Isnin, 25 April 2011

BENARKAH MEREKA PEJUANG ALAM SEKITAR?

Lihat perbezaan dua gambar di atas. Apa jadi kepada negeri Selangor bila pembangkang memerintah. Dah jadi macam padang jarak padang tekukur dek kerakusan Kerajaan Pembangkang melalui Kumpulan Semesta merobek dan mengorek pasir-pasir di Selangor. Ini bukan omongan kosong. Tapi ini adalah fakta dan bukti yang nyata. Jika anda tak percaya, anda sendiri yang tengok. Imej yang diatas adalah imej dari Google Maps (imej terbaru satellite bumi) manakala yang di bawah adalah dari Yahoo Maps (imej untuk tahun 2008).




Kalau sesiapa yang pernah lalui di lebuhraya baru SKVE, korang akan nampak pemandangan yang saujana mata memandang. Hasil daripada aktiviti pengorekkan pasir secara besar-besaran oleh Kumpulan Semesta.
Tapi, mana pergi NGO-NGO Alam Sekitar? Mana pejuang-pejuang Alam Sekitar yang lantang bersuara kalau Kerajaan BN buat projek untuk membangunkan ekonomi? Yang terbaru, pasal projek Lynas. Satu projek untuk menarik pelaburan asing ke Pahang. Ditentang sekeras-kerasnya oleh pihak pembangkang dan NGO-NGO Alam Sekitar.
Jadi persoalannya sekarang, benarkan mereka pejuang alam sekitar atau BALACI PEMBANGKANG?

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 25 April 2011 4:17 PTG

BALACI PEMBANGKANG LAH JAWAPANNYA

Catat Ulasan