Scorpene Malaysia: Apa Yang Kita Tak Tahu
Bila ditanya kepada rakan-rakan, dan setelah membaca blog-blog Pakatan Rakyat,rata-ratanya akan mengaitkan kapal selam kita dengan dua masalah;
2. Kapal Selam Scorpene tidak boleh melakukan selaman.
Pertama, mari kita rujuk kepada masalah pertama yang menghantui skandal kapal selam negara kita. Isu harganya. menurut info yang saya petik dari blog AMK Shah Alam, Malaysia telah membayar sebanyak 580 juta dollar (USD) manakala Chile hanya membayar 250 juta dollar (USD) dan India pula membayar 540 juta dollar (USD) untuk setiap Scorpene mereka. Dalam kes ini,, memang nyata pembelian kita paling mahal berbanding negara-negara lain yang membeli kapal selam jenis ini.
Perbezaan garis masa dan kuantiti belian.
Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.
Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.
Pada waktu ini, hanya 4 buah negara yang membuat belian Kapal Selam Scorpene ini. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil.
Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah 250 juta dollar.
Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian kita ialah 580 juta dollar.
India membeli enam buah kapal selam sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah 540 juta dollar seunit.
Pihak Pakatan Rakyat tidak menjelaskan disebalik dakwaan mereka, perbezaan faktor-faktor seperti kadar tukaran wang asing pada waktu pembelian di buat, harga kos bahan mentah, jenis persenjataan dan lain-lain kos yang terlibat.
Kos pembelian kapal selam India juga meningkat kerana wujud kelewatan dan masalah di pihak Magazon Dock Limited. India dapat menjimatkan kos pembelian mereka melalui pembelian pukal (6 buah, maka kos tetapnya dapat disusutkan) dan mereka membina kapal selam tersebut di India (jimat kos pembuataan dengan memanfaatkan kos buruh rendah India)
Dari jadual harga besi terpakai, kita dapat lihat kenaikkan harga besi dunia. Pada Januari 2000, harga besi ialah 98 Euro per tan, dan kini ianya 317 Euro per tan pada September 2011. Ini harga besi skrap, terpakai dan kitar semula. bayangkan harga besi dan keluli baru yang diperlukan untuk membina sebuah kapal selam baru.
Pada waktu Chile dan Malaysia membuat tempahan kapal selam, perbezaan kos mentah (besi, keluli) telah meningkat lebih dari 100%. Jadi tidak menghairankan perbezaan harga di bayar oleh Malaysia dan Chile. Apa pula pe njelasan Pakatan Rakyat mengenai pembelian Brazil yang jauh lebih mahal.
Jadual di atas pula menunjukkan carta tukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Euro. Euro pada tahun negara menempah kapal selam jauh lebih tinggi berbanding dengan waktu tempahan di buat oleh Chile. India pula membuat pembelian kapal selam mereka pada 2010, pada waktu nilai matawang Euro sangat tinggi. Jadi, ternyata ada justifikasi dan penjelasan munasabah disebalik perbezaan harga.
Kedua, kapal selam Malaysia tidak boleh melakukan selaman. Perkara ini dengan nyata adalah satu salah faham, jika tidak, satu fitnah besar dari pihak yang cuba meraih undi dengan menabur prasangka negatif kepada rakyat.
Walaupun sedemikian kajian saya, saya sangat mengharap jawapan mengenai tuduhan rasuah berkaitan pembelian kapal selam negara ini terjawab dan dapat jalan penyelesaian yang munasabah. Memandangkan integriti mahkamah negara telah dihancurkan oleh tomahan dan tindakan pelbagai pihak, saya berharap Mahkamah Perancis dapat memberikan jawapan apabila kes rasuah tersebut dibicarakan dan diputuskan oleh mereka.
*MyMassa melihat blog Nasri1986 amat bagus untuk dilawati. Kepada para pembaca MyMassa, rajin-rajin melawat ke blog tersebut ye. (nasri1986.blogspot.com)




7 comments:
Sibuk pasal harga supaya krajaan melenting dan bagi tau semua keupayaan kapal selam kita . Singapore nak tau tu. Pap sedara DAP kat Singapore tu sangat la nak tau.
bagi la penjelasan macam mana pun ..juak-juak ni takan percaya....mereka hanya percaya makhluk anugerah tuhan mereka sahaja....
memang dah jenis khianat negara...hal keselamatan pon mereka permainkan,sepatutnya ini rahsia,.. ini habis dia bongkar..ini wakil rakkyaat ke atau khianat rakyat,,,,,fikir2lah rakyat malaysia....
Heard many years ago.....officers from the navy sold secret informations to neighbouring country.
TRAITORS!!!!
They were caught (red handed) but me heard no news....since then.
menarik, saya pernah juga memberi komen berkenaan hal ini dalam blog semasa Vietnam membeli kapal selam baru2 ni dan PR menjadikannya isu dgn membandingkan harga
http://bidaman.blogspot.com/2011/08/vietnam-beli-6-kapal-selam-usd2-billion.html
baru aku faham knp harga waktu kita beli mahal.
puak puak PR tk ulas pn
saya dah bace dan seterusnya sy faham....kerana penjelasannya jelas, mudah difahami, berdasarkan fakta dan disertakan dengan sumber2 rujukan yang sahih... namun yg demikian, saya sedar akan adanya orang-orang yang tidak sama sekali akan menerima sekali pun dibongkar dan dihadapkan segala mcm bukti, pendek kata "budak2 pun InsyAllah bole faham" namun ianya tidak akan mendatangkan apa2 kesan pada diri, apatah lagi pemikiran mereka... so adakah kamu juga begitu... bukanlah bermaksud kita kene percaya dan terima je bulat2 apa yang dijelaskan... apa yang pasti apabila manusia mendengar, sudah pasti selepas itu manusia juga akan berfikir atas apa yang didengar... cuma yang sukar utk diterima ada juga manusia yang mendengar... kemudian terus xboleh berfikir dan akhirnya mengambil jalan mudah... iaitu, percaya bulat2 dan lebih teruk lagi boleh membawa kpd perlakuan buruk...
Catat Ulasan