Khamis, 28 Julai 2011

BERSHIT 2.0: Kekalkah Dakwat 'Kekal'?


Siapakah awek cun ini? Sabar...MyMassa nak bagitau la nih! Hehe...

Sebelum nak huraikan lebih lanjut, MyMassa nak tabik kepada blog Gelombang Wangsa Maju sebab rajin buat research pasal isu ni. Senang skit keja aku hehe. Sila baca di sini untuk kes-kes penipuan melibatkan penggunaan dakwat kekal semasa PRU Afghanistan tahun 2004 dan 2009.

Kendian, baca pulak di sini pasal macamana botol-botol dakwat kekal itu 'ditukar' kepada dakwat biasa yang boleh dicuci dengan air liur sahaja! Ini berlaku semasa PRU Palestin tahun 2005. Aiii Palestin ni, negara ko kena gasak ngan Yahudi pon sempat lagi nak menipu sedara sebangsa?

Kes-kes di atas mungkin menjadi iktibar kepada SPR untuk TIDAK menggunakan dakwat kekal masa PRU ke-12 yang lalu.


Sumber dari Wikipedia. Klik untuk besarkan

Dalam kes PRU ke-12, SPR dapat repot tentang aktiviti penyeludupan dakwat dari Thailand yang mungkin digunakan untuk ditanda kat jari pengundi sebelum hari mengundi. Mungkin targetnya ialah pengundi-pengundi warga emas yang naif, dikumpulkan beramai-ramai dengar ceramah. Modus operandinya tak jauh beza macam orang kutip derma kat majlis ceramah. 

Mungkin masa pakcik dan makcik ni 'terpukau' dengar pembohongan...eh silap, ceramah, masa tulah ada petugas yang round keliling tempat ceramah mintak pakcik dan makcik ni celup jari dalam botol dakwat sebagai TANDA SOKONGAN terhadap perjuangan parti penceramah tadi. Atau TANDA MEMBANTAH 'kezaliman' parti lawan. Contoh je la, ok? Hehe.

Masuk hari mengundi, warga-warga emas ni akan disuruh balik sebab SPR ingat diorang dah mengundi!

Simple bukan? Ada tak mangkuk-mangkuk ayun dari BERSHIT terpikir pasal hal ni? Atau itu sebenarnya agenda tersembunyi mereka? Untuk sabotaj PRU dan menimbulkan kacau bilau?

Satu lagi point yang boleh kita kaji ialah kes PRU Zimbabwe, di mana orang yang takde tanda kat jari masa hari mengundi dianggap masih belum mengundi lalu dibelasah secukup rasa! Lagi haru beb! Sebab tu Datuk Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR cakap kat sini:

Malaysia bukan saja menjamin hak untuk mengundi malah hak untuk tidak mengundi
Ada paham ka? Kalau BERSHIT dok menyalak pasal HAK RAKYAT, maka HAK ini juga perlu dihormati!

Berbalik kepada tajuk asal: Kekalkah Dakwat Kekal?

Pengeluar utama dakwat kekal adalah sebuah kompeni GLC di India iaitu MYSORE PAINTS & VARNISH, tapi banyak jugak kompeni-kompeni lain dari China dah mula naik skang nih. MYSORE (takde kaitan dengan MyMassa hehe) adalah pembekal utama dakwat kekal untuk SPR India sejak tahun 1962, selain dieksport ke Turki, Nepal, Kemboja, Nigeria, Denmark dan lain-lain. Baca di website kompeni tersebut sini. Sumber bacaan tambahan di sini.

Kompeni ni claim dakwat dia memang takleh celen punya, sebab tu banyak negara yang pakai. Tapi boleh percaya ke? Dalam PRU Afghanistan dah kecoh tapi kompeni tu salahkan staf SPR kat sana sebab salah pakai pen!


Sumber BBC News kat sini

Sesambil tu MyMassa nak mengajak korang tengok video 'panas' seorang awek 'muka takde perasaan' bernama Mallory Jarvis ni hehe


 Yeahaa... senang gile nak cuci beb! Pakai Hairspray aje! 
Kandungan hairspray ialah alkohol.

Kelemahan dakwat kekal ialah ALKOHOL!


Alkohol = Arak = Beer!


Agak-agak dalam kes 2008 dulu kenapa banyak dakwat 'kekal' diimport dari Thailand aa?
Saje je nak tanya.


Gambar-gambar di atas sekadar hiasan. 
Tiada kena mengena dengan yang hidup, tengah nazak atau dah mati.

0 comments:

Catat Ulasan