Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia v Singapura: 85, 000 tiket habis bukti rakyat Malaysia menolak fuckatan?!!



Amat mengujakan apabila mendapat tahu kesemua tiket perlawanan malam ini telah habis dijual. Kaya-rayalah FAM selepas ini. Bayangkanlah jika jumlah itu dikalikan pula dengan RM30? Itu belum termasuk tiket RM50 yang entah berapa ribu lagi jumlahnya. Inilah baru dikatakan semangat patriotik yang tulen!!! Bukan seperti perusuh BERSIH yang mengaku 'patriotik' tetapi sebenarnya perlu diimport, ditanggung makan-minum dan tempat tinggal serta dibayar pula RM200 seorang untuk turun menghuru-harakan KL!!!

Adakah semangat rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke stadium malam ini disebabkan kerana kekecohan yang berlaku di Singapura tempoh hari?!!

Tidak lama selepas itu 5 jet pejuang Singapura melintasi Stadium, disitulah bermulanya semangat berkobar-korbar dan sifat ingin mempertahankan negara. Akibat dari itu, sekali lagi Penyokong Singapura bangun dan mula menunjukkan Jari keatas tanda 5 jet yang baru sahaja melintas, Apa yang kami buat?? Kami naikkan Mafla yang tertulis MALAYSIA dan membalas Provokasi mereka dengan Lantang. Kejadian yang berlaku menyebabkan peningkatan Kawalan Polis Singapura ke atas Kami, Kami dikawal dengan begitu ketat.

Lagu Negara Ku sudah bersiap sedia untuk di Nyanyikan, Kami tegak berdiri, dengan Bendera gergasi dikibarkan membuatkan saya serta penyokong yang lain bergelinang air mata ketika menyanyikan Lagu Negara ku di Tanah Kota Singa. Menggigil seluruh tubuh ini menyanyikan Lagu Keramat bagi kami Rakyat Malaysia.


Terdapat Speaker yang besar di arahkan kepada Penyokong Malaysia, dan itu amat-amat membuatkan kami tidak selesa, Bila ianya dihalakan kepada kami, membuatkan suara@ chanting yang dilakukan oleh Ultras Malaya gagal didengari oleh ahli-ahli Ultras Malaya sendiri, Namun kami teruskan Jua, hasilnya makin kuat Bunyi Speaker tersebut, tanpa berfikir lama, Salah seorang Penyokong Malaysia Mengalihkan Speaker tersebut, lalu di halakan kepada Penyokong Singapura yang berada bersebelahan dengan Kami. Habis cito....BACA LANJUT DI SINI

Catatan di atas menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang telah berlaku di Stadium Jalan Besar tempoh hari. Walaupun pelbagai tekanan ala-DAP dikenakan ke atas kami (MyMassa turun sekali Sabtu lalu bersama-sama rombongan SSFC), namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat kami yang membara. Dan ini telah menyebabkan stadium tersebut berubah wajah menjadi Home Ground kepada Harimau Malaya!!!

Shahril sedia hadapi provokasi penyokong tuan rumah di Bukit Jalil
KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi penyokong tuan rumah walaupun sedar dia bakal menjadi sasaran utama selepas melakukan isyarat mengejek kepada penyokong Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

“Mereka boleh kata apa saja, tetapi sebagai pemain kami akan memberi tumpuan kepada permainan semata-mata,” kata Shahril ketika ditemui sebelum memulakan sesi latihan di Bangi, semalam.
KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi penyokong tuan rumah walaupun sedar dia bakal menjadi sasaran utama selepas melakukan isyarat mengejek kepada penyokong Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.
Berita Harian

Namun, pernahkah sesiapa terfikir apakah punca sebenarnya yang menyebabkan perlawanan bolasepak Malaysia-Singapura ini penuh beremosi (di kalangan rakyat Malaysia sahaja)??? Adakah kerana Singapura ini bekas wilayah jajahan kita (marah cina-cina kiasu PAP nanti)??? Ada yang kata kerana kita sering bertemu Singapura dalam perlawan-perlawanan penting seperti akhir Piala Malaysia suatu ketika dahulu. Betulkah itu sebabnya?!!

Cuba kita kaji dengan teliti senario ini:

1) Lagu "Inilah Barisan Kita" akan menjadi lagu utama ketika perlawanan (perlawanan lain pun ada juga, tetapi tidak seemosi ketika menentang Singapura). Lagu ini adalah lagu rasmi penyokong UMNO dan BN dalam perarakan penamaan calon dan kempen pilihanraya; fakta ini budak sekolah KEMAS pun tahu.



2) Perlawanan tersebut mesti akan berlaku kekecohan, sehinggakan kadangkala boleh membawa kepada rusuhan kecil.


Perlawanan di atas adalah perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka 2007 di antara Malaysia dan Singapura yang menyaksikan Malaysia menang 3-1. Kekecohan bermula sebaik wisel penamat ditiup kerana emosi kegembiraan yang dibakar patriotisma para penyokong tidak dapat dibendung lagi...ramai yang merempuh masuk ke padang untuk memeluk wira-wira negara (pasukan pelapis yang menggantikan skuad senior yang dibubarkan akibat kekalahan memalukan ketika Piala Asia sebelum itu). Ini telah mengakibatkan FRU mengambil pendekatan yang amat keras (sampaikan penulis pun ikut maki polis jugalah...) bagi mengawal keadaan. Namun, perkara yang serupa tidak pula berlaku ketika Harimau Malaya menjuarai Piala Merdeka sejurus selepas itu? Mengapa emosi tidak terkawal hanya terpancar ketika menentang Singapura?

Ada beberapa sebab yang tepat sebenarnya:

1) Ramai orang Melayu di negara ini masih merasai kehilangan Singapura ke tangan orang Cina apabila Tuanku Abdul Rahman melepaskannya daripada Persekutuan. Perkara ini diburukkan lagi dengan senario dan nasib orang Melayu yang semakin tertindas di bawah pemerintahan Lee Kuan Yew dan PAP (bapa DAP) kerana majoritinya masih mempunyai pertalian persaudaraan dengan orang Melayu Malaysia.

2) Sikap Singapura yang sering menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan memperlekehkan Malaysia. Singapura juga dikenalpasti sebagai proksi US dan barat (selain sekutu Zionis) di rantau ini.

3) Dendam orang Melayu yang masih mempunyai harapan (jauh di sudut hati) agar suatu hari nanti Singapura dapat dikembalikan ke tangan mereka!

Jadi, walau apa caranya sekalipun, walaupun dengan hanya perlawanan bolasepak, bukan setakat kemenangan yang menjadi taruhan bagi rakyat Malaysia, tetapi maruah orang Melayu itu sendiri. Setakat ini penulis belum lagi nampak ada orang cina Malaysia yang betul-betul beremosi ketika derby Tambak Johor ini. Mungkin ada, tetapi yang pasti itu bukan sentimen umum mereka! Jadi apabila dikhabarkan orang Melayu sanggup turun beramai-ramai dengan membayar sendiri segala kos dan kesusahan yang bakal ditanggung, semata-mata demi melihat Singapura tumbang, sebenarnya ia merupakan satu petanda yang sangat baik kepada UMNO dan BN. Ini sebenarnya membuktikan majoriti rakyat Malaysia masih sayangkan pemerintahan Melayu Islam dan sanggup berkorban apa sahaja demi memastikannya tidak tumbang ke tangan orang lain!!!





Ayuh Harimau Malaya!!! Kota Singa telah kita gegarkan!!! Mari ramai-ramai kita tenggelamkan pulau Singapura malam ini!!! 

MyMassa: Tentera Singapura yang berbangsa Melayu pun tegar sokong Malaysia...hehehe

0 comments:

Catat Ulasan