Rabu, 31 Ogos 2011

Terima Kasih Tun Mahathir!

0
Hanya dokumentari ini sebagai pengganti diri.

Ucapan jutaan terima kasih kepada ayahanda Tun Mahathir.

Sempena Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-54.


Video Yang Wajib Mat Sabu dan Ahli PAS Tonton.

3
Filem khas sempena Hari Kemerdekaan ke-54.

Ini bukan filem Bukit Kepong yang Mat Sabu dakwa propaganda BN. Ini bukan hasil tangan Tan Sri Jins Shamsuddin yang Mat Sabu dakwa ahli UMNO.

Tapi ini adalah dokumentari yang wajib ditonton oleh semua anak merdeka.

Anak merdeka yang merasai nikmat kemerdekaan tetapi tidak pernah berterima kasih kepada pejuang-pejuangnya.

Sama-sama kita saksikan filem 'DUGAAN NEGARA'.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54.

0
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 bertemakan 1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

AT-TUUR

0

MUQADDIMAH SURAH AT-TUUR 
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 49 ayat. Dinamakan surah “At-Tuur” (Gunung Tursina), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala bersumpah dengan tempat-tempat suci dan lain-lainnya yang ada di langit dan di bumi, di antaranya ialah Gunung Tursina untuk menegaskan bahawa azab seksa yang dijanjikan kepada orang-orang kafir – tetap berlaku. 
Intisari kandungannya : Memberi amaran yang menggerunkan kepada orang-orang yang ingkar bahawa mereka akan menerima akibat yang seburuk-buruknya pada hari kiamat kelak.
Di samping itu Allah Ta’ala menerangkan mengenai balasan baik yang didapati oleh orang-orang yang beriman dan beramal salih : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ditempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan yang tidak ada taranya”. 
Serentak dengan itu Allah Ta’ala mengingatkan orang-orang yang beriman supaya memberi pelajaran dan didikan ugama kepada anak isteri dan zuriat keturunannya supaya mereka dapat berhimpun bersama di dalam Syurga Jannatun Na’iim:
“Dan orang-orang yang beriman, yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang terikat dengan amal yang diusahakannya”. 
Pada bahagian akhir surah ini, Allah Ta’ala dedahkan kebodohan orang-orang kafir yang melemparkan berbagai tuduhan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) bahawa tuduhan-tuduhan mereka bukan sahaja tidak berasas, bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman. 
“(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih pitah dan indah) seperti Al-Qur’an itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya”.

Selasa, 30 Ogos 2011

Selepas BERSIH, Satu Lagi BARUA Anwar Serang Kerajaan - Bahagian Kedua

0
National Opposition Union (Unión Nacional Opositora--UNO) was a wide-range cartel of opposition parties formed to contest Nicaragua's president Daniel Ortega in 1990 election. Its candidate Violeta Chamorro eventually won the race. UNO traced its origins back to the Nicaraguan Democratic Coordinating Group (Coordinadora Democrática Nicaragüense--CDN), which was formed in 1982 by different opposition groups. At the time of the election, of the UNO coalition's fourteen political parties, four were considered conservative, seven could be characterised as centrist parties, and three - including Nicaragua's Communists - had traditionally been on the far left of the political spectrum

Despite internal struggle, the UNO coalition under Violeta Chamorro succeeded in its campaign centered around the economic downfall and promises of peace. Chamorro promised to end military draft, initiate democratic reconciliation, and restore economic growth. Many Nicaraguans felt that the contra war and bad economy would continue if the FSLN remained in power, because of the strong United States opposition to the FSLN (the Bush Administration had declared that it would only send aid to the government if the UNO was elected). Meanwhile, resources and organisational help were given to the UNO by the United States government's National Endowment for Democracy (NED), which in June 1989 had receive $2 million from U.S. Congress, which had also approved in April 1989 a package of $49.75 million in 'nonlethal' aid to the Contras, which funded their pro-UNO propaganda campaign. Some villages reported threats of murder from the Contras if they voted for the FSLN in the elections.
http://en.wikipedia.org/wiki/National_Opposition_Union

Petikan di atas adalah contoh kejayaan strategi NED dalam menumbangkan Kerajaan sedia ada dalam sesebuah negara. Nicaragua dalam era 80-an di bawah kepimpinan Daniel Ortega adalah negara yang sering memberi masalah kepada US. Untuk menumbangkan Daniel Ortega, NED telah menyatukan 14 parti pembangkang dalam National Opposition Union (UNO). Hasilnya, Presiden Ortega kalah dan puppet kepada US, Violeta Chamorro yang memenangi kerusi Presiden. Kejayaan menumbangkan Kerajaan melalui penyatuan parti-parti pembangkang menjadi modus operandi awal kepada NED di Malaysia. Atas nasihat NED, Anwar Ibrahim berjaya melakukannya melalui JACER (nama lama BERSIH).

Strategi seterusnya untuk menumbangkan Kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah adalah dengan menyerang institusi, jabatan dan agensi Kerajaan. Sekitar tahun 2006-2008, banyak propaganda pembangkang adalah berkisar kepada kepincangan agensi Kerajaan. Antara yang teruk diserang adalah PDRM, BPR, SPR dan Badan Kehakiman. Dengan menyerang agensi Kerajaan, pembangkang berjaya mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan ketika itu lemah dan Perdana Menteri perlu ditukar. Apa yang berlaku ketika itu adalah propaganda tersebut berjaya menembusi minda penjawat awam dan parti BN sendiri. Kelemahan-kelemahan yang dimainkan oleh pembangkang turut disambut oleh beberapa pihak dalam Kerajaan. Akibatnya, bukan sahaja Pak Lah diserang dari luar, malah dari dalam partinya sendiri.

Strategi seterusnya adalah dengan melancarkan beberapa perhimpunan massa jalanan untuk mengambarkan seolah-olah majoriti rakyat menolak Kerajaan. Melalui perhimpunan BERSIH 2007, gelombang kuning berjaya digerakkan oleh Anwar dengan bantuan NED. Selain daripada dua strategi di atas, banyak lagi strategi yang digunakan Anwar yang dia dapat melalui NED. Strategi-strategi NED ini telah banyak dibongkarkan oleh blog AIDC (www.anwaraidc.com).

Apa yang MyMassa ingin dedahkan dalam artikel ini adalah bagaimana satu lagi balaci Anwar digunakan untuk menumbangkang Kerajaan. Balaci yang MyMassa maksudkan adalah MERDEKA CENTER. Merdeka Center merupakan opinion research firm yang mendapat tajaan IRI (NGO di bawah NED). Hubungan ini diakui sendiri oleh IRI dalam laman web mereka.


Public Opinion Research

IRI continues to support the public opinion research of its longtime local partner, the Merdeka Center, and use this as a mechanism for keeping parties in tune with the citizenry.  IRI has conducted several national, peninsular and state polls and focus group discussions on issues such as the economy, politics and social issues.  IRI uses public opinion research to increase the knowledge of political parties about voter concerns and beliefs and to assist parties in crafting strategies, platforms and messages.


http://www.iri.org/countries-and-programs/asia/malaysia

Kini, Merdeka Center telah memainkan peranan yang telah diarahkan oleh Anwar. Tugas tersebut adalah untuk mengemukakan kajian yang boleh mempengaruhi persepsi rakyat bahawa Kerajaan sekarang tidak popular. Kaedah yang sama pernah digunakan untuk menumbangkan Pak Lah selepas pilihan raya 2008. Kajian tersebut bertajuk Peninsula Voter Opinion Poll, July 2008- Perspectives on General Direction & The Economy, Barisan Nasional & Leadership Approval, Pakatan Rakyat and Allegations Against Anwar Ibrahim. Kajian ini menunjukkan seolah-olah Pak Lah telah hilang sokongan rakyat Malaysia. Kaedah yang sama digunakan oleh Merdeka Center untuk menyerang Dato' Sri Najib dengan mengeluarkan kajian berikut:
Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.
http://www.malaysiakini.com/news/174389

Kenapa MyMassa menyatakan bahawa kajian ini adalah sesuatu yang dirancang keputusannya? Kerana tidak sampai sebulan, Pengarah Eksekutif Merdeka Center (Ibrahim Suffian) mengeluarkan kenyataan yang sangat berbeza! (Kenyataan Ibrahim pada 15 Ogos 2011).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.

Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu.

"Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib. Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif.
http://www.malaysiakini.com/news/173036

Ertinya Ibrahim mengetahui hakikat sebenar iaitu Dato' Sri Najib lebih popular daripada Anwar Ibrahim melalui pandangan ikhlasnya pada 15 Ogos. Hujah yang digunakan oleh Merdeka Center untuk meng'halal'kan penemuan mereka (bahawa Kerajaan tidak popular) adalah BERSIH antara penyebab kekurangan sokongan kepada Dato' Najib. Jika ianya benar, bagaimana pendapat Ibrahim Suffian pada 15 Ogos yang menunjukkan sebaliknya?

Apa yang kami ingin sampaikan di sini adalah pemilihan responden untuk kajian Merdeka Center baru-baru ini bukan secara rawak tetapi secara terpilih. Oleh kerana mereka mengetahui beberapa jumlah responden yang menyokong pendapat bahawa BERSIH mempunyai impak negatif kepada Kerajaan, Merdeka Center menumpukan kajian mereka terhadap golongan tersebut dan mengurangkan tumpuan kepada responden yang tidak menyokong pendapat tersebut. Kenapa MyMassa kata sedemikian, kerana Ibrahim Suffian sendiri mengakui bahawa BERSIH sebenarnya tidak memberi kesan kepada rakyat!

Di sebalik liputan dan publisiti meluas sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang ditimbulkan oleh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, badan bancian tempatan, Merdeka Centre berpendapat impak dan kesannya ke atas rakyat adalah terlalu kecil.

NONE"Tidak ada peralihan ketara yang dikesan," kata pengarahnya Ibrahim Suffian (kanan) kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.

Beliau menjelaskan banciannya menunjukkan tahap sokongan popular lebih kurang konsisten, sebelum dan selepas perhimpunan itu diadakan.

Katanya, sebarang pengurangan bagi sokongan kepada BN yang dikesan adalah tidak ketara dan lebih menjurus ke arah persepsi pemimpin tertentu.

"Saya fikir BN masih menguasai majoriti, khususnya di kalangan orang Melayu. Kira-kira 55 hingga 58 peratus."

Ditanya sama ada kehadiran ribuan peserta pada perhimpunan itu dengan jumlah golongan muda yang sebegitu ramai adalah ukuran sebenar sokongan untuk reformasi pilihan raya, Ibrahim berkata andaian itu hanya benar bagi suatu pecahan kecil penduduk.


http://www.malaysiakini.com/news/172564

Daripada bukti-bukti yang kami tunjukkan, jelas terbukti bahawa Merdeka Center telah terkantoi untuk menipu rakyat Malaysia. Bukan kami yang kantoikan, tetapi hujah-hujah Ibrahim Suffian sendiri yang membuktikannya. Ini zaman IT bro. Setiap kenyataan yang dikeluarkan akan tercatat dan tersimpan dalam dunia siber. Kepada pencacai-pencacai yang nak gunakan kajian Merdeka Center sebagai hujah, sedarlah bahawa ianya sudah terkantoi. Lagi satu check mate dari blogger BN kepada Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya. Kami ulangi kenapa kajian Merdeka Center tidak boleh dipercayai:

1. Merdeka Center bukan badan bebas. Seperti BERSIH, Merdeka Center juga diupah untuk membantu pembangkang menggulingkan Kerajaan.

2. Kenyataan Pengerusi Ekskutif Merdeka Center tidak sampai sebulan sebelum itu adalah sangat berbeza dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center bahawa Dato' Najib kurang popular.

3. Hujah bahawa BERSIH mempengaruhi rakyat tidak benar kerana bancian Merdeka Center sebelum itu mendapati bahawa BERSIH hanya mendapat perhatian segelintir penduduk sahaja.

4. Kajian yang dibuat pada Ogos 2011 adalah ulangan kepada kajian yang dibuat pada Julai 2008 yang menunjukkan Kerajaan BN semakin kurang mendapat sokongan.

*Harap maklumat ini dapat disebarkan di laman sosial seperti FB dan twitter kerana kami yakin puak sebelah sana dah gunakan kajian merdeka center sebagai hujah.

Selepas BERSIH, Satu Lagi BARUA Anwar Serang Kerajaan.

0
Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang 'hebat'. Kehebatannya dalam menyusun strategi menyerang pihak lawan adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.

Semasa Anwar Ibrahim seorang mahasiswa UM, pihak lawannya adalah Kerajaan. Dia adalah ketua perusuh yang berada di senarai teratas pemimpin pelajar yang perlu ditangani. Ketua musuhnya ketika itu adalah Dr. Wan Ismail, ketua pengarah gerak saraf Kerajaan. Anwar tahu jika berlawan secara gentleman (berdepan), dia akan tewas. Tetapi Anwar memilih untuk berlawan secara PONDAN. Untuk mengalahkan Dr. Wan Ismail, Anwar telah menyusun strategi untuk memikat hati Wan Azizah, anak dara kepada Wan Ismail. Setelah Wan Azizah terpikat dengannya, satu kejayaan awal bagi Anwar.


Kejayaan lebih manis apabila Wan Azizah bersetuju untuk kahwin lari dengannya. Ketika itu Dr. Wan Ismail sangat marah sehingga mengambil senjata api miliknya untuk menembak Anwar. Zaman itu, kahwin lari bukannya sesuatu yang boleh diterima masyarakat Melayu. Namun Anwar sebagai pak sheikh sanggup melarikan anak dara orang hanya untuk membalas dendam. Nasib baik kemarahan Dr. Wan dapat ditenangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan rakan kepada Dr. Wan. Kalau tak dah lama Anwar jadi arwah. Kejayaan strategi Anwar menentang Ketua Pengarah Gerak Saraf menjadikannya dia legend pada zamannya.

Semasa Anwar berada dalam UMNO, antara kisah kehebatan strategi Anwar adalah bagaimana dia mengalahkan Tun Ghafar Baba. Ketika pemilihan UMNO tahun 1993, Anwar pada mulanya mengeluarkan kenyataan bahawa dia sesekali tidak akan menentang Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden. Strateginya adalah untuk Tun Ghafar tidak bersedia. Dalam masa yang sama Anwar telah menyusun strateginya untuk menjatuhkan Ghafar termasuk menembusi kubu kuat Tun Ghafar iaitu UMNO Sabah. Antara strategi yang digunakan oleh Anwar adalah mengedarkan PINK FORM. Sebagai Menteri Kewangan (yang dilantik oleh Tun Mahathir pada tahun 1991), Anwar berkuasa untuk mengedarkan pink form dan saham-saham bumiputera. Sebelum pemilihan agung UMNO, hampir semua ketua bahagian telah menyokong Anwar. Kemenangan tersebut membolehkan dia menghampiri jawatan Perdana Menteri yang diidamkan selama ini.



Strategi agung Anwar dalam menyingkirkan musuhnya seterusnya adalah bagaimana dia mengurangkan majoriti BN semasa Pak Lah menjadi PM. Sesiapa yang mengenali Tun Abdullah akan bersetuju dengan MyMassa bahawa beliau adalah seorang yang sentiasa berbaik sangka dan tidak berdendam. Walaupun Anwar sentiasa mengenepikan beliau dalam UMNO Pulau Pinang ketika Anwar berkuasa, namun Pak Lah tidak pernah berdendam. Semasa menjadi PM, Pak Lah merupakan PM yang mendapat sokongan yang tertinggi rakyat. Dalam PRU 2004, sokongan terhadap kepimpinan Pak Lah sangat tinggi (BN memenangi 198 daripada 209 kerusi parlimen).

Selepas memenangi penggal pertama dengan berjaya, Pak Lah mendapat nasihat  dari Tingkat 4 bahawa populariti Pak Lah akan terus meningkat sekiranya dia membebaskan Anwar. Atas nasihat yang salah, Pak Lah membebaskan Anwar dan berharap supaya Anwar bersara terus dari politik. Tetapi Pak Lah lupa bahawa cita-cita Anwar untuk menjadi PM tidak pernah padam walaupun terpaksa menikam orang yang pernah menyelamatkan nyawanya (kes Dr. Wan) dan membebaskannya dari penjara. Strategi Anwar untuk menjatuhkan Pak Lah bermula dengan menjemput NED (organisasai induk kepada NDI dan IRI) untuk membantunya. NED adalah organisasi samaran CIA untuk mencampuri hal ehwal negara lain. Usaha pertama NED adalah membentuk NGO di Malaysia yang menyamar sebagai bebas tetapi sebenarnya alat kepada pembangkang. Antara NGO yang ditubuhkan oleh NED adalah JACER (kemudiaanya bertukar menjadi BERSIH) dan MAFREL (Badan Pemantau Pilihan Raya). Selain menubuhkan NGO baru, NED juga bekerjasama dengan beberapa organisasi yang telah lama wujud seperti SUARAM, Malaysiakini, CIJ, SEAPA dan ODC.



Serangan pertama Anwar terhadap Pak Lah bermula sejurus selepas dia keluar dari penjara. Anwar mula berceramah di pentas-pentas PAS untuk menghentam Pak Lah. Strategi yang lebih tersusun bermula dengan penubuhan BERSIH. Walaupun BERSIH nampak seperti hanya untuk 'pembersihan' pilihan raya, sebenarnya BERSIH adalah platform pertama untuk menyatukan kembali pakatan pembangkang (DAP, PAS dan PKR) setelah DAP keluar dari Barisan Alternatif. Ini kerana mengikut kaedah yang digunakan oleh NED di beberapa negara melalui PROJECT DEMOCRACY, Kerajaan sedia ada tidak akan tumbang jika pembangkang di negara tersebut tidak bersatu. Hanya pertandingan dua penjuru sahaja boleh menumbangkan perikatan politik yang kuat seperti Barisan Nasional. Kejayaan pertama strategi Anwar adalah menyatukan kembali parti politik pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional.

Bersambung ke bahagian seterusnya.....

*Untuk pembaca MyMassa memahami bagaimana NED boleh membantu Anwar, sila ke halaman berikut yang telah menerangkan secara terperinci.


http://www.anwaraidc.com/?p=12104

ADZ-DZAARIYAAT

0

MUQADDIMAH SURAH ADZ-DZAARIYAAT 
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 60 ayat. Dinamakan surah “Adz-Dzaariyaat” (Angin yang menerbang dan menaburkan), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala bersumpah dengan angin dan jenis-jenis makhlukNya yang lain, bahawa segala yang dijanjikanNya mengenai hari akhirat tetap benar, dan bahawa balasan amal, tetap berlaku.
Intisari kandungannya : Setelah menerangkan kebenaran hari akhirat, lalu dibentangkan perihal umat manusia dalam kehidupan dunia ini. Mengenai golongan manusia yang ingkar, Allah Ta’ala menegaskan bahawa mereka berada dalam keadaan berlainan pendapat terhadap ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Kecuali orang-orang yang beriman, maka mereka terhindar daripada perselisihan itu dengan sebab keikhlasan mereka mencari kebenaran.
Setelah menerangkan sifat orang-orang yang beriman, lalu diterangkan dalil-dalil dan bukti yang terdapat pada alam langit dan bumi, dan juga pada diri manusia sendiri, yang menunjukkan kekuasaan, kebesaran, kemurahan dan keesaan Allah Ta’ala yang menciptakannya. Jika semuanya itu diperhatikan dan difikirkan oleh golongan yang masih ingkar, tentulah mereka akan beriman.
Setelah menerangkan perihal Nabi-nabi yang telah lalu dan pertentangan keras yang telah dihadapi mereka dari kaum masing-masing yang ingkar, maka Allah Ta’ala memberi semangat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w.) supaya Baginda jangan menghiraukan golongan yang menentangnya, sebaliknya hendaklah ia tetap tekun memberi peringatan, kerana sebenarnya peringatan itu berkesan dan mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
Serentak dengan itu Allah Ta’ala menegaskan suatu hakikat yang sayugia disedari dan dipatuhi: Bahawa ia tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaNya.

Selamat Hari Raya AidilFitri

0
Kami di MyMassa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin.



*Jom layan lagu raya yang paling best dan susah nak jumpa kat mana-mana. Khas untuk pembaca kami.

Isnin, 29 Ogos 2011

SAH! Ada Konspirasi Dalam Pembangkang Untuk Jatuhkan Anwar!

0
Cakap-cakap mengenai konspirasi terbaru untuk Anwar Ibrahim semakin kuat kedengaran.

Kalau dulu, dengar sayup-sayup je.

Dikatakan semakin ramai pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP dan PAS cuba merancang siapakah yang akan menggantikan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bagi DAP dan PAS, hayat Anwar dalam dunia politik semakin singkat. Talian hayat yang biasa Anwar dapat dari luar negara semakin berkurangan.

Malah, cerita mengenai perjumpaan antara Ku Li dengan Nik Aziz telah disahkan kesahihan berita tersebut. Cerita ini macam cerita Kerajaan Perpaduan. Mula-mula dok nafi. Akhir sekali kebenaran akan terserlah.

Hari ini keluar berita mengenai peguam Anwar sendiri menghentamnya.

Klik untuk besarkan imej.


Pemimpin-pemimpin DAP dan PAS tahu mengenai kes liwat ini dengan lebih terperinci tetapi mereka masih mengikut game plan Anwar kerana Anwar masih boleh dipergunakan lagi.

Dalam hakikat yang sebenar, tiada konspirasi yang dibuat oleh BN untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kes liwat. Yang ada konspirasi untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai bakal PM secepat mungkin. Jika kes liwat adalah konspirasi BN, bagaimakah Singapura, Australia dan Amerika Syarikat sendiri mengetahui hakikat bahawa Anwar seorang peliwat? Berapa banyak BN bayar diplomat ketiga-tiga negara tersebut untuk bersekongkol dengan BN? BN tidak bersama-sama mereka tetapi telah mengetahui perkara ini lebih awal lagi. Sekitar pertengahan tahun 90an, pegawai kedutaan Singapura telah melaporkan kepada Kuan Yem mengenai perangai buruk Anwar Ibrahim. Perkara ini kemudiaanya disampaikan kepada Tun Mahathir oleh Kuan Yew sendiri semasa pertemuan 4 mata antara mereka. Namun, ketika itu Tun Mahathir menolak kenyataan Kuan Yew kerana beliau yakin bahawa Anwar tidak melakukan perkara tersebut.

Sebab itulah apabila Tan Sri Harussani cuba memujuk Tun untuk tidak memecat Anwar, Tun tetap dengan keputusannya. Kerana Tun telah mengetahuinya lebih awal melalui Kuan Yew. Dan ketika itu Tun yakin bahawa keputusannya akan dapat menyelamatkan lebih ramai rakyat dari menjadi mangsa kerakusan Anwar Ibrahim. Hal ini dijelaskan oleh Tun Mahathir sendiri dalam buku beliau, A Doctor In The House:


1.      Kisah yang diceritakan oleh Ummi Hafilda selari dengan perincian peristiwa oleh Tun Dr. Mahathir.

  • Tun Dr. Mahathir telah diberitahu mengenai salah laku Anwar sekurang-kurangnya empat tahun sebelum pemecatan beliau, pertama kali oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Haniff Omar. Mahathir tidak percaya Anwar berkelakuan sedemikian.
  •  Tun Dr. Mahathir bersikap adil apabila menemui kesemua saksi dan mangsa seks Anwar bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat keputusan.
  • Tun Dr. Mahathir turut menemui kepimpinan Umno seluruh Negara bagi mendapatkan pandangan mengenai tindakan yang paling sesuai yang boleh diambil ke atas Anwar.
  •  Tun Dr. Mahathir mempunyai bukti-bukti yang kukuh berhubung penglibatan Anwar dalam salah laku seks; beliau menunjukkan bukti bergambar ketika pertemuan dengan kepimpinan Umno seluruh Negara.
  •  Tindakan pemecatan Anwar bagi mengelakkan beliau menjadi bebanan kepada Kerajaan kerana tindakan salah laku seks tersebut boleh mengakibatkan pihak luar mengambil kesempatan untuk memberikan tekanan kepada Negara.
  •  Anwar turut diberikan peluang untuk menjelaskan dan mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO – bukti demokrasi diamalkan dalam UMNO.
  •    Anwar bukan sahaja gagal menjelaskan perbuatannya, malahan menggalakkan penyokongnya untuk bertindak ganas ke atas Tun Dr. Mahathir sendiri selepas mesyuarat tersebut selesai.
  • Tun Dr. Mahathir mengesahkan tindakan kepura-puraan PAS yang suatu ketika dahulu mengkritik Kerajaan kerana menyimpan pemimpin yang mempunyai masalah moral, tetapi mengubah pendirian apabila Anwar tidak lagi dalam Kerajaan.
  •   Pada waktu itu Sukan Komanwel sedang berlangsung, maka Tun Dr. Mahathir tidak mempunyai masa untuk menerangkan segala-galanya secara terperinci kepada umum. Apabila beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan, terdapat sebahagian yang tidak menerima penjelasan beliau kerana Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang yang warak.
  • Tun Dr. Mahathir telah mengadakan satu sidang akhbar pada 22 September bagi menjelaskan tindakan beliau memecat Anwar. Ekoran ini beliau telah disaman RM100juta oleh Anwar atas tuduhan memfitnah dan memburukkan beliau di khalayak ramai, tetapi digugurkan mahkamah di atas justifikasi kebenaran dan hak istimewa (justifactions of truth and qualified privilege) di atas tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial beliau sebagai PM untuk menerangkan sesuatu perkara berkaitan kepentingan rakyat (public interest).
  • Tindakan Anwar yang terus-terusan mengajak rakyat berdemonstrasi dan melakukan kerosakan terhadap ibu pejabat UMNO dan rumah kediaman Tun Dr. Mahathir telah memaksa pihak polis untuk menahan beliau meskipun Sukan Komanwel masih berlangsung. Tindakan ini dilihat sebagai peluang oleh agensi-agensi berita asing untuk memburukkan imej Kerajaan, di samping menuduh perbezaan pendapat di dalam hal berkaitan kawalan krisis mata wang sebagai punca utama pemecatan beliau.
  • Tun Dr. Mahathir menegaskan kepada pihak polis supaya Anwar mestilah ditangkap secara terhormat dan dilayan dengan baik agar beliau tidak dilihat sebagai political martyr di kalangan masyarakat umum. Namun sebaliknya yang berlaku dan insiden mata lebam telah memberikan kelebihan ini kepada Anwar.
  • Anwar telah didapati bersalah di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa ekoran arahan beliau kepada Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohamad Said Awang, untuk mengugut Ummi Hafilda supaya menarik balik kandungan surat yang ditulis beliau kepada Tun Dr. Mahathir.
  • Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir kecewa dengan perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar yang dianggapnya sebagai kelam kabut dan tidak terurus, sehingga menyebabkan Anwar dilihat sebagai mangsa konspirasi.
  • Tun Dr. Mahathir menegaskan rata-rata rakyat Malaysia masih menganggap Anwar tidak bersalah di dalam kes liwat 1999 kerana tidak cuba memahami keputusan yang dibuat oleh mahkamah, yang menggugurkan kes tersebut di atas sebab teknikal semata-mata iaitu tarikh kejadian yang tidak tepat.
  • Tun Dr. Mahathir juga mengulas tuduhan bahawa beliau memanipulasi perbicaraan kes liwat dengan menegaskan bahawa pertuduhan tersebut adalah jelas beserta dengan bukti sahih, tetapi majoriti rakyat yang berbangsa Melayu-Islam masih sukar untuk percaya bahawa Anwar yang berimej warak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
  •   Beliau turut membangkitkan kes liwat terbaru Anwar dan berpendapat Anwar patut melakukan sumpah, sama seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari.
  • Tun Dr. Mahathir juga mengakui sukar untuk beliau memaafkan Anwar kerana telah memburukkan beliau di mata dunia, tetapi beliau menegaskan keputusan tersebut adalah paling tepat.

*Kalau ada yang masih percaya dengan teori konspirasi yang Anwar selalu laungkan tu memang bengong sebab sekutu Anwar sendiri (US dan Australia) mengaku bahawa Anwar meliwat dan pendedahan tersebut dibongkarkan oleh Wikileaks.

Iklan MyMassa : Jaga Jarak Kenderaan Anda Semasa Memandu.

0
Mahukah Anda Jadi Seperti Ini?


Kerajaan BN Benarkan Peniaga Naikkan Harga Barang Sesuka Hati?

1
Kalau ada yang percaya tajuk kat atas tu, mungkin dia dah termakan dengan propaganda pembangkang.

Jenama yang pembangkang bagi kat BN adalah Barang Naik (BN).

Jenama yang mudah diingat ini sememangnya berkesan menghasut rakyat.

Hakikatnya....


Tahniah KPDNKK. Semoga tindakan pemantauan dan ambil tindakan kepada peniaga yang ingkar ini berterusan. Jangan hanya bermusim.

Kalau KPDNKK boleh kekalkan momentum macam ni, insya Allah BN akan mudah diterima oleh rakyat. Teringat masa Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Shahir Samad pegang kementerian ini. Waktu tu, kurang kedengaran masalah kenaikan harga barang.

KPDNKK antara kementerian yang penting kerana jika gagal kementerian ini, maka Kerajaan akan dilihat gagal. Kepada KPDNKK, teruskan kecemerlangan anda dalam mengekang harga barang.

*Bila isu harga barang naik, Kerajaan dipersalahkan tetapi peniaga Cina yang untung.


Mejelang Raya, Panduan Solat Sunat Aidilfitri.

0
Sumber gambar : http://shw.mymutiara.fotopages.com/12830431/solat-sunat-Aidilfitri.html
  MyMassa kongsikan beberapa informasi mengenai solat sunat yang kita lakukan sekali setahun (sekali lagi semasa Hari Raya Qurban).

Mungkin ramai yang terlupa kerana jarang kita lakukan. Sama-sama kita sampaikan maklumat ini kepada ahli keluarga atau kenalan kita.


Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

  1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
  2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )
  3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )
  4. Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)
  5. Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
  6. Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
  7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )
  8. Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )
  9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)
  10. Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seora)ng pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)
  11. Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)
  12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )
  13. Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )
  14. Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )
  15. Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )
  16. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )
  17. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )
KESIMPULAN Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makan a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.

b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )

Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )

Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )

Cara solat 'ied a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )

b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali. (Dalil: 13 )

c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)

d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )

Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha. (Dalil: 9 )

Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )

*Sumber Berita Harian (http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Fadilat/20090819135229/Article/)

Kisah Sedih Di Akhir Ramadhan: Perihal Presiden Singapura.

3
Yusof Bin Ishak, Presiden Singapura Pertama
Bila baca berita mengenai pemilihan presiden Singapura baru-baru ini, tiba-tiba aku teringat sejarah lampau. Sejarah bagaimana Presiden Singapura pertama adalah seorang anak Melayu bernama Yusof bin Ishak.

Dalam Pilihanraya Presiden Singapura 2011, seramai 4 orang calon bertanding. Semuanya nama calon tersebut bermula dengan TAN (Tan Keng Yam (Tony Tan), Tan Cheng Bock, Tan Jee Say dan Tan Kin Lian). Ini bermakna kesemuanya adalah berbangsa Cina. Hasil undian rakyat Singapura menyaksikan Tony Tan memenangi kerusi Presiden dengan 35.19 peratus undi (744,397 undian) mengalahkan calon lain.


Berbalik kepada sejarah Presiden Singapura, selepas Yusof Ishak menjadi presiden, semua presiden Singapura yang dilantik selepas itu terdiri dari kaum bukan Melayu.

Senarai Presiden Singapura:

  1. Yusof bin Ishak
  2. Benjamin Henry Sheares
  3. C.V. (Chengara Veetil) Devan Nair
  4. Wee Kim Wee
  5. Ong Teng Cheong
  6.  S.R. Nathan (Sellapan Ramanathan)
  7. Tony Tan Keng Yam

Bila diteliti senarai Presiden Singapura, dua kali Presiden Singapura dilantik dari kalangan orang India. Bagaimana ia boleh terjadi sedangkan India adalah kaum minoriti (9.2%) berbanding Cina (74.2%) dan Melayu (13.4%). Berdasarkan sejarah, Yusof Ishak dilantik menjadi Presiden kerana beliau adalah rakan Lee Kuan Yew yang bersama-sama menubuhkan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Ketika itu, PAP berusaha mendapatkan sokongan orang Melayu. Lee Kuan Yew sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan undi Melayu termasuklah mengikut adat budaya orang Melayu.



Namun, apabila PAP semakin kuat, orang Melayu semakin disisihkan. Daripada jawatan Presiden, dikurangkan kepada menteri kanan dan kemudian dikurangkan lagi menjadi menteri biasa. Bagaimana ini berlaku?

Ianya berlaku kerana Orang Melayu tidak bersatu. Apabila Orang Melayu berpecah, yang ramai pun boleh jadi sikit. Ditambah pula dengan dasar Foreign Talent (FT) Kerajaan Singapura untuk mengimbangi jumlah penduduk Cina di Singapura. Dasar ini dimulakan pada tahun 1997 setelah menyedari peratus kehamilan di kalangan rakyat Singapura berketurunan Cina amat rendah. Apabila dasar FT diperkenalkan, berbondong-bondong orang Cina dari China, Taiwan dan Hong Kong datang ke Singapura untuk menyertai FT di sana. Hasilnya, pada tahun 2010, daripada 5.1 juta penduduk Singapura, 3.2 juta adalah rakyat Singapura manakala selebihnya (36%) adalah penduduk tetap (FT) dan pekerja asing. Hanya 2.9 juta penduduk Singapura lahir di negar tersebut, selebihnya pula dilahirkan di luar negara.

Apa yang berlaku di Singapura hari ini, tidak banyak berbeza dengan Negeri Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, pecahan penduduknya terdiri daripada 42.05% adalah Orang Melayu, 40.92% Cina, 9.67% India dan selebihnya adalah lain-lain bangsa. Kelihatan seperti Orang Melayu masih majoriti. Namun, apabila dilihat pada statistik pengundi, hanya 33.63% pengundi adalah Melayu, 55.05% Cina, 10.85% India dan selebihnya adalah lain-lain bangsa. Bayangkan penduduk Cina dari 40.92% daripada keseluruhan boleh menjadi MAJORITI dari bilangan pengundi kerana mereka bersatu!!!

Klik untuk besarkan imej
Lebih menyedihkan apabila Melayu yang tinggal 33.63% pengundi telah berpecah kepada beberapa kelompok. Ditambah pula dengan kewujudan pengkhianat-pengkhianat bangsa yang sanggup menjadi barua kepada pihak lain sehingga mengagungkan komunis dan menidakkan perjuangan polis-polis sebelum merdeka. Ini menyebabkan perpaduan orang Melayu di Malaysia seperti retak menant belah.

Di hari-hari akhir bulan Ramadhan ini, kisah sedih di Kota Singpura (kehilangan suara Orang Melayu dalam Kerajaan)sering bergema dalam kotak mindaku. Lebih menyedihkan apabila wabak perpecahan yang menyebabkan kehilangan suara dan kuasa Orang Melayu semakin menular dalam negara kita. Mungkin sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali ke fitrah ini boleh kita gunakan untuk kukuhkan kembali ukhuwah umat Islam di negara ini. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Blog MyMassa. Maaf Zahir dan Batin.