Sabtu, 5 Mac 2011

N27 Merlimau: GEMPAR!!! Ketua AMK Melaka bertumbuk dengan blogger PKR?!!



Gempar!!! Gempar!!! Benarkah seorang anak Cina Angkatan Muda Keadilan bergelut dengan seorang pemuda Melayu AMK Bukit Katil baru-baru ini sehingga menyebabkan beliau bertindak keluar daripada PKR?!! Tidak, ini bukan ceritera dongengan! Peristiwa ini berlaku pada 1 Mac 2011 lalu.

Kisahnya begini...pada malam kejadian tersebut seorang ahli AMK Bukit Katil telah hadir di satu majlis ceramah PAS dengan tujuan untuk mendekati dan mengenali calon PAS N27, Yuhaizad Abdullah dengan lebih rapat. Maklumlah, calon-calon fuckatan riot ini sepatutnya terdiri daripada rakyat marhaen, bukan? Sudah tentu tidak perlu appointment atau sebarang bentuk protokol untuk menemui mereka. Ceramah tersebut diadakan di Jalan Pahlawan, Permatang Serai, Merlimau.

Kira-kira jam 10.30 malam, akhirnya ahli AMK Bukit Katil tersebut, yang juga merupakan seorang blogger  tegar AMK Bukit Katil, dapat juga mendekati Yuhaizad. Namun, ketika beliau sedang bercakap dengan Yuhaizad, secara tiba-tiba Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw menariknya dan menolaknya ke tepi. Dengan lagak persis taiko kongsi gelap, Law mengherdik blogger tersebut dan menghalaunya dengan alasan Yuhaizad terlalu sibuk untuk bercakap.

Peh, kalah YDP Agong!!! Belum jadi wakil rakyat sudah berlagak mengalahkan primadona dan diva! Tetapi memang agak janggal juga jika difikirkan secara logik kenapa Ketua AMK tersebut beria-ia menghalang pencacai PKR sendiri daripada membuat coverage calon sekutu mereka. Apakah Law yang baru sahaja ditabalkan sebagai Ketua AMK Februari lalu, mempunyai motif tertentu di sebalik tindakan samseng ganas beliau itu? Ini Samsul Ketot kena jawab!!!

Walau apa pun, nasi sudah menjadi bubur! Sehari selepas kejadian tersebut, blogger PKR tersebut akhirnya bertindak keluar parti menerusi SMS! Satu laporan polis berhubung kejadian kekasaran Ketua AMK Melaka tersebut juga telah dibuat di Balai Polis Malim! Menurut bekas blogger PKR tersebut, beliau telah mencuba berkali-kali untuk berhubung dengan Yuhaizad sebelum itu, tetapi gagal. Sehinggakan pernah sekali, Yuhaizad hanya meletakkan telefon dengan selamba semasa bercakap atas alasan sibuk!

Ya, inilah kualiti wakil/calon PAS. Belum pun menang sudah berlagak mengalahkan Muammar Gadhafi! Kalau sekutu sendiri pun diperlakukan seumpama kucing kurap, apatah lagi rakyat bawahan?!! Macamana agaknya Yuhaizad melayan orang-orang tua, orang miskin, anak-anak cacat yang datang menemui beliau mengharapkan bantuan jika sekiranya beliau ditabalkan YB kelak? Kepada rakyat Merlimau, jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar, selamatkan masa depan kita daripada manusia fasik dan munafik (PAS) dan pastikan ROSLAN sapu bersih esok!!! Takbir!!!
    

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 5 Mac 2011 7:14 PTG

Dalam report oleh pengadu menyatakan YB Yuhaizad.. Belum mengundi dan belum ada keputusan dah minta panggil YB..?

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2011 2:26 PTG

AllahuAkbar....AllahuAkbar....AllahuAkbar

Tanpa Nama berkata... 6 Mac 2011 2:28 PTG

PASti Lingkup...hancur...lebur

Catat Ulasan