi. Selamat Membaca.

PANAS : Mufti Kedah Akui Kerajaan PAS Tak Islamik.

2

Teguran dari Mufti Kedah.


Mufti gesa Kedah pantau pusat hiburan

2011/11/30

Kelab tumbuh bagai cendawan calar imej Islam

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa memantau kewujudan pusat hiburan di negeri itu yang dikatakan hidup bagai cendawan tubuh selepas hujan kerana fenomena itu boleh mencalar imej negeri yang majoriti masyarakatnya beragama Islam.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata kewujudan pusat hiburan tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa boleh memberi kesan negatif dalam institusi masyarakat, selain menyinggung perasaan umat Islam di negeri ini.

“Fenomena ini tidak seharusnya berlaku di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan.

“Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa kewujudan pusat hiburan di bandar raya ini bagai cendawan tumbuh elepas hujan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negeri.

Sehubungan itu, Muhammad Baderuddin berharap isu itu dapat diatasi dengan bijak oleh pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri dalam usaha memelihara keharmonian Islam di Kedah.
“Malah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam amanatnya ketika bertitah sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini turut meminta umat Islam di negeri ini supaya mendalami Islam dengan penghayatan sebenar dan kita tidak mahu perkara seumpama menggagalkan usaha berkenan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, sepanjang tiga tahun mentadbir negeri, kerajaan kedah tidak pernah mengeluarkan lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuftigesaKedahpantaupusathiburan/Article

Apa sudah jadi dengan MB Kedah? Mufti Kedah pun nampak perkara ini. Takkan PAS Kedah masih tak mengaku bahawa masa mereka memerintah lagi banyak pusat hiburan dibina.

Macam mana nak mengaku kalau mulut kena kunci dengan DAP.

*Itulah jadinya kalau Islam dilacurkan demi mendapat kuasa. Kesian pejuang Memali kerana mati mereka sia-sia.

Apa Pandangan Anda Tentang Gambar Ini?

0
Perbandingan Melaka dan Kelantan.



*Syabas Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Selasa, 29 November 2011

KAK WAN JIJAH KATA HIDUNG ANWAR LEBIH BESARR

6

 HIDUNG ANWAR LEBIH BESAR KATA WAN JIJAH

Petikan Ucapan Anwar Di Kongres PKR, Johor Bahru:
Walaupun Anwar Ibrahim dilanda dengan pelbagai  cabaran dan isu skandal seks, apabila bermula pada tahun 1988, Anwar Ibrahim dilanda kemelutan politik, oleh kerana Wan Azizah mahu pertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Azizah mara ke barisan hadapan menjadi pengerusi PKR, beliau menjelaskan kepada peserta perwakilan Kongres PKR bahawa beliau amat mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya.

Beliau mahu semua ahli parti bersikap seperti beliau juga, tetapkan kepercayaan, berjuang bersama PKR dan sama-sama melangkah maju ke hadapan, jangan tergugat dan buat separuh jalan.

Hidung Anwar Ibrahim Lebih mancung dari pelakon

Semasa ucapan penggulungan Wan Azizah secara lembut dan rendah diri memberitahu ranjau-ranjau yang telah beliau lalui semasa zaman Anwar Ibrahim dalam kemelutan politik tahun 1988 itu, beliau kongsi sama kisah kepahitan yang beliau lalui pada masa itu bersama peserta yang hadir, Anwar Ibrahim yang duduk di sebelah kerap merenung wajah iseterinya.

Apabila timbul isu pita CD lucah, Wan Azizah berkata, pertama kali melihat pita Video itu, beliau berkata, hidung Anwar Ibrahim lebih besar dan tinggi dari watak di dalam Video itu, disambut dengan tepukan gemuruh. Beliau tidak puas hati terhadap musuh politik yang menggunakan cara yang tidak baik itu, dan beliau berkata ada masjid di peringkat bahagian yang mengedarkan pita CD Video itu, cuba mahu menipu orang-orang Melayu.

Beliau beritahu seramai 1000 peserta bahawa beliau izinkan Anwar Ibrahim kahwin lagi dengan syarat apabila beliau telah meninggal dunia, bermakna beliau mahu bertahan sehingga ke akhir hayat dengan Anwar Ibrahim.



ANWAR KATA PRU13 PERTARUNGAN TERAKHIRNYA

0

Nanyang Siangpau


Ada Perbalahan Serah Pada Peringkat Tertinggi Parti
Ambil Alih Kuasa Di Putrajaya

27hb Johor Baharu,  pemimpin umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa penutup perwakilan Kongres PKR sekali lagi menyampaikan maklumat politik kepada ketiga-tiga parti apabila “memerintah Putrajaya”, mahu kekalkan suasana baik di antara ketiga-tiga parti itu bagai hadapi PRU ke-13, menukar kerajaan yang sedia ada. Beliau berkata PRU akan datang ini akan berlaku pertukaran kerajaan dan pertarungan yang terakhir dan penghabisan, dan akan menjadi satu perbezaan sempadan politik di Negara ini.

Anwar Ibbrahim dalam ucapan menggulung dan menutup bahasan perwakilan PKR yang ke-8, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa PRU akan datang akan memerintah kerajaan Negara ini, beliau berkata, gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu bekerjasama dan erat perhubungan di antara satu sama lain, membuat persediaan memerintah di  Putrajaya.

Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi parti berlaku perselisihan, boleh diselesaikan melalui sistem kuasa di peringkat negeri-negeri, supaya semua perkara dapat diselesaikan dengan baik, jika tidak dapat diselesaikan juga, ia perlu dihantar ke peringkat pusat.

Hadapi Masalah Ahli Dalaman Yang Lompat Keluar

Beliau mengakui apabila serangan dilakukan kepada pihak luar, beliau pernah hadapi ahli-ahli dalaman parti yang lompat keluar dan lari keluar parti. Tetapi beliau menegaskan persaingan dalam politik diumpama lari marathon, bukan lari hanya jarak 800 meter sahaja.

Beliau berkata, parti dapat sokongan dari masyarakat pertengahan dan  golongan bawahan, ini adalah tunggak kepada parti.

TERJEMAHAN AKHBAR CHINA PRESS : MEREKA SANGAT BIMBANG TUN DR MAHATHIR BANTU NAJIB

3



China Press
Perkara: Remeh Temeh Tun Mahathir?
Ruagan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 22 November 2011 (Selasa)

Tajuk:

kekeliruan Mahathir tidak habis-habis
penulis: Kim Ting / nasi04@yahoo.com.sg

Bekas Perdana Menteri kita Tun Mahathir pernah menyandang jawatan perdana menteri lebih 20 tahun, menyebabkan beliau rasa bangga diri, dan sangat rasa yakin kepada diri sendiri, sebab itu walaupun beliau sudah bersara sejak beberapa tahun ini, masih tidak henti-henti bersuara tentang isu remeh-temeh, seperti beliau mahu setiap rakyat di Negara ini dengar cakap beliau, termasuk Perdana Menteri sekarang Najib. Mahathir lupa bahawa beliau bukan Menteri Kanan, dan usia beliau sudah menjangkau 80 lebih tahun dan tidak jauh lagi untuk masuk kepada usia 90 tahun.

Seorang tua dan sudah berumur, buah fikiran tidak lagi cekap ataupun tangkas seperti orang-orang muda, ini adalah lumrah semula jadi yang diakui ramai, kata-kata Mahathir kini sudah tidak mantap lagi, sama seperti cara dia berjalan yang sudah tidak tegap. Jika sekarang ini percakapan beliau kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak baik, kadang-kadang salah kadang-kadang betul, kadang-kadang terkeliru yang tidak habis-habis.

Contohnya, baru-baru ini beliau mengingatkan Barisan Nasonal, BN tidak boleh hanya mengharapkan tiket-tiket undi dari orang-orang Cina, jangan asyik memberi kepuasan kepada kemahuan orang-orang Cina, memang benar apa yang beliau katakan itu, kerana penduduk kaum Cina hanya menduduki 23 peratus di Negara ini, orang-orang Melayu lebih daripada separuh banyaknya, dan orang Cina tiada sebab untuk mempengaruhi keputusan PRU, sedangkan waktu ini orang-orang Melayu sudah berpecah-belah, barulah mereka lihat tiket-tiket undi dari kaum Cina, apabila UMNO melalui tiket- tiket undi orang-orang Melayu sudah boleh memerintah kerajaan, kenapa pula mahu ambil perhatian terhadap tiket undi kaum Cina?

Tukar Sikap Pengundi

Tun Mahathir berkata, “di kebanyakan kawasan Cina yang berpecah-belah, tiket undi Melayu memainkan peranan penting”, jika orang-orang Melayu sendiri tidak menyokong BN, jika benar perkara itu berlaku, sudah tentu ini satu perkara yang amat dasyat. Dan apa sebenarnya yang telah berlaku sekarang ini, Mahathir juga mencadangkan tidak boleh adakan PRU dalam masa terdekat, BN perlu penuhkan tempoh tamat penggal PRU terlebih dahulu, Mahathir berharap dalam tempoh itu BN dapat mempengaruhi semula semua sikap pengundi.

Mahathir memberi mesej bahawa ada orang-orang yang bercakap tentang “orang Cina sebagai penumpang” itu semuanya benar, sebaliknya kenapa isu itu menerima kritikan. Dengan  itu beliau mahu orang-orang Melayu huraikan perkara yang sebenar, kenapa Negara ini dinamakan Malaysia.  Di sini mungkin lebih ramai orang akan berkata bahawa Mahathir sudah semakin keliru. Nama itu hanya satu Simbol, adakah ia melambangkan kuasa yang ada sekarang? Kaum lain terima nama Negara ini, ia melambangkan bahawa mereka bersikap terbuka menerima apa yang ada. Adakah beliau sanggup dengan nama Negara ini menyebabkan rakyat Negara ini tidak bersatu padu?

Seterusnya Mahathir berkata lagi: “ada orang mengatakan BN tidak tolong orang-orang Cina, sebaliknya kekayaan orang Cina berlipat kali ganda dari orang-orang Melayu”, ini bukan kali pertama Mahathir mahu orang-orang Melayu jangan iri hati terhadap kekayaan orang-orang Cina, tetapi mereka tidak faham bagaimana orang-orang Cina bertungkus lumus mencari rezeki dan kekayaan, ia bukan dari pemberian kuota dari pihak kerajaan ataupun hasil ikatan kontrak dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang disanjung tinggi dan yang dimuliakan, sebelum bersuara beliau perlu buat kerja rumah dan kajian terlebih dahulu, bangaimana jika dicadang upah beberapa orang setiausaha untuk itu?

Terjemhan
23 November 2011
2201111034
660 karakter