Sabtu, 29 Oktober 2011

Negeri BN mana yang bakal juara?!!



Promo percuma untuk RTM.

N. Sembilan dan Terengganu bakal berentap malam ini. Kedua-dua negeri ditadbir BN. Inilah bukti jelas kecemerlangan pentadbiran BN dalam segala aspek.

Kedua-dua pentadbiran negeri juga hadiahkan subsidi harga tiket kepada penyokong mereka. Cuma Terengganu lebih RM 5 kerana ada royalti minyak. Syukur alhamdulillah. Inilah baru dikatakan pentadbiran BERKEBAJIKAN!!!

Cuba bayangkan jika Selangor yang ke Final. PASti poket para penyokong mereka akan koyak rabak. Yalah, sedangkan pemain sendiri yang menjadi tunjang kejuaraan piala AFF 2010 pun tidak berapa diendahkan (hanya beri anugerah setelah ditekan media), apatah lagi rakyat biasa yang tidak mendatangkan untung. Tengok sahajalah rupa padang di Stadium Shah Alam sekarang. Kalah padang sekolah rendah.

Walau apa pun, segala yang terbaik kami ucapkan kepada kedua-dua pasukan. Tunjukkanlah persembahan yang terbaik yang bertaraf world class. Namun, siapa pun yang juara, kami tetap akan sokong, kerana kedua-duanya negeri BN!!! hahaha...

Peteh Ganu Peteh!!!

Hoben Jang Hoben!!!


1 comments:

Tanpa Nama berkata... 29 Oktober 2011 10:49 PTG

DR HASSAN ALI KATA KALAU KELANTAN VS SELANGOR MAIN DIA TAK DAK KEPERLUAN PI TONTON....

Catat Ulasan