
Apa yang kami nak nyatakan di sini adalah bagaimana betapa Maha Adil-Nya Allah SWT. Walaupun selama ini PAS yang bertopengkan Islam menfitnah Tun dengan bermacam-macam cerita dan dusta setelah Tun memecat binatang politik yang bernama Anu War Ibrahim, kini telah jelas, nyata dan terang bahawa Tun tidak berbohong dalam hal ini. Ini kerana Tun Mahathir mengambil masa selama 4 tahun untuk menyiasat kes salah laku seksual Anu War sebelum bertindak. Walaupun ketika itu pembangkang telah pun memalu gendang perang bersenjatakan skandal ini untuk menjatuhkan Anu War seterusnya memusnahkan UMNO. Nampaknya tindakan Tun memecat haiwan politik yang tidak sedar diuntung ini memang tepat.
- - Kisah yang diceritakan oleh Ummi Hafilda selari dengan perincian peristiwa oleh Tun Mahathir
- - Tun Mahathir telah diberitahu mengenai salah laku Anwar sekurang-kurangnya empat tahun sebelum pemecatan beliau, pertama kali oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Haniff Omar. Mahathir tidak percaya Anwar berkelakuan sedemikian.
- - Tun Mahathir bersikap adil apabila menemui kesemua saksi dan mangsa seks Anwar bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat keputusan.
- - Tun Mahathir turut menemui kepimpinan Umno seluruh Negara bagi mendapatkan pandangan mengenai tindakan yang paling sesuai yang boleh diambil ke atas Anwar.
- - Tun Mahathir mempunyai bukti-bukti yang kukuh berhubung penglibatan Anwar dalam salah laku seks; beliau menunjukkan bukti bergambar ketika pertemuan dengan kepimpinan Umno seluruh Negara.
- - Tindakan pemecatan Anwar bagi mengelakkan beliau menjadi bebanan kepada Kerajaan kerana tindakan salah laku seks tersebut boleh mengakibatkan pihak luar mengambil kesempatan untuk memberikan tekanan kepada Negara.
- - Anwar turut diberikan peluang untuk menjelaskan dan mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO – bukti demokrasi diamalkan dalam UMNO.
- - Anwar bukan sahaja gagal menjelaskan perbuatannya, malahan menggalakkan penyokongnya untuk bertindak ganas ke atas Tun Mahathir sendiri selepas mesyuarat tersebut selesai.
- - Tun Mahathir mengesahkan tindakan kepura-puraan PAS yang suatu ketika dahulu mengkritik Kerajaan kerana menyimpan pemimpin yang mempunyai masalah moral, tetapi mengubah pendirian apabila Anwar tidak lagi dalam Kerajaan.
- - Oleh kerana pada waktu itu Sukan Komanwel sedang berlangsung, maka Tun Mahathir tidak mempunyai masa untuk menerangkan segala-galanya secara terperinci kepada umum. Apabila beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan, terdapat sebahagian yang tidak menerima penjelasan beliau kerana Anwar terlebih dahulu menanam pengaruhnya di kalangan mereka. Ini kerana Anwar sememangnya ditugaskan oleh beliau untuk membina dan menjaga hubungan di antara pimpinan peringkat tertinggi parti dengan pimpinan di peringkat akar umbi.
- - Setelah didesak oleh banyak pihak termasuklah Lim Kit Siang, Tun Mahathir telah mengadakan satu sidang akhbar pada 22 September bagi menjelaskan tindakan beliau memecat Anwar. Ekoran ini beliau telah disaman RM100juta oleh Anwar atas tuduhan memfitnah dan memburukkan beliau di khalayak ramai, tetapi digugurkan mahkamah di atas justifikasi kebenaran dan hak istimewa (justifactions of truth and qualified privilege) di atas tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial beliau sebagai PM untuk menerangkan sesuatu perkara berkaitan kepentingan rakyat (public interest).
- - Tindakan Anwar yang terus-terusan mengajak rakyat berdemonstrasi dan melakukan kerosakan terhadap ibu pejabat UMNO dan rumah kediaman Tun Mahathir telah memaksa pihak polis untuk menahan beliau meskipun Sukan Komanwel masih berlangsung. Tindakan ini dilihat sebagai peluang oleh agensi-agensi berita asing untuk memburukkan imej Kerajaan, di samping menuduh perbezaan pendapat di dalam hal berkaitan kawalan krisis mata wang sebagai punca utama pemecatan beliau.
- - Tun Mahathir menegaskan kepada pihak polis supaya Anwar mestilah ditangkap secara terhormat dan dilayan dengan baik agar beliau tidak dilihat sebagai political martyr di kalangan masyarakat umum. Namun sebaliknya yang berlaku dan insiden mata lebam telah memberikan kelebihan ini kepada Anwar.
- - Anwar telah didapati bersalah di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa ekoran arahan beliau kepada Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohamad Said Awang, untuk mengugut Ummi Hafilda supaya menarik balik kandungan surat yang ditulis beliau kepada Tun M.
- - Walau bagaimanapun, Tun M kecewa dengan perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar yang dianggapnya sebagai kelam kabut dan tidak terurus, sehingga menyebabkan Anwar dilihat sebagai mangsa konspirasi.
- - Beliau turut membangkitkan insiden ketegangan di antara beliau dengan bekas pengarah BPR, Datuk Shafee Yahya, yang menuduh beliau mengganggu proses siasatan yang dijalankan terhadap Ketua Pengarah EPU pada waktu itu, Tan Sri Abul Hassan Sulaiman. Datuk Shafee yang juga merupakan saksi di dalam perbicaraan kes liwat mengambil kesempatan ini untuk memburukkan beliau.
- - Tun Mahathir menegaskan rata-rata rakyat Malaysia masih menganggap Anwar tidak bersalah di dalam kes liwat 1999 kerana tidak cuba memahami keputusan yang dibuat oleh mahkamah, yang menggugurkan kes tersebut di atas sebab teknikal semata-mata iaitu tarikh kejadian yang tidak tepat.
- - Tun M juga mengulas tuduhan bahawa beliau memanipulasi perbicaraan kes liwat dengan menegaskan bahawa pertuduhan tersebut adalah jelas beserta dengan bukti sahih, tetapi majoriti rakyat yang berbangsa Melayu-Islam masih sukar untuk percaya bahawa Anwar yang berimej warak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
- - Tindakan beliau menukar editor-editor akhbar yang dilihat mengkritik beliau selepas Anwar dipecat dilakukan oleh beliau di atas syor dan sokongan daripada Majlis Tertinggi UMNO, yang kemudiannya digambarkan beliau sebagai tidak ikhlas kerana mengkritik beliau pula setelah tidak lagi menjadi PM.
- - Mengulas mengenai tuduhan bekas PM Australia, Paul Keating bahawa beliau adalah seorang yang degil, beliau sama sekali tidak tersinggung tetapi ‘terpaksa’ berasa tersinggung kerana rata-rata orang di sekeliling beliau beranggapan beliau patut berasa begitu.
- - Tun M telah cuba untuk memulihkan keadaan ekonomi negara selepas krisis kewangan dan pergolakan politik yang melanda tetapi beranggapan krisis politik masih tidak pernah padam sehingga ke hari ini.
- - Beliau turut membangkitkan kes liwat terbaru Anwar dan berpendapat Anwar patut melakukan sumpah, sama seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari.
- - Tun M juga mengakui sukar untuk beliau memaafkan Anwar kerana telah memburukkan beliau di mata dunia, tetapi tidak berasa menyesal memecat Anwar.
| Saye latang itu balai pulis mau buat lepot nyee puunn. Saye telah pijak kasi mampus itu kucing ah, tapi olang malah sama saye pulak. Rilek maa! Tiu ni arr sohai! |
* Bila risalah BN masuk sekolah, PAS mula gelabah. Tuduh macam-macam. Yang cikgu-cikgu PAS sebarkan dakyah politik selama ni boleh pulak? Macam mana sticker gambo Nik Aziz sewenang-wenangnya ada di kereta cikgu-cikgu PAS. Tu bukan risalah politik ke?Pejabat Pelajaran Daerah Mangsa Politik Umno-BN
TEMERLOH - Para guru dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) disini menjadi mangsa, apabila pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) memergunakan jabatan kerajaan tersebut untuk tujuan memancing undi menjelang pilihanraya kecil Dwean Undangan DUN) Kerdau
Pada Rabu 2 Mac, dengan menggunakan PPD, Umno-BN telah memanggil semua guru-guru dalam daerah ini untuk satu perjumpaan politiK dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan di Sekolah Menegah Integrasi Kerdau.
Walaupun Muhyiddin juga adalah Menteri Pelajaran, pertemuan tersebut tidak ada kepentingan dari segi pendidikan, selain cuba mempengaruhi para guru-guru agar menyokong Umno-BN sekaligus memburuk-burukkan lawan mereka, PAS
Beberapa orang guru merasa terkejut, apabila dibekalkan dengan enam helai risalah yang sarat dengan kempen politik sebaik mereka mendaftar untuk program tersebut.
Menurut mereka, sudahlah terpaksa meninggalkan murid, kelas dan aktiviti di sekolah, pemimpin Umno 'menangguk diair yang keruh' apabila melibatkan guru dengan politik kepartian.
Mereka mengeluh, walaupun berat hati, terpaksa menghadirkan diri kerana surat arahan tersebut dikeluarkan oleh PPD,isan Nasional
"Ia jelas dengan seruan "tekadkan pilihan anda, undilah Barisan Nasional" dalam risalah yang diedarkan,"ujar seorang guru.
Katanya, tindakan pemimpin Umno-BN itu akan menghilangkan fokus patra guru mendidik anak bangsa dan melahirkan generasi masa depan yang seimbang.
"apabila seorang guru yang sepatutnya berkecuali dalam soal parti politik, disuap dengan bahan 'politik ekstrem' soal rasis, sudah tentu ia mempengaruhi emosi,"katanya lagi
Hari ini, 3 Mac, tidak cukup dengan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran, Fuad Zarkashi yang diamanahkan sebagai Timbalan pula akan sekali lagi mengganggu warga pendidik disini.
Guru-guru yang sudah dikenalpasti sebagai pengundi DUN Kerdau dipaksa hadir dalam satu pertemuan pagi ini.
Sekali lagi guru-guru tersebut akan meninggalkan murid, kelas dan aktiviti sekolah.
Bukan setakat itu, pemimpin Umno juga menyalahgunakan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang bertujuan meningkatkan pentadbiran Hal Ehwal Murid (HEM), sebaliknya digunakan sebagai maklumat untuk tujuan politik Umno-BN.