Selasa, 26 April 2011

Edisi Lawak Mymassa : Mat Sabun Bakal Jadi Timbalan Presiden PAS


Bila dengar nama Mat Sabu, mesti aku teringat lawak Ibrahim Din dalam cerita Laksamana Do Re Mi.
Lawak ni kena la dengan Mat Sabu yang memang sinonim dengan ubat-ubat kuat yang diiklan di Harakah. Mamat ni pantang tengok bini orang sampaikan masa PRK Tenang pun, Mat Sabu boleh pulak panggil Cikgu Mala sebagai NORMALA KU. Dulu Normah, sekarang ni Normala pulak. Kalau korang dengar ceramah Mat Sabu pun, satu fakta pun takde, semuanya MERAPU. Tapi kaki merapu macam ni lah yang totok PAS angkat sebagai pemimpin mereka. Sampaikan nak jadikan TIMBALAN PRESIDEN! Mat Sabu ni, nak kata Ostad bukan Ostad, nak kata profesional pun entah apa kelulusannya.


Bagi yang tak tau, sebenarnya dalam PAS bukan ada 2 golongan, ulamak dan erdogan (profesional) tapi sebenarnya ada 3 iaitu ULAMAK, PROFESSIONAL DAN AKTIVIS. Ulamak adalah orang yang berlatarbelakangkan pendidikan agama. Selepas REVOLUSI IRAN, PAS yang memang ramai pengikut Syiah dalam tu mengambil model yang sama untuk diserapkan dalam parti untuk menunjukkan mereka ni seolah-olah PARTI ISLAM. Peraturan baru PAS ini dibuat  pada tahun 1983 dan diluluskan oleh ROS tahun 1987. Di sinilah jawatan MURSYIDUL AM diwujudkan (sama seperti Mullah Syiah). Sebelum ni, PAS adalah sama seperti parti sekular lain iaitu jawatan Presiden yang paling tinggi. Dalam masa ini juga Dewan Syura Ulama PAS diwujudkan. Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Yusuf Rawa, bapak kepada YB Mujahid. Bagi golongan ini, mereka amat mengagungkan Ulamak dan calon Timbalan Presiden mereka adalah Ust. Nasharuddin Mat Isa.

Golongan yang kedua adalah golongan professional. Golongan ini masuk dalam PAS penghujung tahun 80an melalui gerakan pelajar Islam luar negara seperti IRC. Selepas Anuwar dipecat, makin ramai golongan professional yang masuk PAS kerana mereka rasa tak sesuai berjuang dengan PKR. Walaupun dah masuk PAS dan tak masuk PKR sebelum ini, golongan professional a.k.a Erdogan amat menyanjungi Anuwar. Calon Timbalan Presiden mereka adalah Husam Musa.

Golongan yang ketiga adalah golongan aktivis dalam PAS. Mereka bukanlah berlatar belakangkan agama dan belajar pun tak tinggi. Mereka adalah golongan-golongan pencari agama yang telah ditipu oleh PAS melalui penggunaan nama Islam. Kalau di medan ceramah perdana PAS, merekalah yang teramai. Kalau berdemonstrasi merekalah yang terbanyak. Jadi, golongan inilah yang mengangkat orang macam Mat Sabu sebagai pemimpin. Walaupun mereka ini kebanyakkannya orang bawahan, sekurang-kurangnya mereka mahu ada wakil di peringkat tertinggi.

Bila setiap kali muktamar PAS, inilah yang akan berlaku. Perebutan jawatan antara 3 golongan dalam PAS. Masing-masing menggunakan kroni dan pengaruh yang ada untuk menang. Sebelum ni Ust Nasha berjaya mempertahankan jawatannya dari Mat Sabu dan Husam, kali ini nasib ketiga-tiga mereka akan ditentukan oleh perwakilan. Untung sabut timbul, untung batu, tenggelam.


*Mari kita tengok siapa yang kena!

0 comments:

Catat Ulasan