Isnin, 25 April 2011

PEMIMPIN PKR TAK PERCAYA ALAM BARZAKH?


ADUN PKR persoal kandungan talqin, ditegur MB Negeri Sembilan

2011/04/25

SEREMBAN: Seorang ahli pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan "tazkirah" selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan hari ini.

Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.
"Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?" kata Rashid dalam soalannya.

Mohamad menjawab : "Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati."

Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya "jangan asyik membeli nombor ekor" dan melupakan hal kematian.

Ketika ini, beberapa penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) pula menundukkan muka.

"Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis...ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing," kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam.
Katanya, perkara itu perlu diyakini manakala bacaan talqin memberi pengertian bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal.

"Jangan terlalu lari dari akidah macam (dakwaan) parti PAS, kalau tidak undi PAS, tidak masuk syurga. Jika demikian, rugilah orang yang duduk di luar negara kerana parti PAS tidak ada di negara mereka," katanya. - BERNAMA
Ambik kau...kene sebijik dengan MB Nogori. Bodoh punya PKR. Patut tak takut buat dosa. Jaja fitnah Al-tantuya sana sini. Alam Barzakh pun PKR boleh buat main-main.

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 25 April 2011 4:03 PTG

U undi PAS masuk syurga..ahahhaaa patutlaa bangang peyokong PAS ni. Termasuk PKR dgn bossnya sekali. Haram pun kira boleh kautim.

Tanpa Nama berkata... 25 April 2011 4:51 PTG

hahaha lawak siot pkr ni. lpas ni byk la kojo pas nak mentarbiah geng ni plak. yg karpal singh tu pon tak abis2 lagi klas tarbiah ngan nik ajiz, ni sorg lagi pulak. hahahaha

Tanpa Nama berkata... 28 April 2011 8:30 PG

ni ADUN bodoh namanya.si Nizar (perasan MB Perak) yg konon alim tu dlm sidang DUN thn lepas pi soal MB: berapa ramai org dewasa kat Perak yg solat subuh?? siap mintak statistik!! MB pun jwb (perli); menyoal Nizar : YB Nizar solat subuh tak pagi td? (Dewan bergema org gelak).Saya x mampu nak ketuk pintu rumah org tya 'kamu dah solat subuh'.Jabatan Perangkaan x pernah buat statistik mengenai org bersolat.

Catat Ulasan