Ahad, 31 Julai 2011

Pakatan Pembangkang Mula Retak.

PAS mencadangkan sesuatu yang mustahil iaitu meminta DAP dan PKR bertukar kerusi dengan mereka.

Bagi parti yang telah menggadaikan apa sahaja termasuk Kalimah Allah dan prinsip Negara Islam, PAS demi kuasa yang mereka ada sekarang sememangnya rasional dalam cadangan mereka kerana mereka tahu kerusi-kerusi milik PKR adalah kerusi yang rapuh (mudah dirampas oleh BN).

Cuma masalahnya adalah PKR terlalu ego untuk mengakui kelemahan mereka. Bayangkan walaupun telah menjadi parti minoriti dalam pembangkang, tetapi PKR tetap ingin mengekalkan sebagai ketua pembangkang di Parlimen. Bagi DAP pula, mereka telah melakukan banyak kerja-kerja belakang tabir seperti mendaftarkan pengundi baru dan memindahkan pengundi Cina ke kawasan yang mereka kuasai sekarang.

Teruskan keegoan kamu PKR kerana setiap keegoan kamu, satu kelebihan kepada lawan. Jangan lupa PKR juga mempunyai beberapa wakil rakyat yang menjadi ADUN dan Ahli Parlimen dalam masa yang sama seperti Khalid Ibrahim dan Azmin Ali yang prestasi mereka bukanlah baik sangat.

*PAS sebenarnya takut bertanding di kerusi Melayu kerana kehabisan modal sebab tu mereka cuba dapatkan kerusi campuran daripada PKR dan DAP.

0 comments:

Catat Ulasan