Sabtu, 31 Disember 2011

SBPA: Musang Berbulu Ayam pastikan hasrat PM tidak tercapai?!! Bahagian 3



Bukanlah tujuan kami menulis tentang SBPA ini untuk memburukkan Kerajaan, jauh sekali hendak memberi bullet kepada pembangkang. Kami mendedahkan kegenjotan ini bagi menyedarkan pihak yang berkenaan. Baik kita ubah sebelum kita diubah!

Kami tidak rela, dek kerana segelintir dua penjawat awam yang membuat tahi, habis tumbang Kerajaan BN yang membela rakyat! Bayangkanlah jika 90% penjawat awam yang balik kampung untuk mengundi dengan dendam kesumat terhadap Kerajaan. Bukan sahaja kita kehilangan undi mereka, bahkan gandakan pula dengan dua atau empat lagi ahli keluarga mereka. Lebih buruk jika penjawat awam tersebut dihormati di kampung halamannya.

Kami juga tidak mahu setelah berhempas pulas selama 4 tahun melawan fuckatan dalam 17 pilihanraya, akhirnya BN terus tumbang dek kerana segelintir penjawat awam yang mahu merasa gaji CEO sebelum bersara! Kami tahu dan sedar YAB PM sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat. Maka berbuatlah sesuatu sebelum rakyat yang membuat keputusan akhir!

Akhir sekali, ingin kami tegaskan di sini, kepada sesiapa sahaja, termasuklah penjawat awam kanan yang terlibat agar mennyanggah kami di ruangan komen andai kami tersilap. Ayuh kita usahakan yang terbaik agar oerang Melayu-Islam terus mentadbir negara di bawah BN dan mengembalikan nikmat ketenteraman dan kestabilan negara seperti yang pernah kita nikmati sebelum PRU 2008 lalu!

Jangan terlalu bongkak dengan apa yang bakal dan sedang kita nikmati, kerana kita ini semua hanyalah meminjam nikmat-niktmat tersebut daripada anak-anak kita!

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 31 Disember 2011 8:08 PTG

Sebenarnya najib di kelilingi oleh org2 yg menghormati pembangkang,,,,sbb itu apa yg najib buat di manipulasi oleh pegawai sekelilingnya,,,,byk yg ambil gaji lepas tu pujuk kawan guling kerajaan,,,

Tanpa Nama berkata... 31 Disember 2011 8:17 PTG

Anon 8.08
Saya setuju apa yg anda nyatakan, imej buruk pemimpin kebanyakannya datang daripada pegawai kanan kerajaan, malas nak sebut semangat kedaerahan yang menebal. SPBA diwujudkan untuk untuk satu golongan iaitu untuk JUSA ke atas, jurangnya terlalu jauh (7-13%), kerajaan kena fikirkan sesuatu

Tanpa Nama berkata... 31 Disember 2011 9:49 PTG

Sebagai kakitangan kerajaan kecil, hati aku sangat sakit bila terbaca atau terdengar bekas-pekas penjawat awam kelas atasan (dulu) tiba-tiba mengistiharkan diri mereka adalah pengukung parti pembakang. Persoalannya, apakah semangat yang musang berbulu ayam ini tiupkan sewaktu menerajui sesuatu jabatan atau kementerian? Bagaimana hal ini gagal dikenalpasti sistem tapisan keselamatan. Dalam hal ini, aku tidak sama sekali pertikaikan hak seeorang warga degara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, tapi apakah mereka ikhlas melaksanakan dasar yang telah ditentukan kerajaan yang sedang memerintah semasa bertugas?

Ingat-ingatkan dan Bayang-bayangkan wajah-wajah musibat yang kini bergentayangan dengan pencen dan reputasi tinggi kini berdiri di pentas pembangkang. Apakah jaminan SBPA untuk tidak atau meminimumkan hal ini terus berlaku?

shah berkata... 1 Januari 2012 12:25 PG

salah satu cara, kurangkan pengambilan orang kelantan..

Catat Ulasan