Jumaat, 28 Oktober 2011

Terjemahan Akhbar Cina : Akhbar Cina Hasut Rakyat Lagi Untuk Benci Kerajaan.

Adakah ini satu penilaian yang jujur? Atau satu propaganda halus yang bertujuan untuk menghasut.





China Press 27 Oktober 2011 (Khamis)
m/s C17

Rakyat  Tidak Dapat Rasakan Perubahannya
Penulis: Hu Yuan

Perubahan ekonomi dan masyarakat negara ini, setiap selang beberapa bulan pihak kerajaan akan umumkan sesuatu perubahan, mengumumkan beberapa perubahan yang berjaya, saling mengucapkan syabas dalam perubahan ekonomi dan masyarakat.

Apa-apa berita dan kenyataan tentang perubahan ekonomi di negara ini, sepatutnya rakyat rasa ghairah dan bergembira dengan keseronokan itu, namun jika kita lihat dan menyelidikinya di lorong-lorong pekan, sebaliknya apa yang kita lihat ialah keluhan orang ramai.  Apa yang pihak kerajaan laungkan berjaya dalam meningkatkan angka-angka perubahan itu, sebaliknya rakyat tidak dapat rasai apa sebenar perubahan yang telah berlaku untuk supaya mereka gembira. Yang lebih buruk lagi, kelihatan masa depan yang semakin  tidak menggembirakan, mereka lebih rasa masa depan semakin tidak berdaya dan tiada harapan.

Inilah yang buat semua orang rasa kecewa, rakyat Malaysia tidak tahu dalam kehidupan mereka selama ini adalah dalam keadaan kehidupan kesedihan, ataupun ilmu pengetahun mereka sendiri yang tidak cukup, ataupun diperdayakan oleh politikus-politikus, sebab itu mereka tidak dapat rasai sesuatu perubahan dalam ekonomi dan masyarakat, orang-orang Malaysia memang sangat teruk.

Ini tidak boleh salahkan orang Malaysia, apa yang boleh diumpamakan, “yang lama tidak pergi yang baru tidak akan datang”. Tidak buang yang lama, bagaimana mahu bangunkan yang baru?  Secara amnya racun DEB yang lama masih tetap wujud, itu yang membuat negara kita selama ini dalam keadaan tidak mampu bangun, langsung tidak bermaya dan lemah.

Tidak Dapat Bangkitkan Keghairahan

Baru-baru ini perkembangan tentang hubungan dalam keagamaan, orang ramai dapat rasai ia bukan maju ke hadapan sebaliknya perubahan itu mundur ke belakang. Berjuta orang Islam menentang murtad dalam agama, walaupun yang hadir pada perhimpunan itu dalam beberapa ribu orang sahaja, ia menunjukkan satu keadaan yang membimbangkan; tembok dinding halangan di antara agama di negara kita semakin tinggi. Pandangan seorang pensyarah di UIA menyebabkan beliau dibuang kerja, itu lebih menyedihkan semua orang, kerana ia menunjukkan kita hadapi halangan dalam perubahan pendidikan di negara.

Kini berlaku pelbagai isu, menyebabkan rakyat Malaysia anggap Malaysia bukan dalam perubahan, sebaliknya ia tertimbus ke dalam jurang untuk tidak berubah. Isu rasuah juga tidak dapat dibendung, dihimpit dengan budaya krony-krony, syarikat-syarikat GLC tidak putus-putus menelan syarikat-syarikat swasta, ambil alih syarikat-syarikat swasta, polisi memberi wang kepada rakyat boleh menyebabkan negara ini hadapi cabaran-cabaran ekonomi. Menyebabkan harga barangan melambung naik, tahap kehidupan rakyat semakin rendah, rakyat hadapi masalah sedemikian, rakyat melihat kedai runcit 1 Malaysia, Restoran 1 Malaysia, perumahan 1 Malaysia permainan-permainan seperti ini, sebaliknya pihak kerajaan tidak dapat selesaikan masalah rakyat yang semakin terhimpit ini, sudah tentu masa depan negara ini agak kurang memberangsangkan.

Di dalam jiwa rakyat punyai persoalan-persoalan: kenapa semakin negara ini mahukan perubahan, rakyat semakin kurang mendapat peluang? Kenapa semakin negara ini mahukan perubahan, kehidupan rakyat semakin susah? Yang paling teruk sekali polisi kewangan memberi duit, sebaliknya rakyat dalam keadaan gelap yang tebal; jika perkara itu diteruskan, negara ini akan berlaku seperti negara Greece, satu hari nanti negara ini akan hadapi muflis?

Kesedihan rakyat Malaysia, mereka perlukan kegembiraan dan perlu punyai fikiran yang bijak!

MyMassa rasa kalau Akhbar Cina benar-benar jujur, bandingkan apa yang berlaku dengan dunia global. Kalau tak paham jugak, wartawan ni boleh tengok video perbahasan Bajet 2012 oleh YB Khairy. Bagaimana elemen luaran banyak mempengaruhi ekonomi negara ketika ini.



Memang rakyat tak dapat rasa sebab fokus Kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan Malaysia tidak jatuh ke kancah krisis ekonomi.

Betapa sialnya akhbar China Press ini apabila menyuntik jarum perkauman dengan mengatakan bahawa DEB sebagai RACUN!

*Makin lama makin main kasar nampaknya akhbar Cina ni.

5 comments:

Otak Geliga berkata... 28 Oktober 2011 5:19 PTG

akhbar CINA ni kalau nak ulas bagi TERANG.....x perlu nak selindung2....kalau nak ubah KERAJAAN LAMA ganti dgn biaDAPigs cakap, x perlu nak bermadah2.....kalau nak HAPUSKAN keistimewaan org melayu, cakap biar TERANG, jgn sorok2 belakang DEB, kalau sentuh harga barang cakap biar TERANG, SIAPA KAWAL HARGA????

PERUBAHAN APA yg baru KAU RASA ADA PERUBAHAN?????.....bg CONTOH & ulas satu persatu la ngok.....musibat punya CINA biaDAPigs

Tanpa Nama berkata... 28 Oktober 2011 5:37 PTG

Jangan salahkan satu pihak apabila sampai pada tahap di mana gelanggang politik diisi oleh janji-janji bulan jatuh ke riba.

Kenapa tegur satu pihak beri wang pada rakyat walhal satu pihak lagi tidak ditegur?

Tidakkah ini menunjukkan akhbar vernakular berpihak kepada parti politik tertentu?

Kalau media vernakular berpihak kepada parti tertentu makanya apa yang ditegur adalah politik semata-mata, yakni mereka juga boleh dikritik sebagaimana parti-parti politik dikritik.

Nah, tunggu apa lagi kritik sajalah.

NB

Tanpa Nama berkata... 28 Oktober 2011 5:41 PTG

Nah dah dapat empat negeri masih ada golongan cauvinis berasa tidak gembira!

Apakah kalau setelah dapat semua negeri baru golongan ini akan gembira? Jawapannya jelas tidak!

Ini kerana apabila tamak menguasai diri, perasaan tidak puas hati tidak akan ada penghujungnya.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata... 28 Oktober 2011 5:57 PTG

Di bahagian mana dunia diselubungi kegembiraan sekarang ini? Siapa boleh jawab? Kota London? EU? AS?

Makanya, dalam konteks suasana global yang berubah-ubah, adalah penting untuk meningkatkan nilai kerohanian tetapi bukan memupuknaik nilai kebendaan.

Dengan adanya perasaan bersyukur, meskipun dunia jadi suram, individu yang bukan materialistik tentunya masih mampu tersenyum girang.

Kalau individu itu hanya nampak materliasme sebagai ukuran kegembiraan sudah tentulah dia akan munduum apabila ekonomi dunia mundum.

Mampukah mana-mana kerajaan menggembirakan golongan yang sebegini? Sudah tentu tidak tetapi untuk memenuhi naluri, dia akan kata 'orang baru' mampu menceriakannya kehidupan materialistiknya itu.

Ketawakan saja..

kik kik kik

Tanpa Nama berkata... 28 Oktober 2011 7:00 PTG

mungkin di china ada kegembiraan, tempat manusia yang sgt rendah tahap humanitynya- merujuk kepada kejadian bdk 2 thn dlanggar van dan tdk dipedulikan wlupun 18 org lalu lalang disitu..

mungkin itu tahap yg penulis cina ni maksudkan..

Catat Ulasan