Isnin, 7 Mac 2011

RAKYAT SEMAKIN MENYOKONG BN....PEMBANGKANG MAKIN KECUNDANG


Walaupun Tsunami Politik 2008 melanda negara menyebabkan BN tumbang di beberapa negeri. Selepas itu, BN juga tumbang dalam beberapa PRK.

Namun, dalam sesi Parlimen dan DUN kali ini (2008 hingga 2013), pembangkang dilihat mendahuli pada separuh masa pertama (sehingga 2010) dengan jaringan 7-5. Selepas separuh masa kedua bermula, BN semakin garang menyerang dan berjaya menjaringkan 3 gol. Pembangkang pula gagal menghasilkan jaringan setakat ini. Sebelum itu, jaringan pembangkang di Penanti dibatalkan dalam pertandingan ini kerana lawan mereka bukanlah BN tetapi bekas-bekas ahli parti pembangkang sendiri (ahli-ahli PKR).

Nampaknya masa semakin suntuk. Wisel akan ditiup bila-bila masa akibat tamat tempoh 3 tahun selepas kali pertama sidang DUN dibuat. Mengikut peraturan SPR, selepas 3 tahun sidang DUN bersidang, walaupun wujud kekosongan akibat kematian atau wakil rakyat hilang kelayakkan, tiada PRK akan diadakan lagi. Walaupun akan ada kekosongan mungkin di Lenggeng atau Pelabuhan Klang mahupun di Batu, SPR sebagai pengadil tetap akan tiup wisel penamat. 

Jangan lupa. Pertandingan ini bukan peringkat liga tetapi peringkat kalah mati. Masih ada masa tambahan. Dan masa tambahnnya tidak lain tidak bukan iaitu Pilihan Raya Negeri Sarawak. Dijangkakan lebih 60 gol lagi akan dijaringkan oleh BN dan pembangkang hanya mampu menambah kurang daripada 10 jaringan. Itupun melalui penyerang berbisa mereka (DAP).

Ayuh rakan-rakan penyokong BN dan ahli parti. Mari kita tekadkan azam untuk terus menyokong Barisan Nasional, satu permuafakatan yang paling lama dan ideal untuk memerintah Malaysia.


*Midfield, bek dan keeper pembangkang dah layu (PKR, PAS dan SNAP). Asyik bolos. Yang SNAP ugut tak nak main. Yang PKR dan PAS memang dah injured habis.

0 comments:

Catat Ulasan