Cis!!! Rupa-rupanya si Suhardi munafik ini bukan sahaja pandai "mati hidup semula", bahkan seorang PEEPING TOM rupa-rupanya! Perbuatan keji beliau yang berselindung di sebalik operasi mencegah maksiat ini sebenarnya pernah didedahkan sendiri oleh majalah Mastika pada tahun 2005. Malahan, Suhardi sendiri membenarkan wartawan Mastika untuk turut serta dalam operasi seharian beliau di Tasik Cempaka, Bangi ketika itu.
Peeping Tom
From Wikipedia, the free encyclopedia
- a Voyeur, someone who derives sexual pleasure from observing other people
Sebenarnya jika diperhalusi artikel "Mastika BONGKAR MAKSIAT: Belum terlewat SELAMATKAN MEREKA" (Mei 2005), banyak persoalan yang timbul mengenai motif sebenar dan keikhlasan si Suhardi ini dalam menjalankan operasi skodeng tersebut. Ini adalah kerana menurut Mastika, Suhardi melaksanakan operasi tersebut di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), atau dengan maksud lainnya, operasi tersebut dijalankan tanpa tauliah daripada penguatkuasa agama negeri iaitu JAIS. Dikatakan juga Suhardi dan pasukan khasnya akan mengawasi Tasik Cempaka selama 24 jam (tidak ada kerja lain selain mencari aib manusia-sifat terpuji khawarij PAS) bagi memastikan tidak berlaku sebarang perbuatan sumbang dan maksiat. Niat itu memang nampak cantik, namun apa yang ingin dipersoalkan di sini adalah motif sebenar di sebalik segalanya...
Dengan mengambil satu sampel kes tangkapan, beliau dan pasukannya akan meneropong (skodenglah tu...) daripada jauh mana-mana pasangan yang disyaki berpotensi untuk melakukan maksiat. Namun, satu perkara yang agak pelik di sini adalah, beliau akan menunggu dan merakam aksi-aksi PANAS pasangan tersebut sehinggalah ke satu saat yang dirasakan sesuai, dan seperti dalam kes ini, ketika pasangan gadis terbabit sedang mengalami puncak syahwat!
Kemudian geng Suhardi akan mengambil kesempatan saat-saat memalukan itu untuk menerjah pasangan terbabit sambil memalukan mereka dengan pelbagai soalan yang mengaibkan, seperti "kamu sedang seks oral ya tadi?" atau "pernah dia *^%$ awak?". Dan dengan menggunakan title haji, si Suhardi akan mentarbiah dan menemubual si gadis (sahaja), konon-kononnya untuk menginsafkannya, walhal niat sebenarnya untuk mengorek dan mengumpul cerita-cerita panas yang lain.
Lebih memalukan, si Suhardi ini akan memanggil pula beberapa pihak luar untuk dipertemukan dengan keluarga pasangan yang terlibat di tempat tangkapan. Dan sesungguhnya, perbuatan ini telah mengakibatkan aib yang amat sangat kepada ahli keluarga yang terlibat, sehinggakan Mastika sendiri merekodkan kejadian bergambar bagaimana seorang kakak menempeleng adiknya (dalam keadaan kedua-duanya meraung kesedihan) di khalayak ramai dan kejadian di mana seorang ibu mati-mati tidak mengaku anak kepada darah daging sendiri kerana terlalu malu diaibkan oleh Suhardi.
Namun, di sebalik semua kejadian di atas, Suhardi dan gengnya tidak pernah pula melaporkan pasangan-pasangan yang terkantoi tadi ke mana-mana pejabat agama. Dan yang lebih pelik lagi, tidak lama selepas pendedahan Mastika itu, secara tiba-tiba banyak pula gambar dan video rakaman aksi sumbang pasangan yang dirakam terutamanya di Tasik Cempaka tersebar di Internet (sehinggakan pernah disirikan). Mungkin agaknya ketika itu Amanat Hadi 2011 ini belum dikeluarkan lagi...
Jadi apakah sebenarnya tujuan si Suhardi mengadakan operasi 24 jam itu ?!! Adakah sebagai platform untuk beliau mengumpul bahan-bahan panas (beliau sendiri mengaku dalam temubual Mastika tersebut bahawa beliau pernah kecewa kerana kameranya yang mempunyai gambar-gambar first class pecah kerana dihempas), termasuklah cerita-cerita panas, terutamanya daripada gadis-gadis yang terlanjur untuk stok sendiri?!! Dan yang lebih penting, mengapakah Suhardi tidak lagi melaksanakan operasi serupa sekarang?!! Apakah kerana dilarang oleh DAP yang menguasai MPKj ketika ini?!!
Walau apa sekali pun, tindakan Suhardi mengintip aksi seks orang lain adalah bercanggah sama sekali dengan ajaran ISLAM!!! Malahan Rasulullah sendiri tidak pernah menjalankan operasi cegah maksiat!!! Malahan, Baginda sendiri seboleh-bolehnya akan mendiamkan perkara-perkara yang memalukan sesama manusia daripada menjadi aib yang terbuka (Rasulullah SAW diriwayatkan tidak pernah melaksanakan Hudud Zina berdasarkan kepada empat saksi) Jadi si Suhardi ini bertindak mengikut ajaran dan sunnah siapa sebenarnya?!! Dan ke manakah perginya semua gambar dan rakaman video panas yang dirakam oleh geng Suhardi selama ini?!! Agaknya bahan-bahan dalam blog SABUL itu berpunca daripada si munafik ini, tak?
Kebolehan Suhardi mengaibkan orang lain di khalayak ramai seharusnya diberikan satu "pujian" yang istimewa, kerana ia telah mengakibatkan tekanan perasaan dan perpecahan keluarga yang serius di kalangan orang Islam!!! Patutlah sekarang ini Suhardi sudah upgrade dengan peranan yang lebih besar...
Agak-agaknya, Suhardi dan gengnya hendak interview dan tarbiah tidak amoi dalam video seks abang Nuar tu?!!






8 comments:
pukimak betul haji kutuk nih!!!!
semoga satu hari nanti suhardi pukimak ni diaibkan juga..
kalau kita kaji sejarah dan latar belakang personaliti mereka yang menyokong pembangkang ini...mesti tidak lari daripada masalah seksual...kenapa ye?
anon 3:15
jawapan senang je
Kalau ketua kaki kong*** dan kaki tiba
jadi mereka sama sama kaki kong*** dan kaki tibai
baru ngam
Tunggu 4.30 di MyMassa. Hasil seni Suhardi kaki skodeng akan kami paparkan sebentar lagi.
jgn buat fitnah dan kelirukan org ramai dgn statment yg merapu dan hadis yg kamu kelirukan....bahkan menyokong maksiat zina berlaku sedangkan kita wajib menegur...mengikut kemampuan. kamu ni patut di azab d dunia lagi
kita nak cegah maksiat di sisi tuhan tak perlu kebenaran...pihak berkuasa.itu hukum dunia shj.hukum akhirat...kamu akan ditanya kerana tidak memperbetulkan sesuatu yg salah yg berlaku depan mata...adakah maksiat yg berlaku depan mata..kamu perlu ambil masa ke pej agama utk minta kebenaran..itu bangang namanya!berhujah tentang agama ni biar guna dalil naqli! bukan dalil akal semata2....kamu tahu dalil naqli tu apa? pergi belajar dgn ulama muda umno tu...teropong2 lah compang camping yg ada pd diri sendiri..kita aibkan seseorg satu hari nanti Allah akan buka aib kamu!
betullah kita perlu cegah maksiat, tapi sebelum berlaku! bukan semasa inzal! lagipun untuk tujuan apa munafik ini hendak merakam aksi seks orang lain? bukankah hadi awang sendiri pernah menfatwakan video itu hanya "besi"? kepada dua anon di atas, janganlah kita amalkan sifat asobiyah-mati-matian mempertahankan puak kita walaupun salah! dan kalau anda semua tidak berpuas hati dengan hadis yang diberikan, kemukakan hadis yang menolak hadis berkenaan! ada berani?!!
Catat Ulasan