Isnin, 31 Oktober 2011

Malaysiakini Kantoi Menipu.

0

Berita Malaysiakini cuba mencipta persepsi bahawa demonstrasi rakyat Penang yang marahkan Ketua Menteri yang rasis adalah sesuatu yang negatif.

Walaubagaimana pun, berita palsu yang Malaysiakini cuba sampaikan terkantoi.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Lawak siot Malaysiakini. Tuduh rakyat yang berdemo menentang KM rasis sebagai menuntut LITAR LUMBA. Mana sepanduk pendemo mintak litar lumba?

*Agak-agak la nak menipu. Yang pasti kata-kata macam ni bergema sepanjang demonstrasi.

GEMPAR!!! NS guna teknologi komunis untuk jadi JUARA Piala Malaysia?!!

3



Suatu ketika dahulu, kecoh satu Malaysia kerana dikatakan Hai-O Raya adalah agenda ekonomi halus komunis untuk mempengaruhi orang Melayu. Sehinggakan keluar perintah larangan kepada seluruh penjawat awam agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat MLM Hai-O Raya ini.

Tetapi kini tidak lagi.

Terbukti teknologi Hai-O ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, bahkan terbukti berjasa kepada beberapa negeri!

2009 - NS Juara Piala Malaysia sebab guna teknologi Hai-O tumbangkan Kelantan.


2010 - Kelantan pula Juara Piala Malaysia selepas ambil iktibar kekalahan 2009 kerana tidak guna tekbologi NANO Hai-O. NS melepas kerana menyangkakan Hai-O tidak penting lagi.


2011 - NS guna semula teknologi NANO Hai-O untuk sekali lagi menjadi juara. Kali ini Terengganu pula yang menjadi mangsa, walaupun teknologi ini lahir di negeri tersebut.


Jadi, kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia yang berhasrat untuk menjadi Juara Piala Malaysia edisi seterusnya, gunakanlah teknologi kuda tua Hai-O ini. Hai-O, menjamin Kejuaraan Piala Malaysia ANDA!!!

AZIZ BARI PERTIKAI LAGI SULTAN SELANGOR= BAHASA DALAMNYA DIA KATA SULTAN SELANGOR BODOH

3

1. Mari kita tafsir kata-kata Aziz Bari ( tak suai lagi digelar Prof dan Dr - sebab otak dia letak di lutut - tak belajar sejarah )...

Di ‘Forum Kemerdekaan’, sempena dengan Sambutan PAS Perak 60 Tahun di Masjid Tinggi, Bagan Serai Perak pada 29 Oktober 2011.

“Dan takala titah itu dibuat..apa yang disebut adalah tidak ada bukti..tidak ada bukti..Kalau tidak ada bukti saya kata tutup saja lah…tak ada bukti, tutup lah.

Maksud Aziz Bari kepada Sultan Selangor=
Tatakala titah itu dibuat, dari segi sastera, Aziz Bari menghina titah Sultan Selangor, ataupun memperolok-olokkan titah Sultan Selangor, memalukan Sultan Selangor .


Tidak ada bukti Tidak Ada Bukti Tidak Ada Bukti = Maksud Aziz Bari, Sultan Selangor Penipu, Sultan Selangor Bodoh, Sultan Selangor Cakap lepas cakap, sebab dalam psikologi 3X pengulangan ini bermaksud Aziz Bari kata Sultan Selangor Bodoh di mata Aziz Bari.


Tutup lah.= Maksud Aziz Bari, kalau Sultan Selangor bijak tutuplah, janganlah cakap,


“Tak ada bukti, mengapa masih lagi ditinggalkan ruang..seolah-olah gereja itu masih bersalah..
“Bukankah ini sesuatu yang menzalimi atau tidak adil kepada kawan-kawan kita orang Kristian itu”, katanya.

Seolah-olah gereja itu masih bersalah= Maksud Aziz Bari , dia bela Kristian, Aziz Bari membela kesucian gereja, maksud Aziz Bari ialah Sultan Selangor tak dak hotak.


menzalimi atau tidak adil= Maksud Aziz Bari Sultan Selangor Tidak Adil, Sultan Selangor Zalim, Sultan Selangor tak patut jadi Sultan Selangor, maksud Aziz Bari dia lebih pandai dari Sultan Selangor.

Tuan-tuan, inilah wajah dan pemikiran Aziz Bari yang telah disponsor oleh Yayasan Kristian, IKD, IKDAS, IDEAS, KAF dan pelbagai Yayasan Yahudi lagi. Silakan berikan sokongan 1000% kepada Aziz Bari.

PANAS! Taliban PAS Lebih Takutkan Karpal Singh daripad Allah S.W.T?

0


MyMassa nak tunggu komen Pemuda PAS mengenai komen Karpal Singh yang terbaru.

Kalau Pemuda PAS lebih pentingkan isu Elton John daripada Hudud memang nampak Pemuda PAS takutkan DAP daripada mempertahankan hukum Allah S.W.T.



Macam ni punya DAP yang anti Islam pun PAS tetap nak salahkan UMNO. Mereka kata, UMNOlah penghalang hukum Hudud.

Nak tengok berani tak Pemuda Taliban PAS 'langkah ' mayat Karpal Singh?



*DAP Selamanya Anti Islam dan Anti Melayu. Jangan lupa Lim Kit Siang pun anti Hudud jugak.

LEE KUAN YEW MAHU PERDANA MENTERI CINA MALAYSIA PERTAMA DISEGERAKAN

4


1. KEMELUT Pendidikan seperti PPSMI dan Perpaduan di negara majmuk seperti Malaysia sangat banyak dirosakkan,dibantah dan dimusnahkan khuusnya oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lebih cenderung mempertahankan Sekolah Jenis Cina mereka, walaupun mereka bercakap mengenai Malaysian Malaysia.

2.Melalui Malaysian Malaysia, mereka berharap akan dapat memerintah negara ini dengan melantik seorang Melayu DAP menjadi Perdana Menteri. Anda mesti ingat Lee Kuan Yew di dalam Memoirnya berkali-kali menceritakan bahawa beliau lebih baik daripada Tunku Abdul Rahman. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri Cina Malaysia yang pertama.

3. Walaupun tidak berjaya, Lee Kuan Yew telah menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia semasa melawat negara-negara barat pada awal tahun 1960an. Delegasi Singapura diistilahkan dengan nama Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri, dengan duta-duta Singapura disebut tidak sebagai dari negara Malaysia.

4. Apabila DAP berjaya memerintah Pulau PInang dan Selangor, semua amalan politik di Singapura, iaitu amalan politik Lee KUan Yew digunakan semula. Lim Guan Eng, Cina aliran Lee Kuan Yew, tidak akan mengaku kalah dalam mana-mana ayat di mulutnya, nak minta maaf seperti minta maaf dengan Sultan Johor, ya dia akan buat namun selepas itu akan diselitkan kata-katanya bahawa Sultan Johor tidak akan campur urusan politik, dia akan saman Utusan dan sebagainya. Lim Guan Eng nak tunduk kepada Melayu, oh tidak sama sekali.

5. Di dalam hal ini, parti yang paling bahlul ialah PAS, terutama selepas Mat Sabur menjadi Timbalan Presiden PAS, selepas Mat Sabur dilantik dan menerima imbuhan-imbuhan penting daripada kerajaan Lim Guan Eng. Pada hari ini PAS menjadi cacamerba dan tak keruan, nak sokong perjuangan Islam kena tengok signal DAP dulu, nak pergi HIMPUN kena tengok mata Lim Kit Siang dulu, nak jalankan HUDUD kena tengok Karpal Singh dulu, pendek kata PAS dah hilang segala-galanya, maruah, kredibiliti, integriti.

6. JIKA DAP ikhlas, apa kata hanya satu sekolah kebangsaan sahaja yang menggunakan bahasa kebangsaan sahaja. Kalau Cina Singapura boleh hapuskan Sekolah Jenis Cina, Kalau Cina Indonesia boleh sekolah di Sekolah Kebangsaan, kalau CIna Kanada boleh tiadakan Sekolah Jenis Cina, mengapa Malaysia tidak boleh. Sebaliknya DAP mengapa hanya mahu memperkecilkan dan menidakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama. bahasa penting dan bahasa persuratan.

7. Jawabnya, DAP tidak ikhlas. Anda blogger jangan berhenti menulis, perjuangkan negara ini daripada diperbodoh-bodohkan oleh Lim Kit Siang anak beranak.Anda mesti faham, Lee Kuan Yew telah memprojekkan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri Malaysia. Apabila mereka menang PRU13,perlembagaan senang sahaja mereka ubah untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka majoriti dalam Parlimen. Sedangkan Perlembagaan Singapura dan UMNO Singapura mereka boleh halau, apakan ini Malaysia, dengan bantuan NGO-NGO luar negara, sebagaimana Prof  Dr. Aziz Bari sedang menikmati imbuha n-imbuhan KAF, Yayasan Kristian, Yayasan Yahudi, IDEAS dan IKDAS atau IKD yang disponsor oleh para Yahudi di barat, yang perantaraannnya ialah Anwar Ibharim penyembah Yahudi.

Bagus Sangat Ke DAP Jaga Penang?

0


Kalau rakyat miskin pun DAP tak jaga, siapa sebenarnya yang mereka jaga?

Orang kaya?

Rakyat berpendapatan sederhana?

Kalau DAP jaga orang kaya sahaja, memang betul tindakan DAP. Dengan tidak menyediakan rumah kos rendah, maka penduduk yang tak mampu secara beransur-ansur meninggalkan Penang.

Maka tercapailah hasrat DAP untuk menjadikan Penang sebagai Singapura Kedua.

Kalau semua orang Melayu dan orang India mahupun orang Cina yang tidak berharta meninggalkan Penang, siapa pula yang jadi penduduk Penang? Cuba tengok yang ini.



Tu dia. Orang Jepun pulak jadi rakyat Penang!


*Musibat pilih DAP jadi Kerajaan Negeri. Hancur Penang dibuatnya.

Ahad, 30 Oktober 2011

Anwar Ibrahim Kena Tempeleng Dengan TS Muhyiddin

0
Klik untuk besarkan imej.

Hambek kau Nuar.

Nak kencing pengikut kau yang tak sekolah boleh la.

Zaman kau jadi Menteri Kewangan pun dah ada Laporan Audit macam ni.

Tak payah nak macam-macam la Nuar woi.

*Syabas Tan Sri. Penjelasan yang mantap dari Timbalan Perdana Menteri.

Hancur Kerajaan Kalau Nak Ikut Cakap Pembangkang.

0
Bila MyMassa tengok kenyataan DAP kali ini, pening pulak kepala ni.


Dulu pembangkang beria-ria sangat nak lawan PPSMI.



Tu dia.. Mat Sabu pun ada dalam demo anti PPSMI

Bila dah mansuh, nak pulak PPSMI.

APA KEJADAH SEMUA NI!!!

Kalau bab dasar Kerajaan pun pembangkang tak boleh bersatu, macam mana nak bentuk Kerajaan ni.

Jika pembangkang menang, yang PAS nak negara Islam. DAP nak negara sosialis. PKR pulak nak buat Republik dengan Anwar sebagai Presiden.

Pening sungguh bila tengok puak-puak pembangkang.

*Kalau tak nak pening, pilihlah BARISAN NASIONAL. Anwar Ibrahim lain la, kalau pening dia ada ubatnya.

Satu Lagi Dasar Kerajaan BN Yang Buatkan Buku Jinggay Tak Laku

0
Lepas klinik 1Malaysia. Ada kedai 1Malaysia.

Kemudian ada menu 1Malaysia.

Yang terbaru ada Coop 1Malaysia.

Klik untuk besarkan imej.

Macam-macam Kerajaan dah buat bagi memastikan rakyat menikmati harga barangan yang mampu milik.

Masalah sekarang bukannya Kerajaan, tetapi peniaga tamak yang sentiasa mencari peluang untuk menaikkan harga.

Siapa peniaga tu sokong? Kalau nak tau, tengok video ini.






*Kalau pembangkang nak dakwa ini adalah idea mereka, nampak sangat pembohongnya. Mana ada kedai 1Malaysia dalam buku Jinggay. Video sembang rakyat ni telah berjaya membuatkan DAP panas. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Info MyMassa : Khas Untuk Para Pencari Kerja.

0
Satu lagi usaha yang amat baik dari Pemuda UMNO.

Kepada mana-mana individu yang masih mencari pekerjaan, silalah datang pada 18-20 November di PWTC.

Klik untuk besarkan imej.

*Datang jangan tak datang.

Kerajaan PAS Kedah Terancam. DAP Bakal Tanding Lebih Banyak Kerusi.

1
Dalam banyak-banyak Negeri Pembangkang, hanya 2 negeri yang DAP kat dapat perintah iaitu Kelantan dan Kedah.

Kelantan memang tak boleh buat apa sebab mereka tiada kerusi. Tetapi di Kedah, walaupun mereka sebahagian daripada Kerajaan Negeri namun tak dapat buat apa.

Oleh sebab itu, DAP bercadang nak tambah kerusi di Kedah.

Klik untuk besarkan imej.


Kalau DAP berjaya dalam perancangan mereka, Kerajaan PAS Kedah akan mengulangi nasib di Perak. DAP ni kita boleh anggap sebagai barah. Walaupun jumlahnya kecil tetap berbahaya.

Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Walaupun majoriti kerusi dipegang oleh PKR namun yang menjawat Exco Kanan semuanya ADUN DAP.

Diharapkan PAS sedar mengenai ancaman ini. Lihat juga apa yang berlaku di Penang, walaupun ada ADUN PAS, DAP tetap nak pilih PKR pegang Exco Agama. Alim sangat ke ADUN PKR berbanding PAS?

*Tanda PKR Kedah makin lemah. Kerusi mereka pun DAP nak rebut.

PAS Diperbodohkan Oleh PKR.

1
PAS cuba memainkan isu peninju ISRAEL yang sedang bertanding di Malaysia.



Isu ini pernah dimainkan oleh blogger pembangkang satu masa dulu.

Waktu blogger pembangkang main isu ini, MyMassa malas nak mengulas. Bila PAS sendiri bersuara, inilah masanya MyMassa menjawab isu ini.

Sebenarnya dalam penganjuran program The Challenger Muay Thai ini juga, Kerajaan Selangor ada sahamnya. Penganjuran program ini telah ditaja oleh Tourism Selangor, sebuah agensi di bawah seliaan Exco Pelancongan, Eli Wong.




Jadi, sebelum PAS menyalak menyalahkan pihak lain, eloklah kiranya PAS yang berada dalam Kerajaan Selangor sendiri tanya pada Menteri Besar, kenapa mereka menaja program yang ada peserta dari Israel di dalamnya.

*Wakakaka.....PAS kantoi lagi. Bajet nak kenakan BN tetapi PKR pun sekali boleh taja program ada Yahudi, apa kes?

Sabtu, 29 Oktober 2011

Negeri BN mana yang bakal juara?!!

1


Promo percuma untuk RTM.

N. Sembilan dan Terengganu bakal berentap malam ini. Kedua-dua negeri ditadbir BN. Inilah bukti jelas kecemerlangan pentadbiran BN dalam segala aspek.

Kedua-dua pentadbiran negeri juga hadiahkan subsidi harga tiket kepada penyokong mereka. Cuma Terengganu lebih RM 5 kerana ada royalti minyak. Syukur alhamdulillah. Inilah baru dikatakan pentadbiran BERKEBAJIKAN!!!

Cuba bayangkan jika Selangor yang ke Final. PASti poket para penyokong mereka akan koyak rabak. Yalah, sedangkan pemain sendiri yang menjadi tunjang kejuaraan piala AFF 2010 pun tidak berapa diendahkan (hanya beri anugerah setelah ditekan media), apatah lagi rakyat biasa yang tidak mendatangkan untung. Tengok sahajalah rupa padang di Stadium Shah Alam sekarang. Kalah padang sekolah rendah.

Walau apa pun, segala yang terbaik kami ucapkan kepada kedua-dua pasukan. Tunjukkanlah persembahan yang terbaik yang bertaraf world class. Namun, siapa pun yang juara, kami tetap akan sokong, kerana kedua-duanya negeri BN!!! hahaha...

Peteh Ganu Peteh!!!

Hoben Jang Hoben!!!


Hebat PAS Kelantan: Jom Heboh kini HALAL di Kelantan.

0


Syabas! Hebat betul Kerajaan PAS Kelantan ini. Sudah dua tahun berturut-turut PAS membenarkan konsert JOM HEBOH dianjurkan di Serambi Mekah. SYABAS!!!

Inilah baru dikatakan Al-Halalku Wal Harammu.

Mungkin juga inilah antara hasil pencapaian KPI PAS dalam memeluk fahaman liberalisme dan pluralsime ala-Anwar. Siapa sangka, Kerajaan PAS yang sama yang  begitu allergic dengan patung rusa sekitar Kota Bharu ketika mula-mula memerintah dahulu kini sudah pandai pula menganjurkan konsert-konsert sosial seperti ini.

Inilah berkat berkawan dengan SYAITAN a.k.a. DAP!!!

Insya-Allah, tidak lama lagi orang Kota Bharu pun boleh enjoy program riadah dan pelancongan ala DAP Penang selepas ini!







PAS rancang penghapusan penyokong BN jika PR menang?!!

3


Seram sejuk rasanya apabila difikirkan nasib dan masa depan anak-anak kita jika orang Melayu terus menerus tidak bersatu. Bayangkanlah jika soal akidah pun kini dipandang enteng dan hina, apatah lagi dengan nasib dan hak anak bangsa? Malahan sudah semakin ramai golongan muda dalam PAS sendiri (parti yang sepatutnya menjadi alternatif kepada UMNO) pun sudah malu untuk mengaku dirinya Melayu dan menolak hak keistimewaan bangsa sendiri atas nama toleransi.
Kononnya tidak mahu bersikap Asobiyah. Namun adakah mereka benar-benar faham apakah sebenarnya yang dikatakan asobiyah itu?


Golongan ini sanggup tunduk kepada kemahuan rakan sepakatan mereka yang bukan Islam. Malah sudah berapa kali PAS menolak untuk bersatu dengan UMNO dalam ikatan Islam yang sejati sejak PRU ke 12 lalu. Apakah mereka tidak mahu mengambil iktibar bagaimana nasib bangsa Melayu benar-benar terbela hanya selepas penyatuan PAS-UMNO penghujung tahun 60-an dahulu?


KELIRU. Bangsa kita sebenarnya semakin terkeliru. Ramai di antara kita yang kini tidak dapat membezakan mana satu ZINA dengan mana satu fitnah dan aniaya. Tidak lagi tahu membezakan antara agenda kafir untuk menjatuhkan Kerajaan Islam dengan gerakan membersihkan pilihanraya. Malah ramai juga di antara kita yang kini sudah dapat membezakan yang mana satu cubaan MURTAD dan makan malam perpaduan!


Lihatlah sendiri bagaimana saudara seagama sendiri kini dihina semata-mata kerana mereka menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahankan akidah umat Islam. Sedangkan perhimpunan yang digerakkan oleh musuh Islam a.k.a IFC ini pula dipertahankan. Apakah kita sedang menuju kehancuran seperti  di bawah ini?




Bukankah video di atas mengingatkan kita bagaimana gerombolan khawarij PAS begitu rakus menyerang bangunan SUK-SUK negeri yang mereka menangi pada dinihari keputusan PRU yang lalu?!! Apakah akan berlaku ethnic cleansing seperti di atas terhadap rakyat yang menyokong BN jika mereka berjaya menawan Putrajaya pula nanti?!!

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin...


***Kredit video kepada Blogger Double-Y



Jumaat, 28 Oktober 2011

Terjemahan Akhbar Cina : Hasutan Akhbar Cina Makin Serius

0
Walaupun tiada dalam hak mereka dalam Perlembagaan Negara, Sekolah Vernakular terus menerus diberi bantuan oleh Kerajaan.

Dalam Kerajaan memberikan bantuan kepada sekolah Cina yang begitu banyak, masih ada suara-suara sumbang dari kaum tersebut. Malangnya volume suara-suara sumbang ini dikuatkan lagi oleh akhbar-akhbar Cina seperti menyimbah minyak ke atas api.

Sebelum MyMassa mengulas lagi, lebih elok pembaca nilai sendiri tahap tidak puas hati akhbar Cina kepada pemerintah.




Nanyang Siangpau m/s A14
27 Oktober 2011 (Khamis)

Sekolah Rendah Cina Tidak Diabaikan?
Penulis Loh Han Chew/ Pengkritik semasa

Bilakah akan bermula PRU ke-13? Ada orang anggap ia akan diadakan pada bulan November ini, ada juga orang anggap ia akan diadakan pada bulan Februari ataupun bulan Mac tahun depan, namun begitu, ia tidak akan berpanjangan lama.

Mendapat pengajaran yang lepas-lepas, BN kini sudah pun tunduk, tidak lagi berkata akan beri janji-janji kebajikan selepas PRU, supaya tidak dituduh memberi gula-gula berniat untuk pancing PRU yang tidak akan mendapat kesannya itu, sebab itu dalam keadaan rakyat sedang teka-teki bilakah PRU akan tiba, BN keluarkan duit begitu banyak untuk rakyat, memberi duit dan  beri bonus tidak terkata banyaknya, lancarkan konsep kedai runcit 1 Malaysia (kedai-kedai runcit biasa mengeluh) dengan hidangan makanan RM3.00 sahaja telah memberi manfaat ramai orang golongan yang berpendapatan rendah.

Ambil Berat Tentang Pendidikan

BN tahu shuqiu yang paling  orang-orang Cina dahagakan terbahagi kepada 2 sektor, iaitu sektor pendidikan dan sektor ekonomi, dalam ekonomi kadang-kadang bantu yang di sini terlepas yang di sana dapat, seperti uncle yang kehilangan kekasihnya, beri kepada orang-orang Cina orang Melayu pula terabai. Tetapi dalam pendidikan kedua-dua belah pihak akan mendapat semuanya, terutama sekali mengutamakan sekolah-sekolah kebangsaan, ia masih boleh beri sedikit untuk sekolah-sekoah Cina, dengan itu mereka telah usahakan ke arah itu, selain daripada pelajar sekolah menengah swasta Cina boleh mendapat wang 100 ringgit untuk peruntukan buku-buku sekolah, mereka percepatkan kelulusan cadangan alih tapak sekolah, sekolah Chin Chee Bentong Pahang dipindahkan ke Puchong Selangor, projek itu sudah pun dalam proses persediaaan untuk dimulakan.

Timbalan perdana menteri merangkap menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin berusaha bangunkan sekolah Rendah Cina dan sekolah rendah Cina di Kajang termasuk sekolah rendah Cina di Sungai Long dan sebagainya. Sebab itu orang ramai pasti PRU sudah semakin hampir.

Sebab itu peneraju MCA Chua Sui Lek dengan segera berkata, kerajaan BN tidak abaikan perkembangan sekolah-sekolah rendah Cina, apa yang dituduh oleh parti pembangkang terhadap pihak kerajaan abaikan sekolah rendah Cina itu tidak wujud sama sekali dan tiada bukti yang kukuh.

Memang betul, Chua “tidak tahu apa sebenarnya yang orang-orang Cina mahukan”, menuding kerajaan BN abaikan sekolah-sekolah Cina bukan sahaja parti pembangkang yang luahkannya, sebaliknya ramai di kalangan masyarakat Cina timbulkan persoalan ini, Chua pula ambil ringan isu itu sebaliknya mengatakan itu semuanya tuduhan parti pembangkang, tidak disangka jurang perbezaan pendapat antara Chua dengan masyarakat Cina begitu jauh sekali, selepas PRU akan datang ini jika MCA mahu makan besar meraikan kemenangan mungkin bukan begitu mudah.

Adakah pihak kerajaan ada abaikan perkembangan sekolah-sekolah rendah Cina, kita boleh ambil iktibar dalam statistik yang ada, cuba kita lihat angka-angka itu dan buat analisa serta beri pandangan.

Pada tahun 1957, iaitu pada tahun negara kita dapat kemerdekaan, negara kita punyai 1,347 buah sekolah rendah Cina, bilangan pelajar seramai 391,667 orang murid. Pada hari ini, bilangan sekolah rendah Cina hanya 1,292 buah sekolah, sudah kurang 55 buah sekolah, bermakna setiap tahun hilang satu buah sekolah. Hari ini bilangan murid di sekolah rendah Cina seramai 600 ribu orang, bertambah sebanyak 230 ribu orang, dengan nisbah setiap tahun bertambah 4,200 orang, sekolah bukan sahaja tidak bertambah, sebaliknya semakin berkurangan. Sekolah-sekolah rendah Cina yang ada pada hari ini sebanyak 90 peratus adalah dibina pada zaman British dahulu; sekolah yang bersubsidi penuh biasanya tapak tanah sekolah itu milik kerajaan, kebanyakannya tanah-tanah itu diberi oleh pihak kerajaan British.

Wang Yang Diberi Pada Sekolah Rendah Cina Tidak Setimpal

Berkaitan isu wang subsidi, boleh menyebabkan orang-orang Cina kurang senang dan berteriak, mengikut apa angka yang Lim Guan Eng catatkan, di bawah perancangan Malaysia ke-10, nisbah bilangan murid di sekolah Cina hanya sebanyak 20 peratus sahaja mendapat wang daripada keseluruhan wang subsidi, iaitu sebanyak 3.6 peratus yang diagihkan, dengan nisbah setiap murid hanya mendapat RM17.00 ringgit seorang dari wang peruntukkan subsidi, berbanding peruntukan subsidi di sekolah kebangsaan sebanyak RM120.00 ringgit seorang, sekolah rendah Tamil pula sebanyak RM80.00 ringgit seorang.

Angka-angka di atas adalah angka yang diumumkan oleh pihak kerajaan sendiri, laporan seperti ini boleh mudah didapati jika perlu, adakah pembangunan sekolah-sekolah rendah Cina dikatakan tidak diabaikan, bermakna mereka matanya celik tetapi tidak nampak seperti orang buta, jika wakil dari orang Cina sendiri bercakap demikian, dia tidak layak jadi wakil kepada orang-orang Cina.

Orang-orang Cina adalah salah satu kaum yang membantu membina negara ini, memang patut dapat diberi layanan untuk kembangkan bahasa ibundanya sendiri, “wakil-wakil orang Cina” hanya berpuas hati dan rasa selesa terhadap sedikit gula-gula ataupun mendapat manfaat secara kecil-kecilan, sebab itu orang-orang Cina rasa kecewa, jika tiada keputussan PRU 2008 itu, bukankah hari ini kita hanya mendapat manfaat secara kecil-kecilan sahaja? Sebab itu memang wajar jika orang Cina amat mengharapkan boleh berlaku dwikuasa di negara ini.

Cukup-cukuplah wahai wartawan akhbar Cina. Sedangkan di Singapura pun tiada sekolah vernakular, kenapa anda masih tidak bersyukur!

Akhbar Cina cuba bermain persepsi dengan membandingkan jumlah sekolah Cina dulu dan sekarang. Tidakkah mereka sedar memang benar jumlah sekolah Cina berkurang tetapi saiz sesebuah Cina makin bertambah. Jika sebelum merdeka tidak banyak sekolah Cina bertingkat-tingkat, kini boleh dikatakan semua sekolah Cina dibina dengan begitu tinggi sekali. Bandingkan buah epal dengan epal. Jangan terlalu asyik memikirkan hak anda sahaja sedangkan lebih banyak sekolah luar bandar yang belum mendapat perhatian sewajarnya.

Nasihat dari MyMassa, jangan jadi seperti Belanda minta tanah!

*Selagi akhbar Cina berat sebelah macam ni dan menyokong DAP, selagi tu peluang untuk MCA naik kembali makin tipis. Mungkin nasih SUPP berjangkit kepada MCA pada PRU akan datang.

Info MyMassa : Cara-cara Nak Kahwin Di Siam (Untuk Yang Berminat)

0
Kami kongsikan info ini kepada para pembaca.

Mana la tau ada yang berminat.

Boleh tau kaedah yang betul.

Klik untuk besarkan imej


*MyMassa rasa....minta maaf lebih mudah dari minta izin.

Alhamdulillah. Satu Lagi Negara Islam Dikurniakan Minyak.

0
Umum mengetahui bahawa kebanyakan negara yang menjadi negara pengeluar minyak adalah negara Islam.

Yang terbaru, Bosnia pula dikatakan mempunyai sumber 'emas hitam'.



Jika benar, mungkin ini adalah peluang untuk Petronas melakukan kerja carigali di sana berdasarkan hubungan baik Malaysia dan Kerajaan Bosnia.

DR. AZIZ BARI SERTAI DAP SEIRING DENGAN PHILOSOPHY 'AGAMA BARU' -

0
WALAUPUN Prof Dr. Aziz Bari asyik bercakap soal keadilan, kebenaran, kredibiliti, namun sebenarnya Dr. Aziz Bari amat-amat buta kerana tidak melihat keadilan di dalam kerajaan pimpinan BN selama ini kepada rakyat Malaysia. Beliau melihat keadilan di pihak PR sahaja. Mengapakah beliau tidak berhenti sahaja di UIA dan berpindah ke UNISEL?

Apakah beliau tidak faham kata-kata Dr. Hassan Ali, bahawa sekiranya perlawanan bola antara Kelantan VS Selangor, beliau tiada keperluan pergi berbanding HIMPUN. Inilah serangan sulit Dr. Hassan Ali, mantan Timbalan Ketua Pengarah BTN kepada Dr. Aziz Bari.

Beliau melihat semua kesalahan hanya pada BN, sebaliknya matanya hanya melihat kebenaran di pihak Pakatan. Pemikiran Dr. Aziz Bari bermaksud Lim Kit Siang lebih mulia daripada Sultan Selangor, Pemikiran Aziz Bari yang sekular itu juga bermaksud Yayasan Kritian dan Yayasan Yahudi seperti KAF lebih mulia kerana memberinya honorarium berbanding Yayasan Albukhary, begitu.

Bagi penulis, demi menjaga Kredibiliti UIA, Dr. Aziz Bari seelok-eloknya menyertai DAP dengan segera.
Selanjutnya mari kita perhatikan artikel ini...

1. Dr Mahathir bersetuju sebahagiannya dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara berkenaan ancaman baru gelombang hak asasi tersebut.

2. “Separuh daripada apa yang Abdul Rahim kata adalah benar… ia digunakan untuk tujuan politik bukan untuk tujuan nak selamatkan orang. “Ini adalah yang ditakuti oleh Rahim Noor, tetapi umumnya kita mendokokng hak asasi tetapi setakat kita mampulah,”

4. Katanya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mengamalkan nilai-nilai agama yang konservatif tidak dapat menerima pengalaman hak asasi manusia sepenuhnya sepertimana yang diamalkan di Barat, misalnya penerimaan perkahwinan sejenis.

5. “Jika kita ikut Barat, yang mengamalkan hak asasi manusia melampau seperti membolehkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita, (maka ini) harus ditolak terus".

Dalam isu ini Dr. Aziz Bari = Anwar Ibrahim = Al Gore = mereka senada seia serupa. Sangat jelas penyembah Yahudi yang sangat tegar!

6. Tanpa menyebut secara spesifik dalang dan parti politik yang memperjuangkan gagasan itu, Rahim berkata kelompok tersebut menjadi slogan hak asasi manusia sebagai ‘agama baru’ untuk melahirkan masyarakat sivil yang berpandangan liberal dan menolak sistem yang sedia ada termasuk institusi raja-raja. Katanya, kumpulan tersebut menjadi Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.

7. Penggerak gelombang itu, katanya akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sejak dari sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli dan membina sistem baru yang berasaskan sama rata.

Penulis ulangi, Dr. Aziz Bari lebih baik berhenti di UIA, dan segera sertai UNISEL dan DAP, sekiranya beliau ada Integriti dan Kredibiliti.

Terjemahan Akhbar Cina : Akhbar Cina Hasut Rakyat Lagi Untuk Benci Kerajaan.

5
Adakah ini satu penilaian yang jujur? Atau satu propaganda halus yang bertujuan untuk menghasut.





China Press 27 Oktober 2011 (Khamis)
m/s C17

Rakyat  Tidak Dapat Rasakan Perubahannya
Penulis: Hu Yuan

Perubahan ekonomi dan masyarakat negara ini, setiap selang beberapa bulan pihak kerajaan akan umumkan sesuatu perubahan, mengumumkan beberapa perubahan yang berjaya, saling mengucapkan syabas dalam perubahan ekonomi dan masyarakat.

Apa-apa berita dan kenyataan tentang perubahan ekonomi di negara ini, sepatutnya rakyat rasa ghairah dan bergembira dengan keseronokan itu, namun jika kita lihat dan menyelidikinya di lorong-lorong pekan, sebaliknya apa yang kita lihat ialah keluhan orang ramai.  Apa yang pihak kerajaan laungkan berjaya dalam meningkatkan angka-angka perubahan itu, sebaliknya rakyat tidak dapat rasai apa sebenar perubahan yang telah berlaku untuk supaya mereka gembira. Yang lebih buruk lagi, kelihatan masa depan yang semakin  tidak menggembirakan, mereka lebih rasa masa depan semakin tidak berdaya dan tiada harapan.

Inilah yang buat semua orang rasa kecewa, rakyat Malaysia tidak tahu dalam kehidupan mereka selama ini adalah dalam keadaan kehidupan kesedihan, ataupun ilmu pengetahun mereka sendiri yang tidak cukup, ataupun diperdayakan oleh politikus-politikus, sebab itu mereka tidak dapat rasai sesuatu perubahan dalam ekonomi dan masyarakat, orang-orang Malaysia memang sangat teruk.

Ini tidak boleh salahkan orang Malaysia, apa yang boleh diumpamakan, “yang lama tidak pergi yang baru tidak akan datang”. Tidak buang yang lama, bagaimana mahu bangunkan yang baru?  Secara amnya racun DEB yang lama masih tetap wujud, itu yang membuat negara kita selama ini dalam keadaan tidak mampu bangun, langsung tidak bermaya dan lemah.

Tidak Dapat Bangkitkan Keghairahan

Baru-baru ini perkembangan tentang hubungan dalam keagamaan, orang ramai dapat rasai ia bukan maju ke hadapan sebaliknya perubahan itu mundur ke belakang. Berjuta orang Islam menentang murtad dalam agama, walaupun yang hadir pada perhimpunan itu dalam beberapa ribu orang sahaja, ia menunjukkan satu keadaan yang membimbangkan; tembok dinding halangan di antara agama di negara kita semakin tinggi. Pandangan seorang pensyarah di UIA menyebabkan beliau dibuang kerja, itu lebih menyedihkan semua orang, kerana ia menunjukkan kita hadapi halangan dalam perubahan pendidikan di negara.

Kini berlaku pelbagai isu, menyebabkan rakyat Malaysia anggap Malaysia bukan dalam perubahan, sebaliknya ia tertimbus ke dalam jurang untuk tidak berubah. Isu rasuah juga tidak dapat dibendung, dihimpit dengan budaya krony-krony, syarikat-syarikat GLC tidak putus-putus menelan syarikat-syarikat swasta, ambil alih syarikat-syarikat swasta, polisi memberi wang kepada rakyat boleh menyebabkan negara ini hadapi cabaran-cabaran ekonomi. Menyebabkan harga barangan melambung naik, tahap kehidupan rakyat semakin rendah, rakyat hadapi masalah sedemikian, rakyat melihat kedai runcit 1 Malaysia, Restoran 1 Malaysia, perumahan 1 Malaysia permainan-permainan seperti ini, sebaliknya pihak kerajaan tidak dapat selesaikan masalah rakyat yang semakin terhimpit ini, sudah tentu masa depan negara ini agak kurang memberangsangkan.

Di dalam jiwa rakyat punyai persoalan-persoalan: kenapa semakin negara ini mahukan perubahan, rakyat semakin kurang mendapat peluang? Kenapa semakin negara ini mahukan perubahan, kehidupan rakyat semakin susah? Yang paling teruk sekali polisi kewangan memberi duit, sebaliknya rakyat dalam keadaan gelap yang tebal; jika perkara itu diteruskan, negara ini akan berlaku seperti negara Greece, satu hari nanti negara ini akan hadapi muflis?

Kesedihan rakyat Malaysia, mereka perlukan kegembiraan dan perlu punyai fikiran yang bijak!

MyMassa rasa kalau Akhbar Cina benar-benar jujur, bandingkan apa yang berlaku dengan dunia global. Kalau tak paham jugak, wartawan ni boleh tengok video perbahasan Bajet 2012 oleh YB Khairy. Bagaimana elemen luaran banyak mempengaruhi ekonomi negara ketika ini.



Memang rakyat tak dapat rasa sebab fokus Kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan Malaysia tidak jatuh ke kancah krisis ekonomi.

Betapa sialnya akhbar China Press ini apabila menyuntik jarum perkauman dengan mengatakan bahawa DEB sebagai RACUN!

*Makin lama makin main kasar nampaknya akhbar Cina ni.

Aziz Bari Kena Balun Dengan Prof Ulung.

1
Pensyarah memang punyai hak untuk bersuara.

Tetapi hak tersebut ada batasnya.

Tidakkan pensyarah juga kakitangan Kerajaan yang terikat dengan peraturan-peraturan tertentu?

Klik untuk besarkan imej.


Aziz Bari jangan terlalu besar kepala.

Kalau benar Kerajaan Barisan Nasional tak betul, bertukarlah menjadi pensyarah di IPT milik Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Kemudian bandingkan sendiri mana pihak yang lebih banyak mencampuri hal universiti. BN atau pembangkang.

*Kan tak pasal-pasal kena sound dengan Profesor Ulung.

TAZKIRAH MINGGU INI

0
AMALAN-AMALAN PADA BULAN ZULHIJJAH
Dalam bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahala di sisi Allah SWT. Ibadat tersebut ialah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun Islam pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah SAW bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu.  Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga”  (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi umat Islam yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, Allah SWT tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk mereka supaya direbut terutama pada 10 hari yang pertama bulan ini.

Antara amalan-amalan tersebut ialah:

1.  Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya:  “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah SAW bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)

2.  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah

Dari Abu Qatadah RA berkata, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa pada hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab: 
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”  (HR Muslim)

3.  Solat Eidul Adha

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha”  -  Hadith riwayat Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Hari Raya Aidiladha.”  -  Hadith riwayat Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.

4.  Menyembelih haiwan korban (waktunya bermula selepas solat Eidul Adha sehingga hari ketiga belas)

Rasulullah SAW bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”  -  Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412

Begitulah antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita umat Islam dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.

Video Kebodohan Pemuda PAS.

8
Cuba tengok video ni.

Betapa susahnya hidup pemuda PAS sampai pergi ijtima Pemuda PAS pun tumpang lori ramai-ramai.



Cuba tengok pula kereta pemimpin PAS.

Kereta Nik Aziz, Mursidul Am PAS

Kereta Haji Hadi, Presiden PAS
Kereta Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS.


Ustaz Azhar yang cari makan dengan ceramah PAS pun naik SUBARU.



Kesian betul MyMassa tengok pemuda PAS yang terus diperbodohkan oleh pemimpin mereka.

*Konon PAS parti zuhud. Yang zuhud pengikut PAS. Pemimpin mereka terus dibuai kekayaan.

Berita Yang Milo Suam Tak Boleh Terima.

0
Buat la macam mana, kalau jenama tu dipercayai, orang akan beli jugak.



Begitulah jenama 1Malaysia yang dipercayai rakyat.

Walaupun wujud usaha-usaha dari pembangkang (termasuk ahli Parlimen dan cybertrooper) untuk memburuk-burukkan inisiatif Kerajaan ini, rakyat di akar umbi lebih kenal mana kaca, mana permata.

Tahniah Dato' Sri Najib. Malaysia akan lebih maju di bawah kepimpinan anda.

*Skim 1Malaysia dengan Buku Jingga, mana lebih popular sekarang?

TAZKIRAH MINGGU INI

1
KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH

Sudah sewajarnya bagi setiap Muslim mengetahui dan memahami cara bermuamalah dengan penguasa (pemerintah). Berdasarkan kepada panduan agama, para ulama telah bersepakat akan kewajipan taat kepada penguasa yang ada, baik bagi seorang imam (pemimpin) yang berkuasa terhadap seluruh negeri bagi kaum Muslimin atau ramai pemimpin yang menguasai negeri-negeri tertentu.

Dalam konteks sesebuah negara yang stabil, maka setiap orang yang berada di bawah kekuasaannya adalah wajib meyakini bahawa  penguasa (pemerintah) berhak dibai’at oleh mereka. Ini merupakan kewajipan syariat. Orang yang tidak meyakini kewajipan bai’at kepada penguasa di negerinya yang menjadi kewajipannya ia terancam dengan ancaman yang keras. Berhubung perkara ini Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa melepaskan ketaatan (daripada penguasa), nescaya akan menemui Allah tanpa memiliki hujah (alasan). Dan barangsiapa meninggal tanpa ikatan bai’at, maka kematiannya (seperti) kematian jahiliah.” (Riwayat Muslim)

Dan harus diingatkan bahawa bai’at kepada penguasa bukan seperti kalung yang boleh diletakkan dan ditanggalkan sesuka hati; jika ia suka dipakainya, dan apabila tidak suka ditanggalkannya. Tetapi kewajipan bai’at tetap berlaku selagi kekuasaan penguasa masih ada atau bertapak di negeri tersebut. Seseorang Muslim tidak boleh menarik diri daripada bai’at ini.

Dasar kedua yang perlu dipatuhi terhadap pemerintah ialah mengenai bagaimana cara pendekatan yang harus diambil dalam menasihati pemerintah kerana mereka adalah manusia yang berhak menerima penghormatan daripada seluruh rakyat jelata. Islam menyaran umatnya menjauhi sikap khuruj (memberontak, penderhakaan atau lain-lain cara penentangan yang salah). Adanya kesalahan pada diri peminpin, bukan pula bermakna kita boleh memijak kehormatan mereka. Kita disyariatkan untuk menasihat dan menjelaskan kesalahan mereka dengan cara-cara yang betul, sejajar dengan situasi  yang dibenarkan oleh agama. Perbuatan menegur dengan cara penderhakaan atau caci maki  akan menimbulkan rasa benci dan marah di kalangan rakyat yang cintakan keamanan. Teguran yang membina terhadap pemerintah adalah teguran dan nasihat  yang ikhlas, bukan perasaan hasad dengki atau berbentuk meruntuhkan segala apa yang ada di hadapannya tanpa mengira buruk baiknya atau untung ruginya .

Oleh kerana pemerintah tidak selalunya benar dan tidak mencapai darjat maksum, maka mereka yang ingin menasihatinya atau memperbetulkan kesilapannya perlulah mengikut mekanisme yang dibenarkan oleh syariat. Ini sesuai dengan panduan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t meredai untuk kamu tiga perkara, antaranya kamu menasihati mereka yang diangkat untuk menjaga urusan kamu.”(Riwayat Ahmad)

Sesunguhnya Allah s.w.t meredai di kalangan hamba-Nya yang dapat menasihati pemimpin supaya bersikap jujur dan perlulah bermuamalah dengan menjelaskan mana-mana kesalahannya melalui cara yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung perkara ini, Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umat baginda mengenai tiga perkara penting yang hati orang mukmin tidak sanggup  untuk  berlaku curang apabila melakukannya. Pertama, ikhlas beramal kepada Allah s.w.t. Kedua, dalam menasihati pemerintah, dan ketiga, dalam kesetiaan terhadap jemaah.

Tiga hal ini sepatutnya menjadi panduan bagi mukmin agar tidak mengkhianatinya, iaitu dalam melakukan ibadat dan semua urusan terutamanya  semata-mata hanya kerana Allah s.w.t. Perkara ini penting untuk dipraktikkan  ketika ingin menasihati pemerintah dan hendaklah diasaskan di atas rasa kasih sayang, ikhlas dan demi memperoleh keredaan-Nya semata-mata, bukan kerana sebarang kepentingan yang lain. Di atas keikhlasan itulah menyebabkannya mukmin seharusnya tidak sanggup keluar daripada ikatan taat setia kepada pemerintah,  malah sentiasa mendekati bersama kumpulan jemaah pemerintah (ulil amri) tersebut. Berhubung perkara menasihati pemerintah ini, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa ingin menasihati  sultan (pemerintah) dengan sebarang urusan, janganlah menampilkan kepadanya secara terang-terangan. Tetapi hendaklah memegang tangannya, lalu dibawa ke suatu tempat yang tersembunyi (pada masa itu bolehlah dia menasihatinya secara berseorangan dan jika nasihatnya diterima, maka itulah yang sebaik-baiknya dan kalau tidak, maka dia sudah pun menunaikan  tanggungjawabnya sendiri.” (Riwayat Tarmizi)

Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa sesiapa yang ingin menasihati sultan (raja) atau pemerintah, tidak harus secara terbuka atau di hadapan umum secara terang-terangan atau di atas pentas di tengah-tengah perhimpunan umum. Demikianlah ajaran yang dipesan oleh Rasulullah  s.a.w. Bagaimanapun, ramai yang lupa kerana keghairahan ingin menonjolkan sebagai jaguh masyarakat di samping bertujuan  menarik perhatian ramai supaya disanjung atau dipilih sebagai ketua.          

Prinsip ketiga ialah kita harus mendengar dan taat kepada penguasa pada perkara yang bukan maksiat kepada Allah. Tidak ada kebaikan bagi masyarakat kecuali dengan jemaah. Dan urusan jemaah tidak akan berjalan lancar melainkan dengan adanya ‘imamah’ (kepimpinan). Dan tidak akan lurus atau bergerak lancar sesuatu kepimpinan kecuali dengan ketaatan. Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w menegaskan dalam suatu hadis yang bermaksud: ”Barangsiapa taat kepadaku, sungguhlah ia taat kepada Allah. Barangsiapa bermaksiat (melakukan kesalahan dari sisi agama) kepadaku, sungguhlah ia telah bermaksiat kepada Allah. Barangsiapa taat kepada Amir (penguasa), sungguhlah ia taat kepadaku. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada Amir, sungguhlah ia bermaksiat kepadaku.” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya, apakah harus kita memerangi mereka (pemerintah) yang melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat dengan pedang atau mengunakan sebarang kekerasan. Nabi s.a.w menjawab menerusi sabda baginda yang bermaksud: ”Tidak, selama ia menegakkan (menunaikan) solat dengan kamu. Ketahuilah, orang yang dikuasai oleh seorang penguasa, dan melihatnya mengerjakan maksiat kepada Allah, hendaknya ia membenci maksiat kepada Allah yang dilakukannya itu dan tetap tidak melepaskan ketaatan kepadanya.” (Riwayat Muslim)

Meskipun apa yang diperintah atau dilaksanakan oleh umarak tidak menyenangkan hati kita, kita tidak sepatutnya menentang atau tidak mahu menerimanya selagi apa yang diperintah dan dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah. Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabda baginda yang bermaksud: “Seseorang Muslim wajib memperkenankan (menerima) dan taat berkaitan apa sahaja (yang diperintahkan oleh ulil amri), suka atau tidak suka. Tetapi apabila ia (orang Muslim) diperintahkan berbuat maksiat, maka ketika itu tidak boleh diperkenankan (diterima), tidak juga taat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perhatikan bagaimana perseimbangan yang indah ini jika berlaku kepincangan di mana-mana, tentu kita tidak menyukainya kerana Allah tidak memerintah dengan perkara fahsya dan juga mungkar dan tetap menegaskan kepadanya bahawa perkara tersebut adalah tetap dilarang keras dalam agama dan perlu dijauhi dan ditinggalkan tanpa sebarang kompromi lagi. Ia bermakna, perlu dipisahkan antara amalan jahat pemerintah dan  perbuatannya,  barulah tindakan kita akan seimbang dan adil serta ada batasannya. Tidaklah sampai rakyat akan membenci dan memusuhi pemerintah. Dan prinsip yang keempat ialah kita tidak harus sewenang-wenangnya ‘mengkafirkan’ penguasa Muslim. Takfir merupakan hak Allah, tidak boleh dilontarkan begitu sahaja atau sewenang-wenangnya kepada orang tertentu kecuali kepada orang yang berhak dikafirkan dengan bersandarkan syariat.

Oleh hal yang demikian itu, adalah menjadi hak kita untuk mentaati umarak (pemerintah). Meskipun terdapat kecacatan atau kesalahan yang dilakukan oleh mereka, namun kita tidak harus menghukumnya dengan cara penderhakaan yang ditegah oleh syariat Islam. Adalah penting bagi kita untuk memahami cara bermuamalah dengan umara bagi meluruskan sesuatu perkara atau keadaan yang telah bengkok akibat perbuatan atau tindakannya. Mempraktikkan sikap khuruj bukanlah jalan penyelesaian yang bijak dan adil.

Info MyMassa : Gempar Bumi Di Turki.

0
Beberapa kejadian gempa bumi besar yang dilaporkan terjadi di Turki.

Klik untuk besarkan imej.


*Sumber: Utusan.

Info MyMassa : Perihal Jalan Di Malaysia.

0
Fakta yang kami ambil dari Utusan.



*Kongsi-kongsikan.

Awas Malam Jumaat. Jangan Jadi Seperti Ini.

0
Gila betul.

Keldai pun boleh disangkakan pelacur.


Bagi MyMassa, orang yang kantoi akan mereka-reka cerita.

Sama la macam kawan kita tu. Dulu kata tak kenal Eskay. Bila ada gambar dia dengan Eskay, suruh bini back up dengan alasan perutnya tak sama.



*Mungkin kalau dah kantoi besar, sahabat kita tu akan bagi alasan amoi yang dibalunnya tu Wan Azizah.

Khamis, 27 Oktober 2011

Menjelang Hari Raya Korban. PAS 'Disembelih' DAP.

0
Rupa-rupanya perjuangan PAS telah 'disembelih' oleh DAP awal-awal lagi.



Tak tau bahagian mana yang kena sembelih, tengkok atau telur. Patutlah PAS sekarang ni sanggup tunduk dan jadi balaci kepada DAP.

Tak hairan jika mana-mana pemimpin yang menentang DAP pula akan disembelih oleh PAS Pusat kerana takutkan DAP. Contohnya Datuk Dr. Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Bila PAS Selangor dapat dekat Dr. Rani lagi penakut nak tegakkan hudud. Macam biasa, UMNO jugak yang salah.






*Kat Padang Mahsyar nanti try la salahkan UMNO. Ada berani?

Haji Hadi Nyanyuk. Lupa Bahawa PAS Pernah Anjurkan Perhimpunan Menentang Kristianisasi.

1
Baru tadi Malaysian Insider keluarkan berita ini.



Menurut Malaysian Insider, kenyataan ini dipetik dari Harakah.

Cuma MyMassa nak ingatkan Haji Hadi dan puak PAS bahawa PAS dulu pernah anjurkan Perhimpunan Menentang Kristianisasi. Kalau lupa boleh tengok dokumen ini.

*Bila banyak sangat keluarkan kenyataan kontroversi macam tu lah jadinya. Sampaikan amanatnya sendiri dia langgar semata-mata nak gabung dengan DAP.

GEMPAR! Bukti Khalid Samad Telah 'Murtad'.

0
Ini bukti Khalid Samad telah 'murtad' perjuangannya.

Jika siang tadi MyMassa pamerkan dokumen dalam Bahasa Inggeris, kali ini dalam Bahasa Melayu pula.


 


Kami dapat dokumen ini dari blog Jebat Must Die. Untuk membaca keseluruhan dokumen ini, anda boleh membacanya di sini (http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/07/08/operasi-lalang-in-1987-part-1/).

Ada sebab kenapa kami ulang tayang dokumen ini iaitu Khalid Samad telah mencabar kami dalam twitternya.



Jadi kepada Khalid Samad, bukti dokumen ini amat jelas bagaimana kamu telah murtad perjuangan kamu yang kamu laungkan waktu muda mu. Jika dulu kamulah pejuang yang memainkan isu ini, bila berkuasa, kamu pula menjadi pelindung kepada gerakan Kristianisasi.

Sedarlah wahai Khalid Samad. Riwayat politik kamu makin pendek. Rakyat Shah Alam kini sudah kenal siapa sebenarnya Khalid Samad. Jangan lupa bahawa Khalid Samad juga membiarkan anaknya sendiri pergi umrah menggunakan duit zakat.


*Pukul 9 lebih nanti, MyMassa akan membalun Haji Hadi pulak.