Selasa, 30 November 2010

Rakyat Selangor tolong langsaikan hutang Bank Islam Sahak GAGAP???

0


Nota: ** Teks ini merupakan draf ucapan yang mungkin berbeza dari ucapan saya yang sebenar di dalam Dewan Negeri Selangor.

- adalah dimaklumkan dalam ucapan tadi terdapat banyak celahan dan banyak huraian di luar teks terutamanya mengenai isu air. Justeru saya tertinggal para 89 daripada ucapan saya tadi. Harap maklum.

Tuan Speaker dan Sidang Dewan yang mulia,

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu terima kasih kerana memberi laluan kepada Sungai Panjang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang yang bertajuk “Suatu Enakmen bagi Penggunaan Sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi tahun 2011, dan peruntukan wang itu bagi perkhidmatan pada tahun tersebut” yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Dato Seri Menteri Besar semalam.

Tuan Speaker dan sidang Dewan sekalian,

1. Sungai Panjang ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar yang membentangkan satu belanjawan yang berimbang dengan anggaran pendapatan sebanyak SATU RIBU EMPAT RATUS TIGA PULUH JUTA RINGGIT (RM 1, 430 JUTA) dan perbelanjaan sebanyak SATU RIBU EMPAT RATUS TIGA PULUH JUTA RINGGIT (RM 1, 430 JUTA).

2. YAB Menteri Besar dengan bangganya mengisytihar bahawa belanjawan kali ini merupakan belanjawan berimbang yang merupakan kesinambungan kepada Belanjawan Negeri Selangor pada 2009 dan 2010.

3. Sebenarnya tidak wujud belaanjawan berimbang seperti yang di dakwa oleh YAB Menteri Besar pada tahun 2009 dan 2010.

4. Telah dua tahun berturut-turut Selangor mengalami Belanjawan Defisit biarpun semasa pembentangannya menunjukkan ia merupakan belanjawan yang berimbang. Pada 2009, Kerajaan Negeri membentangkan satu Belanjawan berimbang dengan jumlah SATU RIBU EMPAT RATUS JUTA RINGGIT.

5. Namun dalam sidang Dewan Negeri Selangor penggal kedua dan ketiga tahun 2009 kerajaan negeri telah membentangkan Belanjawan Tambahan sebanyak dua kali yang kesemuanya berjumlah RM 578, 445, 168.68 (LIMA RATUS TUJUH PULUH LAPAN JUTA, EMPAT RATUS EMPAT PULUH LIMA RIBU, SERATUS ENAM PULUH LAPAN RINGGIT DAN ENAM PULUH LAPAN SEN)

6. Justeru keseluruhan Belanjawan 2009 ialah SATU RIBU SEMBILAN RATUS TUJUH PULUH LAPAN JUTA, EMPAT RATUS EMPAT PULUH LIMA RIBU, SERATUS ENAM PULUH LAPAN RINGGIT DAN ENAM PULUH LAPAN SEN (RM 1, 978, 445, 168.80)

7. Kerajaan negeri bernasib baik apabila berlaku pertambahan dalam pendapatan negeri dan juga atas silap mata “round tripping” hutang Talam, maka pada akaun akhir tahun 2009 kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM 65.96 juta (ENAM PULUH LIMA JUTA, SEMBILAN PULUH ENAM RIBU RINGGIT). Jika tidak defisit yang dicatatkan pastinya lebih besar.

8. Trend ini sangat membimbangkan kerana kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional telah pun berjaya mewujudkan belanjawan berimbang dan mempunyai lebihan, atau dengan izin, surplus, dalam akaun kerajaan negeri sejak 2006.

9. Pada 2006 akaun kerajaan negeri mempunyai lebihan sebanyak RM 72.51 juta. Ia kemudiannya meningkat kepada 131.88 juta pada 2007. Namun pada tahun 2008, tahun transisi pentadbiran dari Barisan Nasional kepada Pakatan, akaun kerajaan negeri mempunyai lebihan yang berkurangan kepada hanya RM 49.1 juta.

10. Akhirnya pada tahun 2009, akaun kerajaan negeri mengalami defisit sebanyak RM 65.96 juta. Hampir-hampir sama pula dengan hutang Ijok kepada Bank Islam yang sedang dibicarakan di Mahkamah.

11. Apabila Belanjawan 2010 dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini pada November 2009 dengan anggaran pendapatan dan perbelanjaan berjumlah Satu Ribu Tiga Ratus Juta Ringgit (RM 1.3 bilion), saya menyatakan bahawa ia belanjawan yang realistik.

12. Namun saya turut mengingatkan bahawa keadaan yang sama dilakukan dalam Belanjawan 2009 tetapi akhirnya lain yang berlaku. Peruntukan tambahan demi peruntukan tambahan diminta.

13. Ketika itu, Bukit Antarabangsa dengan pantas menyanggah saya dalam satu portal berita internet, saya petik kata Hulu Kelang, “We do not spend more than what we (have). We get RM 1.3 bilion, we spend RM 1.3 bilion”. Namun, kita semua tahu apa yang Bukit Antarabangsa pertahankan itu, akhirnya beliau sendiri terpaksa menelannya kembali.

Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,

14. Ketika saya digantung, Dewan ini telah membentangkan dua Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2010.

15. Dalam sidang Dewan pada bulan April lalu peruntukkan tambahan sejumlah RM 69 juta telah dipohon dan diluluskan. Pada bulan Julai pula, satu lagi Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2010 dibentangkan dengan permohonan peruntukan sebanyak RM 117 juta. Kini dalam sidang November ini, satu lagi peruntukan tambahan dipohon dengan jumlah RM 8 juta. Keseluruhan belanjawan tambahan tahun ini ialah RM 194 juta.

16. Jadi keseluruhan Belanjawan 2010 ialah sebanyak SATU RIBU EMPAT RATUS SEMBILAN PULUH JUTA RINGGIT atau secara ringkasnya, RM 1.494 BILION. Ini bermakna kerajaan negeri pada tahun ini, secara atas kertasnya, akan mengalami defisit sebanyak RM 194 juta.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian

17. Menurut anggaran, kerajaan negeri dijangka mampu meningkatkan pendapatan sehingga RM 1.35 bilion pada tahun ini. Namun sehingga 30 September 2010, kerajaan negeri khabarnya baru mengutip pendapatan sebanyak RM 1.03 bilion. Ini bermakna ia masih jauh daripada pendapatan yang dianggarkan iaitu RM 1.35 bilion pada tahun 2010. Saya ragu-ragu ia mampu dicapai menjelang hujung tahun ini. Jika tercapai pun ia masih jauh dari keseluruhan Belanjawan tahun ini sebanyak RM 1.494 bilion.

18. Justeru pada tahun hadapan kita akan melihat akaun kerajaan negeri tahun 2010 dalam keadaan defisit sebanyak hampir RM 144 juta iaitu kira – kira 10% daripada belanjawan keseluruhan.

Tuan Speaker dan sidang dewan yang dihormati,

19. Tahun 2009 Selangor mengalami defisit RM 65.98 juta, tahun 2010 dijangka akan defisit RM 144 juta atau mungkin lebih. Apa akan terjadi pada tahun 2011? Saya khuatir menjelang pilihan raya umum akan datang pada 2013, Selangor akan termasuk dalam muflis kerana perbelanjaan tidak berhemah ini.

20. Jika dahulu Selangor menjadi kontroversi dengan isu babi mungkin akan datang Selangor akan dibandingkan sebagai, dengan dengan izin, PIGS Countries. PIGS Countries ini bukanlah merujuk kepada negara penternakan babi tetapi merujuk kepada Portugal, Ireland, Greece dan Sepanyol (PIGS) yang berhadapan dengan masalah kewangan dengan serius.

21. Justeru kita khuatir Belanjawan ini merupakan satu lagi anggaran palsu dan tidak jujur memandangkan angka-angka yang hampir sama dibentangkan dalam Belanjawan 2009 dan 2010 tetapi kemudiannya peruntukan tambahan demi peruntukan tambahan dipohon sehingga menyebabkan berlakunya Belanjawan defisit.

22. Apakah makna Belanjawan 2011 ini? Ia tidak lebih daripada belanjawan angan-angan politik semata-mata di bawah slogan dulunya Merakyatkan Ekonomi Selangor sekarang ini Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Kerajaan Persekutuan Lebih Jujur

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,

23. Berbanding kerajaan Negeri Selangor, tampaknya kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak lebih jujur dan ikhlas dalam membentangkan Belanjawan 2011.

24. Beliau tidak segan silu membentangkan belanjawan defisit biarpun tahu akan menjadi mangsa kritikan dan hentaman pembangkang. Dalam pembentangan Bajet negara di Dewan Rakyat baru-baru ini, ramai dari pakatan yang mengkritik Bajet defisit kerajaan persekutuan sebanyak 5.1%.

25. Ini tidak dapat dielakkan kerana tanpa perlu melaungkan slogan merakyatkan ekonomi negara, Kerajaan Persekutuan memberi subsidi yang begitu banyak kepada rakyat sama ada dari segi bantuan kepada rakyat miskin, biasiswa, subsidi petrol dan gas, subsidi petani dan nelayan, subsidi gula, geran penyelidikan, perniagaan dan lain-lain lagi. Pada tahun lalu sahaja kerajaan membelanjakan hampir RM 75 bilion untuk pelbagai jenis subsidi, geran dan peruntukan sosial. Siapakah sebenarnya yang merakyatkan ekonomi?

26. Kerajaan persekutuan juga perlu membelanjakan banyak wang untuk menjana pembangunan negara dan meningkatkan infrastruktur luar bandar termasuk di negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan.

27. Namun kerajaan Persekutuan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak bersikap hipokrit seperti kerajaan negeri Selangor. Anggaran dan perancangan Bajet yang dibuat berasaskan keperluan dan angka-angka yang realsitik. Justeru biarpun tahu akan menelan kritikan dan hentaman, kerajaan persekutuan tetap membentangkan satu bajet yang defisit.

28. Inilah bentuk kerajaan yang diperlukan oleh rakyat, kerajaan yang jujur membentangkan anggaran bajet biar pun nampak tidak cantik.

29. Sebaliknya kerajaan negeri membentangkan satu belanjawan yang berimbang agar nampak cantik indah dari segi politik tetapi setiap sidang Dewan, kerajaan negeri akan meminta belanjawan tambahan.

Tuan Speaker,

30. Sungai Panjang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan sejumlah lebih Lima Ratus Enam Puluh Tiga Juta Ringgit (RM 563, 211, 131.00) kepada kerajaan Negeri Selangor pada 2009. Pada 2010 sahaja sebanyak RM 480 juta telah disalurkan sehingga 30 September 2010.

31. Tanpa peruntukan Persekutuan ini, pastinya defisit kerajaan negeri akan bertambah banyak. Biarpun peruntukan ini diberi mengikut lunas undang-undang dan hubungan Persekutuan-Negeri, jadilah seperti budaya Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Janganlah amalkan sikap seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu.

32. Ada juga ucapan-ucapan pemimpin Pakatan yang mendakwa sumbangan Persekutuan kepada Selangor sedikit berbanding sumbangan Selangor kepada Persekutuan. Terlebih dahulu perlulah dimaklumkan jumlah yang diterima oleh kerajaan hari ini dengan sebelum ini lebih kurang sama sahaja. Tiada berlakuknya anak tiri atau sebagainya.

33. Memang benar Selangor banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Namun apakah Pakatan lupa bahawa Persekutuan juga banyak membelanjakan wang membangunkan prasarana dan infrasturktur yang bertaraf dunia di Lembah Klang yang akhirnya turut dinikmati oleh Selangor. Saya fikir sejak dahulu sehingga sekarang telah berpuluh bilion ringgit dibelanjakan oleh Persekutuan untuk membangunkan Selangor secara langsung atau tidak langsung.

34. Pembangunan jalan raya, keretapi, komuter, LRT, Pelabuhan, pemberian pengecualian cukai, pusat pentadbiran Putrajaya, Lapangan Terbang Subang dan kemudiannya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Cyberjaya, Universiti-universiti tempatan di Selangor merupakan peruntukan Persekutuan. Banyak lagi kalau mahu disebutkan.

35. Selangor harus mengakui jika Persekutuan memilih untuk memajukan kawasan lain terlebih dahulu maka belum tentu Selangor semaju ini, apatah lagi jika ditadbir oleh mereka yang perasan pandai tetapi tidak tahu berbuat apa-apa untuk meningkatkan ekonomi negeri.

36. Justeru janganlah dihasut dan diapi-apikan semangat kenegerian yang tidak tentu hujung pangkal sehingga menafikan sumbangan Persekutuan dan Barisan Nasional kepada Selangor.

Tuan Speaker,

37. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, manusia mana yang tiada kelemahan. Atas prinsip itu saya akui bahawa kerajaan yang lalu bukan sebuah kerajaan sempurna. Namun yang di sebelah sana sedarlah bahawa apa yang dikecapi oleh rakyat Selangor hari ini termasuk pemimpin Pakatan hasil sumbangan Persekutuan dan parti pemerintah kerajaan negeri terdahulu.

38. Saya hanya mampu berdoa agar pimpinan negeri hari ini tidak menjadi seperti monyet mendapat bunga atau si kudung mendapat cincin.

Laporan Audit Negara Mengenai Selangor Membimbangkan

Tuan Speaker

39. Dalam pembentangan semalam, Ijok menegaskan 4 strategi dalam belanjawan 2011. Sungguhpun diulas tampak cantik dan bergaya, namun bila ditilik dan diteliti banyak retorik dari isi.

40. Strategi pertama menguruskan sumber negeri secara bijaksana sangat meragukan berdasarkan angka-angka yang telah saya nyatakan tadi mengenai pengurusan belanjawan dan juga kewangan negeri.

41. Ini disokong pula oleh Laporan Audit Negara 2009 yang baru diterbitkan telah memberi beberapa petunjuk atau indikator yang sangat merisaukan kita terutamanya membabitkan sumber negeri.

42. Dalam dewan yang mulia ini dua tahun tahun lalu, YAB Menteri Besar berjanji untuk meningkatkan kutipan hasil pasir kepada RM 150 juta setahun. Setelah dua tahun penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd hasil yang diperolehi tidak seberapa berbanding pemerkosaan tanah milik kerajaan negeri.

43. Apabila teguran dan pandangan dibuat mengenai masalah perlombongan pasir ini kerajaan negeri mengatakan mereka telah mengatasi isu curi pasir ini dan pendapatan kerajaan negeri dari hasil pasir meningkat jauh lebih tinggi daripada kerajaan lalu.

44. Lalu dengan tidak segan silu kerajaan hari ini mendakwa kerajaan lalu gagal mendapatkan hasil pasir yang sepatutnya. Seantero negeri mereka mendakwa mereka lebih hebat daripada kerajaan lalu dan ada juga membuat komentar kononnya kerajaan lalu bersubahat dengan pencuri pasir.

45. Fakta yang tidak pernah berani diakui oleh Kerajaan Negeri ialah kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional telah menghetikan sebarang perlombongan pasir atas tanah kerajaan sejak 2005 lagi. Kerajaan juga membenarkan pasir di bawa masuk dari negeri lain demi menjaga muka bumi Selangor ini agar suatu hari nanti rakyat Selangor tidak terpaksa tinggal di dalam kawah-kawah lombong pasir.

46. Saya percaya jika kerajaan lalu memberi permit yang begitu intensif seperti hari ini untuk perlombongan atas tanah milik kerajaan nescaya pendapatan pasir ini lebih besar daripada yang didapati oleh kerajaan negeri hari ini.

47. Anehnya, tiada pula badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan Alam Sekitar memekik dan melolong mendesak kerajaan negeri menarik balik permit perlombongan pasir hari ini. Agaknya kerana Bukit Lanjan di dalam kerajaan hari ini, semuanya yang dulu kononnya pejuang alam sekitar sehingga menebang pokok untuk buat rumah dan jalan pun tidak boleh, sekarang hanya memejam sebelah mata terhadap pendedahan Utusan Malaysia beberapa bulan lalu terhadap kawah-kawah besar di atas muka bumi Selangor.

48. NGO-NGO ini sudah menjadi seperti tikus di dalam jelapang padi. Bumi Selangor diperkosa untuk hasil tidak sampai RM 10 juta setahun. Sudah papa kedanakah negeri Selangor sejak dua tahun kebelakangan ini?


49. Laporan Audit mengenai hasil pasir juga sangat menakutkan. Menurut laporan Audit Negara, kewujudan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) tidak mencapai matlamat. Hasil pasir Selangor pada tahun 2009 hanyalah RM 4.62 juta sahaja. Ini sangat mengejutkan memandangkan kawasan-kawasan yang diteroka begitu besar.

50. Sejak awal tahun ini kami di pihak pembangkang telah membangkitkan banyak isu mengenai pasir dan KSSB ini termasuk jumlah kutipan royalti yang tidak setimpal dengan keluasan tanah kerajaan yang dirosakkan.

51. Bila dicuit KSSB ini, saya pun hairan kerana bukannya YAB Menteri Besar atau EXCO terbabit yang melatah tapi Sri Muda yang tampak menggelabah. Tidaklah tahu saya mengapa, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Tuan Speaker,

52. Beberapa hari selepas keluarnya laporan audit, YAB Menteri Besar, membuat penjelasan mengenai hasil pasir negeri. Beliau mendakwa hasil pasir sebenar pada tahun 2009 ialah RM 13.7 juta dan pada tahun ini, sehingga Jun 2010 ialah RM 15.3 juta.

53. Berdasarkan sikap dan tingkah laku kerajaan negeri yang sering memberi kenyataan yang mengelirukan, saya lebih mempercayai laporan Audit Negara. Apatah lagi laporan tersebut dihantar oleh kerajaan negeri sendiri. Apa yang berlaku dalam kenyataan beberapa hari lalu ialah tindakan menyelamatkan diri.

54. Sebenarnya angka yang disebut oleh Menteri Besar minggu lalu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Berdasarkan keluasan dan “kerajinan” pengusaha pasir sejak 2009 sehingga sekarang dan bukti-bukti fizikal kawah muka bumi seperti di bulan berada di Selangor, jumlah sebenarnya mungkin jauh lebih besar dari RM 13 juta dan 15 juta tersebut.

55. Namun mengapa dengan tiba-tiba sahaja akaun hasil pasir berjumlah RM 4.62 juta pada 2009 boleh menjadi RM 13.76 juta? Mengikut maklumat, pengusaha pasir ini perlu membayar dahulu sebelum dikeluarkan doket jadi bagaimanakah kerajaan negeri Selangor menyatakan ia merupakan pembayaran lewat pada 2009?

56. Adakah ada pengusaha tertentu mendapat permit dan doket tanpa membayar terlebih dahulu? Jika benar mengapa terjadi begitu?

57. Satu lagi kemungkinan ialah wang sebanyak RM 9.14 juta yang tidak dikesan oleh Audit Negara merupakan wang yang berada di dalam KSSB. Nampak gayanya “syarikat orang tengah” mendapat lebih berbanding tuan punya tanah. Ini diakui sendiri di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam.

Tuan Speaker dan sidang dewan sekalian,

58. YAB Menteri Besar juga berjanji akan membaik pulih semua tanah kerajaan yang telah dilombong pasirnya. Sehingga hari ini kita belum mendengar sabarang langkah pemulihan dirangka dan diumumkan. Dalam Belanjawan 2011 juga tiada sebarang peruntukan khusus bagi membaik pulih tanah-tanah bekas tapak perlombongan pasir ini. Inikah yang dikatakan strategi menguruskan sumber negeri yang berkesan? Berkesan untuk siapa?

59. Alangkah anehnya, ketika beliau membuat kesimpulan bahawa pentadbiran beliau telus dan berazam membetulkan kesilapan-kesilapan pentadbiran lalu, apa yang menjadi realiti ialah pentadbiran beliau bukan sahaja tidak terurus malah cemerkap dan gagal memberi maklumat yang tepat kepada Audit Negara.

60. Mungkin YAB Menteri Besar perlu jelaskan berapa banyak permit lombong pasir atas tanah kerajaan negeri yang dikeluarkan pada 2006 dan 2007 berbanding 2008 dan 2009. Barulah boleh dibuat perbandingan yang jelas kecekapan kerajaan negeri. Tanah-tanah milik negeri di lombong sesuka hati sekarang ini sedangkan semasa BN dahulu kita tidak lagi mengeluarkan permit melombong atas tanah kerajaan.

Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian,

61. Walau apa pun cakap-cakap politik pihak sebelah sana, angka-angka menunjukkan Pakatan mengambil Kerajaan negeri ketika kedudukan kewangan yang sangat kukuh dalam sejarah negeri. Justeru kita mengalu-alukan strategi kedua belanjawan kali ini untuk memantau pengurusan perbelanjaan yang cekap.

62. Namun jika bersandarkan Laporan Audit Negara 2009, baki wang tunai di akhir akaun yang menunjukkan peningkatan yang konsisten sejak 2005 sehingga 2007, telah menunjukkan trend penurunan mulai 2008.

63. Wang tunai kerajaan meningkat dari RM 415.63 juta pada 2005 kepada RM 570.54 juta pada 2006 dan RM 776.44 juta pada 2007.

64. Namun apabila Pakatan mengambil alih pentadbiran jumlah wang tunai makin berkurangan. Bagi akaun berakhir tahun 2008, kerajaan negeri hanya mempunyai wang tunai sebanyak 733.44 dan seterusnya hanya tinggal RM 617.20 juta pada akhir akaun 2009. Berasaskan trend belanjawan defisit yang melampau dilaksanakan oleh kerajaan negeri maka saya jangkakan apabila akaun 2010 ditutup jumlah wang tunai kerajaan negeri akan susut dengan lebih banyak lagi.

65. Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2011 ini saya tidak nampak bagaimana kerajaan negeri akan mampu meningkatkan wang tunai kerajaan. Lagi tiga hingga empat tahun mungkin kerajaan negeri tiada lagi wang tunai.

66. Bagaimanakah kerajaan negeri boleh memantau Pengurusan perbelanjaan yang cekap sekiranya pejabat Menteri Besar sendiri sentiasa memohon peruntukan tambahan? Agaknya terlebih belanja memasang papan-papan iklan gergasi mempromosi muka YAB Menteri Besar.

Tuan Speaker
67. Sebagai menyahut strategi ketiga Belanjawan Kerajaan Negeri iaitu mendorong pembangunan modal Insan, saya ingin mencadangkan agar dewan ini merakamkan ucapan takziah dan memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa-mangsa banjir di utara terutamanya Kedah yang masih dalam keadaan teruk dan serius.

68. Ini adalah satu bentuk tindakan yang boleh menjadi contoh dan ikutan generasi muda agar terus subur semangat kemanusiaan dan keinsanan dalam membantu mangsa-mangsa bencana alam.

69. Jika kerajaan negeri boleh berhabisan dalam meletakkan papan-papan iklan besar, dengan izin billboard, muka YAB Menteri Besar seantero Selangor hanya untuk mengucapkan selamat hari raya dan juga beberapa iklan lain, apalah salahnya menggunakan sedikit peruntukan pejabat Menteri Besar menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

70. Menurut laporan beberapa blog, telah berjuta ringgit dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk untuk memasang billboard yang dipaparkan gambar YAB Menteri Besar. Ada billboard Selamat Hari Raya, ada billboard isu air, ada billboard Tabung Warisan dan macam-macam lagilah billboard yang semuanya ada muka YAB Menteri Besar di seluruh negeriSelangor ini.

71. Tidak salah memasang billboard ini cuma lihatlah kepentingannya. Saya akui zaman saya juga ada billboard ini tapi ia bertujuan mengiklan nombor telefon, alamat pejabat dan maklumat wakil rakyat di kawasan terbabit. Mudah untuk rakyat mengetahui bagaimana hendak berhubungan dengan wakil rakyat mereka. Bukan macam sekarang lebih mudah akhbar menghubungi wakil rakyat Pakatan berbanding rakyat biasa.

72. Namun ketika itu bukan main lagi jerit pekik pihak sebelah sana menyatakan pembaziran dan sebagainya. Hari ini, mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Tuan speaker dan sidang dewan yang dimuliakan

73. Sungguhpun saya menyokong strategi pembangunan modal insan ini namun saya lihat apa yang kerajaan negeri perkatakan tidaklah serupa yang dilakukan. Agaknya modal insan yang bagaimana mahu dibangunkan jika sekarang ini di segenap pelusuk Selangor penuh dengan rumah urut, pub, pusat hiburan, pusat perjudian berlindung di sebalik kafe siber dan spa. Yang merisaukan saya ialah maklumat yang saya dapati menunjukkan sebahagian besar pusat-pusat hiburan dan kesihatan sekarang ini tidak segan silu menawarkan aktiviti pelacuran.

74. Pandamaran boleh menegakkan benang basah mengatakan tiada permit baru diluluskan. Kononnya yang ada hanyalah 700 yang diluluskan oleh kerajaan negeri dahulu. Hakikatnya sesiapa sahaja di jalanan boleh membuat penilaian betapa pusat-pusat ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak akhir 2008. Malah di kawasan-kawasan luar bandar termasuk Sabak Bernam, Sungai Besar dan Sekinchan sudah ada pub dan rumah urut.

75. Ini bukan sekadar isu orang Islam kerana pusat-pusat seperti ini merosakkan remaja tanpa mengira bangsa mahu pun agama. Malahan banyak juga keluarga bukan Islam yang hancur kerana suami lebih membuang masa bersama gadis-gadis di pusat-pusat hiburan ini.

76. Pusat hiburan dan aktiviti kurang sihat ini bertambah berkali ganda berbanding zaman Barisan Nasional, namun Gombak Setia boleh pula mendiamkan diri. Malah tidak segan silu mengisytiharkan negeri ini sebagai Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur. Semalam Ijok dah jelaskan maknanya.

77. Kalau Gombak Setia tak boleh jawab mungkin Bangi boleh tolong bantu, bagaimanakah sebuah negeri yang dianggap sebagai Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur mensasarkan pendapatan dari pusat hiburan meningkat sehingga RM 30 juta pada tahun hadapan?

78. Untuk menutup isu ini kerajaan negeri melancarkan kempen anti zina. Malangnya kempen ini hanya menimbulkan jenaka di kalangan rakyat kerana ada Ahli Jawatan Kuasa kempen ini pun dikatakan mempunyai hubungan luar nikah dengan suami orang. Ada juga yang hadir dalam pelancaran tersebut orang yang pernah menghalang pihak berkuasa menutup sebuah pusat pelacuran di Puchong.

79. Mungkin inilah konsep "Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghaffur" baru yang dirangka oleh Gombak Setia, seorang pakar motovasi islam yang termahsyur suatu ketika dahulu.

80. Betul atau tidak hanya tuan empunya diri yang tahu. Inilah masalah jika terlalu kerap mencari kesalahan orang sehingga lupa mengurus rumah sendiri.

Tuan Speaker dan sidang dewan yang dimuliakan,

81. Sungai Panjang juga menyokong usaha melestarikan pembangunan negeri Selangor atas semangat mahu melihat negeri yang dibangun dan dimajukan oleh Barisan Nasional sebelum ini tidak terus tertinggal seperti setahun dua kebelakangan ini.

82. Justeru bagaimanakah kerajaan negeri mahu melestarikan pembangunan jika kerajaan negeri tidak berusaha meningkatkan pelaburan asing dan domestik dengan giat. Berdasarkan belanjawan semalam kita tidak nampak strategi yang jelas bagi menarik pelaburan asing.

83. Kerajaan negeri tidak menyatakan sebarang fokus dalam menangani cabaran menarik pelaburan pada tahun hadapan. Apakah-apakah keistimewaan atau bidang tumpuan kerajaan negeri dalam menarik pelaburan luar dan tempatan pada tahun hadapan?

84. Sungguhpun diumumkan mengenai minatnya pelabur China untuk membuka universiti dan hospital di Hulu Selangor namun tidak ada satu bukti konkrit pun yang nampak di mata rakyat setelah hampir dua tahun setengah memerintah.

85. Jika tidak silap saya sejak mengambil alih kerajaan negeri, ini sahajalah yang dijaja dan diumumkan oleh Bandar Kinrara yang bertanggung jawab mengenai pelaburan. Namun sehingga hari ini belum dengar sebarang MOU mahu pun perbincangan yang serius antara kerajaan negeri dengan pelabur terbabit.

Tuan Speaker dan sidang dewan yang dimuliakan,

86. Baru-baru ini Setiausaha Politik Menteri Besar membuat kenyataan bahawa saya menyebabkan kerugian sebanyak RM 8 bilion ketika mengadakan perundingan dengan Syabas. Malangnya tidak pula diterangkan bagaimana saya menyebabkan kerugian ini. Inilah masalah dengan kerajaan yang suka berbohong kepada rakyat dan cakap ikut sedap mulut.

87. Perlu diingat rundingan isu air ini dilakukan oleh Kerajaan Persekutun dan Syabas kerana hutang Jabatan Bekalan Air Selangor masih berhutang sebanyak RM 786 juta. Ia dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai kepakaran dan pemahaman yang mendalam mengenai industri air bukannya sekadar loyar cabuk yang pandai berkata-kata.

88. Ini pun diketahui oleh kerajaan negeri kerana mereka mempunyai akses kepada dokumen. Tapi kerana sifat perangai suka menipu, mereka suka menyiarkan cerita bohong untuk memburukkan musuh politik mereka sesuka hati tanpa fakta, maka tuduhan dan fitnah dibuat sesuka hati.

89. Saya cabar YAB Menteri Besar buktikan bagaimana saya menyebabkan kerugian RM 8 bilion seperti makna dakwaan Setiausaha Politik beliau. Atau mungkin benar seperti cakap di luar sana bahawa Setiausaha Politik Menteri Besar lebih berkuasa daripada Menteri Besar. Semuanya perlu melalui Setiausaha Politik beliau. Jika PKR ada pemimpin de facto mungkin Selangor juga sudah ada Menteri Besar de facto.

90. Baru-baru ini timbul pula pengumuman baru. Kerajaan negeri mengumumkan aset air negeri berjumlah lebih kurang RM 10 bilion. Nilaian ini dijangka akan dituntut oleh kerajaan negeri kepada Persekutuan apabila berlakunya penstrukturan semula air. Apakah nilaian RM 10 bilion ini? Adakah ia termasuk empangan dan kawasan simpan sekitarnya? Jika demikian apakah ini bukan menjual hak milik kerajaan negeri?

91. Ada juga berpendapat anggaran RM 10 bilion ini termasuk aset yang dinilai oleh kerajaan negeri sebanyak RM9.7 bilion termasuk 1,601 tangki air bernilai RM1 bilion yang sebahagiannya dibangunkan oleh pemaju perumahan yang telah pun dibayar oleh pembeli rumah, dan lebih 24,000 km paip bernilai RM7.8 bilion yang mana sebahagian besarnya diserahkan oleh pemaju-pemaju perumahan juga sebenarnya telah dibiayai oleh pembeli-pembeli rumah bagi kawasan tersebut.

92. Jika semua ini dijual kepada kerajaan persekutuan, maka Perbadanan Aset Air Berhad tiada pilihan kecuali melepaskan kos ini kepada pengendali air. Pengendali air pula akan melepaskan kos terbabit kepada pengguna. Ini bermakna pengguna perlu membayar sekali lagi untuk paip-paip mereka yang telah mereka biayai melalui pembelian rumah dan premis sebelum ini. Inilah cerita kartun abad ini yang dicipta oleh tokoh-tokoh propaganda sebelah sana.

93. Sehingga hari ini kerajaan negeri tidak mendedahkan bagaimana ia memperolehi anggaran tersebut. Walau apa pun perkiraan dan anggaran, jika kos menstrukturkan semula air di Lembah Klang berharga RM 10 bilion, siapakah yang akan mampu menguruskannya. Jika ini dijadikan panduan, kos menstrukturkan semula air seluruh semenanjung akan memakan jumlah hampir RM 100 bilion.

94. Apakah ini menjaga kepentingan pengguna atau menjaga kantung pemimpin Pakatan di Selangor? Apakah pada pandangan kerajaan negeri yang bijaksana, RM 10 bilion ini tidak akan dikembalikan kosnya kepada pengguna? Memanglah kalau mahu meletak harga RM 20 bilion pun kita boleh letak. Namun persoalannya siapa akan membiayai dan apa kos kepada rakyat.

95. Saya terbaca kononnya ada sebuah syarikat berminat mengambil alih industri air Selangor sebanyak RM 10.8 bilion. Tapi apakah ada jaminan harga tarif air kekal seperti hari ini atau lebih rendah seperti janji kerajaan Persekutuan? Saya tidak fikir ada bank akan membiayai pembelian sebesar itu dengan harga tarif air hari ini. Jika ada pastinya bekas tokoh korporat terkemuka sudah melakukannya melalui KDEB.

96. Perlu juga saya jelaskan bahawa cadangan penstrukturan semula melalui KDEB ini telah dirancang sejak 2006 lagi. Jadi janganlah pula barisan kepimpinan yang ada di sebelah sana hari ini perasan sebagai idea hebat dan dengan izin “brilliant” bekas tokoh korporat GLC sahaja ini.

97. Ada juga yang baru menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar tidak sampai beberapa bulan sudah mahu tunjuk pandai macam berada dalam pentadbiran kerajaan berpuluh tahun. Kadang-kadang hendak jawab pun malas sebab terasa memperbodohkan diri sendiri.

98. Jika dilihat kenyataan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, nyata Kerajaan Negeri telah beberapa kali berdolak dalik dalam isu penstrukturan semula ini. Saya dimaklumkan Kementerian telah memberi laluan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengetuai penstrukturan air di Selangor ini ini tetapi ia gagal dilaksanakan.

99. Pastinya KDEB pun gagal sebab mana mungkin penstrukturan ini mampu dijalankan jika kita mahu membekalkan air murah kepada rakyat tetapi perlu membayar RM 10 bilion kepada kerajaan negeri. Agak-agak bila boleh dapat pulangan modal tersebut? Siapa mahu memberi pinjaman RM 10 bilion untuk industri yang dikawal harganya ini?

Tuan speaker dan sidang Dewan yang dihormati sekalian,

100. Selain itu, dalam Belanjawan semalam, YAB Menteri Besar menyatakan peruntukan sebanyak RM 34.5 juta untuk menampung bayaran 20 meter padu percuma dan RM 8 juta bagi menampung subsidi kupon bagi meter pukal. Peruntukan sebanyak ini mencerminkan anggaran belanjawan yang tidak realistik. Kerajaan membuat andaian berdasarkan kemungkinan penstrukturan semula air mengikut cadangan kerajaan negeri. Ia belum tentu berjaya lagi atau diselesaikan dalam masa terdekat ini.

101. Jika pada tahun lalu sahaja kerajaan negeri memerlukan RM 100 juta dengan anggaran jumlah pemilik meter individu makin bertambah, bagaimana kerajaan boleh membuat anggaran yang berkurangan? Inilah antara contoh-contoh yang saya sangat khuatir akan menyebabkan belanjawan tahun hadapan akan menjadi pisang yang berbuah berkali-kali.

Tuan Speaker dan sidang dewan yang dihormati sekalian

102. Akhir sekali, saya khuatir pembentangan belanjawan yang tidak jujur seperti ini akan mengelirukan rakyat biasa. Rakyat akan berpendapat segala-galanya indah belaka dalam kerajaan hari ini, jika bersandarkan pembentangan Belanjawan setiap tahun.

103. Kekhuatiran ini ada asasnya kerana Ahli Parlimen Shah Alam sendiri berpendapat Selangor mempunyai belanjawan lebihan atau “surplus” dengan izin. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Shah Alam tersebut dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai mempersoalkan keputusan kerajaan Persekutuan memberi bayaran bantuan RM 500 kepada kakitangan kerajaan dalam keadaan belanjawan defisit. Beliau berkata Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai belanjawan lebihan.

104. Jika Ahli Parlimen Shah Alam yang merupakan antara pakar strategi Pakatan pun boleh tertipu dengan Kerajaan Negeri apatah lagi rakyat biasa.

105. Adalah menjadi harapan saya agar Belanjawan 2011 ini tidak lagi akan menjadi seperti belanjawan 2009 dan 2010. Saya berharap tidak ada lagi Rang Undang-undang Peruntukan Tambahan 2011 dikemukakan dalam dewan yang mulia ini pada tahun hadapan. Jika ada, nyatalah belanjawan 2011 ini pun tidak lebih daripada belanjawan mat jenin.

Sekian, wabillah hitaufik wahidayah, wassalamualaikum warrahmatullah
hiwabarakatuh. Terima kasih.


Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

Isnin, 29 November 2010

Lirik Lagu Kekanda Adinda – Adek Min ft Abang Anu

0





Lirik Lagu Kekanda Adinda – Adek Min ft Abang Anu

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda jadi timbalan
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support anak ikan

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam parti kita
Tapi Kanda mahu Putrajaya

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan kita
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

*Lirik lagu asal....Kekanda Adinda Monoloque ft Atilia

Video Tersangat Melampau !! Kurang Ajar !!

0


Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Pemimpin bukan Islam PKR semakin menjadi-jadi mencemar ayat-ayat Al-Quran dan membuat tafsiran sendiri. Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam adalah yang terbaru, memanipulasikan Surah Al-Imran.

Ustaz PKR yang 'diiktiraf' memanipulasikan ayat Quran oleh Anwar & Wan Azizah.

Yang sangat menyedihkan sekali ialah apabila si Kesavan bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, semua perwakilan PKR yang hadir menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.





Surah Al-Imran 190 :-

إِنَّفِي خَلْقِالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِوَاخْتِلاَفِاللَّيْلِوَالنَّهَارِلآيَاتٍلِّأُوْلِيالألْبَابِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

Tetapi Kesavan Subramaniam secara terang-terangan telah menyalahtafsirkan pula ayat 191 Surah Al-Imran :-

"Agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."

Padahal, tafsiran ayat 191 Al-Imran sebenarnya adalah seperti di bawah :-

الَّذِينَيَذْكُرُونَاللّهَقِيَامًا وَقُعُودًاوَعَلَىَجُنُوبِهِمْوَيَتَفَكَّرُونَفِي خَلْقِالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِرَبَّنَامَاخَلَقْتَهَذا بَاطِلاًسُبْحَانَكَفَقِنَاعَذَابَالنَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):` Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Yang lebih menyakitkan hati umat Islam di negara ini ialah cara pemimpin bukan Islam yang menafsir sekerat-sekerat atau sebahagian sahaja ayat-ayat Quran untuk kepentingan diri mereka.

Jika kita rujuk tafsiran ayat 189 Al-Imran, apakah si kafir Kesavan Subramaniam mahu mempercayai maksud surah tersebut ?

وَلِلّهِمُلْكُالسَّمَاوَاتِوَالأَرْضِوَاللّهُعَلَىَكُلِّشَيْءٍقَدِيرٌ

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Perkasa atas segala sesuatu.

Jika ya, Kesavan Subramaniam sudah tentu menganut agama Islam tetapi beliau masih lagi berstatus kafir dan pasti tidak percaya bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan Allah swt. Tidakkah itu hipokrit namanya?

Yang lebih jelas hipokritnya ialah perwakilan Islam PKR yang mengangguk setuju seperti orang jahil dan dungu. Patutlah parti PKR sangat berkeras mahu menentang 'ketuanan Melayu' kerana mereka sendiri tidak faham apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah dan Anwar Ibrahim!

Penulis tidak akan faham jika masih ada orang Islam yang mahu mempertahankan kemungkaran yang dilakukan oleh Kesavan Subramaniam itu. Mereka itu sudah melampau dan jahil sesungguh-sungguhnya!

Sungguh menyedihkan !


mymassa: Dari Sufyan bin Waki’, dari Suwaid bin Amru al-Kalbi, dari Abu Awanah, dari Abdul a’laa, dari Said bin Jubari, dari Ibnu Abbas radhiyAllahu ‘anhuma, dari Rasulullah [saw] yang bersabda (maksudnya): “Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur’an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya didalam neraka” (HR.Ahmad 1/233,269,293,323,327 An-Nasa’i No.109,110 Fadhailul Qur’ani) menurut Imam Tirmidzi “Hadis ini bertaraf hasan”

Jumaat, 26 November 2010

KONGRES PKR: ZIKIR MENUJU PUTRAJAYA BERGEMA

0


Kongres PKR yang bermula hari ini (26/11/2010) akan mengumpulkan sebilangan ahli-ahli PKR daripada 400, 000? ahli parti tersebut seluruh negara. Seperti tahun-tahun lepas, perkataan Putrajaya tidak akan terlepas daripada mulut pemimpin PKR, sedangkan PKR tidak bertanding pada PRU 12 di Parlimen Putrajaya. Kenapa? Sebenarnya, Putrajaya merupakan simbolik kepada cita-cita PKR untuk memerintah Malaysia. “Menuju Putrajaya” pula merupakan kata keramat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Ramai yang tidak tahu Putrajaya sebenarnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim. Ini kerana, semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, dialah yang meluluskan pembangunan Putrajaya. Anwar Ibrahim juga bercita-cita untuk merasmikan Putrajaya sekiranya dia berjaya merampas kerusi Presiden UMNO dari Tun Dr. Mahathir. Sri Perdana juga menjadi idaman sebagai mahligai yang akan didiami. Malangnya, perancangan Yang Maha Kuasa mengatasi perancangan manusia tamak bernama Anwar Ibrahim. Dia bukan sahaja gagal merampas kerusi Presiden, malah ditendang keluar dari UMNO dan jatuh dari kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sri Perdana yang menjadi idamannya bertukar ke Penjara Sungai Buluh yang juga diluluskan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan.

Sebab itulah isu projek mega Kerajaan termasuk Putrajaya hanya timbul setelah Anwar dibuang dari Kerajaan. Anwar menggunakan isu pembinaan projek-projek mega untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan dan kebencian terhadap PM ketika itu, Tun Dr. Mahathir sehingga Tun digelar Mahazalim @ Mahafiraun kerana meneruskan projek mega ketika negara mengalami krisis kewangan. Ada juga fitnah-fitnah Anwar dan pembangkang yang menuduh projek mega sebagai pun kejatuhan mata wang Malaysia. Fitnah-fitnah ini tidak berhenti di situ dan sehingga ke tahap menggelar Sri Perdana sebagai mahligai air mata serta melaungkan JANJI UNTUK MELELONG PUTRAJAYA SEKIRANYA MEREKA BERKUASA!!! Fitnah mereka berjaya dan rakyat benar-benar marah terhadap Kerajaan sampai ke tahap mana-mana plat kereta bernombor Putrajaya akan dicalar atau dirosakkan sekiranya diletakkan di Kuala Lumpur. Rakyat yang tertipu dengan Anwar menganggap penjawat awam sebagai musuh dan pengkhianat kerana sanggup bekerja dengan Kerajaan yang zalim.

Namun, selepas lebih 10 tahun perkara ini berlaku, Allah S.W.T telah membalikkan fitnah-fitnah pembangkang. Anwar yang terkenal dengan menggelarkan Sri Perdana sebagai Mahligai Air Mata mula memasang angan-angan untuk mendiami tempat tersebut. PAS yang terkenal untuk melelong Putrajaya pula sanggup menjilat ludah mereka sehingga membina markas terbesar mereka berdekatan dengan Putrajaya sebagai iltizam mereka untuk menguasai pusat pentadbiran Persekutuan.

KAMEN melihat Anwar Ibrahim tidak jauh bezanya dengan Smeagol atau Gollum, watak dalam The Lord of The Ring. Akibat terlalu lama menyimpan 'The One Ring', Smeagol sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan 'The One Ring' termasuk membunuh. Begitu juga dengan Anwar, asalnya dia seorang yang beriman namun berubah apabila terlalu lama memegang tampuk kuasa. Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk cuba menggulingkan Tun Dr. Mahathir. Seperti Smeagol yang sering menyebut “my precious” (merujuk kepada cincin yang tidak lagi dimiliki), Anwar juga selalu menyebut “menuju Putrajaya” merujuk kepada kuasa yang terlepas dari tangannya. Begitulah hikayat orang yang mabuk kuasa. Walaupun pernah menjawat jawatan nombor 2 negara, Anwar tak akan puas selagi belum menjadi nombor 1. Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjilat ludah-ludahnya (fitnah-fitnahnya terhadap Putrajaya). Tidak pelik jika menara warisan (100 tingkat) kini menjadi fitnah terbaru Anwar. Jika keadaan ekonomi tidak mengizinkan, kenapa Kerajaan Selangor melalui PKNS meneruskan PROJEK DATUM JELATEK YANG BERNILAI LEBIH 1 BILLION? Apakah Anwar lupa akan projek mega kerajaan negeri di mana dia sebagai Penasihat Ekonomi?


Datum Jelatek yang bernilai RM1.2 billion diteruskan keadaan ekonomi belum stabil.
Apa beza Datum Jelatek bernilai RM1.2 billion dengan Menara Warisan?

KAMEN : Anwar mudah lupa atau buat-buat lupa?

Khamis, 25 November 2010

Pemimpin perlu miliki ilmu, akhlak terbaik

1


MENJADI seorang pemimpin bukan semudah yang disangka. Sekiranya manusia tahu bebanan harus dipikul oleh seseorang pemimpin, mungkin tidak ada seorang pun manusia berebut menjadi pemimpin. Realiti di dunia hari ini memperlihatkan ramai manusia yang tergila-gilakan jawatan sebagai pemimpin sehingga sanggup bergolok gadai, bahkan ada yang sanggup bunuh membunuh hanya semata-mata untuk menjadi seorang pemimpin.

Islam meletakkan pemimpin sebagai pemegang tanggungjawab dan amanah, bukannya suatu keistimewaan yang perlu dibangga-banggakan. Besar atau kecil tanggungjawab itu berbeza bergantung kepada besar atau kecilnya bidang kepemimpinan. Bermula dengan pemimpin kepada diri sendiri yang bertanggungjawab kepada semua perkara yang membabitkan diri sendiri, sehinggalah pemimpin kepada sebuah negara yang bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Di akhirat nanti, Allah akan membezakan soalan dan perkiraan antara seorang pemimpin. Semakin besar wilayah kepemimpinan seseorang, semakin banyak perkara yang akan dihitung oleh Allah, dan perhitungan itulah yang akan menentukan banyak atau sedikitnya ganjaran atau seksaan bakal diterima seorang pemimpin.

Seorang manusia yang dilantik menjadi pemimpin harus mempersiapkan dirinya sendiri sesempurna mungkin untuk menghadapi segala dugaan dan ujian sepanjang menyandang sesuatu jawatan pemimpin itu. Dugaan yang bakal diterima oleh seseorang pemimpin akan berlipat kali ganda banyaknya kalau dibandingkan dengan seorang rakyat biasa. Selain mempunyai fizikal yang sihat, seorang pemimpin juga mesti mempersiapkan mindanya dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Persiapan dari aspek sahsiah juga tidak perlu dipandang mudah kerana inilah yang akan menentukan kualiti seorang pemimpin dan akan dihormati oleh orang di bawah pimpinannya.
Abu Zar Al-Ghifari pernah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang pemimpin kepada Rasulullah, lantas Rasulullah menepuk bahu Abu Zar sambil bersabda yang bermaksud: “Wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan sudah ditentukan dalamnya.”

Rasulullah menganggap Abu Zar lemah bukanlah dari aspek ketaatan kepada agama atau kelemahan Abu Zar untuk melawan hawa nafsu, tetapi kelemahan ketara mengikut pengamatan Rasulullah ialah kemampuan Abu Zar untuk bertegas dalam sesuatu keputusan, sedangkan kemampuan membuat keputusan itu amat penting bagi seseorang pemimpin sama ada keputusan itu berpihak kepada kawan atau lawan.

Betapa beratnya tugas pemimpin dan betapa besarnya amanah terpaksa dipikul menyebabkan Rasulullah tidak menyukai umat yang meminta-minta untuk menjadi pemimpin kerana beranggapan orang berkenaan sebagai terlalu yakin dan mempunyai maksud yang tersirat. Sekiranya Rasulullah membenarkan situasi perebutan kuasa ini berlaku di dalam Islam, sudah pasti akan timbul banyak penyelewengan, rasuah dan perpecahan di kalangan manusia. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Demi Allah kami tidak akan melantik pengendali tugas ini kepada seorang yang meminta-minta atau berusaha mendapatkannya.” Sebab itulah Islam lebih cenderung melantik seseorang pemimpin mengikut kemampuan sebenar atau diistilahkan sebagai ‘memberi hak kepada yang berhak’.

Seorang pemimpin seharusnya mengelak dirinya daripada dicemuh dan dibenci orang bawahan. Oleh itu dia harus bersikap adil dalam kepemimpinannya dan membina sahsiah diri agar dihormati lantaran kemuliaan akhlaknya. Seorang pemimpin tidak boleh sama sekali meletakkan perasaan takut di jiwa rakyatnya kerana kekuasaan yang ada padanya.

Pemimpin sudah semestinya tidak mampu melaksanakan tugas kepemimpinan seorang diri tanpa bantuan orang lain. Proses pelantikan pembantunya juga haruslah telus dan adil bagi memastikan perjalanan pentadbiran lancar. Kesilapan melantik pembantu juga akan mempengaruhi keberkesanan kepemimpinannya kerana banyak perkara akan diserahkan kepada pembantu ini. Pembantu harus dinilai dari aspek keimanan, kejujuran, kebolehan dan ketaatan. Pelantikan berdasarkan orang rapat atau orang yang suka mengampu wajar dielakkan kerana mereka inilah sebenarnya yang akan memusnahkan kepemimpinan seseorang itu.

Oleh kerana besarnya tanggungjawab dan amanah yang terpikul pada bahu seseorang pemimpin, maka Allah memberi satu janji yang sangat besar kepada mereka yang mampu melaksanakan amanah itu dengan meletakkan pemimpin berjaya ini sebagai golongan pertama daripada tujuh golongan untuk mendapat bayangan (perlindungan) Allah pada hari akhirat kelak.

Sebaliknya bagi mereka yang gagal meletakkan diri mereka sebagai pemimpin yang diredai, Allah menjanjikan satu balasan yang amat hina untuk mereka melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang mengetuai urusan orang Islam dan tidak bersusah payah untuk mengendalikan urusan mereka serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka, ia tidak akan masuk syurga bersama-sama mereka.”

Rasulullah juga memberi peringatan kepada pemimpin yang mengambil peluang ketika menjadi pemimpin untuk mengaut keuntungan peribadi dan menipu orang di bawah pimpinannya dengan hadis bermaksud: “Sesiapa yang dilantik untuk mengetuai urusan orang Islam dan mati ketika ia mengetuai urusan itu, pada hal dia menipu mereka, ia diharamkan oleh Allah daripada mendapat balasan syurga.”

oleh Kapten Mohd Abdul Wahab adalah Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)

Rabu, 24 November 2010

Hudud PAS, Antara Realiti dan Fantasi...

0


Ahli Parlimen PAS, YB Dr Dzulkefly Ahmad mengakui PAS sukar nak laksanakan Hudud.

Namun tuan-tuan, kita berdepan dengan waqi' yang lain. Banyak ni dah waqi' saya bercerita tentang waqi' malam ni. Waqi'nya negara kita ini adalah bukan 100% orang Muslim. Orang Islam...Melayu Islam. Ia bukan seperti Indonesia, ia bukan seperti Pakistan, dan juga tidak negara-negara timur tengah. Timur tengah dan Pakistan itu sendiri tidak dapat melaksanakan Islam yang dilaksanakan Islam dan syariat itu. Apatah lagi negara yang punya demografi, punya kependudukan yang hanya pecahannya 60-40 dan sistemnya untuk perlaksanaan fiqhu tatbiq bukannya kalau hendak dilaksanakan boleh dilaksanakan. Tidak. Kalau mahu dilaksanakan ianya mesti melalui proses...legislative process.

Di mana? Di Dewan Rakyat. Di Dewan Negara.

Khamis, 18 November 2010

Anwar Ibrahim is no Aung San Suu Kyi

0


By Rachel Motte

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim is in Australia this week, speaking on social justice, democracy, and his own legal woes. He has also addressed the recent release of Aung San Suu Kyi, the Burmese opposition politician, declaring that her release will mean nothing until she is permitted to take her place as the elected leader of Myanmar. Anwar has used Suu Kyi’s release to attract attention to his own political problems, arguing that Australia ought to speak out in the face of atrocities in both Myanmar and Malaysia:

“But I think they’re ill-advised if they proceed in this way…. I’m not suggesting that [the Australian government] should interfere, but they should express their views, they should promote civil society, as a vibrant democracy they’ve a duty…. But I think the issue of democracy, human rights, rule of law, they’re not something that you can just ignore. But I’m of course appreciative of the fact that Foreign Minister Kevin Rudd took time, and we had very, very useful discussions, some issues affecting both countries, and of course my personal predicament. But I always make it a point that they should extend the issue, the issue of freedom, human rights. It goes beyond Anwar’s personal case.”

The problem here is that “Anwar’s personal case” is very different from Suu Kyi’s, and Malaysia’s political landscape has little in common with Myanmar’s.

Aung San Suu Kyi was awarded the Nobel Peace Prize in 1991 for “her non-violent struggle for democracy and human rights”. Her father, Aung San, who negotiated Burma’s independence from the British Empire in 1947, was killed by his political rivals when Suu Kyi was only two years old. When her mother, a Burmese ambassador, died in 1989, Suu Kyi dedicated her life to fighting for democracy in Burma as her parents had done. She was active in Burma’s pro-democracy movement, and as a result was placed under house arrest in 1989; no charges were brought against her, and no trial occurred. Despite her confinement she won a landslide victory in the 1990 election, and would have become Prime Minister had the military not intervened.

Suu Kyi was released from house arrest just days ago, on November 13. During her confinement, which spanned fifteen of the past twenty-one years, she was usually separated from her family. She saw her husband, Michael Aris, only five times during the decade that preceded his death; even the intervention of such figures as U.N. Secretary General Kofi Annon and Pope John Paul II could not persuade her captors to allow Aris to join her. She was also separated from her two sons and lived in less than ideal physical conditions, sometimes without access to electricity.

Suu Kyi chose to live under these restraints rather than abandon her pro-democracy work; she was offered freedom in exchange for her leaving her country, but she refused.

If anyone has suffered for the cause of democracy, Suu Kyi has—yet Anwar Ibrahim, who has enjoyed the benefits of a trial, a team of lawyers, access to local, national, and international media outlets, his own political party, and the freedom to travel the globe, told Australians this week that “Australia needs to be more pronounced in its support for democracy… Otherwise you have a strong position on Burma, but not on the atrocities in Malaysia.”

Anwar is no Aung San Suu Kyi. Indeed, his actions as the co-founder of a front organization for the Global Muslim Brotherhood indicate that he is in fact opposed to the democratic ideals she has sacrificed so much for.

In the 1970’s and 1980’s, while Suu Kyi busied herself with the work that would later imprison her, Anwar served as a trustee for the World Assembly of Asian Youth. The Pew Forum describes the Assembly as being so intertwined with the Muslim Brotherhood that it is difficult to tell them apart.

In 2002, Suu Kyi took advantage of a brief respite from imprisonment to continue her work on behalf of Burmese freedom. Meanwhile, Anwar’s International Institute of Islamic Thought (IIIT) was named in a class-action suit brought on behalf of 9/11 family and survivors against organizations that helped fund radical Islamism.

In 2007, when Suu Kyi made her first state media address in the four years since her then current confinement had begun, the Muslim Brotherhood named Anwar’s IIIT in a list of twenty-nine of “our organizations and the organizations of our friends.”

Though Anwar clearly equates his own political and legal troubles in Malaysia to the human rights abuses Suu Kyi has worked to end in Myanmar, no one else should. Anwar and Suu Kyi may both be political opposition leaders in their respective nations, but their similarities end there.

newledger.com

Benarkah Negara Islam Terlaksana Jika Pakatan Memerintah?

0
Anuwar taichi bila disoal pasal hudud.


Jika DAP tak setuju.......PAS jadi pak turut.



Tiada dalam Perlembagaan PAS nak laksanakan negara Islam.

Jumaat, 12 November 2010

Fatwa terkini Pas ul-Khawarij: DEMI satu undi KAFIR, ORANG ISLAM boleh makan babi!!!

3

PART 1




PART 2




PART 3







BEGINDA MURTAD?

(Cabutan Sijil Perkahwinan & Sijil Kelahiran menunjukkan identiti Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda yang berbeza dengan cabutan butiran rasmi SPR (saperti dilampir dibawah))

Salam 2 all.

Semalam teman telah dedahkan isu bagaimana seorang budak bernama Basil Anak Beginda yang beragama Islam membawa sosej babi ke sekolahnya St. Thomas. DAP dan PKR yang kononnya menjuarai isu ini cuba menutup fakta bahawa budak itu beragama Islam. Sebaliknya memainkan isu rasis dan keagamaan, dengan mendakwa budak itu telah dianiaya dan hak perlembagaannya di nafikan. Malahan mereka menuduh cikgu Islam itu iaitu Cikgu Iskandar Fadeli adalah rasis dan ekstremis.

Apabila teman dedahkan bahawa budak itu adalah anak seorang Islam yang bapanya ialah Nor Azman Bin Abdullah, maka mengikut hukum syara' jelas budak itu beragama Islam, DAP cuba memesongkan isu ini dengan mengeluarkan sijil kelahiran budak tersebut yang kononnya dicatat sebagai bukan Islam. Dan yang paling menyedihkan, segelintir Ahli Parlimen PAS telah menyokong tindakan DAP & PKR ini!

"Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakirin - mereka (kafir & munafik) cuba menipu daya, tetapi ALLAH juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi semuanya!". Dan terbukti kebenaran ayat ALLAH itu. Sadaqallah hal 'adheem.

Tanpa kafir-kafir ini sedari, pendedahan dokumen sijil kelahiran itu telah membongkar satu lagi isu yang lebih besar. Nama bapa budak tersebut dicatat sebagai "Beginda Anak Minda" dan dalam ruang 'Agama' dicatat sebagai "Tiada Agama"!

Sejak semalam teman menerima banyak maklumat, termasuk beberapa dokumen saperti sijil perkahwinan Beginda ini dan cabutan maklumat pilihanraya lepas.

Saperti yang telah yang saya sebut semalam, saya mengenali Beginda ini secara peribadi semasa kes perbicaraan Anwar yang pertama dahulu. Beliau adalah salah seorang saksi utama kes itu, dan saya antara peguam yang mengendalikan beliau. Dan saya tahu beliau beragama Islam dengan nama Nor Azman Abdullah. Jadi persoalan sekarang ialah apa status sebenarnya Nor Azman @ Beginda ini? Adakah beliau punya pelbagai identiti? Kita cuba lihat fakta berikut:

a. 1998 - semasa kes Anwar, beliau dikenali sebagai Nor Azman Abdullah @ Beginda dan beragama Islam.

b. 25.12.1999 - menurut daftar perkahwinan No. 100554 Catatan No. 30/2009 bertarikh 29.07.2009 (pasal apa 10 tahun baru didaftar wallahua'lam), dicatat namanya sebagai "Beginda Anak Minda (600126-13-5269)" dan catatan agama sebagai "Tiada Agama" dan perkahwinan diakadkan pada hari Krismas "25 Disember 1999" di 'Rumah Nyawai Sg. Bebangan Kapit'.

c. pada 28.05.2000, lima bulan selepas itu, anak mereka bernama "Basil" dilahirkan. Mengikut catatan 'Daftar Kelahiran No. 103326 bertarikh 08.06.2000, nama bapanya dicatat sebagai "Beginda Anak Minda (600126-13-5269K)" dan diruang "Agama" dicatat "Tiada Agama".

d. Tetapi didalam Pilihanraya Umum Ke 10 yang diadakan pada 29.11.1999. Beliau bertanding sebagai calun PKR di kerusi P.188-Kapit atas nama Islamnya iaitu "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda". Beliau tewas teruk dengan hanya mendapat 843 undi (dan hilang deposit), lawannya Alexander Nanta Linggi (BN) mendapat 12,157 undi;

e. Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2001 pula, beliau bertanding sekali lagi atas tiket PKR di kerusi N. 24 Engkilili. Sekali lagi beliau menggunakan nama "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda", iaitu nama Islamnya. Sekali lagi beliau tewas teruk dengan hanya mendapat 173 undi (dan hilang deposit) kepada calun BN Toh Heng San (3,845 undi).

Dan kesemua ini berlaku dalam tempoh masa yang sama, diantara tahun 1998-2001! Apa yang jelas daripada fakta diatas, dua isu besar timbul iaitu:

1. apakah Nor Azman Abdullah @ Beginda mempunyai pelbagai identiti, sekurang-kurangnya berdasarkan fakta diatas menunjukkan beliau ada dua (2) identiti rasmi, satu hanya "Beginda Anak Minda" dengan catatan "Tanpa Agama", kedua nama Islam iaitu "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda";

2. apakah agama Nor Azman Abdullah @ Baginda ini? Adakah beliau sudah murtad? Sebab semasa kes Anwar 1998, beliau membawa nama Muslim. Kemudian dalam PRU 10 (Nov 1999) beliau mengguna nama Islam 'Nor Azman Bin Abdullah'. Tiba-tiba berkahwin sebulan lepas itu (Dis 1999) dengan nama lain dan "Tanpa Agama", dan lima bulan selepas itu beranak dengan nama lain juga catatan "Tanpa Agama". Tau-tau dalam PRN Sarawak 27 Sept 2001, beliau balik menggunakan nama Islamnya "Nor Azman Abdullah @ Beginda"!!

Saya mengalu-alukan langkah Kerajaan mengarahkan Jakim untuk menyiasat status agama budak bernama Basil ini dan status agama bapanya. Namun berdasarkan pendedahan dokumen oleh DAP semalam, yang menimbulkan keraguan serius kepada identiti bapanya, saya mendesak supaya:

1. Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat apakah "Nor Azman Abdullah @ Beginda" dan "Beginda Anak Minda" ini mempunyai identiti rasmi yang berbeza? Sekiranya benar, ini adalh isu serius membabitkan keselamatan negara kerana memberi gambaran seorang warganegara mempunyai pelbagai identiti rasmi;

2. Pihak Berkuasa Agama Negeri Sarawak dan JAKIM menjalankan siasatan menyeluruh dan mendalam samada "Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda" ini telah melakukan jenayah murtad. Sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil untuk membendung perkara ini.

Teman bercadang menutup dengan satu nasihat kepada segelintir pak jangoat yang menyokong DAP/PKR dalam isu anak orang Islam membawa sosej babi ke sekolah ini, janganlah agama digadai sampai sebegitu rupa hanya untuk kepentingan politik yang sempit. Pak jangoat-pak jangoat ini malah membuat kenyataan bahawa "teman ini ekstremis dan berfahaman sempit" hanya kerana mendedahkan fakta budak yang membawa sosej babi itu beragama Islam. Mereka kata mereka lebih liberal. Kalau mempertahankan maruah dan martbat Islam dilabel ekstremis, teman bersedia dilabel lebih daripada itu. Teroris pun tak pe, daripada dilabel "Muslim liberal" yang bersekongkol dengan DAP kafir harbi yang niatnya tidak lain nak menghancurkan Islam (Al Baqarah: 120). Kepada pak jangoat-pak jangoat ini, bertaubatlah, Kembalilah kepada perjuangan Islam sebenar. Ni sampai hasil arak pun dah halal, hasil judi pun boleh pakai, anak bini pun boleh jadi gadaian politik, apa nak jadi dengan kamu semua.

Yang baik itu datang dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri. Niat saya tidak lain hanyalah untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, dan moga ALLAH memerimanya sebagai sebahagian 'ibadah teman.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
03 Zulhijjah 1431
11 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Cabutan butiran Pilihanraya Umum Ke 10 Nov 1999 dan Pilihanraya Negeri Sarawak Sept 2001)

PILIHANRAYA UMUM 1999
BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.188-KAPIT

NAMA CALON : NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BAGINDA AK MINDA KEADILAN 843 HD
RICHARD NUJONG AK ABIT BEBAS 1,141 HD
ALEXANDER NANTA LINGGI BN 12,157 MNG

JUMLAH PEMILIH : 0
KERTAS UNDI DITOLAK : 227
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 14,422
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 54
PERATUSAN PENGUNDIAN : 65.75%
MAJORITI : 11,016


PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2001. - N.24 – ENGKILILI -

NORAZMAN ABDULLAH @BEGINDA KEADILAN 173 HD

TOH HENG SAN BN 3,485 MNG

JOHNICAL RAYONG NGIPA BEBAS 2,777

JUMLAH PEMILIH : 9,187
KERTAS UNDI DITOLAK : 72
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 6,512
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 5
PERATUSAN PENGUNDIAN : 70.88%
MAJORITI : 708




(Sidang akhbar di pejabat PKR mengenai isu budak dirotan kerana bawa sosej babi ke sekolah. Gambar kecil ialah Nor Azman Abdullah @ Beginda)





Salam 2 all.

Saya kesal dengan tindakan DAP dan PKR, dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen PAS*, yang memainkan isu seorang pelajar bernama Basil Anak Beginda (10 tahun) membawa makanan haram iaitu "nasi goreng + sosej babi" ke sekolahnya di Sekolah St. Thomas, Kucing, Sarawak. Mereka mendakwa pelajar ini dikenakan hukuman 10 kali rotan pada 15 Okt 2010 oleh Penolong Kanan sekolah En. Iskandar Bin Fadeli kerana membawa membawa "sosej babi" ke sekolah. Sedangkan pihak sekolah menyatakan budak itu dihukum atas sebab lain. PKR mendakwa ini melanggar hak perlembagaan budak tersebut!

Saya tidak berminat dengan isu hukuman rotan itu, kerana faktanya pun tidak jelas. Adakah beliau dirotan kerana sosej babi, atau kerana kesalahan disiplin yang lain. Pada saya kita tidak perlu melatah cepat sangat, kerana PKR yang memainkan isu ni pun jenis tak boleh dipercayai. Bukan kita kata, calun Timbalan Presiden PKR sendiri yang kata, "bahawa PKR ini penuh dengan kepalsuan dan hipokritus". Yang jelasnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah pun membuat penjelasan bahawa lapuran Jabatan Pelajaran menunjukkan kanak-kanak itu dirotan kerana kesalahan lain. Jadi isu kenapa dia dirotan pun tak jelas lagi, tau-tau DAP, PKR melompat memutar isu itu sebagai isu perkauman dan agama!


Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim!


Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam.


Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram didalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?". Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain. Dan apabila YB Speaker suruh mereka duduk dan diam, mereka terus melanggar peraturan dan membuat bising. YB Speaker tiada pilihan melainkan menghalau keluar Dewan!

Dan semasa nak keluar daripada Dewan, seorang MP pembangkang yang sepatutnya menggunakan pintu depan terus kebelakang menuju ke tempat duduk saya dan cuba menyerang saya dengan mencabar saya. Nasib baik Bentara Parlimen segera menahan beliau, kalau tidak..!! YB Bung Mokhtar meluru datang dan menasihatkan saya supaya duduk tenang dan jangan melayan. Dan saya terus dengan perbahasan saya.

Namun Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS terus menganggu ucapan saya kerana jelas mereka tidak mahu rakyat tahu isu sebenar. Mereka ingat mereka telah dapat isu besar bila membangkitkan isu konon Cikgu beragama Islam melarang pelajarnya memakan babi. Mereka tidak mahu rakyat tahu perkara sebenarnya, bahawa budak itu beragama Islam.

Dan saya hanya mendesak supaya Kerajaan menyiasat kedudukan status budak ini. Apakah benar dia dirotan kerana isu sosej babi atau sebab lain. Adakah benar dia masih beragama Islam? Yang saya hairan kenapa ibunya sahaja yang beriya-iya ke depan dalam isu ini? Apa agama ibu budak itu? Kenapa bapaya Nor Azman @ Beginda diam membisu? Kenapa mereka memilih untuk membesarkan isu ini menggunakan platform politik (gambar diatas jelas membuktikan!).


Pada saya, semua pihak sepatutnya berterimakasih kepada guru tersebut En. Iskandar Bin Fadeli yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan beliau sangat menjaga kerahsiaan dan sensitiviti isu ini bila menasihatkan ibu kepada si Basil iaitu Angela Anak Jabing supaya tidak membesar-besarkan isu ini kerana "ianya sensitif".

Tetapi mereka memilih platform politik pembangkang untuk memainkan isu ini (gambar atas yang cukup jelas). Dan bila isu agama si Basil sebagai seorang budak beragama Islam dibangkitkan, bagaimana dia boleh dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah, tiba-tiba mereka cuba menutup isu itu dengan menyatakan status agama Basil sebagai beragama Islam tidak relevan!!

Bagi saya, isu status agama Basil sebagai anak beragama Islam sangat relevan dan perlu di ambil tindakan wajar. Siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Pada Cikgu Iskandar Fadeli, tahniah kepada cikgu kerana mengutamakan agama dari segalanya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

02 Zulhijjah 1431

10 Nov 2010

*Nota: saya katakan segelintir MP PAS kerana semasa waktu rehat, beberapa sahabat Ahli Parlimen PAS datang menemui saya dan menyatakan rasa kesal ada beberapa kerat MP PAS yang mengambil pendirian menyokong DAP/PKR dalam isu ini. Saya memahami kedudukan mereka tidak boleh menyatakan pendirian dengan jelas, tetapi saya sangat berharap dan berdoa semoga kelak nanti ALLAH akan berikan kekuatan kepada mereka untuk menyatakan yang hak, walaupun ianya pahit. Wallahua'lam.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada media portal Sarawak Update yang pro-pembangkang)

PKR question no pork allowed in school

KUCHING – A pupil was allegedly caned 10 times on his palm for bringing fried rice cooked with pork sausage and the PKR Woman’s wing is crying foul over the issue as they held a press conference this afternoon.

The pupil, Basil Beginda was allegedly caned by the Penolong Kanan, Iskandar bin Fadeli who was from Simujan on October 15 (Friday) for bringing non halal food to school and is tramautised by the whole situation.

In a press conference this afternoon, the mother of the pupil, Angela Jabing with Vice Chairperson, Voon Shiak Ni, State Woman Chief, Ibi anak Uding, deputy woman chief, Nurhanim Hanna Dato’ Haji Mokhen said she was shocked to learn that her son was punished for bringing non halal food to school. “I have never received any written circular from the school that children cannot bring non halal food in the school,” she said.

On October 19th, Angela. also a PKR executive went ot the school to meet up with the Principle who was with Iskandar. Angela said instead of clarifying or apologizing on the reason for her son’s punishment, Iskandar claimed that he could not find it in his record the incident and he did not recall such incident.

He then asked Basil to come and Angela said she saw her son filled with fear looking at Iskandar. Basil told Iskandar that he was always advised by his mother not to offer his non halal food to the Muslim and he had never done so.

The Prinicipal, Alice Chung said Iskandar had announced during the school assembly in February this year that the students are prohibited to bring any non halal products to the school for their own consumption as a noble act to respect the Muslim students..

Iskandar then told Angela, “Jangan besar-besarkan’ hal kerana isu ini isu yang cukup sensitif di kalangan orang orang Islam…..

Not satisfied with the explanation, Angela wrote in for an explanation. On the third day, she got a call from the Principal and request to meet up on October 29. She insisted on a written reply.

The letter, she said did not answer her question on the issue of why her son was caned 10 times for eating friend rice with non halal sausage. “Is this a justified action to be taken by a school on the school children?” she asked.

Angela also seek to know why St. Thomas, a missionary school is trying to implement the non-halal food rules on the children brought from home or whether the instructions are from the Ministry of Education.

As a working mother and a non muslim, she said she is concern that her son was punished unjustifiable and she is unable to produce halal food as she is a non muslim.

Nurhanim Hannah Dato Haji Mokhsen said the situation is not good for 1 Malaysia concept. She said it’s only food and all children of different races should sit and eat together as one family. “It is the way to live together in harmony. We are Sarawakians with different cultures, different religions,” she said.

Nurhanim said she was shocked at the punishment and that a boy that young should go through the punishment. “He did not cook the food and if the teacher is unhappy, they should call the mother,” she added.

Voon, Vice Chairman of PKR said she wanted the Education department to investigate the matter and ensure that appropriate action be taken.

She said the letter from the school did not touch on why Basil was caned and the letter did not touch on the real issue. The letter also clarified that Iskandar had told Basil not to bring non halal food to school.

Angela said if Iskandar is sensitive to the feelings of the Muslims, he should also announced that there should be no beef brought to school as a respect to Buddhist and Hindi and no meat should be brought to school as vegetarian are not allowed to do so.

She added that she wanted Iskandar transferred and if he did that in the next school, this sort of educationist should be fired.

When contacted, Principal Alice Chung said she has no knowledge of such situation and asked when it happened. When told that she had replied a letter to the mother of the boy on the pork issue, Chung said she is not allow to talk to any press as it is a directive from the education department.

When asked on the matter, she said she has no comment. When asked if a parent wants to know the condition of the regulation on the food, Chung said there was never any regulation that disallow the children to bring pork to school. “Anyone can bring whatever food they want,” she added.


Oleh Zulkifli Noordin

Mymassa: Saksikan sendiri bagaimana seorang pemimpin PAS (selagi parti tersebut tidak katakan itu pandangan peribadinya, maka PAS turut terlibat) mati-matian mempertahankan tindakan seorang kanak-kanak Islam (bapanya Islam bukan?) yang makan makanan yang secara jelasnya HARAM!!! Jikalau dulu, banyak perkara syubhah yang dilakukan oleh PAS dikatakan halal akibat kekurangan hadis sahih atau terdapat hukum yang bercanggahan, tetapi kini mereka telah upgrade pengkhianatan terhadap Islam dengan mempertahankan isu anak orang Islam makan babi. Apakah mungkin selepas ini orang Islam di negara ini dibolehkan untuk memakan binatang yang berstatus najis mughallazah tersebut? DEMI satu undi daripada kafiruun, pihak yang cuba mempertahankan akidah dan kesucian hukum Islam di negara ini dikatakannya pula "Religious bigotry" atau lebih tepat lagi pelampau agama. Apakah Rasulullah SAW dan para sahabat, terutamanya Saidina Umar RA yang begitu tegas mempertahankan kesucian Islam juga merupakan Religous Bigotries? Ini Zulkifly Ahmad kena jawab. Apakah juga selepas ini umat Islam Kuala Selangor secara ekslusifnya boleh makan babi? Nampaknya tujuan utama Projek mega 100 juta untuk penternakan babi di Sepang semakin jelas kelihatan...

Selasa, 2 November 2010

GEMPAR!!! PAS tolong rampas tanah orang ASLI di Gua Musang untuk diberikan kepada Singapork!!!

0



Kami sungguh percaya PAS tidak berani tampil mempertahankan diri dengan pendedahan rampasan tanah orang asli di Pos Brooke. PAS dan rakan subahatnya, PKR dan DAP akan terus bermain dengan isu nasional dan mendiamkan diri dari membahas isu isu tempatan. PAS pastinya tidak mahu menempah maut.

Tanah yang dirampas bukan sahaja mengkayakan taukeh Cina Singapura dengan bisnes sayurnya, malah telah mencemar dan menjahanamkan alam sekitar. Dan yang paling penting, kerajaan PAS Kelantan telah merompak hasil kekayaan sumber bumi ... kayu balak, untuk mengkayakan kroni kroni Nik Aziz.





Nik Aziz menafikan dakwaan tersebut, Harakahdaily pun turut tumpang sekaki dengan yakin siarkan kenyataan beliau. Apakah benar kerajaan PAS Kelantan tidak tahu menahu tentang pencemaran alam sekitar dan aktiviti pembalakan haram yang berleluasa di penempatan orang asli Pos Brooke yang 90% majoritinya beragama Islam.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2008





Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kerajaan PAS Kelantan meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.





Kerajaan PAS Kelantan melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.

Syarikat swasta tersebut sepatutnya menyediakan Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Namun sehingga kini, syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan EIA.

Kerajaan negeri PAS Kelantan juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.





Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.
Amat jelas di sini kerajaan PAS Kelantan telah sekian lama mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana sanggup berbohong proses tender cukup telus, rupa rupanya ada pemimpin negeri yang terlibat dalam pemberian konsesi tersebut.





Siapakah yang terlibat?

Tinjauan Jabatan Audit Negara juga mendapati aktiviti pembalakan tersebut menyebabkan kerosakan serius kepada struktur tanah yang menyebabkan berlakunya runtuh, pokok tumbang dan kini sudah pun berlaku pencemaran sungai di kawasan penempatan orang asli Pos Brooke.


Dalam laporan audit juga turut disebut syarikat taukeh cina Singapura dengan bisnes sayurnya di penempatan orang asli Pos Brooke. Syarikat tersebut, Acomax Sdn Bhd tidak di ambil tindakan undang undang oleh kerajaan PAS Kelantan kerana tidak mempunyai permit jalan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).





Aktiviti syarikat tersebut juga turut menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar atas kerja melebar jalan, memotong pokok dan membuat cerun.


Padanla blogger Aspirasi Bangsa pening lalat memikirkan mana datangnya lori lori balak dalam perjalanannya ke Machang kelmarin. Penduduk tempatan pun tak pernah nampak sebegitu banyak lori keluar jam 5.00 petang pulak tu! Sudah tentu hasil balak tersebut digunakan untuk membiayai pilihanraya DUN Galas!





Itulah sebabnya PAS cukup takut untuk membahas isu tempatan sehingga kini!

Rupa-rupanya amalan rasuah dalam kerajaan PAS Kelantan lebih keji. Isu kronisme dan nepotisme betul-betul terkena batang hidung sendiri. Sedang rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, pemimpin PAS bersenang lenang hidup dalam timbunan wang hasil konsesi balak yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kepimpinan ulama pepat di luar rencong di dalam.

Persoalan yang menarik, siapakah di sebalik tadbir syarikat Telemont Sdn Bhd dan Acomax Sdn Bhd ini seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Ketua Negara 2008. Satu syarikat konsesi balak, satu lagi syarikat bisnes sayur.

oleh Gelombang Rakyat

PAS, RASUAH & SALAHGUNA KUASA ... BAGAI AUR DAN TEBING !

0


Masih ingat lagi dengan kes penerima konsesi balak terbesar di Kelantan, Timbermine Sdn Bhd yang kini menunggu pampasan RM800 Juta dari kerajaan PAS Kelantan?

Disember 2009, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan PAS Kelantan telah melanggar perjanjian yang ditandatangani 45 tahun yang lalu bersama Timbermine Sdn Bhd yang telah dianugerahkan kawasan konsesi balak teramat luas beribu ekar pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS, Ishak Lotfi.

Ini adalah kes klasik dan permulaan bermula salahguna kuasa parti PAS yang bertopengkan Islam bermukakan Iblis dan hawa nafsu.





GWM paparkan putarbelit media sensasi alam sesmesta Harakahdaily yang menulis artikel ‘RM 800 juta: Kelantan Warisi Kes UMNO BN’ (baca dengan teliti penyelewengan fakta dan sejarah). Contoh cemerlang media pemfitnah paling agung dari parti PAShit!

Bagaimana Harakahdaily yang dinobatkan oleh juak juak PAS sebagai ‘Tepat Dari Sumber’ boleh miscalculated sejarah dan matematik? Ini kes berat dan memalukan!

Tahun 2009 ditolak 45 tahun, bermakna kejadian dan kes tersebut berlaku pada tahun 1964. Walhal, PAS menyertai BN selepas penubuhan MAGERAN dan bertanding atas tiket BN pada pilihanraya umum pada tahun 1974.

Itu suatu perbezaan cukup ketara ... 10 tahun. Pemberian konsesi balak berlaku pada tahun 1964! Bukan tahun 1974! Apa rasional memberi kawasan tanah beribu ekar hanya kepada satu syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd!





Mahkamah Tinggi mengatakan isu pemberian konsesi tersebut berlaku tahun 1964! Husam Musa dan Harakahdaily memandai mandai ubah sejarah dan salah kira matematik mengatakan isu tersebut berlaku pada tahun 1974!

Siapa yang putar belit isu di sini ... Mahkamah atau PAShit!

Menteri Besar PAS BN Kelantan (sewaktu MAGERAN), Muhammad Nasir telah membatalkan perjanjian tersebut kerana cukup yakin pemimpin PAS Kelantan telah menggadaikan cukup luas tanah di Kelantan hanya kepada satu syarikat konsesi balak.

Yang peliknya, para pemimpin PAS telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana mahu menutup bangkai gajah yang sudah cukup busuk dan meloyakan.

Sama ada PAS mahu mangaku atai tidak, Menteri Besar pada tahun 1978 Tan Sri Muhammad Yaccob (yang dimalukan dan di’boo’ oleh PAS pada Persidangan DUN Kelantan 1989) bertanggungjawab mengadakan rundingan bersama Timbermine Sdn Bhd.

Kerajaan negeri Kelantan dibawah pemerintahan Tan Sri Muhammad Yaacob telah berunding dengan Timbermine Sdn Bhd untuk diberikan tanah kepada Kerajaan Persukutuan dan dimajukan oleh KESEDAR. Pihak kerajaan negeri telah membayar sejumlah pampasan kepada Timbermine Sdn Bhd.

PAS sehingga kini tidak pernah memberikan satu fakta dan kenyataan rasmi berhubung perkara di atas. Kesemua isu isu tempatan tidak berani dikemukakan kerana rakyat akan mengetahui pembohongan terbesar sejarah PAS Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan kini yang mengalami defisit belanjawan terkumpul sebanyak RM 1 billion, berhadapan pula dengan bayaran pampasan sebanyak RM 800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd.

Umum tahu, belanjawan tahunan kerajaan negeri adalah sebanyak RM 400 juta. Bermakna perintah bayaran pampasan RM 800 juta adalah bersamaan dengan 2 tahun belanjawan kerajaan negeri.

Bagaimana harus diselesaikan isu bayaran pampasan tersebut? Kocek kerajaan PAS kelantan semakin kering kontang, namun sanggup pula untuk membayar RM 389,250 bagi sejumlah 1,557 pengundi berdaftar di luar untuk balik mengundi di DUN Galas.

Apakah rasional di sebalik membelanjakan sejumlah wang tersebut sedangkan kerajaan negeri sedang berhadapan dengan defisit belanjawan dan tuntutan pampasan dari syarikat konsesi balak?

Maka tidak hairan mengapa PAS begitu rakus membelasah apa sahaja yang tertulis di dalam Al Quran dan Sunnah. Habis segala ayat ayat suci Al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. digunapakai sebaik mungkin untuk sokongan dan membeli undi wahid!

Sudah memang terpalit di lambang parti sejak 1964 parti ini sudah terbabit dengan salahguna kuasa. Kerakusan hawa nafsu dan tamak haloba pemimpin PAS sebenarnya mengakibatkan tuntutan saman dan pampasan.

Bagaimana mahu membayar sejumlah wang ‘dosa’ pampasan PAS jika kerajaan negeri tidak mempunyai apa apa lagi dana dan simpanan.

Tidak hairanlah mengapa parti PAS cukup gemar dan naik syeikh untuk bermain dengan isu royalti minyak di Kelantan. Apalagi dengan berlangsungnya pilihanraya di DUN Galas. Inilah masa untuk menterbalikkan fakta dan minda rakyat supaya percaya dengan parti pembohong ini.

Isu royalti minyak kini sedang laris dimainkan oleh PAS di DUN Galas. Isu nasional, isu tempatan ... langsung tidak disentuh. Malu kalau rakyat di Gua Musang dan Kelantan amnya tahu.

Wang dan salahguna kuasa! Slogan dan Wahid sebenar perjuangan PAS sejak tahun 1964! ... Bagi aur dan tebing!

Sumber rujukan yang sahih:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/31/courts/5393622&sec=courts
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50
http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/


MELAYU ATAS PAGAR


Posted by Gelombang Wangsa Maju

Isnin, 1 November 2010

KONSPIRASI SYAITAN II

0


Salam 2 all.

Saya lampirkan kenyataan YB Dato' Seri Zahrain dan kupasan beliau mengenai "Konspirasi Syaitan" untuk memberi kuasa autonomi kepada kepimpinan DAP Pulau Pinang, dan perjanjian memberi jawatan Menteri Besar kepada DAP di Negeri Sembilan dan Perak. Begitu juga jawatan TPM akan diberi kepada kepimpinan DAP.

Apa yang perlu diperjelaskan ialah strategi yang disepakati adalah untuk kepimpinan DAP meletakkan calun-calun Melayu yang bersedia menjadi badut dan balaci DAP didalam pilihanraya akan datang dikerusi DUN dan Parlimen. Inilah pengajaran yang kepimpinan DAP dapat semasa mereka terlepas peluang menjadi MB Perak bila didapati walaupun mereka menang lebih kerusi daripada PKR dan PAS, tetapi terpaksa menerima hakikat calun mereka tidak boleh menjadi MB Perak kerana undang-undang tubuh hampir kesemua negeri mewajibkan Menteri Besar mesti Melayu.

Jadi kali ini mereka akan pastikan seorang dua calun Melayu akan diletakkan dikerusi yang selamat untuk bertanding dibawah bendera DAP. Dan calun-calun inilah yang akan menjadi MB mewakili DAP. Di Pulau Pinang, calun Melayu mewakili DAP akan diletakkan bertanding dikerusi selamat DAP untuk menjadi exco menjaga hal ehwal Islam. Kita sedia maklum Majlis Hal Ehwal Islam mempunyai harta simpanan dan tanah waqaf yang besar dan bernilai ratusan jutaan ringgit. Malahan kepimpinan DAP telah belajar daripada penolakan calun mereka untuk menjadi Pengerusi MAIPP oleh YDP Agong. Dengan exco Melayu daripada DAP, maka mudahlah mereka untuk mengatur strategi dan langkah mereka keatas kebajikan dan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang.

Begitu juga jawatan TPM dari DAP. Ini telah diisytiharkan sendiri oleh Anwar Ibrahim yang bersedia menawarkan jawatan TPM kepada DAP. Tetapi mereka tahu umat Islam bangsa Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai TPM. Beliau antara cauvinis dan rasis paling teruk yang pernah sejarah negara saksikan. Maka seorang dua calun Melayu akan diletakkan bertanding dibeberapa kerusi selamat Parlimen dibawah bendera DAP. Jika mereka menang pilihanraya umum, maka langkah sementara ialah melantik calun Melayu ini sebagai TPM untuk memenuhi kuota DAP, dan keadaan ini dibuat sehinggalah keadaan tenang dan stabil, atau setelah mereka sudah benar-benar mencengkam kerajaan persekutuan, maka barulah tembelang mereka mahu meletakkan Kit Siang sebagai TPM akan dilaksanakan. Masa itu nasi sudah pun menjadi bubur bagi umat Islam bangsa Melayu!

Dan DAP akan memainkan kempen kononnya kerana menghormati bangsa Melayu maka mereka akan meletakkan calun-calun Melayu bertanding dibawah bendera DAP. Ini kononnya akan membuktikan DAP bukan parti cauvinis atau rasis. Maka sudah pasti akan ada segelintir orang Melayu, terutama badut-badut Anwarinas didalam PAS akan berkompang sakan memuji-muji langkah DAP meletakkan calun Melayu, dan mereka akan mendabik dada bahawa inilah bbukti DAP sudah dikuasai oleh kalipah 'Umar Guan Eng!! Yang mereka tidak tahu ialah kepimpinan DAP dan PKR sedang bermain sandiwara dan silap mata. Kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka, dan masa itulah barulah golongan badut ini akan ternganga!! Na'uzubillah min zalik.

Apa yang saya dan rakan-rakan lain cuba dedahkan disini ialah dalam semua percaturan politik sempit dan kotor diantara kepimpinan PKR dan DAP ini, PAS langsung diketepikan. Kepimpinan PAS sebenarnya banyak tidak mengetahui yang sebenarnya mereka sedang diperkudakan. Dan bertambah malang kerana terdapat beberapa segelintir dikalangan kepimpinan PAS yang qiblat dan wala' mereka bukan kepada YB Tuan Guru Haji Hadi, tetapi kepada orang lain! Mereka inilah sebenarnya makhluk perosak yang akan menghancurkan PAS hanya kerana nafsu serakah mereka mengimpikan kerusi empuk Putrajaya yang dijanjikan kepada mereka!

Dan pendedahan YB DS Zahrain mengenai pandangan Anwar terhadap kepimpinan PAS di Pulau Pinang adalah bukti tentang bagaiaman PAS hanya sekadar menjadi kuda tunggangan sahaja bagi Anwar dan juak-juaknya untuk mencapai cita-ctanya merampas Putrajaya. Mengapa Anwar terlalu beriya-iya nak jadi PM saya pun tidak tahu. Adakah kerana untuk menutup masalah peribadinya saperti yang didedahkan oleh orang lain saya pun tidak pasti. Apapun, akhirnya nanti yang akan ternanga ialah PAS sendiri, sebagaimana terkedunya PAS bila mereka langsung tidak diberi sebarang kedudukan didalam barisan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun PAS hanya ada seorang sahaja wakil rakyat iaiatu YB Ustadz Salleh Man (Permatang Pasir).

Sebenarnya apa yang telah terjadi Pulau Pinang, itu jugalah yang bakal terjadi di Persekutuan kelak. Nasihat saya kepada sahabat dan rakan didalam PAS, janganlah jadikan PAS parti yang melukut ditepi gantang. PAS sebuah parti yang besar, dengan keahlian yang ramai, jentera yang mantap dan petugas yang sangat komited. PAS boleh berjaya sendiri insyallah dengan bantuan ALLAH, selagi PAS memenuhi syarat untuk mendapat nasrullah, pertolongan ALLAH.

Saya sangat bersimpati dengan ahli bawahan dan akar umbi PAS yang sedang diperdayakan oleh badut-badut ingusan Anwarinas ini. Ahli akar umbi PAS ini sebenarnya ikhlas dan komited dalam perjuangan mereka. Ramai yang saya temui diperingkat akar umbi semasa ceramah dan kuliah disurau masjid tiap hari yang melahirkan kekhuatiran mereka dengan hala tuju dan perjuangan PAS sekarang. Bagi saya mereka sepatutnya bersuara dan tidak menerima dengan membisu seribu bahasa. Jangan nanti bila nasi sudah menjadi bubur barulah kita nak bersuara.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

24 Zul Qaedah 1431

01 Nov 2010

ANWAR ANGGAP PAS TIDAK PENTING-DATO' SERI ZAHRAIN

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG 30 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merupakan salah seorang dalang dalam 'konspirasi syaitan' antara parti itu dan DAP.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ketika menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang, Anwar pernah menasihatkan beliau dan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin supaya tidak memberi ruang kepada Pas.

Menurut Zahrain, Anwar menganggap Pas tidak mempunyai peranan penting di Pulau Pinang, justeru, para pemimpinnya tidak perlu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Anwar pernah berpesan kepada saya dan Fairus supaya jangan layan sangat Pas kerana Pas bagi Anwar tidak penting di Pulau Pinang.

"Kata Anwar, di Pulau Pinang kita kena jaga DAP.

"Sebab itulah Pas tidak diberi jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Pas hanya diperkudakan saja oleh PKR dan DAP," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendedahkan wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan DAP yang tidak diketahui Pas.

Melalui perjanjian rahsia itu, DAP akan memiliki kuasa autonomi ke atas Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian itu turut membenarkan wakil DAP dilantik sebagai Menteri Besar di negeri-negeri dimenangi parti itu.

Zahrain menambah, selain Anwar, 'Keluarga Lim' yang terdiri daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai turut menjadi dalang perjanjian PKR-DAP berkenaan.

Jelasnya, beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin tersebut merupakan orang yang mengatur perancangan itu kerana mereka mempunyai matlamat peribadi.

"Saya percaya ini bukan kerja parti, tapi individu tertentu.

"Ramai dalam PKR dan DAP sendiri pun tidak tahu. Isu ini melibatkan Anwar dan Keluarga Lim, memang mereka yang mengaturnya," ujarnya. - Mingguan Malaysia

KENYATAAN YB DATO' SERI ZAHRAIN (layari blog beliau zahrainmp.blogspot)


Di-atas ialah kenyataan saya yang di-terbitkan Mingguan Malaysia pada hari ini.

Tujuan saya hanyalah untuk menyatakan situasi sebenar disebalik mainan politik kumpulan pembangkang dalam negara ini.

Mainan politik kotor yang di-dalangi segelintir manusia yang bergelar pemimpin ini harus diketahui ahli dan penyokong mereka, terutamanya yang warak dan setia di-dalam PAS dan PKR.

Walaupun saya pasti pada ketika ini ahli dan penyokong kedua-dua parti ini sudah mula tertanya-tanya akan pendirian pemimpin mereka, terutamanya berhubung tindak-tanduk parti chauvinist Cina DAP yang jelas anti Bumiputera, Melayu dan Islam.

Kepercayaan ahli dan penyokong PAS dan PKR mula merosot sejak kebelakangan ini kerana pemimpin mereka menghalakan segala yang haram demi kepentingan politik semata-mata.

Saya membuat pendedahan mainan politik kotor mereka, terutamanya yang berlaku di Pulau Pinang, kerana mahu penyokong dan ahli PAS serta PKR sedar akan perkara sebenar.

Pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin, tentang wujudnya pakatan syaitan bukanlah sesuatu yang tidak berasas.

Saya amat pasti pakatan syaitan ini wujud kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup lakukan APA SAHAJA untuk mencapai cita-cita beliau - untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar Ibrahim sanggup BERBOHONG KEPADA SELURUH NEGARA BERKENAAN SEPTEMBER 16, tidak mustahil Anwar Ibrahim yang sama sanggup "menjual" Pulau Pinang kepada Lim Kit Siang dan keluarganya menerusi DAP.

Jangan ada di-kalangan kita rakyat Malaysia yang berpendapat ini hanyalah 'mainan politik Zahrain atau Zulkifli Noordin" menentang Anwar Ibrahim. Saya ingin menegaskan bahawa pendedahan ini adalah demi masa depan negara bangsa yang kita cintai.

Janganlah kita alpa dengan mainan politik kotor puak ekstremis yang di-dalangi seorang pemimpin yang telah lama tersungkur akibat tabiat buruk-nya sendiri.

Janganlah kita alpa yang hilang Pulau Pinang, seperti kita kehilangan Singapura pada suatu masa dahulu dan yang terkini Pulau Batu Putih.

PKR kini di-ambang kehancuran. Rebutan kuasa di-antara golongan Reformis dan puak Sosialis yang kian hangat akan hanya menjerumuskan parti keluarga itu ke liang lahad.

Reformis yang benar-benar berjuangan sejak penubuhan Parti Keadilan lebih 12 tahun yang lalu tidak mungkin menyerahkan segalanya kepada puak Sosialis yang di-taja DAP.

PKR akan hancur berkecai tidak lama lagi, tetapi yang amat penting bagi orang Melayu dan umat Islam ialah supaya ahli dan penyokong PAS sedar akan mainan politik kotor Anwar Ibrahim dan keluarga Lim Kit Siang.

Ada di-kalangan pemimpin tertinggi PAS yang mungkin sedar akan agenda jahat DAP ini namun mereka se-olah terpaku kerana peranan Anwar yang sungguh licik dan rapat dengan puak Erdogan dalam Pas.

Yang menggelarkan diri mereka Erdogan pun sebenarnya adalah tali-barut Anwar dalam Pas yang sebenarnya bergelar ANWARINAS.

Pemimpin PAS yang masih berpegang kepada ajaran Islam dan perjuangan sebenar parti mereka harus bangkit menyatakan pendirian mereka berhubung 'Pakatan Syaitan" ini.

Janganlah imej PAS di-warnai satu atau dua pemimpin yang meloncat dan menjerit seperti kera kena belacan di Parlimen dan menyambut segala yang di-lontarkan oleh Anwar dan DAP.

Ahli dan penyokong PAS yang masih bersama-sama Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang harus bangkit menentang golongan yang ber-Presiden-kan individu lain yang rakus ingin menjadi PERDANA MENTERI.

Jangan korbankan agama, bangsa dan negara ini demi nafsu politik semata-mata.


Oleh Zulkifli Noordin