Ahad, 31 Julai 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak Tetapi Tidak Bagi PAS.

0
Salam Ramadhan.

Esok akan bermula ibadah puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Setahun sekali, umat Islam akan mengerjakan rukun Islam yang ketiga.

Dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan, ramai pihak mengambil keberkatan bulan ini untuk membuat amal ibadat.


Peliknya, satu portal media milik PAS Terengganu tidak berhenti menyerang pihak lawan.

Topik yang sedang dibincangkan di Tranungkite pada 11.00 malam (31/7)

Lihatlah topik yang dibincangkan dalam laman milik PAS ini. Pembaca boleh nilaikan sendiri betapa kotor politik yang diamalkan oleh PAS walaupun pada bulan Ramadhan. Sekali lagi MyMassa ucapkan Salam Ramadhan tetapi tidak bagi PAS kerana PAS tidak pernah berhenti berpolitik secara hina dan kotor.

Esok MyMassa akan kongsi pengalaman kami bagaimana cara PAS menfitnah lawannya pada bulan puasa.


*PAS berpolitik tak kira masa,tak kira tempat tetapi tetap nak sokong tuntutan BERSIH untuk 21 hari masa berkempen dalam pilihan raya. Tak cukup lagi ke?

Tahniah Kementerian Pengajian Tinggi

0


Satu kejayaan untuk pihak universiti dan kementerian kerana berjaya menempatkan nama di antara 500 universiti ranking tertinggi di dunia.

Beginilah kejayaan yang akan dicapai jika pihak universiti dan warganya menumpukan kepada tugas yang diamanahkan untuk membentuk modal insan. Bukannya berpolitik 24 jam. Lihatlah universiti yang kuat politik macam UM dan UIAM tak termasuk dalam senarai.

Kepada timbalan menteri yang tak habis-habis dengan real politik, hentikanlah kerana tugas untuk memajukan anak bangsa lebih penting daripada anda mengeluarkan kenyataan yang muluk-muluk yang hanya akan menyebabkan penyokong BN makin muak dan penyokong pembangkang makin kuat salakan mereka.

Teruskan usaha kamu KPT dan jangan sibuk melayan perkara-perkara yang remeh seperti politik kampus yang hanya diminati oleh segelintir kader pembangkang yang gila kuasa. Realitinya, lebih ramai mahasiswa tak kisah langsung dengan politik kampus.

PAS Memang Jaga Kebajikan Rakyatnya.

0

Jika dahulu penggemar aktiviti picit memicit di Kedah terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar untuk ke seberang demi melempiaskan nafsu, kini dengan bantuan kerajaan PAS Kedah, semuanya boleh dapat dengan mudah.

Rumah urut bertambah
Oleh RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tahniah PAS kerana menjaga kebajikan para penggemar aktiviti kesihatan ini (refleksologi).

Pakatan Pembangkang Mula Retak.

0
PAS mencadangkan sesuatu yang mustahil iaitu meminta DAP dan PKR bertukar kerusi dengan mereka.

Bagi parti yang telah menggadaikan apa sahaja termasuk Kalimah Allah dan prinsip Negara Islam, PAS demi kuasa yang mereka ada sekarang sememangnya rasional dalam cadangan mereka kerana mereka tahu kerusi-kerusi milik PKR adalah kerusi yang rapuh (mudah dirampas oleh BN).

Cuma masalahnya adalah PKR terlalu ego untuk mengakui kelemahan mereka. Bayangkan walaupun telah menjadi parti minoriti dalam pembangkang, tetapi PKR tetap ingin mengekalkan sebagai ketua pembangkang di Parlimen. Bagi DAP pula, mereka telah melakukan banyak kerja-kerja belakang tabir seperti mendaftarkan pengundi baru dan memindahkan pengundi Cina ke kawasan yang mereka kuasai sekarang.

Teruskan keegoan kamu PKR kerana setiap keegoan kamu, satu kelebihan kepada lawan. Jangan lupa PKR juga mempunyai beberapa wakil rakyat yang menjadi ADUN dan Ahli Parlimen dalam masa yang sama seperti Khalid Ibrahim dan Azmin Ali yang prestasi mereka bukanlah baik sangat.

*PAS sebenarnya takut bertanding di kerusi Melayu kerana kehabisan modal sebab tu mereka cuba dapatkan kerusi campuran daripada PKR dan DAP.

POSTER UNDANG-UNDANG SYARIAH DIGUNA DI BRITAIN

2
Klik pada imej untuk besarkannya.


Pelik bin ajaib.
Jika di Britain pun Undang-undang Syariah boleh dilaksanakan,
tetapi PAS tetap berdolak dalih dengan menyalahkan BN.

Bak kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

AL-FURQAAN

0
MUQADDIMAH SURAH AL-FURQAAN.
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 77 ayat. Dinamakan Surah “Al-Furqaan” (Al-Qur’an) kerana Allah Ta’ala menerangkan tujuan diturunkan Al-Qur’an kepada hambanya Nabi Muhammad (s.a.w.) untuk menjadi peringatan dan amaran bagi penduduk seluruh alam, sebagaimana yang tersebut pada ayat yang pertama.
Intisari kandungannya: Menerangkan dalil-dalil tauhid yang membuktikan keesaan Allah Ta’ala dan kekuasaanNya. Menerangkan kebenaran RasulNya dan kesesatan kaum kafir musyrik. Menegaskan bahawa orang yang bertuhankan hawa nafsu, akan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dengan tidak tersekat-sekat lagi, dan tidak pula mahu mendengar nasihat pengajaran.  
Kemudian Allah (s.w.t.) menujukan firmanNya kepada Nabi (s.a.w.), dengan menegaskan bahawa kalau ia mahu mengutuskan kepada: penduduk tiap-tiap sebuah negeri seorang Rasul, tentulah ia akan melakukannya dan akan ringanlah tugas Nabi Muhammad (s.a.w.), tetapi ia telah mengutus Baginda kepada seluruh penduduk dunia, lalu diperintahkan supaya Baginda berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar dalam perjuangannya menyiarkan Islam.
Diperintahkan lagi, bahawa dalam masa Baginda menegakkan kebenaran Islam, janganlah ia bertolak ansur dengan orang-orang kafir, tetapi hendaklah ia menentang mereka dengan bersungguh-sungguh, berdasarkan hujah-hujah dan keterangan Al-Qur’an.
Kemudian Allah Ta’ala menerangkan bahawa hamba-hambaNya yang diredaiNya, yang merupakan orang-orang Islam sejati, ialah mereka yang berakhlak mulia; yang tekun mengerjakan ibadat kepada Allah pada malam hari; yang berdoa semoga Allah Ta’ala menjauhkan mereka dari azab neraka; yang membelanjakan hartanya pada jalan kebajikan, serta tidak pula berlaku boros atau bakhil kedekut; yang tidak melakukan syirik dan tidak melakukan jenayah membunuh orang, dan tidak pula melakukan zina; dan yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya; dan yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya tidaklah mereka duduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta, bahkan mereka akan mendengar dan melihatnya dengan bersungguh-sungguh dengan pendengaran dan penglihatan yang terang dan jelas nyata; dan yang berdoa semoga mereka beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan mereka perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan berharap semoga mereka dijadikan imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa. Mereka itu semuanya akan ditempatkan di dalam Syurga yang tidak terperi nikmat kesenangannya.
Sebaliknya orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang di haramkan, buruklah balasannya, kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal salih, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan, kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sabtu, 30 Julai 2011

Lim Kit Siang Bela Hantu Ke?

3

Hebat gila apek ni.

Dalam masa mata tengah buta pun sempat update blog. Kata dah tak boleh tengok komputer.

Kit Siang: Lima hari saya dalam kegelapan

Bangkit daripada tidur dan mendapati dirinya menjadi buta adalah perkara yang langsung tidak dibayangkan oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Paling malang, ia berlaku ketika DAP mencatatkan kejayaan terbesarnya pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu dengan membolot 12 kerusi di DUN yang mempunyai 71 kerusi itu.

Malam sebelumnya, Lim selaku penasihat DAP baru sahaja meraikan kejayaan parti itu bersama rakan-rakannya di Kuching. Beliau kemudiannya pulang ke bilik hotelnya dan membaca berita di internet sehingga jam 2 pagi.

"Saya bangun pada jam 6 pagi dan mendapati mata kiri saya tidak lagi boleh melihat,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"... sudah tentu ini pengalaman yang cukup menakutkan. Secara tiba-tiba anda hilang keupayaan melihat sebelah mata, lebih-lebih lagi mata itu adalah mata yang baik, mata kanan saya adalah mata yang malas.”

Lim yang sering-kali terkenal mampu berdirikari dan tidak mengharapkan bantuan rakan-rakannya, mengakui ini adalah antara kejadian di mana beliau meminta pertolongan anaknya, Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP dan ketua menteri Pulau Pinang.

"Saya telefonnya. Dia sedang tidur tetapi beliau tahu ada sesuatu yang tidak kena apabila saya menelefonnya. Dalam keadaan separuh sedar, beliau dengan segera berlari (ke bilik saya) dengan pakaian tidurnya,” kata Lim mengimbas kembali kejadian itu.Jadi buta

Beliau dengan segera dikejarkan ke sebuah klinik pakar mata di Kuching dan diberitahu doktor bahawa Lim diserang “jangkitan yang aggresif” yang telah merebak ke mata kirinya akibat pembedahan membuang katarat pada mata kanannya, sebelum ini.

Menurut Lim, doktor juga memaklumkan kepadanya bahawa jangkitan itu perlu dirawat segera dan beliau diberi dua suntikan ke bola matanya bagi mengurangkan kesan bengkak dan dinasihatkan supaya membatalkan semua programnya.

NONE"Doktor kata jika tidak ada perkembangan, saya perlu menjalani pembedahan dan mereka tidak dapat melakukannya di sana. Jadi saya mengambil penerbangan ke Pulau Pinang pada hari yang sama,” kata Lim.

Kerana terlalu bimbang keadaan matanya tidak akan pulih, Lim akhirnya bersetuju menjalankan pembedahan 'vitrectomy', di mana sebahagian atau semua gel kekaca di bola matanya dikeluarkan.

Selepas dibius dan menjalani pembedahan dua jam, Lim berkata beliau bangkit dan mendapati beliau tidak dapat melihat melalui mata kirinya.

"Lima hari, kegelapan di mata saya yang baik ini. (Apabila berlaku pertama kali di Kuching) saya hanya terperanjat. Saya tidak terfikirkan perkara lain kecuali apa yang yang berlaku kepada saya (jika menjadi buta),” katanya.

Keadaan mata Lim kini beransur pulih sejak beberapa bulan lalu dengan daya pandangan jarak jauh mata kirinya kini lebih baik berbanding mata kanannya.

Beliau bagaimanapun terus mengunakan kacamata hitam - yang dikirimkan dari Amerika Syarikat oleh seorang “penyokong prihatin” - untuk beberapa bulan bagi mengelakkan silau cahaya memberikan tekanan kepada mata kirinya itu.

Lim juga masih tidak boleh membaca akhbar atau bahan bercetak, mahupun membuat SMS di telefon bimbitnya buat masa ini.

Kalau korang tak percaya, jengok-jengok la blog Kit Siang. Tiap-tiap hari update. Tapi kebanyakannya adalah artikel orang lain. Artikel pencacai-pencacai pembangkang dari Malaysiakini dan Malaysian Insider. Selain daripada aktif berblog, si buta Kit Siang turut aktif bertwitter. Mungkin Kit Siang boleh cipta rekod sebagai orang buta pertama di dunia aktif dunia siber.

Macam mana Kit Siang boleh buat semua ni. Pakai hantu ke? Hantu cina banyak power maa...boleh masuk itu dunia siber.

Satu lagi yang MyMassa nak highlight kat sini adalah parti pembangkang ketandusan pemimpin. Yang dah berwilcha macam Karpal Singh pun masih pegang jawatan. Yang buta macam Kit Siang pun masih nak pimpin parti (macam mentornya Lee Kuan Yew yang masih masuk bertanding). Yang keluar masuk hospital macam Nik Aziz pun masih jadi diktator gila kuasa.

*Apa yang berlaku sebenarnya adalah blog, facebook dan twitter pembangkang hanya dikendalikan oleh pembantu politiknya. Yang peliknya, pemimpin BN terutamanya UMNO tak buat macam tu. Pembantu politik (Pegawai Khas, Set Pol) punyab berlambak tapi tak pandai menggunakan dunia siber dengan mengoptimumkan nama pemimpin itu sendiri untuk serang pembangkang.

POLIS MERUSUH PERTAMA DI DUNIA!

0

Cuba lihat gambar di atas.

Yang baju biru adalah polis yang bertugas untuk mengawal rusuhan.

Yang baju maroon adalah polis yang ditugaskan untuk merusuh pertama di dunia.

Dalam setiap rusuhan yang PAS buat, mesti polis merusuh ni ada.




*Cuma yang MyMassa pelik, apa yang budak tu buat belakang Tian Chua, macam Anwar selalu buat ke?

AN-NUR

0

MUQADDIMAH SURAH AN-NUR.

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 64 ayat. Dinamakan Surah “An-Nur” (Cahaya) kerana bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (s.w.t.) ada disebutkan perihal-perihalnya mulai ayat 35.

Intisari kandungannya: Menerangkan hukuman yang dikenakan kepada orang yang berzina – lelaki dan perempuan. Juga menerangkan hukum orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, dan hukum orang-orang yang melemparkan tuduhan yang demikian kepada isterinya.

Membersihkan nama baik Siti ‘Aishah (r.a.a.) dari tuduhan dusta yang dilemparkan kepadanya oleh kaum munafik di Madinah. Pembersihan nama baik Siti ‘Aishah iti diabadikan oleh Allah Ta’ala dalam beberapa ayat suci yang kekal dibaca turun-temurun di dalam Al-Qur’an’ul-Karim.

Menerangkan cara dan adab peraturan berziarah ke rumah orang lain, supaya terhindar dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini, lebih-lebih lagi kalau pada masa itu orang lelaki tidak ada di rumah.

Kemudian Allah Ta’ala perintahkan orang-orang Islam lelaki dan perempuan, supaya mereka menyekat pandangan masing-masing daripada melihat yang haram, dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina atau lain-lain perkara yang keji. Selain dari itu, perempuan-perempuan Islam, diharamkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir – iaitu bulatan muka dan kedua tapak tangan.

Setelah menerangkan bandingan nur hidayah pertunjuk Allah, lalu diterangkan perihal orang-orang yang beriman, dan bahawa mereka di dunia berada dalam sinaran cahaya hidayah yang berlapis-lapis, yang dilimpahi Allah Ta’ala kepada mereka, dan di akhirat pula mereka akan menerima sebaik-baik balasan disebabkan amal-amal salih yang mereka kerjakan.

Setelah itu ditegaskan bahawa umat Islam yang beriman dan beramal salih akan dikurniakan memegang kuasa pemerintahan di bumi.

Apa yang telah dijanjikan oleh Allah Ta’ala telah berlaku, kerana umat Islam yang pada mulanya kecil jumlahnya, ditindas dan diancam oleh musuh telah berjaya terutama dalam zaman Nabi dan sahabat-sahabat Baginda mencapai kuasa pemerintahan, menghancurkan musuh-musuh yang menceroboh, dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa Allah jualah yang menguasai dan mengetahui keadaan sekalian makhluknya, dan mereka semua akan kembali kepadaNya untuk diterangkan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan. 

Jumaat, 29 Julai 2011

Singapura Menang, Azmin Ali Tersenyum Riang!

2
Semalam MyMassa menyenaraikan beberapa nama ahli politik pembangkang yang mempunyai kaitan dengan Singapura iaitu:

1. Azmin Ali - Anak Kelahiran Singapura.

2.Tony Pua - Dibesarkan di Singapura.

3. Saifuddin Nasution - Dilahirkan di Singapura.

4. Zuraida Kamaruddin - Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura.

Mereka ini tersenyum riang kerana kekalahan pasukan Malaysia.


Walaupun pasukan Malaysia tewas, penyokong Malaysia tetap bangga dengan Harimau Malaya malam tadi.

AL-MU’MINUN

0
MUQADDIMAH SURAH AL-MU’MINUN.
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 118 ayat. Dinamakan Surah “Al-Mu’minun” (Perihal Orang-Orang Yang Beriman) kerana sifat-sifat mereka dan balasan yang sebaik-baiknya yang akan mereka dapati ada disebutkan pada ayat-ayat 1-11..
Intisari kandungannya: Menerangkan bahawa orang-orang yang beriman yang tetap berjaya dan diredai Allah Ta’ala ialah mereka yang mengerjakan sembahyang dengan sempurna dan khusyuk, yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakatnya, yang menjaga kehormatannya dari perhubungan yang haram, dan yang menjaga amanah serta menepati janjinya.
Setelah menerangkan perihal kejadian manusia dan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan kepadanya, dan kisah Nabi-nabi yang telah lalu bersama kaum masing-masing, lalu menerangkan perihal Nabi Muhammad (s.a.w.) dan golongan kafir yang menentangnya.
Kemudian menerangkan bahawa harta kekayaan, anak-pinak yang ramai, pangkat kebesaran, dan pengaruh kekuasaan, yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala kepada orang-orang yang ingkar, tidak bermakna bahawa dengan itu Allah Ta’ala memberikan mereka kebaikan, bahkan pemberian yang demikian merupakan ujian adakah mereka menghargainya dengan bertaubat dan bersyukur, atau mereka makin bertambah dosa dan tenggelam dalam kesesatan yang mereka pilih itu.
Ditegaskan pula bahawa dalam Islam, tidak ada perintah-perintah Allah yang menyusahkan atau memberati. Orang yang sihat dan orang yang uzur, masing-masing dapat mengerjakannya sekadar kemampuan dan kesanggupannya.
Surah ini diakhiri dengan memerintahkan Baginda dan umatnya, supaya sentiasa memohon keampunan Allah ‘Azza wa Jalla dan rahmatNya semoga mereka selamat sentosa di dunia dan di akhirat.

Khamis, 28 Julai 2011

Datuk K. Rajagopal Terlalu Angkuh Part 2

19

Hasil keangkuhan Datuk K. Rajagopal, Malaysia hanya mampu seri.

Akibatnya, gagal ke pusingan ke seterusnya.

Dalam babak kedua, Rajagopal memasukkan pemain yang sayur menggantikan sayur.

Ismail Faruqi gantikan Fakri Shaarani yang kedua-duanya tiada rekod yang baik bermain di peringkat antarabangsa. Dan terima kasih Rajagopal, pemain kesayangan anda mendapatkan kad merah ketika semua pemain kita sedang bersemangat menyerang.

Kenapa tidak memasukkan Sahak (Ashaari Shamsuddin) yang berjaya memberikan hasil dalam piala AFF?

Sekali lagi, tahniah kepada pemain Singapura yang mampu melakonkan watak sakit yang cukup berkesan melewatkan permainan. Sama seperti lakonan Anwar dalam perhimpunan BERSIH.


*Jangan terkejut kalau lepas ni ada player Singapura yang pakai support neck dan ber'wilcha'.

Datuk K. Rajagopal Terlalu Angkuh.

3


Player yang tak perform semasa di Singapura tetap diberi peluang.

Ismail Faruqi dilihat tidak memberikan apa-apa impak setakat ini. Dia juga mudah kalah dalam perebutan bola dengan pasukan Singapura.

Khairul Fahmi mantap menjaga gawang negara. Jika Rajagopal tidak bereksperimen meletakkan Sarbini di Singapura, mungkin perlawanan malam ini berbeza.

Hanya nasib baik sahaja akan membantu Malaysia jika perlawanan berterusan seperti separuh masa pertama.

Apa-apa pun, lakonan pemain Singapura memang first class. Pembangkang mungkin boleh belajar drama daripada coach Singapura.


*Fisio Malaysia perlu dirombak kerana menyenaraikan player yang tak fit.

Wakil Rakyat Pembangkang Yang Dijangka Sokong Singapura Malam Ini.

0
1. Azmin Ali - Anak Kelahiran Singapura.

2.Tony Pua - Dibesarkan di Singapura.

3. Saifuddin Nasution - Dilahirkan di Singapura.

4. Zuraida Kamaruddin - Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura.


Pergh...ramai jugak MP Pakatan yang bukan anak jati Malaysia. Patutlah pembangkang ni langsung tak patriotik.

Mari kita tengok pasukan Harimau Malaya menang, atau tanah tumpah darah Azmin yang akan menang malam ni.

Panduan Mengundi: Kenali pemimpin anda (1) Tian Chua

0




JASA-JASA KEPADA RAKYAT:



1) MENGGIGIT POLIS








2)   MEMBUNUH ASKAR MELAYU









3)   MENGEPALAI RUSUHAN




4) MEMPERMAIN-MAINKAN SURAH AL FATIHAH

SESUNGGUHNYA MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA BERADA DI TANGAN ANDA!!!

BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT! GUNAKANLAH NIKMAT AKAL DAN IMAN!!!

BERSHIT 2.0: Kekalkah Dakwat 'Kekal'?

0

Siapakah awek cun ini? Sabar...MyMassa nak bagitau la nih! Hehe...

Sebelum nak huraikan lebih lanjut, MyMassa nak tabik kepada blog Gelombang Wangsa Maju sebab rajin buat research pasal isu ni. Senang skit keja aku hehe. Sila baca di sini untuk kes-kes penipuan melibatkan penggunaan dakwat kekal semasa PRU Afghanistan tahun 2004 dan 2009.

Kendian, baca pulak di sini pasal macamana botol-botol dakwat kekal itu 'ditukar' kepada dakwat biasa yang boleh dicuci dengan air liur sahaja! Ini berlaku semasa PRU Palestin tahun 2005. Aiii Palestin ni, negara ko kena gasak ngan Yahudi pon sempat lagi nak menipu sedara sebangsa?

Kes-kes di atas mungkin menjadi iktibar kepada SPR untuk TIDAK menggunakan dakwat kekal masa PRU ke-12 yang lalu.


Sumber dari Wikipedia. Klik untuk besarkan

Dalam kes PRU ke-12, SPR dapat repot tentang aktiviti penyeludupan dakwat dari Thailand yang mungkin digunakan untuk ditanda kat jari pengundi sebelum hari mengundi. Mungkin targetnya ialah pengundi-pengundi warga emas yang naif, dikumpulkan beramai-ramai dengar ceramah. Modus operandinya tak jauh beza macam orang kutip derma kat majlis ceramah. 

Mungkin masa pakcik dan makcik ni 'terpukau' dengar pembohongan...eh silap, ceramah, masa tulah ada petugas yang round keliling tempat ceramah mintak pakcik dan makcik ni celup jari dalam botol dakwat sebagai TANDA SOKONGAN terhadap perjuangan parti penceramah tadi. Atau TANDA MEMBANTAH 'kezaliman' parti lawan. Contoh je la, ok? Hehe.

Masuk hari mengundi, warga-warga emas ni akan disuruh balik sebab SPR ingat diorang dah mengundi!

Simple bukan? Ada tak mangkuk-mangkuk ayun dari BERSHIT terpikir pasal hal ni? Atau itu sebenarnya agenda tersembunyi mereka? Untuk sabotaj PRU dan menimbulkan kacau bilau?

Satu lagi point yang boleh kita kaji ialah kes PRU Zimbabwe, di mana orang yang takde tanda kat jari masa hari mengundi dianggap masih belum mengundi lalu dibelasah secukup rasa! Lagi haru beb! Sebab tu Datuk Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR cakap kat sini:

Malaysia bukan saja menjamin hak untuk mengundi malah hak untuk tidak mengundi
Ada paham ka? Kalau BERSHIT dok menyalak pasal HAK RAKYAT, maka HAK ini juga perlu dihormati!

Berbalik kepada tajuk asal: Kekalkah Dakwat Kekal?

Pengeluar utama dakwat kekal adalah sebuah kompeni GLC di India iaitu MYSORE PAINTS & VARNISH, tapi banyak jugak kompeni-kompeni lain dari China dah mula naik skang nih. MYSORE (takde kaitan dengan MyMassa hehe) adalah pembekal utama dakwat kekal untuk SPR India sejak tahun 1962, selain dieksport ke Turki, Nepal, Kemboja, Nigeria, Denmark dan lain-lain. Baca di website kompeni tersebut sini. Sumber bacaan tambahan di sini.

Kompeni ni claim dakwat dia memang takleh celen punya, sebab tu banyak negara yang pakai. Tapi boleh percaya ke? Dalam PRU Afghanistan dah kecoh tapi kompeni tu salahkan staf SPR kat sana sebab salah pakai pen!


Sumber BBC News kat sini

Sesambil tu MyMassa nak mengajak korang tengok video 'panas' seorang awek 'muka takde perasaan' bernama Mallory Jarvis ni hehe


 Yeahaa... senang gile nak cuci beb! Pakai Hairspray aje! 
Kandungan hairspray ialah alkohol.

Kelemahan dakwat kekal ialah ALKOHOL!


Alkohol = Arak = Beer!


Agak-agak dalam kes 2008 dulu kenapa banyak dakwat 'kekal' diimport dari Thailand aa?
Saje je nak tanya.


Gambar-gambar di atas sekadar hiasan. 
Tiada kena mengena dengan yang hidup, tengah nazak atau dah mati.

EKSKLUSIF! Apa Kaitan Awek Ini dengan Tuntutan BERSHIT?

0

Lawa tak? Tapi apa kena mengena dengan BERSHIT
Nantikan 'hadiah' MyMassa kepada pembaca setia menjelang pukul 2 petang nanti! He he he..

GEMPAR!!! Ahli Parlimen Ampang arah pegawai khasnya hantar surat untuk sertai BN?!!

0


Perhatikan minit ke 1:37 ke atas. "Saya nak bagi surat kepada PERDANA MENTERI saya..." itulah dakwaan Zaki Yamani, budak AMK yang semakin pupus merangkap Pegawai Khas Ahli parlimen Ampang, Zuraida Mak Lampir. Tindakan berani mati juak AMK itu mengaku Datuk Najib sebagai PMnya (yang bakal mengakibatkannya kehilangan "dara" duburnya selepas ini) sangat merunsingkan kita semua. Apakah ini manifestasi kekecewaan Zuraida terhadap bosnya sendiri kerana gagal mendapatkan rawatan kecantikan secukupnya walaupun bermati-matian mempertahankannya selama berdekad-dekad?!! 

Dalam hal ini, pihak Polis sebenarnya telah bertindak agak melulu kerana menghalang pertemuan empat mata dengan Datuk Najib bagi menyampaikan amanat Mak Lampir tersebut. Zuraida yang kini dilaporkan "nazak" di Ampang melihat hanya BN sebagai talian hayatnya untuk memastikan dirinya terus kekal sebagai calon di Parlimen Ampang. Hah, sekarang siapa yang rugi?!! Jangan Mak Lampir tu meroyan lagi macam kat bawah ini lagi sudahlah...Seram tau!

 

Malaysia v Singapura: 85, 000 tiket habis bukti rakyat Malaysia menolak fuckatan?!!

0


Amat mengujakan apabila mendapat tahu kesemua tiket perlawanan malam ini telah habis dijual. Kaya-rayalah FAM selepas ini. Bayangkanlah jika jumlah itu dikalikan pula dengan RM30? Itu belum termasuk tiket RM50 yang entah berapa ribu lagi jumlahnya. Inilah baru dikatakan semangat patriotik yang tulen!!! Bukan seperti perusuh BERSIH yang mengaku 'patriotik' tetapi sebenarnya perlu diimport, ditanggung makan-minum dan tempat tinggal serta dibayar pula RM200 seorang untuk turun menghuru-harakan KL!!!

Adakah semangat rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke stadium malam ini disebabkan kerana kekecohan yang berlaku di Singapura tempoh hari?!!

Tidak lama selepas itu 5 jet pejuang Singapura melintasi Stadium, disitulah bermulanya semangat berkobar-korbar dan sifat ingin mempertahankan negara. Akibat dari itu, sekali lagi Penyokong Singapura bangun dan mula menunjukkan Jari keatas tanda 5 jet yang baru sahaja melintas, Apa yang kami buat?? Kami naikkan Mafla yang tertulis MALAYSIA dan membalas Provokasi mereka dengan Lantang. Kejadian yang berlaku menyebabkan peningkatan Kawalan Polis Singapura ke atas Kami, Kami dikawal dengan begitu ketat.

Lagu Negara Ku sudah bersiap sedia untuk di Nyanyikan, Kami tegak berdiri, dengan Bendera gergasi dikibarkan membuatkan saya serta penyokong yang lain bergelinang air mata ketika menyanyikan Lagu Negara ku di Tanah Kota Singa. Menggigil seluruh tubuh ini menyanyikan Lagu Keramat bagi kami Rakyat Malaysia.


Terdapat Speaker yang besar di arahkan kepada Penyokong Malaysia, dan itu amat-amat membuatkan kami tidak selesa, Bila ianya dihalakan kepada kami, membuatkan suara@ chanting yang dilakukan oleh Ultras Malaya gagal didengari oleh ahli-ahli Ultras Malaya sendiri, Namun kami teruskan Jua, hasilnya makin kuat Bunyi Speaker tersebut, tanpa berfikir lama, Salah seorang Penyokong Malaysia Mengalihkan Speaker tersebut, lalu di halakan kepada Penyokong Singapura yang berada bersebelahan dengan Kami. Habis cito....BACA LANJUT DI SINI

Catatan di atas menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang telah berlaku di Stadium Jalan Besar tempoh hari. Walaupun pelbagai tekanan ala-DAP dikenakan ke atas kami (MyMassa turun sekali Sabtu lalu bersama-sama rombongan SSFC), namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat kami yang membara. Dan ini telah menyebabkan stadium tersebut berubah wajah menjadi Home Ground kepada Harimau Malaya!!!

Shahril sedia hadapi provokasi penyokong tuan rumah di Bukit Jalil
KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi penyokong tuan rumah walaupun sedar dia bakal menjadi sasaran utama selepas melakukan isyarat mengejek kepada penyokong Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

“Mereka boleh kata apa saja, tetapi sebagai pemain kami akan memberi tumpuan kepada permainan semata-mata,” kata Shahril ketika ditemui sebelum memulakan sesi latihan di Bangi, semalam.
KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi penyokong tuan rumah walaupun sedar dia bakal menjadi sasaran utama selepas melakukan isyarat mengejek kepada penyokong Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.
Berita Harian

Namun, pernahkah sesiapa terfikir apakah punca sebenarnya yang menyebabkan perlawanan bolasepak Malaysia-Singapura ini penuh beremosi (di kalangan rakyat Malaysia sahaja)??? Adakah kerana Singapura ini bekas wilayah jajahan kita (marah cina-cina kiasu PAP nanti)??? Ada yang kata kerana kita sering bertemu Singapura dalam perlawan-perlawanan penting seperti akhir Piala Malaysia suatu ketika dahulu. Betulkah itu sebabnya?!!

Cuba kita kaji dengan teliti senario ini:

1) Lagu "Inilah Barisan Kita" akan menjadi lagu utama ketika perlawanan (perlawanan lain pun ada juga, tetapi tidak seemosi ketika menentang Singapura). Lagu ini adalah lagu rasmi penyokong UMNO dan BN dalam perarakan penamaan calon dan kempen pilihanraya; fakta ini budak sekolah KEMAS pun tahu.



2) Perlawanan tersebut mesti akan berlaku kekecohan, sehinggakan kadangkala boleh membawa kepada rusuhan kecil.


Perlawanan di atas adalah perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2007 di antara Malaysia dan Singapura yang menyaksikan Malaysia menang 3-1. Kekecohan bermula sebaik wisel penamat ditiup kerana emosi kegembiraan yang dibakar patriotisma para penyokong tidak dapat dibendung lagi...ramai yang merempuh masuk ke padang untuk memeluk wira-wira negara (pasukan pelapis yang menggantikan skuad senior yang dibubarkan akibat kekalahan memalukan ketika Piala Asia sebelum itu). Ini telah mengakibatkan FRU mengambil pendekatan yang amat keras (sampaikan penulis pun ikut maki polis jugalah...) bagi mengawal keadaan. Namun, perkara yang serupa tidak pula berlaku ketika Harimau Malaya menjuarai Piala Merdeka sejurus selepas itu? Mengapa emosi tidak terkawal hanya terpancar ketika menentang Singapura?

Ada beberapa sebab yang tepat sebenarnya:

1) Ramai orang Melayu di negara ini masih merasai kehilangan Singapura ke tangan orang Cina apabila Tuanku Abdul Rahman melepaskannya daripada Persekutuan. Perkara ini diburukkan lagi dengan senario dan nasib orang Melayu yang semakin tertindas di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew dan PAP (bapa DAP) kerana majoritinya masih mempunyai pertalian persaudaraan dengan orang Melayu Malaysia.

2) Sikap Singapura yang sering menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan memperlekehkan Malaysia. Singapura juga dikenalpasti sebagai proksi US dan barat (selain sekutu Zionis) di rantau ini.

3) Dendam orang Melayu yang masih mempunyai harapan (jauh di sudut hati) agar suatu hari nanti Singapura dapat dikembalikan ke tangan mereka!

Jadi, walau apa caranya sekalipun, walaupun dengan hanya perlawanan bolasepak, bukan setakat kemenangan yang menjadi taruhan bagi rakyat Malaysia, tetapi maruah orang Melayu itu sendiri. Setakat ini penulis belum lagi nampak ada orang cina Malaysia yang betul-betul beremosi ketika derby Tambak Johor ini. Mungkin ada, tetapi yang pasti itu bukan sentimen umum mereka! Jadi apabila dikhabarkan orang Melayu sanggup turun beramai-ramai dengan membayar sendiri segala kos dan kesusahan yang bakal ditanggung, semata-mata demi melihat Singapura tumbang, sebenarnya ia merupakan satu petanda yang sangat baik kepada UMNO dan BN. Ini sebenarnya membuktikan majoriti rakyat Malaysia masih sayangkan pemerintahan Melayu Islam dan sanggup berkorban apa sahaja demi memastikannya tidak tumbang ke tangan orang lain!!!





Ayuh Harimau Malaya!!! Kota Singa telah kita gegarkan!!! Mari ramai-ramai kita tenggelamkan pulau Singapura malam ini!!! 

MyMassa: Tentera Singapura yang berbangsa Melayu pun tegar sokong Malaysia...hehehe

AL-HAJJ

0

MUQADDIMAH SURAH AL-HAJJ.
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 78 ayat. Dinamakan Surah “Al-Hajj” (Perihal Ibadat Haji) kerana perintah Allah Ta’ala mengenai amalan haji ini ada disebutkan mulai dari ayat 26.
Intisari kandungannya: Menerangkan tentang hari akhirat dan menarik perhatian umat manusia jika ada sesiapa yang menaruh syak tentang kedatangan hari kiamat hendaklah mereka memikirkan keadaan kejadian diri mereka sendiri nescaya akan hilanglah keraguan mereka dan akan dapatlah diketahui bahawa Allah yang berkuasa menciptakan mereka pada mulanya tentulah berkuasa menghidupkan mereka semula pada hari kiamat untuk diadili dan menerima balasan.
Ditegaskan pula bahawa Allah Ta’ala tetap akan menolong Nabi Muhammad (s.a.w.) dalam alam kehidupan dunia ini untuk mengembangkan Islam dan mencapai kemenangan, serta mengurniakannya dengan sebesar-besar kemuliaan di akhirat kelak. Sesiapa sahaja dari musuh-musuh Islam yang menyangka sebaliknya – disebabkan hasad dengkinya – maka biarlah dia membunuh diri, kerana segala rancangannya yang jahat tidak akan dapat menyekat pertolongan Allah ‘Azza wa Jalla kepada RasulNya.
Oleh kerana Junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w.) dan orang-orang Islam yang besertanya telah ditindas dengan kejam oleh kaum kafir musyrik di Mekah sehingga Baginda dan pengikut-pengikutnya terpaksa berhijrah ke Madinah, dan oleh kerana kaum kafir musyrik tidak putus-putus mengancam dan menceroboh, maka Baginda dan orang-orang Islam yang telah puas bersabar – diizinkan oleh Allah Ta’ala menghunus senjata menentang pencerobohan itu. Kesudahannya Baginda mencapai kemenangan yang besar dan tidak lama kemudian Mekah dikuasai oleh Baginda dan seluruh penduduknya memeluk Islam.
Umat Islam telah dipuji oleh Allah Ta’ala kerana mereka berjuang untuk menegakkan kebenaran, dan manakala mereka memegang kuasa, mereka menjalankan hukum-hukum syari’at Islam dengan sempurna.
Diterangkan pula tentang bagaimana Nabi Ibrahim (a.s.) diperintahkan oleh Allah Ta’ala mendirikan “Baitullah” (Ka’bah) di Tanah Suci Mekah, serta diperintahkan menyeru umat manusia mengerjakan ibadat haji di situ. Kemudian Allah Ta’ala menerangkan amalan ibadat haji dan faedah-faedahnya yang didapati oleh orang-orang yang mengerjakannya.
Surah ini diakhiri dengan memerintahkan supaya umat Islam berjihad (berjuang) dengan bersungguh-sungguh mengerjakan suruhan-suruhan Allah dengan sempurna, dan dengan ikhlas kepada Allah semata-mata, kerana Allah jualah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Rabu, 27 Julai 2011

Wajib Tonton : Pahlawan Melayu Diserang Dengan Anjing Pembangkang.

0
Beraninya pahlawan Melayu bernama Kamaruddin Ahmad yang bersemuka dengan Ambiga.



Yang sedihnya melihat anjing-anjing pembangkang yang rata-ratanya adalah Melayu menyalak kepada Kamaruddin.



Apa ke bodohnya Melayu PAS dan PKR. Salah ke kalau cakap fakta sejarah iaitu Orang Melayu yang memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu.

Kenapa fakta ini perlu disembunyikan?

Realitinya, ada orang Melayu sendiri yang malu untuk mengakui bahawa merekalah yang memberi kerakyatan kepada kaum lain kerana dalam pembangkang yang tuan adalah DAP. PAS dan PKR hanya pak turut seperti pak kaduk yang menang sorak kampung tergadai.

Tahniah En. Kamaruddin, anda memang pahlawan Melayu sejati. Untuk berita, boleh baca apa yang Mstar laporkan.
Wacana Kecoh, Penyokong Bersih Gagal Kawal Emosi

Oleh ARIFFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Selepas kekecohan di ibu negara pada 9 Julai lalu, penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih gagal mengawal emosi termasuk sewaktu menghadiri diskusi ilmiah mengenai hala tuju gabungan berkenaan pada Selasa.

Selain mencetuskan suasana bising hingga mengganggu kelancaran majlis, terdapat juga sebahagian penyokong kumpulan berkenan hampir bertindak kasar kepada salah seorang penonton apabila mengemukakan soalan yang tidak disenangi mereka.

Kekecohan yang berlarutan hampir sepuluh minit itu terpaksa diredakan oleh moderator wacana anjuran Sinar Harian tersebut, Wan Saiful Wan Jan dengan dibantu oleh petugas unit keselamatan penganjur.

Ketegangan berkenaan berlaku pada sesi soal jawab bersama penonton apabila seorang peguam, Kamaruddin Ahmad mengemukakan soalan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.

Beliau yang mahu mendapatkan penjelasan bekas Presiden Majlis Peguam itu sama ada Bersih mahu meneruskan beberapa siri perhimpunan haram lain yang menurutnya tidak mengikut undang-undang dan mencabul Perlembagaan Persekutuan akhirnya di 'boo' oleh majoriti penyokong Bersih yang hadir.

Bukan sahaja dikecam kerana mengemukakan soalan sedemikian, malah beberapa penonton yang hadir bangun dari tempat masing-masing dan menyerbu ke arah Kamaruddin.

Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku apabila unit keselamatan penganjur bertindak pantas meleraikan ketegangan.

Bukan itu sahaja, Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), turut beberapa kali menegur penonton yang hadir agar bertindak profesional serta menghormati majlis ilmu berkenaan.

Teguran berkenaan dibuat selepas penyokong Bersih secara kerap 'mengganggu' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengemukakan pandangan.

"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini... kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad ketika menjawab soalan turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.

Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.

"Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih...saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.

"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya.

*Mana pegi geng baju merah yang pernah bertempur dengan DAP. Ketidak hadiran anda ke forum ini menyebabkan salakan anjing-anjing ini makin kuat bunyinya.

GEMPAR : VIDEO PM DISERANG PERUSUH!

0


Video panas daripada MyMassa Studio bagaimana YAB Perdana Menteri diserang salah seorang daripada perusuh.



Tahniah kepada pasukan polis yang pantas mengambil tindakan.

*Segar dari ladang!

Duit Rakyat Selangor Disalah Guna Untuk Selamatkan Pembangkang.

2

 Baru-baru ini MB Selangor lancarkan satu lagi slogan untuk Negeri Selangor. Slogan ini turut diletakkan di laman web Kerajaan Negeri.

Slogan Selangorku kononnya untuk tujuan membawa era baru lebih cerah untuk rakyat Selangor.

Sayangnya, slogan tersebut telah mula digunakan untuk tujuan politik walaupun baru beberapa hari dilancarkan.


Beginikah pentadbiran yang telus dan bersih jika secara terang-terangan duit rakyat digunakan untuk tujuan politik? Jika bukan untuk tujuan politik, kenapa ada gambar YDP PAS Kawasan Gombak?

Benarlah kata Datuk Noh bahawa Selangorku hanya slogan kosmetik. Yang jelasnya ialah slogan ini digunakan untuk selamatkan pakatan yang hampir tumbang. Lihatlah gambar semasa pelancaran  slogan ini. Tiada seorang pun pegawai Kerajaan Negeri Selangor yang sanggup hadir kerana ianya dah sah-sah adalah program politik.

Barisan depan yang dikhaskan untuk kepala2 jabatan kerajaan negeri kosong sehingga ketibaan Khalid Ibrahim. Ianya terpaksa dipenuhi oleh hadirin biasa / awam. Kemana perginya semua mereka?(Sumber Minaq jInggo)

Susahlah kalau pegawai Kerajaan Negeri pun dah mula menjauhkan diri. Kalau pegawai Kerajaan dah tak percaya, rakyat lagi lagi seribu kali tak percaya pada Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Cuma yang aku percaya bahawa kemesraan Khalid dan Faekah memang tak boleh disangkal. Tak malu ke pegang-pegang depan orang ramai.


*Seronoknya si khalid bila perutnya diusap oleh Faekah.

Pembangkang Derhaka Kepada Wasiat Almarhum Sultan Selangor!

0
Klik untuk besarkan imej

Harapan Almarhum Sultan Selangor bandaraya Selangor bebas maksiat nampaknya tinggal kenangan.

Dengan kenaikkan rejim yang dicengkam DAP, MB puppet tak mampu buat apa-apa selain daripada mengiyakan apa sahaja kata-kata DAP.

Malah, dalam mesyuarat Exco pun MB puppet langsung tak pernah buat keputusan selain daripada yang dipersetuju oleh Teresa Kok & Co.

Jadi, setakat nak jadikan Shah Alam sebagai bandaraya hiburan memang takde hal punya. PAS pun tak boleh buat apa. Setakat hantar memorandum boleh la.


Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.

Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Itulah kesudahan jika umat Islam tak bersatu. Mudah diperkotak katikkan oleh orang kafir. Seperti mana hadith Rasulullah S.A.W.

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

*Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada perpecahan umat Islam yang berlaku di Malaysia.