Ahad, 31 Julai 2011

PAS Memang Jaga Kebajikan Rakyatnya.


Jika dahulu penggemar aktiviti picit memicit di Kedah terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar untuk ke seberang demi melempiaskan nafsu, kini dengan bantuan kerajaan PAS Kedah, semuanya boleh dapat dengan mudah.

Rumah urut bertambah
Oleh RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tahniah PAS kerana menjaga kebajikan para penggemar aktiviti kesihatan ini (refleksologi).

0 comments:

Catat Ulasan