Rabu, 22 Jun 2011

MENGHURAI PERSOALAN BERHUBUNG PENSABITAN KES ZINA MELALUI BUKTI RAKAMAN VIDEO

1. Apakah takrifan zina?

Jawapan : Zina boleh ditakrifkan dengan sesuatu perbuatan memasukkan kemaluan ke dalam faraj sama ada yang terbelah atau pun yang berlubang. Faraj yang terbelah bermaksud zina dan kejadian rogol terhadap wanita manakala faraj yang berlubang bermaksud liwat. Zina boleh berlaku dalam banyak keadaan sama ada lelaki dan perempuan, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan dan boleh berlaku antara manusia dengan binatang.

2. Adakah Islam membezakan antara kes rogol dan zina? Apakah hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang yang telah disabitkan jenayah tersebut?

Jawapan : Jenayah rogol dan juga lelaki meliwat isteri termasuk juga dalam kategori zina. Seseorang yang telah disabitkan melakukan zina, ke atasnya boleh dijatuhkan hukuman sama ada Hukuman Hudud atau Takzir.

3. Apakah kaedah yang digunapakai oleh Islam bagi mensabitkan jenayah zina dan adakah setiap kes memerlukan kepada empat orang saksi?

Jawapan : Dalam Perundangan Islam, terdapat tiga kaedah untuk mensabitkan seseorang itu melakukan jenayah zina iaitu:

Kaedah Pertama: Ikrar atau Pengakuan. Seseorang yang telah melakukan pengakuan bahawa telah berzina maka hukuman ke atasnya ialah Hukum Hudud. Ulama berbeza pandangan dalam pemasalahan bilangan pengakuan yang perlu dilakukan oleh penzina sama ada memadai dengan sekali atau memerlukan kepada empat kali pengakuan.

Kaedah Kedua: Penyaksian oleh empat orang saksi yang adil, tidak fasiq dan melihat kejadian zina berlaku betul-betul dihadapannya. Sekiranya perkara ini berlaku maka hukuman ke atas tertuduh ialah Hukum Hudud. 

Kaedah Ketiga: Qarinah. Ia bermaksud pembuktian terhadap perlakuan zina selain daripada kaedah pengakuan dan empat orang saksi. Hukuman yang dijatuhkan ke atas orang yang disabitkan zina melalui kaedah qarinah ialah Takzir bukan Hudud. Dalam Mazhab Maliki kaedah menggunakan qarinah digunapakai dalam pensabitan kes zina manakala Mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali qarinah boleh digunakan tetapi hendaklah disiasat secara menyeluruh.


4. Apakah contoh-contoh kes yang boleh digunapakai dalam pensabitan kes zina dengan menggunakan kaedah ‘qarinah’ dan sejauh manakah kaedah ‘qarinah’ ini perlu?

Jawapan : Contoh qarinah dalam kes zina yang digunapakai dalam perundangan Islam ialah umpama perempuan yang mengandung tanpa suami dan rakaman video. Hasil ujian DNA seperti air mani, bulu, air liur, darah, dan sebagainya juga dikategorikan sebagai qarinah untuk pensabitan hukum dalam kes zina.

Seandainya qarinah tidak boleh digunapakai dalam pembuktian ia akan menampakkan kelemahan dan kecacatan serta ketidakadilan dalam sistem perundangan Islam. Persoalan akan ditimbulkan sekiranya berlaku dalam kes rogol yang tidak mempunyai empat saksi. Dalam kes rogol umpamanya qarinah seperti DNA diperlukan sebagai pembuktian. Sekiranya qarinah tidak digunakan ia akan menzalimi mangsa rogol tersebut.


Sumber :
Penerangan terperinci oleh Ustaz Mohd Khazim bin Alias al-Hafiz
Penceramah dan Pendakwah Bebas
6 Jun 2011

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 22 Jun 2011 8:40 PG

zina dengan rogol sama ke, pak ustaz..mana hang belajar..sorang suka, sorang dipaksa..

MymassaVoice berkata... 22 Jun 2011 8:54 PG

Cuba tunjukkan hukum hudud yang membezakan kes zina dengan kes rogol?

Kalau tak da, benarlah zina sama dengan rogol dalam Islam.

Kalau ikut hukum sivil, zina dengan budak bawah umur pun dikira rogol.

Ada tak mana-mana ostad atau ularmak PAS boleh buktikan jenayah rogol mengikut hudud?

Koru berkata... 22 Jun 2011 8:57 PG

bila seseorg ustaz mengemukakn hujah yg berlainan pndapat dgn pmbgkg. mesti dia dihina. malah org biasapn dibenarkn utk mengutuknya. itulh cabaran yg akan dhadapi. ttpi kla ustaz dri pmbgkg mgluarkan hujah yg hny myebelahi pihaknya. ianya dianggap wajib diterima oleh pmbgkg.

MymassaVoice berkata... 22 Jun 2011 9:06 PG

saja Allah nak tunjuk, yang jelaskan hukum zina itu pun orang PAS bro...hehehe nasib korang la!

Catat Ulasan