Sabtu, 31 Disember 2011

SBPA: Musang Berbulu Ayam pastikan hasrat PM tidak tercapai?!! Bahagian 1

Sebenarnya kami telah diminta beberapa kali oleh rakan-rakan blogger untuk mengulas isu kemelut CUEPACS-JPA berhubung pelaksanaan SBPA. Kami sedar ramai yang tidak berapa pasti apa isu sebenar yang menyebabkan CUEPACS bermati-matian menentang pelaksanaan SBPA. Takkanlah sebab tidak dibawa berbincang pun sampai boleh menentang Kerajaan, ya tak?



Jadi kami pun melakukan sedikit penyelidikan dengan beberapa rakan yang bekerja di sektor awam untuk mengetahui isu sebenar yang menyelubungi kemelut SBPA ini. Secara mata kasarnya apa yang telah diumumkan oleh YAB PM dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu memang cantik. Hasrat beliau untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat bermula dengan penambah baikan skim dan sistem gaji 2 juta penjawat awam. Secara teorinya, apabila tangga gaji penjawat awam bertambah baik, maka sektor swasta akan turut menyusul. Dan akhirnya hasrat Kerajaan BN untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat menjelang 2020 juga akan tercapai.

Tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya ada segelintir penjawat awam kanan yang sememangnya ternanti-nantikan pengumuman PM itu kerana mereka mempunyai agenda tersendiri. Mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan akhir dan juga mampu menentukan arah tuju akhir pelaksanaan SBPA. Golongan ini juga kebanyakannya sedang enak menikmati skim gaji yang paling mewah dalam Kerajaan dan akan bersara tidak lama lagi. Mereka khuatir akan menjadi 'MISKIN' setelah pencen kelak!

Sebelum ini mereka menggunakan lingkungan rakan-rakan sendiri untuk memastikan kontrak disambung dari tahun ke tahun (walaupun tidak berprestasi) dengan jumlah elaun yang dapat melengkapkan beza pencen yang diterima. Tetapi taktik ini mulai tidak menjadi apabila Kerajaan mulai menghentikan penyambungan kontrak pegawai-pegawai kanan yang sudah lanjut usia bagi membuka ruang yang lebih luas kepada generasi pelapis.

Namun pengumuman SBPA telah menyelamatkan mereka daripada hidup dengan pencen. Memang sudah menjadi lumrah apabila penjawat kanan dalam Kerajaan akan menggunakan kesempatan di atas perubahan dasar (baik kecil mahupun besar seperti SBPA) untuk naik pangkat secara automatik dan meningkatkan julat pendapatan diri sendiri.

Untuk itu, mereka akan duduk berpakat-pakat sesama lingkungan mereka bagi menyelaras pelaksanaan SBPA kelak dapat memberikan manfaat yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Segala dasar pelaksanaan SBPA juga akan diolah sedemikian rupa agar faedah maksimum memihak kepada mereka. Dan kerana inilah CUEPACS tidak dibawa berbincang.

Bersambung di Bahagian 2...

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 31 Disember 2011 10:53 PG

Lama dah malaunnn ni...menyusahkan kakitangan bawahan.....!

Tanpa Nama berkata... 31 Disember 2011 11:15 PG

ini la masalahnya orang-orang tua dlm government, pentingkan diri sendiri. generasi pelapis lansung taknak diberi peluang. dia kira nak isi poket dia aje. tamak nak mampus. dah tua ganyut, orang kumpul ibadat. duit tu bukannya bawak ke kubur pun.

Catat Ulasan