Rabu, 27 Julai 2011

Pembangkang Derhaka Kepada Wasiat Almarhum Sultan Selangor!

Klik untuk besarkan imej

Harapan Almarhum Sultan Selangor bandaraya Selangor bebas maksiat nampaknya tinggal kenangan.

Dengan kenaikkan rejim yang dicengkam DAP, MB puppet tak mampu buat apa-apa selain daripada mengiyakan apa sahaja kata-kata DAP.

Malah, dalam mesyuarat Exco pun MB puppet langsung tak pernah buat keputusan selain daripada yang dipersetuju oleh Teresa Kok & Co.

Jadi, setakat nak jadikan Shah Alam sebagai bandaraya hiburan memang takde hal punya. PAS pun tak boleh buat apa. Setakat hantar memorandum boleh la.


Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.

Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Itulah kesudahan jika umat Islam tak bersatu. Mudah diperkotak katikkan oleh orang kafir. Seperti mana hadith Rasulullah S.A.W.

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

*Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada perpecahan umat Islam yang berlaku di Malaysia. 

0 comments:

Catat Ulasan