Khamis, 29 Disember 2011

KEGAGALAN KERAJAAN KELANTAN MEMBELA RAKYATNYA





Berikut disiarkan emel kiriman dari Kota Bharu, Kelantan untuk pemikiran kita melihat kegagalan kerajaan Kelantan walaupun sudah lama mengumpul wang.

1. Kejadian bencana air pasang besar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. Ekoran daripada kejadian air pasang besar ini deretan 20-25 buah gerai makan terpaksa ditutup disebabkan gerai makan dimasuki air sedalam 0.3m-0.7m serta jalan utama yang melalui gerai berkenaan terpaksa ditutup kepada kenderaan dan ini menyebabkan kerugian kepada pengusaha gerai makan. Ketiadaan sistem perparitan juga menyebabkan aliran gagal mengalirkan air dikawasan ini.

2. Kegagalan pentadbiran PAS Kelantan dalam melakukan pembangunan tepi pantai iaitu pembinaan benteng pemecah ombak dan sistem perparitan di kawasan berkenaan perlu diketengahkan agar rakyat sedar bahawa pemerintahan PAS Kelantan hanya akan melaksanakan sesuatu pembangunan sekiranya melibatkan kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat. Pantai Cahaya Bulan merupakan tempat tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri setiap hujung minggu.

3. Penduduk mula merungut bahawa ADUN Kijang, YB Hjh. Wan Ubaidah serta Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Datuk Hj. Abdul Halim gagal dalam mengangkat martabat Pantai Cahaya Bulan sebagai destinasi pelancongan apatah lagi keselamatan penduduk sekitar.

salam mesra,
Guruh Badai

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 29 Disember 2011 12:51 PG

tu la pasal...

Tanpa Nama berkata... 29 Disember 2011 9:38 PG

APA YG PENDUDUK DUK MERUNGUT TU ADALAH BETUL DAN TEPAT...

Tanpa Nama berkata... 29 Disember 2011 7:17 PTG

Tapi beranikah orang-orang Melayu Kelantan mengubah undi?

Catat Ulasan