Sabtu, 29 Oktober 2011

PAS rancang penghapusan penyokong BN jika PR menang?!!



Seram sejuk rasanya apabila difikirkan nasib dan masa depan anak-anak kita jika orang Melayu terus menerus tidak bersatu. Bayangkanlah jika soal akidah pun kini dipandang enteng dan hina, apatah lagi dengan nasib dan hak anak bangsa? Malahan sudah semakin ramai golongan muda dalam PAS sendiri (parti yang sepatutnya menjadi alternatif kepada UMNO) pun sudah malu untuk mengaku dirinya Melayu dan menolak hak keistimewaan bangsa sendiri atas nama toleransi.
Kononnya tidak mahu bersikap Asobiyah. Namun adakah mereka benar-benar faham apakah sebenarnya yang dikatakan asobiyah itu?


Golongan ini sanggup tunduk kepada kemahuan rakan sepakatan mereka yang bukan Islam. Malah sudah berapa kali PAS menolak untuk bersatu dengan UMNO dalam ikatan Islam yang sejati sejak PRU ke 12 lalu. Apakah mereka tidak mahu mengambil iktibar bagaimana nasib bangsa Melayu benar-benar terbela hanya selepas penyatuan PAS-UMNO penghujung tahun 60-an dahulu?


KELIRU. Bangsa kita sebenarnya semakin terkeliru. Ramai di antara kita yang kini tidak dapat membezakan mana satu ZINA dengan mana satu fitnah dan aniaya. Tidak lagi tahu membezakan antara agenda kafir untuk menjatuhkan Kerajaan Islam dengan gerakan membersihkan pilihanraya. Malah ramai juga di antara kita yang kini sudah dapat membezakan yang mana satu cubaan MURTAD dan makan malam perpaduan!


Lihatlah sendiri bagaimana saudara seagama sendiri kini dihina semata-mata kerana mereka menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahankan akidah umat Islam. Sedangkan perhimpunan yang digerakkan oleh musuh Islam a.k.a IFC ini pula dipertahankan. Apakah kita sedang menuju kehancuran seperti  di bawah ini?




Bukankah video di atas mengingatkan kita bagaimana gerombolan khawarij PAS begitu rakus menyerang bangunan SUK-SUK negeri yang mereka menangi pada dinihari keputusan PRU yang lalu?!! Apakah akan berlaku ethnic cleansing seperti di atas terhadap rakyat yang menyokong BN jika mereka berjaya menawan Putrajaya pula nanti?!!

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin...


***Kredit video kepada Blogger Double-Y



3 comments:

Tanpa Nama berkata... 29 Oktober 2011 4:40 PTG

buta hati dan iman kerana banyak sangat makan benda haram.....

Tanpa Nama berkata... 29 Oktober 2011 5:00 PTG

adakah apa yg terjadi didalam video itu adalah ajaran islam? apa dah jadi dgn umat islam arab sekarang..adakah menyeksa manusia lain itu ajaran islam? mengaibkan jenazah itu ajaran islam? Marilah kita umat islam dimalaysia renung2 kanlah nasib anak cucu kita sekiranya umat kita tidak bersatu tidak mustahil akan terjadi dinegara tercinta ini..ingat sebelum terlambat..satu persatu negara islam yng digeruni oleh pihak barat telah tumbang atas kebodohan rakytanya sendiri yang membenarkan kuasa asing menjadi kahlifah..ingat sebelom terlambat...

Tanpa Nama berkata... 29 Oktober 2011 6:27 PTG

Sekolah satu aliran aku sokong tapi membuka peluang sama banyak dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera aku tak sokong kerana itu saja yg tinggal untuk melayu dan bumiputera sekarang kerana dalam sektor industri dan perniagaan semuanya dikuasai oleh bangsa yg tok neneknya dulu bawaan penjajah, harap maaf!.

Catat Ulasan