Isnin, 31 Oktober 2011

GEMPAR!!! NS guna teknologi komunis untuk jadi JUARA Piala Malaysia?!!




Suatu ketika dahulu, kecoh satu Malaysia kerana dikatakan Hai-O Raya adalah agenda ekonomi halus komunis untuk mempengaruhi orang Melayu. Sehinggakan keluar perintah larangan kepada seluruh penjawat awam agar tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat MLM Hai-O Raya ini.

Tetapi kini tidak lagi.

Terbukti teknologi Hai-O ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, bahkan terbukti berjasa kepada beberapa negeri!

2009 - NS Juara Piala Malaysia sebab guna teknologi Hai-O tumbangkan Kelantan.


2010 - Kelantan pula Juara Piala Malaysia selepas ambil iktibar kekalahan 2009 kerana tidak guna tekbologi NANO Hai-O. NS melepas kerana menyangkakan Hai-O tidak penting lagi.


2011 - NS guna semula teknologi NANO Hai-O untuk sekali lagi menjadi juara. Kali ini Terengganu pula yang menjadi mangsa, walaupun teknologi ini lahir di negeri tersebut.


Jadi, kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia yang berhasrat untuk menjadi Juara Piala Malaysia edisi seterusnya, gunakanlah teknologi kuda tua Hai-O ini. Hai-O, menjamin Kejuaraan Piala Malaysia ANDA!!!

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 31 Oktober 2011 4:00 PTG

jgn panggil hai-o kuda tua la wei..

along berkata... 1 November 2011 9:24 PG

tuan, mohon kongsi gambar tersebut. terima kasih

MymassaVoice berkata... 6 November 2011 2:07 PTG

dipersilakan...

Catat Ulasan