Khamis, 30 Disember 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!

0

1Malaysia bergumbira dan mengucapkan tahniah di atas keberanian skuad Harimau Malaya yang berentap di gelanggang lawan tradisi kita di Jakarta! Walaupun tewas 2-1, tapi berbekalkan 3 biji gol tanpa balas yang meruntuhkan maruah dan ego Sang Garuda di Bukit Jalil pada 26 Disember lalu, maka Sang Garuda bertukar menjadi Sang Garu-Dahi! Kahkahkahkah!

Maka berkeriaulah puak-puak ini dengan tuduhan Malaysia menggunakan taktik kotor, main tembak-tembak laser dan tabur-tabur serbuk gatal di Bukit Jalil. Perangai yang sebijik macam 'puak-puak' di sini yang emosi tak bertempat kalau kalah pilihanraya. Tak pasti di Indon ada demonstrasi berguling-guling di jalanraya kerana jalanraya mereka banyak yang tak berturap lagi, nanti kotor pulak jersi 200 RIBU rupiah tu.

Maka sesuai dengan berita gumbira ini, maka PM Najib Razak kita telah mengumumkan cuti umum pada hari Jumaat bersamaan 31 Disember sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia yang juga tidak semena-mena menjadi bersemangat menyokong Harimau Malaya kembali, walaupun sebelum ni dah hilang semangat tengok Harimau lunyai dibelasah Garuda 5-1. Rata-rata rakyat Malaysia berterima kasih dengan pengumuman ini, tapi macam biasa, 'puak-puak itu' bukan reti nak berterima kasih. Kalau hati dah hitam, seputih-putih kain yang kita beri, tompok tahik lalat yang sama warna dengan hati dia jugak yang dia nampak. Seperti biasa, Malaysiakini menjadi warung tempat melampiaskan emosi:
DOC: Congratulations to the whole Malaysian football team for a job well done. On another note (not being a party pooper and just to throw in a political twist to this great achievement in Malaysian football), is it ironic that Malaysians are given a holiday tomorrow as the team actually lost a football match.

It looks like PM Najib Razak seems eager to exploit any opportunity to earn brownie points from the rakyat.
Itu dia petikan komen salah seorang?/seekor? daripada 'puak-puak' tegar ni. Dia buat-buat hairan kenapa PM bagi cuti umum walaupun Malaysia kalah, dan menuduh PM mengambil kesempatan ini untuk 'menggula-gulakan' rakyat. Banyak lagi sebenarnya, tapi aku rasa membazir bandwidth blog aku ni aje bagi ruang kat 'puak-puak itu'. Tidak ada gunanya bertekak dengan puak-puak ultra-kiasu yang tidak mempunyai jiwa patriotik dan selalu berfikir tentang untung rugi bisnes semata-mata!

Bagi aku, cuti umum itu adalah pendekatan populis yang boleh dilaksanakan oleh mana-mana pihak pun. Cuti sajalah, dah kita berkuasa menetapkan cuti, apa salahnya? Rakyat bergembira dengan hasil yang dituai daripada keringat usaha sendiri. Ini tak ada beza dengan janji 100 hari 'puak-puak itu' untuk menurunkan harga minyak, malah mungkin seribu kali ganda lebih baik. Tak payah tunggu 100 hari!

Cuba kita bayangkan, berentap di gelanggang lawan di saat lagu Negaraku kita diejek dengan cacian Maling oleh bangsa yang tak sedar diri bukan satu tugas mudah! Acapkali maruah negara kita dipijak dan diludah di sana, dan kejayaan Harimau Malaya membenamkan Garuda melalui agregat 4-2 sudah cukup untuk kita menutup mulut busuk mereka dengan cara yang paling gentleman sekali! Ini bukti kita rakyat Malaysia mempunyai budaya yang lebih terhormat daripada mereka!


Kemenangan ini jugak adalah satu KEBANGKITAN yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama. Bukan sekadar melihat di peringkat AFF Suzuki Cup semata-mata tapi arena bolasepak Malaysia secara keseluruhan. Tidakkah kita patut merasa bangga dan meraikannya di seluruh negara? Rakyat kita jugak entah berapa ramai yang sakit tekak bersorak 90 minit tak berenti? Daripada ambik MC ramai-ramai baik bagi cuti umum. Tak gitu?

Dalam pada masa yang sama, cuba kita bayangkan kalau pasukan tajaan kerajaan Kelate menyertai pertandingan sukan berguling di atas jalan 200 meter peringkat Asia Tenggara. Lawan dengan Burma di peringkat final.....tup-tup menang! Mereka juga berhak mendapat cuti umum sekiranya Nik Ajiz nak bagi. Mungkin pasukan guling-guling profesional mendapat hadiah dinar emas, konsesi balak sampai tujuh keturunan ke hapa, itu hak kerajaan Kelate (bila SPRM datang ajak sembang pandai-pandai engko la Nik Ajiz).

Kalau kita cakap Nik Ajiz syok sendiri dan cuba me'rasuah' rakyat dengan cuti, agak-agak apa yang terjadi?
Celako! Celako! Celako!

Khamis, 23 Disember 2010

ULArMAk-ULArMAk HEBAT "PAS FOR ALL"

0



Pengakuan Ustaz Saidi yang menjadi saksi perbuatan zina ADUN SELISING.

MYMASSA: Patutlah blog-blog / web pro-PAS ini galak sangat dengan iklan ubat kuat tenaga batinnya. Kalau hidup bertuankan nafsu 24-7, memang sepatutnyalah golongan jangoat ini selalu ditunggang kafir harbi laknat DAP.

Selasa, 21 Disember 2010

Tahniah Kerajaan Berkebajikan Selangor!!! Menara pertama untuk Rakyat!!!

0

‘Jangan jadi ketam dalam bakul, selamatkan tengkuk masing-masing’



Oleh Zaini Hassan


SEMASA Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan mercu tanda 100 tingkat di kawasan Stadium Merdeka ramai yang mengerut kening.


Seperti biasa pembangkang akan membangkang. Tidak cukup dengan bara yang menyala, petrol dicurahkan. Dalam blog-blog pembangkang ia sudah mula dihujahkan.


Lazimnya ada rakyat yang sudah mula termakan. Mereka sudah lupa mereka juga pernah termakan bangkangan yang sama semasa DAP yang dikepalai oleh Lim Kit Siang menentang pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu (yang kini anaknya Guan Eng meminta pembinaan jambatan kedua dipercepatkan).


Muka Kit Siang bengis ketika membuat bangkangan itu semasa Dr. Mahathir mengumumkan pembinaan jambatan itu pada sekitar 1985.


Kit Siang juga yang menentang pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (yang kini perlu diperbesarkan). Malah dia pernah mencabar pihak berkuasa apabila memandu kereta dengan enggan membayar tol.


Beliau dan konco-konconya juga menentang pembinaan menara berkembar Petronas, Putrajaya, litar F1 di Sepang dan juga lapangan terbang KLIA.


Bukan DAP sahaja, Pas juga menjaja isu itu ke seluruh pelosok kampung.


Bagi mereka semua itu membazir. Namun kini ada yang sudah termalu sendiri dengan bangkangan yang mereka buat itu. Guan Eng anak kepada Kit Siang mengakui jambatan Pulau Pinang yang ditentang bapanya itu kini perlu dibina sebuah lagi.


Rakyat seharusnya sudah belajar daripada episod-episod bangkangan itu. Ternyata apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk faedah jangka panjang rakyat. Rakyat kini amat berterima kasih di atas mercu-mercu tanda negara ini.


Kini Najib mahu mercu tanda 100 tingkat itu dibina. Ia akan menjadi menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah institusi yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak Melayu.


Apakah mercu tanda itu membazir? Ia juga kata-kata yang tersembur daripada mulut pembangkang semasa menara berkembar Petronas dibina. Kini siapa yang berani mempersoalkannya lagi?


Belum pun dibina, difahamkan 80 peratus ruang pejabat daripada manara 100 tingkat itu sudah dipenuhi.


Pengajaran yang boleh kita pelajari di sini ialah: Percayalah kepada apa yang dilakukan oleh para pemimpin kita.


Rekod selama 53 tahun telah membuktikan negara ini berjaya diuruskan dengan cemerlang. Walaupun semasa krisis ekonomi negara pada 1997/98, kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya negara di dunia ini yang berjaya menanganinya kegawatan itu dengan baik. Itu adalah fakta, bukan pembohongan.


Ketika negara-negara di dunia kini, termasuk kuasa besar Amerika Syarikat sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi masing-masing, negara kita Malaysia dijangka bakal menikmati pertumbuhan sebanyak 7 peratus tahun ini. Najib telah berjaya membawa keluar krisis itu dengan begitu cepat.


Nah, apa mahu lagi? Kerajaan yang dipimpin oleh Najib sekarang tidak lain dan tidak bukan hanya mahukan kepercayaan itu.


Mana ada pemimpin kerajaan yang mahu melihat negaranya meleset dan terjunam. Mana ada pemimpin yang mahu melihat negaranya miskin dan rakyatnya merempat.


Najib tahu bahawa tanggungjawab yang dipegangnya ialah satu amanah kepada agama, bangsa dan negaranya...


Oleh itu, berilah kepercayaan anda.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

MYMASSA: Rakyat Selangor tahu atau tidak wang mereka sedang ditarah secara berterusan oleh Rejim Khalid @ Sahak Gagap yang kini layu di bawah kelangkang hanyir Teresa Kok? Silap-silap tidak ramai pun yang sedar tentang projek Menara Datum Jelatek ini. Bila agaknya Kerajaan Berkebajikan Selangor hendak melaksanakan protes besar-besaran (seperti protes terhadap Syabas - anak syarikat Kerajaan Negeri) terhadap polisinya sendiri yang jelas meminggirkan kepentingan rakyat Selangor?

Isnin, 20 Disember 2010

Takrif Rakyat Malaysia yang sebenar oleh YAB Tuan Khalifah Father Joseph Lim Guan Eng Umar Abd. Aziz.

0
Guan ENG kata:
Ucapan Setiausaha Agung DAP Pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua



Oleh Suara Keadilan

Ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad 19 Disember 2010.

Kerajaan Berjiwa Rakyat Untuk Rakyat Malaysia Sebenar

(A People’s Government For The Real Malaysians)

Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.

Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.

Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu

1. Demokrasi Telus dan Tulen

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil

3. Keadilan sosial dan pembangunan insan

4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.

Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari secara terperinci menggariskan secara menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan dalam kerajaan negeri PR. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan RM1,000 setahun di peringkat pusat.

Akan tetapi Program 100 hari bukan untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, martabatkan rakyat dan ketuanan rakyat. Program 100 hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan – the real Malaysians.

Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya.

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci dengan menggunakan fahaman eskstimis baik kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan tragedies berdarah 13 Mei kebanyakan pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah), mereka bukanlah rakyat Malaysia sebenar...

Mungkin ini rakyat Malaysia yang sebenarnya agaknya...



Mengejek dan mempersendakan orang-orang Kampung MELAYU


Berarak untuk 'menghalau' orang-orang Kampung MELAYU daripada bandar Kuala Lumpur



Berarak keliling Kuala Lumpur bagi 'menyapu' keluar orang-orang Kampung MELAYU









Redha apabila DAP-Pakatan Rakyat 'tabur pasir dalam nasi' demi menjaga perut dan kepentingan kaumnya.


Pergi sehelai sepinggang dengan 'penuh kerelaan hati' apabila diarahkan (selepas ditipu hidup-hidup) oleh KERAjaan berkebajikan Pakatan Rakyat.


Akur dan hidup dengan wang hasil judi dan rumah urut pemberian KERAjaan Berkebajikan Pakatan Rakyat.



Gembira dengan kenaikan kos hidup selepas KERAjaan Berkebajikan Pakatan DAP-PKR-PAS naikkan tarif air.

Oleh Mymassa.com

RENUNGAN BUAT HADI AWANG: APCO MILIK ANWAR IBRAHIM?!!

0

Flirting with zealotry in Malaysia



Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim speaks at an anti-Israel rally in front of the U.S. embassy in Kuala Lumpur this month. (Saeed Khan/afp/getty Images)


By Jackson Diehl

Monday, June 28, 2010

Anwar Ibrahim, the leader of Malaysia's political opposition, has become known over the past decade as one of the foremost advocates of liberal democracy in Muslim countries. His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement -- such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia -- as well as such Democratic grandees as Al Gore.

Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged "Zionist influence" in Malaysia. He recently joined a demonstration outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur where an Israeli flag was burned. He's made dark insinuations about the "Jewish-controlled" Washington public relations firm Apco Worldwide, which is working for Malaysia's quasi-authoritarian government.

Therein lies a story of the Obama era -- about a beleaguered democrat fighting for political and personal survival with little help from Washington; about the growing global climate of hostility toward Israel; and about the increasing willingness of U.S. friends in places such as Turkey and Malaysia to exploit it.

First, a little about Anwar: While serving as deputy prime minister under Malaysian strongman Mahathir Mohamad in the 1990s, he began pushing for reforms -- only to be arrested, tried and imprisoned on trumped-up charges of homosexual sodomy. Freed after six years, he built a multiethnic democratic opposition movement that shocked the ruling party with its gains in recent elections. It now appears to have a chance at winning the next parliamentary campaign, which would allow Malaysia to join Indonesia and Turkey as full-fledged majority-Muslim democracies.

Not surprisingly, Anwar is being prosecuted again. Once again the charge is consensual sodomy, which to Malaysia's discredit remains a crime punishable by whipping and a prison sentence of up to 20 years. Anwar, who is 63 and married with children, denies the charge, and the evidence once again is highly suspect. His 25-year-old accuser has confessed to meeting Prime Minister Najib Razak and talking by phone with the national police chief in the days before the alleged sexual encounter.

Nevertheless the trial is not going well. If it ends in another conviction, Anwar's political career and his opposition coalition could be destroyed, and his life could be at risk: His health is not great. Yet the opposition leader is not getting the kind of support from the United States as during his first prosecution, when then-Vice President Gore spoke up for him. Obama said nothing in public about Anwar when he granted Najib a prized bilateral meeting in Washington in April.

After a "senior officials dialogue" between the two governments this month, the State Department conceded that the ongoing trial again had not been raised, "because this issue was recently discussed at length." When it comes to human rights, the Obama administration apparently does not wish to be repetitive.

Anwar meanwhile found his own way to fight back. Hammered for years by government propaganda describing him as an Israeli agent and a Wolfowitz-loving American lackey, he tried to turn the tables, alleging that Apco was manipulating the government to support Israeli and U.S. interests. He also said that Israeli agents had infiltrated Malaysia's security forces and were "directly involved in the running of the government."

Najib describes Israel as "world gangsters." But he quickly turned Anwar's words against him; Apco has been peddling the anti-Israel statements around Washington.

Anwar is like Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, whom he regards as a friend and fellow traveler. Both know better than to indulge in such stuff. Both have recently begun to do it anyway -- after a year in which the Obama administration has frequently displayed irritation with Israel. "If you say we are growing impatient with Israel, that is true," Anwar told me. "If you say I am not too guarded or careful in what I say sometimes, that is also true."

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as "Zionist aggression," which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. "Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?" he said. "I need to be more careful."

Many of the Malaysian's friends are inclined to give him a break. "What Anwar did was wrong, but considering that he's literally fighting for his life -- physically as well as politically -- against a government that attacks him as being 'a puppet of the Jews,' one should cut him some slack," Wolfowitz told me.

But Anwar's story can also be read as a warning. His transition from pro-American democrat to anti-Israeli zealot is sobering -- and it is on the verge of becoming a trend.
-WASHINGTON POST-


Anwar Ibrahim in bad decline.



1 Jul 2010

By Joshua Treviño


Renowned Malaysian “democrat” and perennial prime ministerial aspirant Anwar Ibrahim has been on a sort of Washington, D.C., apology tour in the past week. He’s got a lot to apologize for: having been a longtime darling of American policymakers of both parties — all eager to identify a moderate Muslim with whom we can do business — he’s embarrassed those friends and mentors with his recent descent into crass anti-Semitism. Dark references to Jewish influence are, unfortunately, something of a staple of Malaysian domestic politics: and it’s troubling to see a putative liberal like Anwar engage in it with apparent enthusiasm — and worse, conviction.


The proximate cause of Anwar Ibrahim’s invocation of anti-Semitic tropes is his own flagging political fortune. For the past decade, he’s been the heir apparent to the Malaysian Prime Ministerial office as leader of the opposition — and for that same period of time, he’s fallen short. In 2008, he even guaranteed, Namath-style, that he would form a government by September 16th. When that date came and went, Anwar was left explaining his failure much in the manner of Millerites after the Great Disappointment. Not coincidentally, that was concurrent with his first major public outburst of anti-Semitism, in which he told Islam Online that he had “evidence proving that the [Malaysian] government is backing the Jewish lobby in the US and some parties inside Israel.”


Fast forward two years, to Anwar Ibrahim’s present political troubles. He still hasn’t taken power, and he is undergoing yet another prosecution for sodomy — a crime in Malaysia. (This trial, which began in February, stems from allegations made in 2008.) His last sodomy trial in 1998, for which he was convicted and jailed, was widely seen as a politically motivated farce — an act of persecution by his former mentor, then-Prime Minister Mahathir bin Mohamad. The present case is less clear, especially given the definitive break between Mahathir and his two successors.


Whatever the case’s merits or lack thereof, the fact is that Anwar Ibrahim and his allies have responded with the predictable tactic of Islamic-world demagogues: anti-Semitism. Rachel Motte at The New Ledger covered it last month: “[Anwar has spun] a dark conspiracy theory of Jewish control, Zionist plots, and subversion … including publicly alleging that there are ‘Israeli intelligence personnel in the Police IT unit.’” Anwar even told a press conference at the London School of Economics that “[The Malaysian ruling coalition] befriends nasty Jews and some of them are Zionists.”


Perhaps worst from an American perspective — though not necessarily from a moral perspective — he turned his rhetorical guns on the U.S., too. When Malaysian Prime Minister Najib Razak met with President Barack Obama and agreed to U.S.-Malaysian collaboration on Iran and Afghanistan, Anwar even took to the parliamentary floor to declare that this was evidence of Jewish influence on Malaysian policymaking. That “the Jews” would manipulate events in America’s favor will be unsurprising to observers of global anti-Semitism, which readily becomes anti-Americanism as it suits the perpetrator. In that vein, after the Israeli seizure of the “Gaza flotilla,” Anwar was found leading a chanting mob of thousands before the U.S. Embassy in Kuala Lumpur. There, on June 4th, Anwar declared, “Israelis are able to continue with their aggression because of the soft position taken by the [American] President.” Three days later, in the Malaysian parliament, he said, “Israel wouldn’t dare to attack the flotilla and set up blockades in Gaza without the support of America.”


In that light, it’s no surprise that B’nai B’rith International last month issued a public call for U.S. policymakers and elected officials to shun Anwar Ibrahim. And it’s no further surprise that Anwar promptly blamed it on Jewish influence — technically correct, for once — and then flew to Washington, D.C., to conduct damage control.


Jackson Diehl at the Washington Post summed up the purpose and tenor of Anwar’s D.C. excusion rather well:


Anwar … spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. “Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?” he said. “I need to be more careful.”


That’s one way to put it. Just a bit of carelessness, and suddenly you find you’ve spent months invoking anti-Semitic imagery in public appearances all across a southeast Asian nation. Who hasn’t been there?


WaPo’s Diehl also quotes longtime Anwar associate Paul Wolfowitz as saying, “What Anwar did was wrong, but considering that he’s literally fighting for his life … one should cut him some slack.” Well, no: Anwar isn’t “literally fighting for his life,” unless Wolfowitz is aware of a threat to his physical survival that no one else is — in which case, the person to inform ought to be Anwar Ibrahim. Furthermore, it’s a curious argument that danger of any sort somehow demands, or justifies, plain Jew-baiting. (Interesting and possibly explanatory: when Wolfowitz’s paramour Shaha Ali Riza had to leave the World Bank, she eventually landed at the Foundation for the Future, then headed by none other than Anwar Ibrahim.)


The D.C. consensus on Anwar, following his anti-Semitic antics, following B’nai B’rith’s declaration, and following his fence-mending visit, is aptly summed up by Jay Nordlinger at NRO: “[I]t helps that Ibrahim has been repentant, at least in talking to Americans. And, in Malaysia, he is about as good as it gets. We shouldn’t hold our breath for anyone better.” Nordlinger’s sentiment is understandable — and he’s one of the few major opinionmakers who has actually paid meaningful attention to Malaysia of late — but if that’s the outcome of Anwar’s visit, things have gone wrong.


On a moral level, American policy doesn’t have to choose the lesser of two evils in Malaysia: our relations with that country, and its strategic role, are such that we are under no compulsion to affiliate ourselves with a known purveyor of anti-Semitism. On a pragmatic level, the fact is that the man whom Anwar seeks to replace, Prime Minister Najib Razak, is far more friendly to American policy goals than is Anwar himself. (We’ll leave aside here that Anwar’s opposition-coalition partner is the Islamist PAS, which solicited volunteers for the Taliban after 9/11.) Anwar explicitly referred to Najib’s amenability to American policy goals in an ill-advised conversation with an AFP reporter during his D.C. trip, in which he quipped, “[W]e have a prime minister coming here and agreeing with whatever Obama wants.” Accepting that characterization for the sake of argument, that’s pretty much exactly what we’d hope for in a foreign leader. If Anwar Ibrahim sets himself against it, what is the American interest-driven case for supporting him?


Anwar Ibrahim used to be the shining archetype of a Muslim democrat and a figurative martyr for liberty. That was before he showed himself just another demagogue, willing to promulgate and exploit conspiracy theories not considered polite in the West since V-E Day. Now, the best argument for him is that he’s the least worst. He’s not even that, of course — but it’s still a remarkable fall. Anwar Ibrahim may wish to blame the Jews for it, but the sad truth is that he did it all to himself.

-newledger.com

MYMASSA:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آَذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Dan sungguh Kami telah jadikan banyak dari penghuni neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia, mereka memiliki hati, akan tetapi tidak digunakan untuk memahami, dan mereka memiliki mata, akan tetapi tidak digunakan untuk melihat, dan mereka pun memiliki telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar, mereka bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat, mereka lah orang-orang yang lalai” ( Al A’raaf : 179 )

Terima Kasih Y.A.B Tuan Lim Guan Eng

0

MYMASSA: Semoga sumbangan kewangan daripada Khalifah Father Joseph Guan Eng Umar Abdul Aziz ini bakal mendatangkan keberkatan dan Keredhaan TUHAN kepada para penjawat awam negeri Pulau Pinang. Diharapkan juga agar hasil sumbangan tersebut bakal melahirkan golongan pelapis ummah yang memiliki minda dan akhlak yang sentiasa mendukung penuh perjuangan sosialis dan sekularisme pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat. Semoga TUHAN memberkati pentadbiran Khalifah Father Joseph Guan Eng and juak-juak beliau yang begitu teguh mempertahankan dan menegakkan syiar hukumnya di Pulau Mutiara! Takbir!!! TAKBIR!!! TAKE BEER!!!

Jumaat, 17 Disember 2010

GEMPAR!!! Ahli Parlimen Pembangkang 'MELIWAT' rakyat?!!

2

Protes di Parlimen?!! Gobala kaki pukul polis, Zuraida Mak Lampor SEKSI, Saifudin 400K, Mike pelakon drama tamil, Mahfuz SRP, Din Puduraya...hmmm semuanya ahli parlimen pakatan pembangkang. Bukankah rakyat sudah mengundi mereka untuk mewakili suara rakyat di Parlimen? Kenapa perlu protes lagi? Bukankah mereka boleh berbahas sampai keluar anak tekak dalam Parlimen itu sendiri?

Inikah yang dikatakan memperjuangkan nasib rakyat? Apa yang sedang diproteskannya ini? Rakyat miskin tak mampu beli rumah di Pulau Pinang? Bukan...Rakyat biasa yang terbeban dengan tarif air yang tinggi di Kedah dan Pulau Pinang? Bukan juga...Habis itu pasal apa ya?


Pasal Rakyat Kelantan yang tidak pernah merasa air bersih kot? Bukan juga dengar ceritanya...Oh agaknya pasal duit judi untuk orang ISLAM miskin kot? Ke pasal gerai orang Islam kena roboh? Atau pasal orang kafir mempermainkan ayat suci Al-Quran dan kalimah ALLAH?



Bukan...bukan...pasal si Nuar al-Juburi (bukan saya gelar, Mat Sabu hotel Perdana gelar) rupanya...Dia nak kena gantung pasal fitnah Kerajaan Malaysia bersekongkol dengan protokol komunikasi walkie-talkie...APCO (American Protocol Communication Outfit). Jadi tang mana memperjuangkan nasib rakyatnya ni? 


Kalau setakat angkat kad manila lepas itu kecoh-kecoh dalam parlimen pasal semata-mata nak mempertahankan si peliwat tegar (disahkan sendiri oleh Singapura, Australia dan US melalui Wikileaks), baik jangan jadi ahli parlimen. Budak-budak tadika kat gambar atas itu pun boleh buat...Anyway, buat rakyat marhaen semua, sebagai pengetahuan am harga undi anda kepada wakil rakyat yang bertaraf kanak-kanak ribena itu, adalah seperti di bawah:


KOS AHLI PARLIMEN YANG SUKA TAYANG KAD MANILA DAN JERIT-JERIT TIDAK TENTU HALA DALAM PARLIMEN:

Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79


Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari

Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari

Elaun Hiburan : RM1,500

Elaun Istimewa : RM1,500

Elaun Pengangkutan : RM1,500

Elaun Telefon : RM900

Elaun Pemandu : RM1,200

Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)

Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari

Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari

Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)

Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.

b) Parking dan bayaran tol

c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi

d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti

e) Airport service charge mesti disokong dengan resit

f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan

g) penerbangan kelas perniagaan

i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi

j) lesen kenderaan

k) bilik kelas pertama di hospital

l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000

m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

FAEDAH KEPADA RAKYAT HASIL UNDI KEPADA AHLI PARLIMEN TADI:

1) -RM10 hingga -RM20 duit minyak untuk pergi mengundi
2) Kurang sejam hingga dua jam masa bersama keluarga
3) Cukai LHDN untuk tampung perut ahli-ahli parlimen tadi (sepanjang tempoh penggal lantikan sehingga mati-pencen...senang cerita selama-lamanya!)
4) Dan banyak lagi sekiranya anda penyokong tegar pakatan pembangkang.
Jadi sebagai rakyat yang bijaksana, anda fikir-fikirkanlah sendiri akan sebab dan kesan undi anda kepada manusia yang tidak bertanggungjawab seperti di atas. Selain kos-kos yang dinyatakan tadi, ahli-ahli parlimen tadi mungkin juga merupakan ADUN dan bos-bos besar di syarikat-syarikat anak negeri yang mereka kuasai. Jadi, senarai kelebihan di atas hanyalah sebahagian kecil kenikmatan duniawi yang mereka terima hasil perit jerih rakyat yang telah mengundi mereka.  Bak kata Nabil, LU PIKIRLAH SENDIRI!!!

Komen Mymassa: Kepada orang Melayu dan Islam, sebenarnya kerugian anda adalah lebih besar lagi, dalam bentuk dasar dan keputusan pentadbiran yang menindas dan meminggirkan nada.

VIDEO UNTUK ANWAR.

0
Kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dihormati. kalau susah sangat nak bersumpah, mengaku macam ni pun dah cukup.



* video ini dipostkan oleh blog SEKSUALITI MERDEKA. Blog yang menyokong aktiviti Lesbian, Gay dll. Blog ini selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat: SAMA RATA, SAMA RASA, DEPAN BELAKANG SAMA SAHAJA.

Kredit untuk http://malaysiaheaven.blogspot.com/ yang mengangkat isu ini.

Isnin, 13 Disember 2010

PKR saran OIC dan Malaysia bantu Israel segera!!!

0


Nampaknya doa Saiful di Mekah mulai dimakbulkan oleh Allah SWT satu-persatu. Pendedahan dan kebenaran kini muncul satu persatu. Apakah ini yang dikatakan petunjuk daripada Allah SWT yang kita nanti-nantikan selama ini? Semalam Wikileaks mendedahkan bahawa perisikan Singapura, Australia dan US berkongsi maklumat yang sama iaitu, Anwar sememangnya meliwat. Perangkap atau tidak, itu bukan persoalannya. Agaknya kedutaan mana pula jadi destinasi Anwar selepas ini...hmmm









Antara bukti Kekejaman Yahudi-Zionis (ISRAEL)

Namun dalam kekalutan Anwar mencari-cari jawapan yang paling ideal untuk menyelamatkan dirinya, salah seorang juaknya yang kini memegang jawatan sebagai ahli parlimen telah membuktikan sekali lagi bahawa PKR itu sememangnya KUFFUR proksi YAHUDI-ZIONIS!!! Yusmadi, ahli parlimen Balik Pulau hari ini menyarankan pula agar Malaysia bersama-sama OIC (negara-negara Islam) membantu Israel yang kini sedang dilanda musibah dan azab Allah SWT akibat pembunuhan orang Islam Palestin yang berterusan. Persoalannya, apakah signifikannya seorang ahli parlimen Islam daripada Malaysia sibuk untuk mendesak negara-negara Islam membantu Yahudi laknatullah?!! Apakah rakyat yahudi bakal memberikan undi kepada PKR pada PRU-13 kelak? Atau PKR/pakatan rakyat telah menerima 'sesuatu' daripada Israel sehinggakan terhutang budi sehingga sedemikian rupa? Yusmadi sudah lupakah insiden pembunuhan beramai-ramai Marvi Marmara? 


Terkejut?!! Terkedu?!! Apa yang hendak dihairankan kalau rakyat di kawasan sendiri pun dibiarkan dihalau dan ditindas oleh kafir DAP, hak bangsa sendiri digadaikan... malahan Allah pun dilacurkan demi satu undi!!!



Jadi apa yang peliknya jika kini PKR meroyan minta OIC dan Malaysia bantu ISRAEL??? Bagaimana pula dengan PAS? Oh, lupa, PAS hanyalah parti melukut di tepi gantang. Mereka hanya diperlukan apabila pakatan ingin merusuh dan membuat kacau. Sedangkan Negara Islam dan HUDUD pun kita boleh tinggalkan, dengan syaitan pun boleh berkawan, jadi mengapa kita tidak bantu sahaja musuh dan penindas orang ISLAM?!!

Oleh Mymassa.

Rabu, 8 Disember 2010

Apa Agenda Anwar Di Sebalik Isu Air Selangor? (Bhg. 2)

3
video



AIDCNews : SYABAS menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri yang terdahulu (BN). Sekarang kerajaan negeri diterajui oleh PR. Adakah kerajaan negeri PR boleh membatalkan perjanjian yang dibuat sebelum ini ?

Kita kena ingat, SYABAS tandatangani perjanjian itu dengan pihak kerajaan negeri dan bukannya dengan individu. Sebab itu, yang menandatangani perjanjian tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri.

Contoh, kita membuat pinjaman di bank ABC. Tiba-tiba bank ABC ini diambil alih oleh bank lain. Adakah secara automatik perjanjian kita dengan bank ABC yang dibuat dahulu terbatal? Tidak terbatal. Kita masih tetap kena bayar, cuma bezanya, pembayaran tersebut harus dibuat di bank yang mengambil alih bank ABC tersebut.

Jadi, tidak timbul soal polisi berubah selepas kerajaan negeri bertukar.

Di dalam SYABAS terdapat tiga kompenan yang besar. Pertama, Syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad yang merupakan pembayar saham utama iaitu memegang 70 peratus saham. Tan Sri Rozali merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam Syarikat Puncak Niaga itu. Kedua, pemegang saham minoriti yang terdiri daripada orang awam yang membeli saham SYABAS dan ketiganya, Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Kerajaan Negeri Selangor memegang saham sebanyak 30 peratus. Kerajaan Selangor diwakili oleh dua anak syarikatnya, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memegang saham 15 peratus dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad juga 15 peratus. Manakala Kerajaan Persekutuan pula juga mempunyai satu saham emas yang bertindak sebagai kata pemutus.

Semua wakil pemegang saham ini dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Ada wakil dari Puncak Niaga, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula diwakili oleh orang nombor dua pentadbiran kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Perbandaran.

Sebarang keputusan yang mahu dilaksanakan mesti dicapai secara bersama. Jadi, kalau ada yang tidak bersetuju misalnya Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju dengan beberapa polisi, kenapa dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mereka tidak bangkitkan?

Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan seperti family business. Kita kena ingat, Ketua Setiausaha Perbandaran juga adalah Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Sepatutnya semua ini berjalan lancar dan teratur serta mampu membawa pulangan keuntungan.

Dari sudut lain, kalau SYABAS mengalami kerugian, Kerajaan Negeri Selangor juga akan turut rugi kerana mereka ada memegang saham. Kalau SYABAS untung, Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapat keuntungan.

Dalam soal penswastaan, faktor kewangan ini diambilkira. SYABAS hanya boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi.

Seperti kita berniaga, takkanlah tahun pertama itu sudah mendapat keuntungan. Tan Sri Rozali sendiri, sudah bertahun-tahun berniaga sehinggalah apa yang kita lihat kejayaannya hari ini.

Begitu jugalah dengan SYABAS, baru 5 tahun. Itupun sudah menunjukkan pelbagai kejayaan yang dicapai. Misalnya, mendapat anugerah perkhidmatan pusat pelanggan terbaik, pengurusan sumber manusia terbaik, anugerah emas dan sebagainya.

AIDCNews : Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah PR beri kerjasama baik kepada SYABAS ?

Oleh kerana penstrukturan semula ini, SYABAS telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja capital expenditures (CAPEX) atau perbelanjaan modal. Arahan SPAN berasaskan perbincangan yang belum selesai di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Maknanya, Perbelanjaan modal SYABAS dibekukan sementara menunggu persetujuan semua pihak. Kita sendiri pun tidak tahu bilakah persetujuanitu akan selesai.

Apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, seolah-olah tangan kita diikat. Bila tangan diikat, kita tidak boleh mengeluarkan modal. Kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan.

Sebab itulah, paip lama yang kesemuanya berjumlah 6000 km (tetapi) hanya 800 km yang dapat dibaiki. Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain. Yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor. Dalam masa sama, SYABAS akan dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif akibat dari sekatan ini.

Sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor menuduh SYABAS tidak berjaya melaksanakan peningkatan perkhidmatan air. Persoalannya kenapa? Kerana mereka mengikat kita.

Kalau mereka ikhlas, lepaskan SYABAS untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan diikat dari segi perbelanjaan modal dan sebagainya. Sedangkan perbelanjaan modal adalah dari duit SYABAS.

Kononnya, SYABAS ini akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri. Jadi, jangan lakukan apa-apa perbelanjaan dahulu. Sampai sekarang, SYABAS ditahan daripada melakukan perbelanjaan modal.

Kemudian dikaitkan pula dengan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Sebenarnya projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor ini merupakan projek Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA). Sedangkan isu perstrukturan itu di antara SYABAS dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu ikat Kerajaan Pusat supaya bersetuju dengan pengambilalihan SYABAS dengan cara tersebut. Dengan ertikata lain, mereka (Kerajaan Negeri Selangor) tidak mahu memberi kelulusan tanah untuk penyaluran air, selagi penstrukturan ini tidak selesai dan akan memaksa SYABAS berada dalam tekanan.

AIDCNews: Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengambil alih semula urusan pengurusan air ? Bolehkah Kerajaan Negeri berbuat demikian ?

Sebenarnya memang boleh. Kalau Kerajaan Negeri Selangor hendak ambil alih SYABAS pun boleh. Perjanjian ini adalah buatan manusia. Tetapi kita sentiasa ikut kepada perjanjian ini.

Dalam konteks ini, kalau Kerajaan Negeri nak ambil alih konsep willing-buyer (persetujuan pembeli) dan willing-seller (persetujuan penjual) mesti ada. Kalau anda berhajat nak beli, tetapi kita tak mahu jual, jadi tidak boleh buat kerana ada willing-buyer tetapi tidak ada willing-seller. Ada yang hendak beli tapi tak ada yang hendak jual. Lainlah kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk membeli dan menjual. Jadi, harga boleh dibincang.

Secara logiknya, SYABAS bukanlah mahukan harga yang tinggi dengan membebankan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak sama sekali. Isunya sekarang ini, kalau kita sudah keluarkan modal yang besar untuk mengambil alih hutang, membaik pulih, membuat pinjaman dan sebagainya, perkara-perkara ini harus diambil kira sebelum proses pengambilalihan.

Jadi, penentuan harga yang ditawarkan mestilah dapat menampung perkara-perkara tadi dan juga faktor pemegang saham sama ada pemegang majoriti atau minoriti (orang awam). Ini kerana, kalau kita jual dengan harga yang lebih rendah, saham itu merundum, kita pula terpaksa menjawab dengan pemegang-pemegang saham. Semua yang kita buat ini mengikut peraturan dan undang-undang.

Isunya sekarang, kita perlu buat perbincangan secara teratur dan rapi sama ada duduk berbincang atau sebagainya. Kalau perbincangan itu pun tidak serius, susahlah untuk saya katakan.

AIDCNews: Sudah adakah perbincangan yang serius?

Perbincangan setakat ini hanya ada di peringkat pegawai-pegawai. Tidak ada titik pertemuan. Jalan selari tetapi mencapah, makin lama makin jauh. Jadi, memang tidak akan jumpa titik pertemuan itu.

AIDCNews: Kenapa Kerajaan Negeri Selangor berminat untuk mengambil alih SYABAS ? Adakah ada agenda lain?

Susah untuk saya katakan kerana ini adalah agenda masing-masing.

Kalau kita lihat dari konteks ekonomi, SYABAS boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi. Kalau dari sudut itu pun kita boleh tengok. SYABAS sudah 5 tahun beroperasi dan hanya tinggal 5 tahun lagi untuk mencapai keuntungan. Sebab semua sudah boleh diambil alih dari segi sistem dan sebagainya.

Maknanya, kalau sudah diambil alih, mungkin selepas itu boleh dapat keuntungan melalui tarif. Mereka nampak dari sudut itu. Mungkin juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada kroni-kroni yang menyokong mereka selama ini.

Mungkin juga boleh diletakkan di posisi Pengerusi atau Pengarah. Ini saya tak mahu tuduh sesiapalah. Kita tak perlu sebut sesiapa tapi kita tahulah. ‘Orang-orang’ inilah yang bising tentang industri air, buat ceramah di sana sini tentang hendak ambil alih hak rakyat dan sebagainya.

Sebenarnya untuk kepentingan sendiri kalau dapat SYABAS. Di situlah siapa yang layak dapat Chairman atau Director.

Tapi dari segi politik pula, tentu ada kepentingannya di situ. Dengan memainkan isu air ini, mereka beranggapan akan mendapat sokongan rakyat dan terus menang pada pilihanraya akan datang.

Sama ada mereka serius atau tidak, saya sendiri masih lagi tertanya-tanya.

Kita sendiri tidak boleh nak bertanyakan dari mana wang yang akan digunakan untuk penstrukturan semula ini. Betulkah ada pelabur yang akan membantu membuat pembayaran pengambil alihan ini, siapa pelabur tersebut, adakah mereka dari golongan yang boleh dipercayai ?

Sekiranya pelabur dari luar negara, kita khuatir jika industri air akan dipindah milik kepada syarikat luar, sedangkan syarikat tempatan boleh mengurus dan keluarkan dana. Kenapa perlu diberi kepada syarikat antarabangsa? Tidakkah nanti syarikat tersebut akan membuat pindahan milik?

Kita tidak mahu semua ini berlaku kerana air adalah keperluan rakyat.

Jangan nanti yang menguruskan air ini bukan di kalangan kita sendiri. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar hutang, akhirnya menjadi pindah milik.

Ataupun, ini mungkin satu permainan, tidak serius pun nak ambil alih. Atau sekadar nak memberitahu rakyat bahawa Kerajaan Negeri serius untuk ambil alih kerana hendak terus memberi air percuma kepada rakyat. Jadi, kalau tak dapat ambil alih selepas ini, mereka terpaksa hentikan pemberian air percuma ini.

Pihak yang akan dipersalahkan nanti, sudah tentulah SYABAS serta mereka yang menyokong SYABAS sama ada Kerajaan Persekutuan atau sebagainya.

AIDCNews : SYABAS didakwa kroni politik tertentu ?

Bila dikaitkan SYABAS dengan orang-orang tertentu sebagai kroni, dakwaan ini disangkal. Kita kena ambil kira kakitangan SYABAS seramai 3000 orang yang majoritinya rakyat Selangor. Janganlah dipolitikkan isu ini dengan mengaitkan dengan kroni.

Tidak semua kakitangan SYABAS ini menyokong satu parti. Masing-masing ada parti yang mereka sokong. Walaupun kita berlainan ideologi politik, tetapi di SYABAS kita masih boleh bersatu. Itu tidak menjadi masalah besar.

Dari segi hubungan tokoh korporat dengan orang politik. Ini sudah wujud sejak berzaman lagi. Mereka tak boleh kata tokoh ini kroni dengan orang politik ini. Kalau anda sebut siapa pun tokoh korporat di negara ini, mereka mesti ada hubungan yang baik dengan pemimpin. Kalau tak ada hubungan yang baik dengan pemimpin, macam mana mereka nak berniaga.

Dalam sebuah negara itu, mesti ada hubungan antara pihak korporat dengan kerajaan. Hubungan ini perlu. Dalam pentadbiran SYABAS sendiri, kita menerima bos kita adalah Kerajaan Persekutuan. Begitu juga kalau di negeri, kita menerima Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Kita terima hakikat itu dan sedia bekerjasama pada bila-bila masa.

Kita tidak beranggapan mereka tidak sama parti dengan kita maka tidak boleh bekerjasama, jadi tidak boleh begitu. Kerana Kerajaan Negeri yang sekarang adalah kerajaan yang mentadbir, kerajaan yang sedia ada. Manakala Kerajaan Pusat yang ada sekarang adalah kerajaan yang lain. Jadi, dua-dua kerajaan ini adalah bos kita.

Saya sendiri tidak faham kenapa SYABAS sentiasa dimusuhi. Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, macam-macam usaha kita lakukan tapi orang tersebut tidak mahu berbaik sebaliknya memusuhi kita, jadi apa lagi yang boleh kita buat?

AIDCNews : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik kroninya menjadi Pengerusi SYABAS ?

Dalam entiti swasta ini, sama ada syarikat atau korporat, yang mempunyai kuasa adalah yang memegang saham majoriti. Kalau pemegang saham itu adalah Puncak Niaga, maka wakil Puncak Niaga yang akan menjadi Pengerusinya.

Sebagai seorang bekas korporat dan ahli politik, saya tidak fikir, Menteri Besar Selangor mengambil tindakan-tindakan yang tidak selari dengan apa yang sepatutnya di dalam pengetahuannya.

AIDCNews: Adakah Tabung Budi ditolak oleh kesemua Wakil Rakyat PR ?

Inilah yang menariknya tentang Tabung Budi. Kita telah pun menghantar surat kepada semua Ahli Parliman dan ADUN Negeri Selangor untuk memberitahu kewujudan Tabung Budi. Jadi, mana-mana pihak yang ingin menyumbang, boleh menyumbang. Kita juga memberitahu mereka bahawa Tabung Budi ini adalah untuk membantu golongan yang susah dan miskin.

Jadi, kalau terdapat golongan ini di kawasan mereka, kenalpasti dan berikan nama kepada SYABAS untuk diberi bantuan. Tidak kiralah ADUN dari parti mana sekali pun. Kita beri sama rata.

Semasa pelancaran Tabung Budi peringkat umum baru-baru ini, kita jemput semua Wakil Rakyat kerana kita hendak maklumkan tentang tabung ini. Kita faham Wakil Rakyat ini sibuk. Jadi, tidak semuanya yang hadir. Yang hadir itu pula ada di kalangan Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kedua-dua parti ini ada.

Tetapi, apa yang dibesarkan adalah kenapa Tabung Budi ini diwujudkan seperti hendak melawan kuasa Kerajaan Negeri. Tambahan pula ada Wakil Rakyat BN yang datang. Tapi mereka terlupa bahawa yang datang ke majlis itu pun ada juga Wakil Rakyat PKR.

Lebih menarik lagi, kita ada terima surat daripada Exco Kerajaan Negeri yang meminta supaya SYABAS menyalurkan Tabung Budi ini kepada penduduk miskin di kawasan mereka. Kita sudah pun menyemak dan siasat siapa yang layak dan kita bagi.

Hari ini, bila kita bagi, tangan sebelah kanan terima tapi tangan sebelah kiri pula tampar kita. Jadi tak kenalah.

AIDCNews: Benarkah Exco tersebut ialah Dr Xavier Jayakumar ?

Ya. Itu saya boleh sahkan.

AIDCNews : Benarkah ada dakwaan yang mengatakan SYABAS memaksa kakitangannya supaya menyumbang kepada Tabung Budi dan benarkah Tan Sri Rozali Ismail selaku CEO, tidak menyumbang mengikut perolehan pendapatannya ?

Yang pertama sekali, pihak yang menuduh ini perlu membuktikan di mana kita memaksa kakitangan supaya menyumbang kepada Tabung Budi. Kena buktikan. Perkara ini seringkali disebut dalam perhimpunan mingguan kakitangan, sekiranya ada yang ingin menyumbang dialu-alukan tanpa ada sebarang paksaan.

Malahan, kalau yang sudah menyumbang jika mereka ingin menarik balik sumbangan tersebut pun dibenarkan. Tiada siapa yang memaksa, mengarah atau sebagainya. Ini bergantung kerelaan individu.

Kalau ada yang kata mereka dipaksa untuk menabung, tunjukkan bukti atau dokumen. Sedangkan mereka yang menabung ini ada yang mengisi borang supaya dipotong daripada gaji bulanan sebanyak RM11.40 untuk didermakan kepada golongan yang layak. Mereka sendiri ada Akujanji berkaitan sumbangan ini. Pemotongan ini dilakukan oleh pihak bank dan terus disalurkan kepada tabung ini.

Yang keduanya, berkaitan Tan Sri Rozali Ismail (CEO) dikatakan tidak menyumbang keuntungan seperti mana diharapkan. Konsep kita adalah berdasarkan akaun.

Contohnya, kalau saya ada rumah dan penama itu adalah saya. Tiap-tiap bulan saya dapat RM11.40. Jadi, RM11.40 itulah yang saya beri. Kalaulah saya ada 10 buah rumah pula, maka RM114.00 yang saya beri.

Kalau dilihat dari segi sumbangan beliau membantu Pusat Zakat Selangor (PZS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan golongan-golongan yang memerlukan, saya rasa beliau lakukan lebih daripada yang sepatutnya.

Jadi, tidak timbul kenapa kakitangan SYABAS sama ada yang bergaji RM3000 ke bawah atau Pegawai Kanan bergaji RM10,000 perlu membayar RM11.40. Kerana itulah kita kena kembali kepada konsep pemberian air percuma. Jika golongan kaya menerima RM11.40, maka golongan miskin pun menerima jumlah yang sama juga. Hasil dari pengumpulan tabung tersebut, maka kita akan beri kepada golongan yang miskin ini.

Sebab itu, saya boleh katakan, mereka yang membuat tuduhan ini tidak faham konsep. Kalau tak faham, beginilah jadinya. Kata orang, kalau tak faham, seeloknya cuba untuk memahaminya dulu. Kita tak ada masalah untuk memberi penerangan kepada pihak yang mahukan penjelasan. Tapi, ada pihak yang tidak mahu penjelasan tetapi menghentam kita sesuka hati.

Soalan saya, menjadi kesalahankah kalau orang hendak buat kebajikan?

AIDCNews: Difahamkan pada Ahad ini (5 Disember), satu memorandum akan dihantar kepada Yang DiPertuan. Adakah ini menggambarkan krisis air di Selangor sangat teruk hinggakan perlu campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong ? Kenapa hingga sampai ke peringkat ini ?

Kita anggap Kerajaan Negeri Selangor adalah bos kita. Bila bos ada masalah dengan pekerja, apa salahnya kalau berbincang. Bukannya dengan cara menghentam, fitnah dan kempen di sana sini. Apa pula perasaan pekerja tadi? Kenapa perlu gunakan orang lain. Saya tidak nampak kewajaran dan kecerdikan dalam menangani isu ini.

Sokongan-sokongan rakyat ini datang dari konsep sedemikian seperti berhimpun, berarak dan sebagainya. Apabila insiden berarak dan berhimpun ini semakin lesu, jadi untuk mengembalikan nostalgia berhimpun, perlu ada isu untuk dimainkan. Isu yang hangat sekarang adalah isu air. Dan digunakan sepenuhnya. Sedangkan bagi rakyat atau orang awam yang berfikiran waras, mereka akan terfikir kenapa isu ini diperbesarkan ?

Kita tidak rasa tertekan langsung. Di SYABAS kita tidak boleh mengikut rentak orang lain, kalau orang lain buat ini, kita tidak semestinya perlu ikut. Ini kerana, kita memberi perkhidmatan kepada pengguna sama ada mereka menentang atau menyokong. Mereka adalah pengguna yang membayar bil air kepada kita.

Kalau SYABAS ‘merajuk’ disebabkan tekanan ini, semua loji air ditutup dan pengguna di Selangor tidak dapat bekalan air. Apa akan jadi?

Contohnya di KLIA sahaja, mesti perjalanan operasi mereka akan tergendala atau ditutup. Sebab itulah bila berlaku krisis air di Sepang iaitu 3 paip pecah kerana aktiviti mengorek pasir.

Paip ini, asalnya berada di dalam tanah. Tetapi apabila ada aktiviti korek pasir, paip ini akan menjadi tergantung kerana tiada yang menampungnya. Inilah mengakibatkan paip tersebut patah. Paling kritikal adalah KLIA.

Kakitangan SYABAS terpaksa bekerja 24 jam untuk memastikan kawasan-kawasan kritikal tersebut ada air dan kod kecemasan iaitu kod merah perlu diaktifkan. KLIA yang paling kritikal kerana pada waktu itu ada pertandingan lumba kereta di Sepang. Kakitangan SYABAS bertungkus-lumus memenuhkan tangki air KLIA dengan berlori-lori air.

Bayangkan kalau SYABAS ‘merajuk’?

AIDCNews : Adakah isu air ini sengaja dimanipulasi sebagai isu politik ?

Ada kemungkinan, tapi saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak kerana mereka ada strategi masing-masing untuk memenangi hati rakyat, memenangi pilihanraya.

Tapi kita kena lihat dari segi kewajarannya. Air sekarang ini dikatakan sebagai ‘emas biru’ iaitu sangat bernilai. Di mana-mana negara sekalipun, isu mendapatkan air bersih ini menjadi topik utama. Kita sepatutnya bersyukur dengan kualiti air yang dinikmati di negara kita.

Walaupun menerima pelbagai tekanan, SYABAS tetap bersikap profesional. Apa yang saya nak tekankan adalah, Selangor merupakan negeri yang mempunyai kualiti air terbaik di Malaysia.

Kebanyakan syarikat pembekal air di Malaysia, datang ke SYABAS untuk belajar pengurusan air, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya.

AIDCNews: Termasuk dari negeri yang diperintah oleh PR ?

Ya. Contohnya Pulau Pinang sudah beberapa kali datang ke SYABAS.

AIDCNews: Ini bermakna mereka mengiktiraf SYABAS. Tetapi kenapa pula Kerajaan Negeri sendiri tidak mengiktiraf?

Sebenarnya mereka juga mengiktiraf cuma tidak mahu mengakuinya. Sebab mereka tidak mahu mengakuinya kerana akan menjadi semakin sukar untuk mengelirukan pemikiran rakyat jika diiktiraf. Jauh di lubuk hati, SYABAS boleh dikatakan bagus jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Kita sedia membantu negeri-negeri tersebut sekiranya mereka memerlukan bantuan. Kita pernah hantar berlori-lori tangki air dan kakitangan ke Pahang, Johor , Kelantan dan Kedah.

Semua ini bersandarkan kepada motif. Saya sendiri tak tahu apa motif mereka sebenarnya.

AIDCNews: Apakah implikasinya kepada rakyat Selangor dengan penangguhan Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ini ?

Kita kena ingat, krisis air ini pernah berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 1998. Krisis ini berlaku bukan kerana tidak ada air tetapi disebabkan tiada kemudahan yang cukup untuk merawat air. Selepas krisis air 1998 ini, diwujudkan Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Ada orang bertanya, hujan selalu turun, jadi takkanlah tiada air?

Kita kena lihat kawasan tadahan hujan sudah banyak dijadikan sebagai kawasan pembangunan. Kalau hujan di Shah Alam, Petaling Jaya atau Klang, tempat ini bukan kawasan tadahan hujan. Air hujan tersebut mengalir ke Sungai Klang dan terus ke laut. Sungai-sungai yang ada sekarang ini pun banyak yang tercemar. Kemudian banyak pembangunan, pengguna air semakin ramai dan permintaan air semakin meningkat.

Apabila SYABAS menguruskan air, tanggungjawab kita adalah membekalkan air kepada pengguna dan memaklumkan serta memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan tentang masalah dan memastikan bekalan air mencukupi. SYABAS telah menjalankan peranan ini dengan membuat kajian, memberi laporan kepada kerajaan yang telah disemak oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu pakar dalam industri air.




Kita telah buat kajian iaitu pada tahun 2014, itupun sekiranya tiada alternatif penyaluran air mentah dilakukan, maka akan berlaku kekurangan bekalan air. Kawasan yang banyak air di bahagian Utara Selangor, bagaimana pula dengan bahagian Selatan dan Lembah Klang ? Bukannya ada paip besar yang boleh disalurkan ke kawasan yang kekurangan air. Masalah-masalah inilah yang tidak diketahui.

Kita juga hairan bagaimana Kerajaan negeri boleh mengatakan bahawa berdasarkan pakar yang dilantik oleh mereka, mengatakan air cukup sehingga tahun 2019. Tanpa perlu menyegerakan PPAMPS.

AIDCNews: Kenyataan pihak mana yang lebih tepat. Kerajaan Negeri atau SYABAS ?

Kalau berdasarkan rujukan SYABAS, Kerajaaan Pusat dan EPU adalah pada tahun 2012. SYABAS ada jadual pengeluaran air yang telah dibuat. Mereka cuma mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar yang mengatakan cukup sehingga 2019. Kita pun tak tahu siapa pakar yang disebutkan itu. Katakanlah pakar dari luar negara. Pakar ini pun tidak mendalami apa sebenarnya isu yang dihadapi.

Apa bezanya antara tahun 2014 dengan 2019. Hanya beza 5 tahun. Sebagai kerajaan yang berwawasan, sepatutnya kita buat persiapan lebih awal sebelum kejadian tersebut berlaku.

Implikasinya juga terhadap kos. Kos bagi 4 tahun sudah berbeza. Mungkin dari 4 bilion kepada 8 bilion atau lebih daripada itu. Jadi, siapa yang akan tanggung kos ini?

Kalau berlaku krisis air 2012 atau 2014 tanpa adanya persiapan-persiapan ini, siapa yang hendak dipertanggungjawabkan nanti?

Saya bimbang jika krisis ini benar-benar berlaku tanpa ada persiapan yang rapi, mungkin ada pihak yang akan cuci tangan dan saling menyalahi di antara satu sama lain. Yang merananya adalah rakyat kerana tiada air. Akibatnya air terpaksa dicatu.

Kita sepatutnya mengambil contoh wawasan Tun Dr. Mahathir. Beliau memperkenalkan Wawasan 2020. Sedangkan pada tahun itu, beliau sendiri belum tentu lagi akan ada. Tapi beliau buat ini untuk kepentingan dan masa depan rakyat.

Jadi, kita sepatutnya mengambil konsep tersebut untuk kebaikan rakyat. Apa kewajarannya jika dilengah-lengahkan. Apa bezanya antara tahun 2012 dengan 2014. Kalaulah kajian mereka itu benar, salahkah kalau dibuat persiapan awal ini?

Kalau berlaku krisis air pada 2014, kerajaan sedia untuk bertanggungjawab, baguslah. Kita boleh beli air dari Kerajaan Negeri Perak atau sebagainya. Tapi tidak ada.

Kita sepatutnya berpijak di bumi yang nyata. Janganlah mempolitikkan isu ini. Yang menanggung kesannya adalah rakyat.

Bagi saya, projek ini harus dilaksanakan kerana ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan bukannya projek Kerajaan Negeri.

AIDCNews: Bagaimana pula dengan statistik penggunaan air di Selangor?

Pengguna air di Malaysia, khususnya di Selangor adalah yang paling tertinggi dari segi penggunaannya. Purata penggunaan air di Selangor adalah sebanyak 260 liter sehari untuk seorang pengguna. Sedangkan mengikut United Nations (UN), penggunaan normal sepatutnya 165 liter sehari.

AIDCNews: Adakah kerana peningkatan penggunaan air ini yang menyebabkan PPAMPS perlu dilaksanakan?

PPAMPS adalah projek Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan prihatin. Ini kerana Selangor merupakan transit bagi semua aktiviti pelaburan dan sebagainya. Bagaimana kalau di Selangor tidak ada air?

Sebab itulah dalam perkhidmatan pelanggan kita ada Unit YAKIN (Unit Kerjasama Informasi Pelanggan) yang berurusan dengan persatuan-persatuan pengguna utama, JKK dan sebagainya.

Kita juga ada Unit ICU (Industrial Customer Unit) iaitu sekiranya ada berlaku gangguan, unit ini akan bertindak menghubungi hotel dengan segera supaya menampung tangki air dengan banyak dan sebagainya. Ini yang dibuat oleh SYABAS dan nampaknya seperti tidak dihargai. SYABAS bukanlah badan politik yang perlu menghebohkan apa yang telah dibuat.

Perkara-perkara seperti inilah yang tidak diketahui dan ada pula pihak lain yang melemparkan tomahan berdasarkan agenda politik. Bagi saya, SYABAS tidak sepatutnya terkena tomahan ini kerana kita bukannya badan politik

Air ini merupakan komoditi penting. Ada orang kata, air ini adalah anugerah Tuhan, kenapa perlu dikomersialkan dan dibayar. Kalau hendak air percuma yang dikatakan anugerah Tuhan ini, boleh. Tidak ada sesiapa melarang. Kalau anda menadah air hujan di depan rumah sekalipun, tak ada penguatkuasa tempatan datang untuk mengutip cukai. Ataupun ambil air dari sungai, juga tidak ada sesiapa melarang.

Air yang dirawat juga adalah anugerah Tuhan. Kalau lihat zaman dahulu, air sungai atau perigi boleh diminum terus tanpa dimasak. Itu kerana tiada pencemaran. Tapi hari ini, kebanyakan sungai sudah tercemar.

Contohnya di Singapura. Air yang dirawat itu bukan air dari sungai tapi air kumbahan. Sebab itulah kosnya tinggi berbanding dengan kita. Sistem rawatan yang kita lakukan sekarang ini ialah merawat air sungai dan bukannya merawat air kumbahan.

Jadi, tidak adillah kalau hendak dibandingkan dengan Singapura.

Kalau hendak juga air percuma, mungkin boleh diambil di Gunung Ledang. Kos yang perlu dikeluarkan seperti bayaran pemandu lori, tol dan minyak. Saya ingat kosnya lebih tinggi daripada buka pili paip di rumah.

Jadi, tak bolehlah kata air ini anugerah Tuhan seperti ‘orang itu’ yang dikatakan anugerah Tuhan.

AIDCNews: Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu krisis air ini?

Beliau langsung tidak tahu tentang ekonomi. Buktinya, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau cuba memujuk Perdana Menteri supaya membuat pinjaman dengan IMF. Disebabkan faktor beliau tidak tahu ekonomi, maka beliau dipecat.

Keduanya, beliau tidak dibayar setimpal dengan jawatan yang dipegang. Dengan gaji RM1, apa yang beliau boleh lakukan. Mungkin juga Kerajaan Negeri Selangor melihat beliau bukanlah pakar ekonomi. Sebab itulah dibayar RM1.

AIDCNews: Apakah strategi perang ke atas SYABAS ini didalangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor ?

Saya sendiri tertanya, apa masalahnya yang sebenarnya? Kalau dilihat dari segi luaran dan dalaman, SYABAS tidak bermasalah.

Saya selalu berpesan kepada kakitangan, walaupun kita diasak, kita tetap teruskan kerja dan jangan dengar tomahan-tomahan tersebut, kerana ini akan melemahkan semangat kita.

Kalau mereka mogok, bukan kita sahaja yang susah tapi seluruh Malaysia.

oleh AIDC News

Apa Agenda Anwar Di Sebalik Isu Air Selangor? (Bhg. 1)

0


AIDCNews – Ketika pengurusan air yang dikendalikan oleh SYABAS beroperasi dengan lancar, tiba-tiba Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor membangkitkan isu tersebut. Dibangkitkan di parlimen, malah disusuli dengan ceramah-ceramah di seluruh Selangor.

Semua ini seakan dirancang, apa agenda Anwar sebenarnya ?

Untuk merungkai persoalan ini AIDCNews bertanyakan Abdul Halem Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS .

AIDCNews : Mungkinkah semua ini ada kaitan dengan pemberian air percuma ?

Abdul Halem : Mereka telah berjanji dalam manifesto pilihanraya untuk memberikan air percuma sekiranya mereka menang. Waktu itu sekadar manifesto, tetapi tanpa disedari mereka telah pun memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan. Sudah tentu janji mereka ditagih rakyat. Jadi air percuma telah dimulakan selepas April 2008.
Kerajaan negeri minta kepada SYABAS, 20 meter padu air percuma yang bersamaan RM11.40 sen. 20 meter padu disubsidi kerajaan negeri yang selebihnya dibayar sendiri oleh pengguna.
AIDCNews : Bagaimana dengan pelaksanaannya ?

Pada saya, pemberian air percuma satu langkah yang baik. Tetapi pelaksanaannya tidak dibuat kajian yang menyeluruh.

Kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM11 juta sebulan kerana menunaikan janji air percuma itu. Disebut dalam Selangorkini (portal milik kerajaan negeri), kerajaan negeri ‘kehilangan RM11 juta sebulan’ kerana memberi air percuma kepada rakyat.

Dan pemberian air percuma ini mesti ditulis dalam bil pelanggan yang ditanggung oleh kerajaan negeri sebanyak RM11.40 sedangkan kerajaan pusat tidak buat begitu ketika memberi subsidi beras, gula, minyak dan sebagainya.

Pemberian air percuma pula merangkumi semua rakyat Selangor tanpa mengira golongan kaya atau miskin. Jadi golongan yang kaya yang ada rumah mewah, rumah banglo, kolam renang pun dapat air percuma. Golongan sederhana kaya pun dapat air percuma. Golongan miskin pun dapat.

Golongan yang dapat itu hanyalah yang memiliki meter individu sahaja. Mereka yang tidak guna meter individu, contohnya rumah pangsa kos rendah, rata-rata mereka golongan mereka berpendapatan rendah yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati sepenuhnya pemberian subsidi air ini jika dibandingkan dengan yang memiliki meter sendiri.

Bayangkan subsidi Rm11.40 untuk 400 unit rumah pangsa kos rendah, sedangkan golongan yang kaya juga mendapat subsidi RM11.40 untuk sebuah banglo mereka. Jadi berlaku ketidakadilan.

Kemudian ada golongan miskin di kampung, golongan miskin di bandar, setinggan dan sebagainya, kebanyakan anak mereka ramai, jadi untuk mereka menggunakan air di bawah 20 meter padu ini agak mustahil. Kebanyakan mereka guna lebih daripada 20 meter padu, sampai 40 meter dan sebagainya. Jadi mereka hanya menikmati subsidi RM11.40 sen, yang selebihnya mereka tetap kena bayar sendiri.

AIDCNews : Kenapa SYABAS wujudkan Tabung Budi ?

Ada di kalangan golongan miskin tersebut tak mampu nak bayar bil. Bila tak mampu bayar, dalam sistem bil, nama mereka akan tersenarai sebagai bil tertunggak. Pegawai yang memotong bekalan air ini akan berpandukan kepada senarai tertunggak tersebut.

Kebetulan yang kena potong bekalan ini adalah orang yang susah. Jadi, bila kita semak dan siasat kenapa golongan ini tidak membayar bil, rupanya mereka ini golongan yang daif, anak ramai, pendapatan rendah.

Berdasarkan kepada siasatan itu, SYABAS mengambil inisiatif di kalangan orang yang mampu bersepakat menyerahkan kelayakan subsidi air kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Maknanya, kita dapat air percuma RM11.40 sebulan. Jadi, RM11.40 ini kalau dikumpul sepuluh orang, kita akan dapat RM114.00, kalau dua puluh orang kita dapat RM228.00.

Ada sampai peringkat kita tolong jelaskan bil-bil tunggakan golongan susah itu, baiki paip-paip yang sudah lama dan pada masa yang sama kita biayai air mereka secara percuma selama 6 bulan. Bukan sekadar 20 meter padu tapi mengikut yang mereka pakai.

SYABAS hanya pemudahcara untuk mewujudkan Tabung Budi. Untuk mengkordinasi di kalangan penyumbang ini, kita mulakan dengan kakitangan. Kakitangan Pengurusan Kanan seramai 100 orang, kita serahkan hak kita (subsidi percuma) yang sudah diterima setahun lepas sebanyak RM138.00. Jadi, kita dapat sebanyak RM13,800.00 dan diserahkan kepada golongan yang sepatutnya. Mereka sangat terharu dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menyelesaikan masalah mereka.

Apabila usaha yang dibuat ini mendapat publisiti, maka semakin ramai orang berhajat untuk memberikan sumbangan ini. Kita tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai seperti sumbangan kepada tabung-tabung lain. Konsepnya adalah anda serahkan kelayakan mendapat bekalan air percuma kepada tabung ini.

AIDCNews: Bagaimana prosesnya ?

Kita dah tolak siap-siap bil air kita sebanyak RM11.40, yang kita bayar adalah baki selebihnya. Kita dah jimat di situ. Kita terima bil seperti biasa. Pemberian air percuma itu sudah ditolak.

Contohnya, kalau bil air anda RM51.40. Kemudian ditolak RM11.40, jadi baki yang perlu dibayar ialah RM40.00. Sepatutnya kita kena bayar RM51.40. Cuma perlu bayar RM40.00. Jadi kita sudah jimat sebanyak RM11.40. Penjimatan itulah yang kita serah kepada tabung ini.

Ini bermakna, kita tidak pulangkan kepada kerajaan tapi kita beri kepada Tabung Budi untuk disalurkan kepada orang yang benar-benar memerlukan. Sebab itulah kita wujudkan tabung ini untuk memudahkan mereka yang hendak menyerahkan hak ini seolah-olah menderma air percuma ini kepada orang yang benar-benar memerlukan.

Tabung ini mula mendapat sambutan dan kesedaran daripada orang ramai. Kita ada jawatankuasa yang menilai siapa yang layak menerima sumbangan ini. Kelayakan ini dinilai berdasarkan pendapatan isi rumah, keadaan rumah dan sebagainya.

Ini bukan pembiayaian oleh SYABAS tapi oleh orang yang mendermakan hak kelayakan air percuma mereka. Sebab itulah diwujudkan Tabung Budi yang dibuka kepada orang ramai seperti yang dilakukan oleh kakitangan SYABAS dan Puncak Niaga.

AIDCNews : Adakah wujud suara-suara tidak puas hati tentang Tabung Budi ?

Tabung Budi ini mungkin menjadi satu tamparan kepada kerajaan negeri yang mengatakan ini merupakan satu tindakan yang jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mungkin ada pihak-pihak yang menidakkan kewajaran Tabung Budi ini dengan memberi notis supaya menutup tabung ini kerana melanggar syarat-syarat perjanjian penswastaan.

Kalau syarikat-syarikat luar negara, boleh mewujudkan CSR melalui program-program kebajikan, kenapa usaha yang dibuat oleh SYABAS ini harus dipertikaikan. Sedangkan SYABAS bertindak sebagai pemudah cara dalam pengagihan sumbangan ini.

Ini konsep ‘Dari Rakyat kepada Rakyat’. Bukan dari “SYABAS kepada Rakyat” atau “Dari Kerajaan Kepada Rakyat”. Ini berbeza sama sekali.

Oleh kerana ketidakfahaman konsep inilah, maka ada pihak yang mempertikaikan kewajaran Tabung Budi ini kerana dianggap sebagai satu tamparan dalam mengstrukturkan semula siapa yang patut diberi air percuma ini.

Kalau dilihat dari sudut positif, kita sebenarnya melengkapkan pemberian air percuma oleh kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri tidak memberi air percuma, Tabung Budi ini tidak akan wujud.

Kalaulah Tabung Budi ini dibatalkan, akan memberi implikasi kepada dua pihak. Kedua pihak itu tidak ada kena mengena dengan SYABAS. Pertama, pihak yang menerima dan kedua pihak yang menyumbang.

Ada juga tuduhan yang mengatakan Tabung Budi ini untuk membiayai operasi SYABAS dan sebagainya. Kalaulah dalam Tabung Budi ini ada RM50 juta atau RM100 juta dan sebagainya, logiknya duit ini akan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan kos operasi, sedangkan ini duit rakyat. Logik, kalau ada pemikiran begitu walaupun benda itu tidak berlaku.

Setakat ini, kutipan tabung ini hanyalah ada RM200,00.00. Dari RM200,00 inilah diagih-agihkan kepada rakyat yang layak menikmatinya. kemudian, tidak ada, kos-kos pengurusan pun. Kalau RM100,000 kita kutip, RM100,000 itulah yang kita agih-agihkan. Tidak ada kos kakitangan yang urus tabung tersebut atau kos sewa premis. Tidak ada.

Sebab itu tidak ada kewajaran untuk membatalkan tersebut. SYABAS mempertahankan tabung ini untuk kebajikan rakyat.

AIDCNews: Setakat ini macam mana keberkesanan Tabung Budi membantu rakyat?

Bantuan kepada orang ramai ini bergantung kepada sumbangan. Contohnya, semasa tabung ini mula-mula ditubuhkan, kita hanya ada RM13,000.00 sahaja. Jadi, kita agihkan mengikut kapasiti RM13,000.00.

Sewaktu dilancarkan pada September lepas, 14 keluarga yang layak mendapat sumbangan ini. Selepas ini, kita akan buat penyerahan tiap-tiap minggu. Contohnya, kita telah serahkan sumbangan ini kepada tiga keluarga yang dikategorikan sebagai miskin bandar.

Saya anggap kita sebagai pemudahcara. Contohnya, kalau kita mahu menderma kepada sesebuah masjid. Mestilah ada tabung untuk memudahkan kita. Begitu jugalah dengan peranan yang dimainkan oleh SYABAS. Kita sediakan kemudahan itu.

AIDCNews : Benarkan SYABAS secara semborono menaikkan tarif air ?

Tarif air ini tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya macam kita menjual cendol. Ia mestilah diwartakan oleh Kerajaan Negeri. Ia mesti dipersetujui oleh semua pihak. Mesti dipersetujui tiga pihak iaitu SYABAS, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

SYABAS telah ada perjanjian dengan kerajaan negeri berkenaan terma-terma tarif air serta KPI ditetapkan untuk kenaikan tarif air tersebut. Setelah dua tahun pertama beroperasi, SYABAS lulus KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu. Itupun dikira lambat setahun daripada yang sepatutnya. Tetapi, kerajaan negeri waktu itu gentleman, seperti dalam perjanjian, kalau tak dapat naik tarif, mereka akan bagi pampasan. Dan pampasan itu diberikan.

AIDCNews : Sesetengah negeri pengurusan air bermasalah, bagaimana dengan Selangor ?

Tiap-tiap negeri ada pengurusan air mereka sendiri. Sebelum ini, tiap-tiap negeri berada di bawah Jabatan Bekalan Air yang dipecahkan daripada Jabatan Kerjaraya.

Kebanyakan industri air ini menghadapi masalah. Masalah yang asas. Pertama sekali, dari segi tarif air. Memang di mana-mana pun tarif air itu rendah. Kebanyakan tak dapat menampung kos pengurusan. Mungkin pengurusan biasa itu cukup. Tapi untuk peningkatan kualiti dan sebagainya ini tidak cukup.

Misalnya, paip-paip lama perlu diganti. Paip-paip lama ini menyumbang kepada kualiti air. Masalah paip pecah, kebocoran dan sebagainya. Apabila berlaku paip pecah, pengguna juga akan menghadapi masalah.

Keduanya, pihak pembekal juga akan menghadapi masalah dari segi kehilangan air tanpa hasil. Sewaktu SYABAS ambil alih dulu, kadar kehilangan air tanpa hasil sebanyak 42 peratus. Maknanya air hilang, tidak sampai kepada pengguna. Misalnya, jika 100 peratus pengeluaran air, hanya 48 peratus sahaja yang sampai kepada pengguna, yang selebihnya hilang. Jadi, air yang tidak dibilkan sama ada kerana paip bocor, kecurian air dan sebagainya

Maknanya, yang boleh disalurkan kepada pengguna ini, hanya 48% sahaja, sebab 42% hilang disebabkan paip pecah, bocor dan sebagainya. Ini akan menyumbang masalah-masalah kepada syarikat bekalan air ataupun jabatan-jabatan bekalan air. Jadi, untuk mengelakkan masalah-masalah ini, memerlukan kos yang tinggi termasuklah penggantian paip.

Polisi dan tarif air setiap negeri berbeza-beza. Beberapa negeri masih ditadbir oleh Jabatan Bekalan Air melainkan beberapa negeri yang diperbadankan. Contohnya di Pulau Pinang. Selangor juga diperbadankan pada satu ketika dahulu, dan di Johor telah diswastakan kepada Syarikat Bekalan Air Johor. Kemudiannya Selangor mengikuti langkah Johor diswastakan untuk memberikan kecekapan kepada pentadbiran air tersebut.

AIDCNews : Sejarah penswastaan air di Selangor ?

Mula diswastakan pada tahun 1996 dimulai dengan loji-loji rawatan. Dari segi edaran, Jabatan Air Selangor telah diperbadankan menjadi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Tapi masih berhadapan dengan masalah-masalah asas yang saya sebut tadi, PUAS berhutang sebanyak 4.2 bilion dengan syarikat-syarikat pembekal air seperti Puncak Niaga, SYABAS Konsortium dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).

Hutang ini melibatkan lebih 2 bilion, kemudian ditambah pula dengan hutang-hutang yang tidak dapat dijelaskan kepada kontraktor-kontraktor. Kontraktor ini bekerja setiap hari di mana ada paip pecah di situ lah mereka bekerja. Ini sahaja menelan kos lebih kurang RM500 juta.

Kemudian, hutang Kerajaan Negeri Selangor masih berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700 juta kerana hendak menyelamatkan PUAS ketika itu.

Disebabkan masalah-masalah ini, SYABAS ditawarkan untuk mengambil alih tadbir urus air di Selangor melalui penswastaan.

Sebagai anak Selangor yang rasa bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang baik, memulihkan industri bekalan air Selangor, YBhg Tan Sri Razali sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.

Seolah-olah, mengambil alih sebuah banglo yang buruk, lama dan usang, sedangkan banglo tersebut mempunyai hutang yang banyak di bank. Setelah diambil alih, SYABAS strukturkan semula sistem penyelesaian masalah hutang tersebut. Kemudian dibaiki menjadi lebih elok dan akhirnya, banglo itu menjadi cantik.

AIDCNews : Ketidakcekapan pengurusan pentadbiran akan membantutkan pengurusan air kepada pengguna ?

Perkara utama menambahkan kecekapan sistem pungutan hutang. Hutang-hutang ini sekiranya tidak dijelaskan, empat organisasi mungkin akan berhadapan masalah.

Pada masa dulu, PUAS mengalami masalah kewangan. Kemudian tiga syarikat yang membekalkan air (Puncak Niaga, SYABAS dan SPLESH) juga tidak mendapat pembayaran. Bila tidak mendapat bayaran, syarikat ini juga menghadapi masalah untuk membayar gaji kakitangan mereka.

Ini untuk kos-kos operasi dan baik pulih. Di Selangor dan Kuala Lumpur, ada 23, 000 km paip. Jadi, nak ganti paip-paip lama ini kepada paip-paip baru untuk memastikan bekalan air bersih, berkualiti, tidak berkarat dan tidak pecah, semua ini memerlukan kos yang tinggi.

Jadi, waktu itu, industri ini tidak dapat mengeluarkan dana untuk menampung kos tersebut. Malahan, kakitangan pun tidak mencukupi. Macamana nak tambah kakitangan kalau dana pun tidak mencukupi. Sedangkan 7 juta orang pengguna, berbanding dengan 1,500 orang kakitangan.

Dengan penswastaan ini, struktur tersebut dapat disusun semula. Dari segi hutang, pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL), dan rancangan penggantian paip-paip lama untuk mengelakkan kehilangan air tanpa hasil.Kita sudah kenalpasti, lebih kurang 6000 paip jenis mudah pecah perlu diganti. Ini semua melibatkan kos.

video


SYABAS juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada kontraktor-kontraktor. Malah, memberi peluang pekerjaan kepada 1,500 orang anak-anak Selangor.

Hari ini, rata-rata mengatakan perkhidmatan SYABAS jauh lebih baik daripada sebelum ini. Seperti konsep rumah banglo yang saya katakana sebelum ini, kenapa rumah yang cantik ini harus diberikan kepada orang lain?

Kenapa industri air ini diswastakan kepada SYABAS ? Jadi, ramai yang tak tahu. Segala perbelanjaan untuk peningkatan kualiti telah dibiayai. Untuk memastikan semua ini beroperasi dengan baik, kita pinjam duit bank, pinjaman mudah dengan pihak kerajaan dan lain-lain.

Dalam perjanjian ini, sudah tentulah ada syarat-syaratnya. Maknanya, kalau berdasarkan tarif yang sedia ada, mungkin kita tak dapat buat semua ini. Boleh kita buat pinjaman bank, tapi macam mana nak membayarnya kembali ? - Bersambung ke Bahagian 2

oleh AIDC News.