Ahad, 31 Julai 2011

Tahniah Kementerian Pengajian Tinggi



Satu kejayaan untuk pihak universiti dan kementerian kerana berjaya menempatkan nama di antara 500 universiti ranking tertinggi di dunia.

Beginilah kejayaan yang akan dicapai jika pihak universiti dan warganya menumpukan kepada tugas yang diamanahkan untuk membentuk modal insan. Bukannya berpolitik 24 jam. Lihatlah universiti yang kuat politik macam UM dan UIAM tak termasuk dalam senarai.

Kepada timbalan menteri yang tak habis-habis dengan real politik, hentikanlah kerana tugas untuk memajukan anak bangsa lebih penting daripada anda mengeluarkan kenyataan yang muluk-muluk yang hanya akan menyebabkan penyokong BN makin muak dan penyokong pembangkang makin kuat salakan mereka.

Teruskan usaha kamu KPT dan jangan sibuk melayan perkara-perkara yang remeh seperti politik kampus yang hanya diminati oleh segelintir kader pembangkang yang gila kuasa. Realitinya, lebih ramai mahasiswa tak kisah langsung dengan politik kampus.

0 comments:

Catat Ulasan