Sabtu, 31 Disember 2011

SBPA: Musang Berbulu Ayam pastikan hasrat PM tidak tercapai?!! Bahagian 2


Antara butiran penting SBPA yang ada PM sebut ketika pembentangan Bajet 2010 lalu:


a) Kenaikan gaji tahunan penjawat awam ditambah baik mengikut prestasi di antara 7-13%

Dek kerana perkara inilah banyak peniaga-peniaga yang mulai berkira-kira untuk menaikkan harga barangan. Mereka menyangkakan menjelang 2012, semua penjawat awam naik gaji sekurang-kurangnya 7%.

Bahkan bukan golongan peniaga sahaja, malahan penjawat awam turut berfikir situasi yang serupa. Ramai yang tersengih kerana menyangkakan gaji mereka akan naik.

Memang benar gaji penjawat awam akan naik, tetapi tidaklah sebanyak yang disangkakan. Mengikut kira-kira yang diberikan kepada kami, lebih 90% penjawat awam akan menikmati kenaikan di antara RM50 ke RM100 dengan pelaksanaan SBPA ini. Jadi persoalannya, cukupkah jumlah tersebut menjadikan rakyat negara ini mencapai status berpendapatan tinggi?

Tunggu, kami belum habis lagi, kenaikan tersebut hanyalah untuk penjawat awam dari gred 1 sehingga ke gred 54 sahaja. Tetapi untuk yang lebih tinggi daripada itu, ceritanya lain. Kenaikan gaji adalah sekali ganda (paling rendah dikatakan RM 6 ribu!) beserta bonus tahunan berganda jika KPI tercapai. Jadi untuk penjawat awam kanan atas gred 54 yang kini bergaji pokok RM 6 ribu, beliau boleh menjangkakan gaji yang bakal diterima di bawah SBPA akan menjadi RM12 ribu tidak termasuk elaun! Itu yang ada khabar-khabar angin ramai isteri penjawat awam kanan ini yang bakal jadi suri rumah sepenuh masa kerana abang sudah kaya!

Ini belum cerita skim gaji premier pula. Ada yang kata boleh mencecah RM 50K sebulan! Siapa sangka dengan hanya kerja Kerajaan seseorang boleh membawa pulang gaji sebanyak itu. Dan skim premier ini pula hanya melibatkan tidak lebih 40 individu daripada beberapa Kementerian/Jabatan tertentu.

Walaupun dikatakan kelompok ini perlu mencapai beberapa KPI tertentu sebelum boleh disambung lagi secara berkala selama 3 tahun sekali, tetapi pendapatan yang diperoleh selama tiga tahun sebenarnya dapat menampung kehidupan mewah sebelum dipencenkan. Satu lagi persoalan di sini adalah, bagaimanakah seorang ketua jabatan yang bergaji sebegitu besar beserta bonus berbulan-bulan boleh mengerahkan pegawai-pegawai bawahannya yang hanya menikmati gaji yang ciput tanpa jaminan bonus?

Di sinilah bermulanya punca konflik; EXIT POLICY. Ketua jabatan mempunyai kuasa untuk memberhentikan mana-mana pegawai yang tidak menunjukkan prestasi. Jadi di sini bukan sahaja mereka perlu bekerja keras dengan gaji yang kecil, malahan terpaksa mengampu bermati-matian untuk memastikan mereka dapat terus kekal bekerja!

Nampaknya, berdasarkan kepada apa yang diceritakan kepada kami ini, SBPA bukanlah skim baru untuk meningkatkan pendapatan penjawat awam, tetapi skim KAPITALIS untuk meluaskan lagi jurang ekonomi di antara rakyat! Lebih buruk jika harga barangan keperluan turut meningkat dek kerana para peniaga menyangkakan penjawat awam semuanya sudah mewah!

Sekarang anda nampak tidak GAME segelintir penjawat awam kanan dalam memastikan SBPA ini memihak kepada mereka? Memang deraf pelaksanaan dibuat oleh pegawai biasa, tetapi, kata putus akhirnya mereka juga yang tentukan! Nampaknya mereka berjaya menaikkan taraf hidup sendiri dengan SBPA ini!

Sekarang sudah mulai kedengaran, walaupun tidak berapa bising, bisik-bisik di kalangan penjawat awam yang berkira-kira untuk mengulangi senario 2008 jika keadaan tidak diubah. Mereka bukan sahaja marah kerana penggubalan SBPA tidak memihak kepada mereka, malahan mereka turut terpaksa untuk menandatangani persetujuan terhadap SBPA secara tergesa-gesa. Patutlah kelam kabut suruh orang sain, golongan musang berbulu awam ini tidak mahu tembelang mereka pecah sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya!

Bersambung di Bahagian 3 

    

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 31 Disember 2011 1:15 PTG

sokongan sokongan2 di kementerian2 bertekad dan bersatu hati akan beralih ke pembangkang pru13, mana dia raayat di dahulukan, yang kami nampak JUSA TAIK di dahulukan. CHIEF PAP!

Irshadim berkata... 15 Januari 2012 6:23 PTG

what is 'musang berbulu awam"? musang berbulu ayam saya tau lah.. lol.

Catat Ulasan