Sabtu, 31 Disember 2011

GEMPAR!!! Benarkah Dr @ZambryAbdKadir dimandrem peniaga CINA?!!




Eh ini gambar apa pula? Kenapa MyMassa tetiba tunjuk gambar kedai Cina ini? Hendak promosi ke?

Ya dan tidak. Kami cuma ingin menunjukkan kepada para pembaca mengenai sebuah kedai kopi di depan Jeti Sungai Pinang Kecil Pangkor yang menjadi stesen singgahan MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, setiap kali beliau balik ke kawasan. Katanya, jika tidak sempat singgah pekena kopi kaw kedai ini pun, beliau akan minta tapaukan. Huh, sedap sangatkah kopi Kedai Lian ini?

Sebenarnya bukanlah Dr Zambry telah dimandrem oleh tokey kedai kopi tersebut, jauh sekali kerana terpikat dengan anak tokey. Tetapi kerana semangat dan nostalgia setiakawan yang menjadi pegangan Dr Zambry selama ini. Walaupun menjadi orang nombor satu negeri, beliau tidak pernah melupakan asal usul beliau.

Beliau juga tidak pernah menjadikan kaum dan agama sebagai halangan dalam meneruskan hidup sebagai hamba Allah. Ya, walaupun ada cina komunis yang menggelar beliau sebagai HITAM METALIK, tetapi ia tidak pernah mengubah persepsi beliau terhadap rakan-rakan dan rakyat berbangsa Cina di Perak selama ini!

Sekarang bandingkan pula dengan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Cubalah kira berap ramai rakan-rakan yang sama-sama menaikkan mereka ke kemuncak kuasa kini menentang mereka?!! Adakah golongan seperti ini yang hendak kita angkat jadi pemimpin?!! Renung-renungkanlah...




0 comments:

Catat Ulasan