Jumaat, 23 Disember 2011

Benarkah Kelantan semakin ditelan laut?!!


Jika ada di antara kita yang pernah berkelah di Pantai Sabak sekitar penghujung tahun 80-an, pasti banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Tentunya pasir yang halus memutih, dua bekas kubu tentera Jepun dan pemandangan bagaimana penduduk kampung pesisiran pantai bergotong royong menunda bot-bot nelayan naik ke pantai menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Tetapi kini, semuanya hanya tinggal memori. Pantai Sabak yang terletak dalam DUN MB Kelantan sendiri tidak terurus dan hakisan laut telah menghancurkan segalanya. Jika berkesempatan melawat Kelantan sekali pun, lebih baik dilupakan sahaja niat untuk kembali ke pantai tersebut kerana bukan sahaja ia telah punah, bahkan turut mengancam nyawa!

Satu perkara yang pembaca perlu tahu adalah, hakikat bahawa hakisan yang berlaku sebegitu teruk di pantai tersebut hanya bermula pada tahun 1990. Adakah wujud sebarang perkaitan dengan bermulanya era pemerintahan Isle PAS di Kelantan pada tahun tersebut?!!




Meski pun hakisan telah menghancurkan kampung-kampung sejauh 2 KM dari garis pantai, namun ia tidak pernah mendapat perhatian yang serius daripada wakil rakyatnya sendiri yang kebetulan Menteri Besar. Dek kerana keprihatinan MB PAS tersebut, monumen bersejarah dan pantai yang indah sudah jauh bersemadi di dasar Laut China Selatan.

Peluang perniagaan yang berasaskan pelancongan juga sudah lama tertutup rapat kepada penduduk setempat.

Walaupun masalah tersebut sepatutnya diselesaikan oleh wakil rakyat (apatah lagi MB), namun hakisan tersebut tidak pernah dipandang ringan oleh Umno dan BN. Justeru, satu projek khas penambakan bagi mengurangkan kesan hakisan telah dilaksanakan dengan sebegitu giat kini. 

Ironinya, UMNO dan BN pula yang beria-ria mempertahankan keluasan DUN Mursyidul AM PAS dan MB Kelantan daripada terus diambil oleh ALLAH SWT! Tidakkah pemimpin yang berkenaan takut betapa kemurkaan Allah SWT terhadap dosa-dosanya memecah belahkan ummah mengakibatkannya jatuh terlungkup daripada tampuk kuasa dengan cara yang paling hina?!!

Kerana ketika itu, tiada seorang unit Amal khawarij pun yang mampu menyelamatkannya.




*Anda nilaikanlah sendiri adakah ini taraf pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan yang bernaung di bawah DUN MB mereka sendiri?!!

5 comments:

Tanpa Nama berkata... 23 Disember 2011 3:05 PTG

tok guru pon kais pagi make pagi kais pete make ptg.. buke srupo MB lain.. gaji ribu2..harta juta2.. asset puluh2 juta.. ore klate nih x tngok sngat umpan2 pembangunan nih.. cukup skadar mlihat keperibadian seorang pemimpin.

*DUN MB2 ngeri lain Maju ko?? jale berlube po tulo kawe kelih..tu gaji MB hok x potong tuh..x cmpur elaun lg. kikikiki

Tanpa Nama berkata... 23 Disember 2011 3:06 PTG

Parti Ceramah sepanjang zaman..kempen sepanjang tahun..! AllahuRobbi !!

MymassaVoice berkata... 23 Disember 2011 3:27 PTG

aku pun ingat nak jd wakil rakyat PAS kat Kelantan. berlakon alim pun dh cukup kalo ikut awe anon kat atas cakap. Elaun baru je naik.

kalau tkde BN dh lama Kelantan jd tukun bwh dasar laut...

anti bohmau berkata... 26 Disember 2011 2:36 PTG

betul tu Mymassa Voice!

oghe pas ingat nnt Allah Ta'ala tidak soal ka tugas sebenar pemimpin mcm nik aziz? cukupka dia dok ruyak ko pengikut2nya, dia buat kerja ikut Nabi & suruh mrk semua jd zuhud sedangkan perubahan zaman menuntut perubahan minda? dia takpala dok berceramah tazkirah memanjang sbb gaji MB ada. rakyat bawahan hok kais pagi makan pagi ramai2 tuh? nok make pelepah nyor pun lama ke takdok asyik dok dengar ceramoh...

ingat cukupkah menjadi alim tanpa beramal dgn ilmu yg perlu utk menjadi pemimpin yg baik? pemimpin apa kalau membiarkan rakyat hidup mcm zaman wayang hitam putih kelabu sa'???? minum air kaghat bekelodak mcm teh basi?

ingat nnt Allah SWT tak tanya apa tok guru demo buat dgn semua bantuan termasuk RM600juta yg kerajaan pusat bui ka kerajaan negeri dia utk bantu rakyat mendapat air bersih? prasarana2 lain mcm mana nik aziz lengkapkan atau biar ditakuk lama juga?

ingat bila letak serban atah kepala jubah meleret sampai keting, rakyat dah boleh tunduk ta'at tanpa peduli makan minum???

bila takdak air, terlepas ka tok guru dgn hanya berkata: di mekah pun takdak air?

bl cakap pasal miskin, terlepas ka tok guru dgn mengatakan tempat lain pun ramai jugak orang miskin, lebih miskin dari oghe klate?

bulehka dok kata masalah pelacuran srupo jah di mana2 sbb di mekah pun ada? bahkan menghanjing kata negeri2 lain lebih teruk lg?

terlepas ko tok guru bila kata masalah2 sosial hok duk ado di negeri klate adalah peninggalan kerajaan BN dulu sedangkan dia dah memerintah lebih 20 TAHUN!???

tolong celik mata kelih ko tempat oghe lain retek

buka minda gi tengok oghe Islam negara lain retek

berjale tengok negara lain hok tdk diperintah oghe srupo tok guru tp lebih baik keadaannya berbanding 20 tahun dulu wei?

sepatutnya masalah2 tersebut tadi telah lama dihapuskan & jadi negeri paling bersih jika Islam benar2 dipraktikkan oleh pentadbiran kerajaan isle pas yg ditadbir oleh oghe yg gelarkan dirinya DATUK TUAN GURU & DI NEGERI mrk sendiri gelarkan SERAMBI MEKAH, sbb negeri2 lain BUKAN Serambi Mekah!!!

ni la hok oghe kato "kecek sene, nak buat payoh wei"

jgn suko kato ko oghe...

Tanpa Nama berkata... 28 Disember 2011 3:09 PTG

terbaik bro anti-bohmau :)

Catat Ulasan