Khamis, 29 Disember 2011

Benarkah Lelaki Ini Adalah Kunci Pembebasan Anwar. Siapa Dia?

Jahabar Sidiq.



Siapa dia ni?



Jahabar Sadiq Pegang Bajet Besar FACK!

Cuti hujung tahun dah semakin dekat. Kakitangan Ibu Pejabat PKR pun ramai yang sudah bercuti. Ada yang melancong luar negara. Ada yang dapat bajet lebih, bawa keluarga ke tempat yang lebih hebat dan jauh. Sesiapa yang dapat rezeki extra, kerana pandai ‘kalih’ duit peruntukan yang diberikan kepada parti – lebih jauh dapat bersama keluarga. Untung masing-masing lah.

Walaupun dalam menuju akhir tahun, Ibu Pejabat masih sibuk dengan susunan strategi nak berdepan dengan tarikh 9 Januari. Ada dua team khusus yang telah ditubuhkan, satu untuk tarikh 9 Januari. Satu lagi team tumpu kepada KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT yang dijadualkan pada 14 Januari. Masing-masing team ini diketuai oleh orang yang lain. Masing-masing ikut kepala sendiri. Asal ada untung dan boleh bawa anak bini berjalan jauh. Mereka pun kononnya buat kerja.

Blog ini antara yang awal pecah tembelang program FACK yang akan dianjurkan PKR. Free Anwar Campaign ke-2. FACK. Khabarnya, sudah kecoh juga di Ibupejabat kerana penggerak The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq akan diberikan peruntukan besar bagi melancarkan FACK di dalam laman tersebut. Siap dengan banner dan link dengan international organization. Hebat.

Khabar daripada ibupejabat PKR, Jahabar Sadiq akan diberikan dana USD1.5 juta di peringkat awal dalam memastikan FREE ANWAR CAMPAIGN akan menjadi tajuk utama The Malaysian Insider dalam beberapa bulan akan datang. Antara yang dijanjikan oleh Jahabar kepada PKR:-
Banner Free Anwar Campaign (sepanjang tahun). Siap dengan link kepada twitter, facebook dan sebagainya.
Khidmat fotografi (semua gambar Anwar di mahkamah dan sebagainya akan dispin oleh TMI dengan maksima);
Membuka semula kempen mata lebam di dalam website khas yang akan dikendalikan oleh kakitangan TMI;
Social media campaign (siap dengan beberapa event yang melibatkan mahasiswa dan orang muda:
Meletakkan Nurul Izzah sebagai ‘torch bearer’ PKR yang baru;
Manifesto pilihanraya Pakatan Rakyat akan turut dibawa bersama sebagai link kepada program FACK.

Kakitangan ibupejabat menganggap Jahabar sebagai ‘con-man’ yang sangat berbahaya kepada gerakan reformasi dan FACK. Kepada mereka, link Jahabar bersama Kalimullah, Brendan Pereira dan beberapa tycoon Singapura tidak akan membantu imej Nurul Izzah dalam jangka masa panjang. Ramai di dalam PKR yang persoalkan kenapa perlu dana sampai USD1.5 juta sekiranya memang Jahabar adalah pejuang reformasi?

Baca seterusnya di sini : http://gelagatanwar.wordpress.com/2011/12/28/jahabar-sadiq-pegang-bajet-besar-fack/

*Sebar-sebarkan.

0 comments:

Catat Ulasan