Isnin, 30 Ogos 2010

KEMUNCAK KETAKSUBAN

0


Salam 2 all.

Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.

Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi, dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri. Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan!

Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam. Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada diantara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan poerkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil, atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini?

Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik,kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada ALLAH kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini. Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepoada ALLAH tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah.

Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau. Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah ALLAH itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam. Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran ALLAH? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang.

Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun,ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini. Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

Benarlah kata Rasulullah saw, kita sekarang hidup dizaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka, dan ulama' nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat, dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan ALLAH, "dibulan Ramadhan ini turunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterang dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir). "Inilah kitab Al Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kanu untuk bertaqwa". Dan firman ALLAH, "diwajibkan keatas kamu berpuiasa dibulan Ramadhan, sebagaiaman diwajibkan ketas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi saw diakhir tahiyyat, "lindungilah kami dari fitnah qubur, limdungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.

Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.

Wassalam, adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
19 Ramadhan 1431
29 Ogos 2010

Jumaat, 27 Ogos 2010

Ketika Saiful lapor polis, kenapa Wan Azizah bertengkar dengan Anwar ?

3



Satu perkara menarik yang berlaku ketika Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Wan Azizah telah bertengkar dengan Anwar dari Hotel Quality, Shah Alam hingga ke Tropicana Golf Resort.





Berikut merupakan laporan polis yang dibuat oleh Saiful :

“Saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya adalah Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”





Ketika Saiful membuat laporan polis itu, Anwar dan Wan Azizah mempengerusikan mesyuarat kepimpinan PKR di Hotel Quality, Shah Alam. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut adalah Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan lain-lain aktivis PKR.





Sebaik sahaja Anwar mendapat SMS itu, muka Anwar berkerut kerisauan, dia segera keluar dari bilik mesyuarat. Wan Azizah tahu sesuatu yang besar telah berlaku ke atas suaminya, dia juga turut keluar dari mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan Zul Noordin, peguam peribadi Anwar. Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong turut menyusul kemudian.





Anwar menuju ke lif, diikuti dengan Wan Azizah dan Zul Nordin untuk naik ke bilik tingkat atas hotel. Ketika dalam lif, Zul Nordin bertanya kepada Anwar 'apa hal ni?' Anwar menjawab dengan keadaan risau 'Saiful buat report i liwat dia'.





Wan Azizah tersentak dengan penjelasan Anwar itu. Peliknya, Wan Azizah tidak menyumpah seranah kepada Saiful, lelaki yang membuat laporan polis itu, sebaliknya sumpah seranah dilemparkan kepada suaminya sendiri, Anwar Ibrahim.

"Masih tak insaf-insaf lagi" seranah Wan Azizah kepada Anwar. Mendalam maksud Azizah itu. Masih tidak insaf lagi, bermakna Azizah tahu semua aktiviti luar tabie Anwar sebelum ini, termasuk yang dibicarakan di mahkamah, iaitu kes Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar atau kes yang tidak dibicarakan di mahkamah, seperti kes Rashid ?





Kuat tengkingan Azizah kepada Anwar. Wan Azizah seperti melepaskan geram yang selama ini terbuku di hatinya. Memuntahkan segala kemarahan kepada Anwar.

Ketika di bilik tingkat atas, Hotel Qualiti, Wan Azizah masih lagi melepaskan geramnya kepada Anwar. Zul Noordin, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Wee Chee Keong menjadi saksi melihat dengan mata kepala mereka sendiri gelagat Wan Azizah memarahi Anwar.





Saifuddin yang cuba menenangkan kekecohan itu, mencadangkan agar Anwar mencari tempat perlindungan untuk 'menenangkan diri'.

Kemudian Anwar dan Azizah meninggalkan Hotel Qualiti menuju ke port rehat yang biasa mereka singgah iaitu di Tropicana Golf Resort. Sepanjang perjalanan, Wan Azizah tidak henti-henti memarahi Anwar. Wan Azizah juga menelefon semua anak-anaknya supaya berkumpul di Tropicana Golf Resort untuk mendengar penjelasan Anwar berkaitan dakwaan Saiful itu.





Wan Azizah mendesak Anwar menceritakan perkara sebenar dengan disaksikan oleh anak-anak. Jawapan Anwar tidak menyakinkan. Ehsan, anak lelaki Anwar mengamuk sakan, meminta ayahnya bersumpah tidak melakukan perbuatan terkutut itu, tetapi ayahnya enggan bersumpah. Hingga ke lewat malam, keluarga Anwar masih haru biru.

Menurut sumber, Nurul Izzah hampir-hampir menempeleng adiknya, Ehsan yang mengamuk sakan, apabila ayahnya tidak mahu bersumpah dan tidak memberi jawapan yang menyakinkan.

Pada malam itu, Nurul Izzah berpihak kepada Anwar, manakala Ehsan berpihak kepada Wan Azizah. Pertengkaran berakhir pada awal pagi tanpa jawapan yang memuaskan dari Anwar.

Akhirnya, Anwar mengambil keputusan untuk berlindung di Kedutaan Turki. Wan Azizah dan Ehsan tidak hadir.

Berdasarkan kisah di atas, ramai saksi yang menyaksikan insiden pertengaran Wan Azizah dan Anwar, termasuk Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong.

Mungkin Tian Chua dan Saifuddin akan menafikan kisah tersebut kerana mahu membela Anwar, tetapi bagaimana pula dengan Zul Noordin dan Wee Chee Keong ?.

Kenapa pula sampai sekarang Ehsan menyepi diri daripada memperkatakan kes liwat ayahnya, malah terus membawa diri ke Amerika Syarikat ?

Moral of the story, Wan Azizah tahu segala-galanya mengenai tabiat buruk suaminya, tetapi berusaha melindungi daripada diketahui umum, tetapi lambat laun akan terbongkar jua.

10 tahun dulu, Wan Azizah berusaha melindungi sisi-sisi gelap suaminya itu, tetapi hari ini semakin terbongkar satu persatu kehidupan sebenar, seorang tokoh politik yang sentiasa bercita menjadi PM.

Akhirnya, Wan Azizah sewajarnya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Walaupun cuba ditutup, tetapi jika Allah mahu membukanya, maka terbuka jua pekung sebenar Anwar.

Tetapi pernahkah kita dengar Wan Azizah bersumpah dengan nama Allah menafikan suaminya melakukan aktiviti liwat tersebut ?

Posted by Cyber1trooper

KETUA PKR BUKIT BINTANG SERTAI UMNO

0



Ketua PKR Bukit Bintang, 15 ahli sertai UMNO


2010/08/26


KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan, Mahmood Abdullah, bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai UUMNO, berkuatkuasa serta-merta.


Borang menyertai UMNO itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, serta disaksikan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah, dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.


Mahmood berkata, keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan UMNO.


"Tujuan kami kembali kepada UMNO adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.


"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di sini.


Katanya, selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.


"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi ahli parti itu akan menyertai UMNO selepas Aidilfitri ini.


Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR September ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.

Posted by UMNO PUTRA MAHKOTA

Akhirnya !!! Lim Guan Eng DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang Tolak Hudud PAS ?

0


Dr Novandri Hasan Basri

"Dalam satu majlis keramaian hari ini, Lim Guan Eng yang selama ini membisu tentang penolakkan Hudud oleh parti DAP telah menyatakan pendirian bahawa beliau turut membantah Hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti PAS."

Persoalannya,

1. Apakah reaksi penyokong-penyokong PAS dan Melayu Pulau Pinang jika metafora di atas adalah sah dan benar-benar diucapkan sendiri oleh Lim Guan Eng ?

Persoalan di atas amat menarik untuk difikirkan. Lebih-lebih lagi jika kita perhatikan kenyataan kronisme beliau, Lim Kiat Siang dan Karpal Singh yang tidak berganjak dengan prinsip parti yang menolak Hukum Hudud dan negara Islam parti PAS.

Dan sebagai Setiausaha Parti DAP, Lim Guan Eng sebenarnya tertakluk kepada prinsip DAP yang selama ini anti-perjuangan parti PAS. Beliau tahu tentang perkara tersebut.

Kerana itulah segala perjumpaan, peluk cium dan gelak ketawa di antara beliau dan pemimpin serta ahli-ahli PAS di Pulau Pinang hanyalah merupakan satu lakonan sekadar menyedapkan hati penyokong-penyokong Islam beliau.

Sama ada Lim Guan Eng mahu menyatakannya atau mendiamkan diri, beliau adalah pegawai DAP yang sebenarnya anti-perjuangan parti PAS. Itu yang pasti!!

Dan kenapakah Lim Guan Eng lidah biawak ini diam seribu bahasa dan tidak berani menjawab cabaran M.I.M supaya beliau membuat kenyataan rasmi mengenai Hukum Hudud parti PAS?

1. Lim Guan Eng berkemungkinan besar akan mendapat penentangan bukan sahaja dari pihak luar tetapi juga dari dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tentangan tersebut menjadi sangat signifikan dan menyakitkan sehingga menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau.

2. Segala lakonan beliau sehingga di angkat sebagai Khalifah Umar Aziz akan terbantut dan beliau akan mendapat malu yang amat sangat sehingga mampu membuatkan beliau tidak mahu lagi berjumpa dengan orang ramai terutamanya orang Melayu.

3. Karier politik Lim Guan Eng di Pulau Pinang mungkin tidak lama. Walau pun beliau masih ada hati untuk memegang jawatan tetapi desakan seharian beliau sama ada di ofis atau diluar akan menyebabkan beliau merasa sangat rimas, takut dan sangat malu. Beliau adalah Ketua Menteri tetapi setiap kali beliau turun ke padang, beliau akan disindir, diherdik dan dimalukan seolah-olah beliau itu suadah tidak bermaruah dan tiada kredibiliti lagi.

Yang lebih memalukan ialah apabila kepimpinan parti PAS yang terlebih dahulu menyuruh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. Bukannya parti DAP!!
Apa-apa pun, di dalam isu di Pulau Pinang, orang Melayu dan juga penyokong-penyokong PAS perlu bangkit dan sama-sama berusaha untuk menjatuhkan Lim Guan Eng dan boneka-boneka beliau di dalam kerajaan negeri.

Lim Guan Eng perlu di ajar supaya tidak lagi memperbodoh-bodohkan penyokong-penyokong PAS dan Melayu yang lain di Pulau Pinang ini.

Lim Guan Eng mesti mengundurkan diri !! Maruah sudah tiada, kredibiliti hancur bersama pembohongan beliau !!

Rabu, 25 Ogos 2010

DAP Serdang ceramah di Surau Al Huda. Surau dan Masjid kini "diserang" oleh DAP.

12


Selepas heboh nama Lim Guan Eng disebut dalam doa khutbah oleh Zakaria Ahmad di P.Pinang, DAP meneruskan usaha mereka untuk menguasai surau-surau dan masjid bagi memancing undi masyarakat melayu dan Islam di negara ini.

Surau dan masjid kini menjadi sasaran utama permainan politik DAP untuk menyebarkan fahaman kepartian mereka. Malangnya usaha mereka ini jelas dibantu pula oleh para penganut agama PAS yang sudah diketahui amat taksub kepada parti saki baki komunis ini.

22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam masjid, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam masjid. Lebih-lebih lagi melihat pada waktu jam tersebut, 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih. Ini satu penghinaan kepada umat Islam.

Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis. Bersama-samalah kita berhati hati dengan DAP. Mereka sudah berkempen sampai dalam masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Janganlah menggadai kesucian Islam hanya kerana tamak kepada kuasa.





Nampaknya, bukan hanya Lim Guan Eng yang pandai berlakon berbuka puasa di masjid-masjid pada bulan Ramadhan ini, Ahli Parlimen Serdang ini juga telah melakukan modus operandi yang sama di Selangor untuk mencari sokongan masyarakat Islam.

Jika Lim Guan Eng diangkat sebagai khalifah oleh PAS hanya kerana dia pandai berlakon mendekati Islam, apa pula gelaran yang bakal diberi oleh pengikut-pengikut PAS kepada Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ini.

Jelas kini bahawa pemimpin-pemimpin kafir DAP semakin berleluasa menggunakan surau dan masjid untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan orang Islam sambil dibantu oleh puak munafiqun PAS. Surau dan masjid kini bukan lagi menjadi tempat untuk beramal ibadat kepada Allah, tetapi ianya ditukar kepada pentas memperagakan ideologi politik sempit Pakatan Rakyat.

Cuba kita fikirkan, jika sebelum berkuasa memerintah negara, pihak kafir ini sudah pun berani menggunakan mimbar masjid dan surau sebagai pentas politik, bagaimana agaknya nanti jika mereka berjaya merampas Tanah Melayu ini keseluruhannya?

Surau dan Masjid adalah lambang maruah agama serta imej bagi seluruh umat Islam dalam negara. Apakah kita mahu kafir sesuka hati keluar masuk surau dan masjid kita demi melampiaskan nafsu politik mereka? Renung-renungkanlahh....

oleh Media Permatang Pauh dan Azrinizam Ibrahim

Sampai bila Melayu rela dipijak-pijak kafir harbi???

3




Anda yang mengikuti retreat PKR dan PAS pasti hairan. Kalau mereka perakui undi Melayu itu perlu bagi mereka, kenapa pula taktik menghina Melayu terus dilakukan. Perkara ini bukan baru. Boleh diungkit dari Merdeka atau semasa Lee Kuan Yew dalam Malaysia lagi.

Sejarah nak diputarbelit

Penulisan Michael Chick pun sudah lama iatu sebelum PRU12. Asal usul dirancang Lee Kuan Yew dari ucapan di parlimen pada tahun 1965 lagi. Hari ini macam lagi dongeng tokok tambah mereka sampai katanya Tanah Melayu ini Tanah Cina.

Serangan penghinaan siber tersusun

Peristiwa Namewee menghina lagu Negara Ku berlaku sebelum PRU12. Namewee masih lagi dengan mulut haram jadahnya. Klik imej untuk baca berita berikut.





Ada cybertrooper yang dibiayai Singapura sudah bertahun2 beroperasi mengeluarkan kata nesta terhadap orang Melayu dan Islam di ruang komen Malaysia Today. Dulu boleh dimasuk dan lawan, kini MT di kawal dari Singapura. Komentar akan ditapis dahulu. Sebarang komen yang tidak digemari dibuang.

Komentar Singapura sama tapi membawa nama2 cooloc, winner, reek, memasuki blog2 Melayu untuk menyebarkan komen rasis yang sama bertahun2. Komen sama itu boleh dijumpai terkini di blog Husin Lempoyang sini.

Bahasa mereka ... Ya Rabbi punya sopan, penuh pembohongan, putarbelit, penghinaan, maki hamun, bahasa sgt kesat, ... yang jelas tidak mencerminkan tamadun China yang sudah 2,000 tahun.

Bahasa Melayu diturun taraf

Sin Chew Daily bertarikh Ogos 23hb, 2010, melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr Ramasamy mencadangkan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa rasmi Jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat. Mana cerita bahasa orang Asli dan Bumi Sabah/Sarawak?

Dia berjanji akan berusaha membantu golongan miskin berbangsa India untuk menyelesaikan masalah seperti SJK(T), tanah perkuburan dan peluang pekerjaan semasa merasmikan pejabat baru Persatuan Pembangunan Kaum India di Nibong Tebal.

Kg Buah Pala, Rumah Hijau, dll apa cerita? Kata samarata semua bangsa, tapi kenapa masih cerita India2 lagi?

Tolak Guru Melayu di Sekolah Cina

Terbaru, Dong Jiao Zhong tidak mahu langsung guru2 Melayu berada di Sekolah Cina untuk mengajar bahasa Melayu. Klik pada imej keratan akhbar berikut.





Sudahlah tentang bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tak mahu tapi terima sebagai mata pelajaran untuk dapat duit gomen.

Kemudian mahu sukatan lebih rendah dan masa lebih kurang untuk BM. Maknya kualiti BM standard penjual VCD haram. Sekarang tak mahu diajar BM dengan baik oleh guru Melayu. Akhir sekali nanti tak mahu langsung BM.

Pengetua Hajah Siti difitnah

Ini hanya mencari alasan dari peristiwa Pengetua Hajah Siti. Sebenarnya tiada disebut guru itu seperti dituduh. Yang disebut seperti analogi berikut:

"SAYA BAWA KERETA PROTON SAGA. AH CHONG & MUTHU MENUMPANG DALAM KERETA SAYA. KAMI SAMA-SAMA MENUJU KE SATU DESTINASI.TETAPI ITU TIDAK MENJADIKAN AH CHONG & MUTHU MEMILIKI KERETA PROTON SAGA TERSEBUT KERANA SAYA TETAP PEMANDU".
Menurut blog Keris Putra, seorang guru bernama Maneswaran, yang tidak puas hati dengan Puan Hajah telah menghasut seorang pelajar tingkatan 6 bernama Asrivani - bapanya peguam Hindraf - membuat laporan polis dengan menokok ayat-ayat "Cina & India penumpang boleh balik ke negara asal", "India memakai kalung seperti anjing", dsb yang turut di tambah-tambah lagi oleh DAP, PKR, MCA & MIC dan Khairy.

Baca detail di blog Keris Putra sini.

Pihak berkuasa serba salah?

Adakah ini permainan psyop yang mahu pihak berkuasa bertindak dan kemudian dituduh kejam, zalim dan mencabul hak asasi manusia?

Perkasa pun kecewa tiada tindakan terhadap laporan2 polis berkenaan Namewee, Helen Ang, Chua Soi Lek, dan macam2 lagi laporan yang tidak henti diketengahkan untuk perhatian pihak berkuasa dan berwajib.

Dua kes kepala babi dibuang dalam masjid, apa jadi?

Reaksi begitu cepat apabila melibatkan Dato Ahmad Ismail, Dato Nasir Safar dan Pengetua Siti Inshah Mansor. kepala lembu cepat didakwa dan cepat didenda.

Budak Melayu bakar gereja cepat bicara, cepat penjara. Bukan Melayu simbah cat ke surau hanya "impulsive act."

Karpal Singh hina raja, buang kes.

Posted by The Unspinners

Selasa, 24 Ogos 2010

Dalam negara lempar cat, luar negara lempar najis. Analisa perkaitannya dengan fitnah Pakatan.

0


Ketika Malaysia di ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 53, secara kebetulannya, berlaku dua kejadian yang boleh menggugat kedaulatan Malaysia secara serentak semalam, 23 Ogos 2010.

Di Temiang, Negeri Sembilan, Surau Taman Seri Pulai dilempar dengan cat merah dan turut ditemui serpihan kaca botol arak di kawasan surau berkenaan. Manakala di Indonesia pula, Kedutaan Besar Malaysia dilempar dengan najis manusia dan Jalur Gemilang dipijak-pijak.

Jika dikatakan kedua-dua tindakan ini saling berkait di antara satu sama lain, sudah pasti ia tidak masuk akal langsung. Namun, jika diteliti secara halus, ada beberapa perkara tindakan hasutan yang dilakukan Pakatan Haram yang telah membawa kepada tercetusnya kedua-dua peristiwa berkenaan.

Tagih undi Bukan Melayu, Pakatan Haram: Bakar gereja pun UMNO, simbah masjid pun UMNO!

Penulis percaya, peristiwa surau dilempar cat dan botol arak di Negeri Sembilan ini sengaja dilakukan di bulan Ramadhan untuk meningkatkan kemarahan di kalangan umat Islam. Banyak pihak yang akan melihat perkara ini dari perspektif politik.

Di pihak Pakatan Haram, sudah pasti mereka akan menuduh ini merupakan satu lagi kerja UMNO. Tuduhan Pakatan Haram ini amatlah tidak menghairankan kerana mereka sebelum ini juga menuduh UMNO yang membakar dan melontar gereja dengan molotov coctail. Ia kononnya dilakukan UMNO untuk menunjukkan bahawa orang Islam marah kepada orang Kristian mengenai isu penggunaan kalimah Allah.

Melayu PAS dan PKR menghina UMNO dengan mengatakan peristiwa berkenaan agenda politik UMNO untuk meningkatkan kebencian orang Melayu kepada bukan Melayu. Usaha Pakatan Haram menggunakan isu berkenaan untuk menagih undi simpati orang bukan Melayu dilihat berjaya.

Namun akhirnya, kebenaran terserlah apabila dua-beradik yang semenangnya Melayu Islam melakukan tindakan berkenaan atas kapasiti peribadi. Mereka berdua langsung tidak menganggotai mana-mana parti politik. Pakatan Haram khususnya Melayu PAS dan PKR buat tidak tahu apa-apa sedangkan mereka sebelumnya memfitnah ia angkara UMNO.

Penulis percaya, seharusnya Pemuda UMNO (jika ada telur) ketika itu mendesak Pakatan Haram untuk memohon maaf kerana melempar fitnah dengan menuduh UMNO sebagai dalang kejadian berkenaan. Namun apakan daya, Pemuda UMNO lebih gemar berbicara tentang persoalan yang kononnya up-to-date dan “intelektual” berbanding untuk bangun mempertahankan nama baik parti dan bangsa Melayu.

Sekarang ini, masjid pula dilempar dengan cat. Jika dulu Melayu PAS dan PKR mengatakan UMNO membakar gereja untuk meningkatkan kebencian orang Melayu kepada bukan Melayu, sekarang ini pun sama juga. Pakatan Haram mengatakan perbuatan masjid dilempar cat ini juga perbuatan UMNO. Ini kerana kononnya UMNO mahu meningkatkan kemarahan orang Melayu kepada orang bukan Melayu.

Lihat saja di facebook dan blog-blog pro Pakatan Haram. Semuanya mendakwa “rakyat bukan bodoh ini angkara UMNO”, “UMNO buat kerana hilang sokongan” dan pelbagai penghinaan lagi. Tindakan ini dilakukan Pakatan Haram kerana mahu dilihat di kalangan bukan Melayu bahawa mereka sangat membela kaum-kaum itu. Akhirnya, undi akan terus pergi kepada Pakatan Haram. Itu sebenarnya hasrat Melayu PAS dan PKR. Dihentamnya UMNO hanya semata mahukan undi dan kuasa. Maruah Melayu dan Islam tidak dipedulikan langung.

Pemuda UMNO pula bagaimana? Janganlah ditanya, dah hilang telur terus agaknya!

Namun, terdapat satu persoalan menarik yang membuatkan penulis tertanya-tanya. Apa motif DAP mengeluarkan kenyataan dengan begitu pantas ketika cerita berkenaan tidak dihebahkan di kalangan umat Islam setempat demi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini? ADUN DAP juga dilihat begitu cepat ke tempat berkenaan untuk menunjukkan yang mereka kononnya simpati. Yang Melayu Pakatan Haram usahlah ditanya lagi, menuduh kerja UMNO tak henti-henti. Penulis percaya, semestinya tindakan pantas Pakatan Haram ini bertujuan untuk meraih keuntungan politik.

Satu lagi persoalan yang ingin penulis bangkitkan ialah penggunaan cat merah untuk dilempar ke pintu dan dinding surau. Tindakan melempar cat ini dilihat bukan sebagai “budaya” orang Melayu. Ia lebih kepada tindakan kumpulan kongsi gelap ataupun Ah-Long. Lihat saja bagaimana rumah-rumah peminjam yang gagal menunaikan hutang pasti akan disimbah dengan cat merah. Mengapa bukan cat kuning, biru, hitam atau putih? Ini kerana cat merah merupakan simbolik kepada “AMARAN” yang ingin disampaikan oleh pelontarnya. Selain itu, kaca botol arak yang pecah di kawasan berkenaan juga menampakkan ia dilakukan oleh sekumpulan orang yang sememangnya tahi mabuk. Adakah ini menandakan gologan yang “seangkatan” dengan Ah-Long yang melakukan tindakan berkenaan demi untuk kelansungan politik pihak yang menjaga mereka selama ini?

Apapun penulis mendoakan pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini dengan pantas dan tuntas. Setakat artikel ini ditulis, polis telah menahan empat individu untuk siasat lanjut.

Pakatan Haram berulang-alik burukkan Malaysia di Indonesia sejak Anwar dipecat!

Isu Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dilempar dengan najis dan Jalur Gemilang dipijak-pijak oleh rakyatnya timbul ketika mereka berdemonstrasi membantah penahanan tiga pegawai laut Indonesia oleh polis Malaysia kerana menceroboh perairan negara ini. Blogger Pisau.net menyatakan dengan jelas bahawa para pegawai Indonesia berkenaan sememangnya mencerobohi perairan Malaysia jika dirujuk kepada Peta Baru 1979.

Sebenarnya, kejadian penghinaan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia terhadap negara ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya memuncak ketika era konfrantasi lagi. Imbas kembali bagaimana Jalur Gemilang dibakar dan laman-laman web di negara ini diceroboh oleh rakyatnya ketika timbulnya isu-isu yang kadangkala apabila difikirkan, teramatlah remeh.

Penulis merasakan, kebencian para penunjuk perasaan di Indonesia juga sebenarnya disumbangkan oleh pengkhianat-penghianat negara dari Pakatan Haram yang sering berulang alik ke sana untuk menagih sokongan dan memburukkan Malaysia. Puak-puak Pakatan Haram ini sememangnya gemar untuk berulang-alik khususnya sejak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM bagi memburukkan Malaysia dan mendapatkan sokongan di sana.

Sebab itu tidak menghairankan apabila isu-isu mengenai warganegara Indonesia di negara ini yang dimainkan oleh Pakatan Haram begitu pantas meningkatkan kemarahan warga Indonesia di sana. Isu seperti penderaan yang merupakan kes terpencil dan gaji yang tidak diperoleh di tapak pembinaan Istana Negara yang baru merupakan contoh di mana Pakatan Haram lebih gemar untuk mencari populariti dan undi berbanding menjaga nama dan maruah negara.

Begitu juga dengan tindakan celaka Nurul Izzah baru-baru ini yang mendedahkan mengenai isu keselamatan negara di sana. Ini merupakan satu contoh terbaru bagaimana Pakatan Haram sanggup untuk membuat apa saja untuk memburukkan kerajaan BN. Pakatan Haram tidak pernah peduli mengenai impak yang akan terkesan kepada hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia. Yang penting bagi mereka, kerajaan BN berjaya diburukkan. Dan yang terkesannya adalah kepada MALAYSIA!





Penulis percaya, sekiranya puak-puak Pakatan Haram ini tidak pergi ke Indonesia atau menimbulkan fitnah dan isu-isu populis yang melibatkan rakyat Indonesia di negara ini semata-mata untuk mencari populariti dan sokongan, sudah pasti kebencian rakyat Indonesia kepada negara ini tidak akan memuncak. Namun, penulis juga percaya bahawa Pakatan Haram tidak akan sanggup untuk meninggalkan senjata yang telah mereka gunakan untuk meraih simpati luar bagi memastikan kelansungan politik mereka selama ini.

Begitulah perkaitan di antara fitnah-fitnah yang dibuat oleh Pakatan Haram terhadap kejadian melempar cat di Surau Taman Seri Pulai dan kejadian melempar najis ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Semoga artikel ini menampakkan betapa busukknya politik fitnah yang diamalkan oleh Pakatan Haram sehingga mampu untuk menggugat kedaulatan Malaysia di dalam dan luar negara.

Oleh Mozas (satulimatiga.blogspot.com)

Isnin, 23 Ogos 2010

HUDUD DAN QISAS PAS, IANYA PASti MENYELEWENG...

0


Author: CUCU TOK WAN

Satu perkara menarik apabila PAS dan para pemimpinnya, malah juak-juak serta syaitan-syaitan pendusta kecil lain memperkatakan tentang Hudud dan Qisas ialah, "APA PERLU ORANG BUKAN ISLAM TAKUT KEPADA HUDUD DAN QISAS? HUDUD DAN QISAS HANYA UNTUK ORANG ISLAM!"


SHAH ALAM - Bukan Islam tidak perlu takut dengan perlaksanaan hukuman hudud kerana ia akan dilakukan terhadap pesalah beragama Islam sahaja.

:Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hukuman hudud perlu dilaksanakan segera memandangkan undang-undang manusia hari ini jelas gagal dalam usaha mendidik masyarakat.

:Katanya, kini adalah waktu yang sesuai untuk kembali kepada undang-undang Allah. Perlaksanaannya adalah mengikuti kerohanian yang sebelum ini hanyalah fizikal.

:"Lihatlah negara yang mengamalkannya. Hanya berapa kali hukuman itu dilaksanakan, jelas jenayah berkurangan. Inilah yang kita mahukan sebenarnya.Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan sahaja, bukan sembarangan," katanya. :

:Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah menggantikan undang-undang sivil dengan hudud.

:Menurut Tuan Ibrahim, Pas kecewa kerana kegagalan perlaksanaan hudud disebabkan sikap orang Islam sendiri. (Sinar Harian)


Apa perlu Tuan Ibrahim Tuan Man takut untuk menyatakan perkara sebenar? Adakah dia takut kehilangan undi kaum bukan Islam seandainya memperkatakan tentang hal sebenar perihal Hudud dan Qisas yang seandainya dipraktikkan di negara ini, meliputi semua penduduk dan rakyatnya, termasuklah kaum pedagang yang datang ke negara ini?

Tidak ada dalil yang mengatakan umat bukan Islam yang tinggal di kawasan atau wilayah Islam terbebas daripada hukum Hudud dan Qisas. Bahkan mereka sama seperti umat Islam yang menjadi rakyat dan penduduk wilayah tersebut atau lebih tepat lagi yang mendapat kerakyatan menerusi ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil Aqd al-Dhimmah, tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang syariah. Manakala kaum kafir yang enggan tunduk yang dinamakan kafir harbi, mereka diperangi, dibunuh atau dihalau dari negara dan wilayah terbabit.

Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, SIYASAH SYAR'IYYAH pada bab 'Hukum dan Hak-Hak Allah' menyatakan:

Hukuman harus dijalankan secara adil tanpa pandangan bulu, pada seluruh lapisan masyarakat; pada orang terpandang,dan kelas sosial yang lebih rendah, mahupun orang yang miskin. Kewujudan hukuman harus tetap dipertahankan dan dijaga kemurniannya daripada segala jenis penyuapan (rasuah), saranan atau pengaruh-pengaruh dari pejabat tertentu dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengabaikan kemurnian nilai-nilai hukum, padahal dia mampu menegakannya, baginya laknat bagi Allah, malaikat dan seluruh umat manusia. Allah Taala tidak mengenal adanya penggantian dan upaya untuk surut daripada penerapan hukum kerana dengannya, identik menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah (muka surat 88-89)


Tidak hanya Ibn Taimiyyah, bahkan Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya, Al-Ahkam As-Sulthaniyyah dalam bab zina dan rejam menyatakan:

Untuk dihukum rejam, seseorang tidak disyaratkan beragama Islam. Jadi, orang kafir pun direjam seperti halnya orang Muslim.

Abu Hanifah berkata, "yang dihukum rejam ialah orang Muslim sahaja. Jadi, jika orang kafir berzina, dia dicambuk dan tidak direjam." Padahal Rasulullah s.a.w pernah merejam dua orang Yahudi yang berzina. (muka surat 367)


Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong." (muka surat 375)


Manakala pada zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu, undang-undang Hudud dan Qisas turut merangkumi orang bukan Islam. Sebagai contoh, pada tahun 1888, seorang Cina bernama Goh Hui telah dibunuh di Pahang. Sultan Ahmad memerintahkan supaya kes itu dibicarakan mengikut undang-undang Pahang yang berteraskan Islam. (lihat Linehan, A History of Pahang, JMBRAS, Vol. 14, bhg.(2) 1936, hlm. 121.)

Jadi, dari dalil, nas, hujah dan bukti manakah yang membolehkan para PEMIMPIN PAS berterus-terusan menipu tentang HUDUD DAN QISAS dalam usaha untuk tidak kehilangan undi Cina dan India? Siapakah yang membenarkan mereka mencipta ayat, HUDUD DAN QISAS HANYA UNTUK UMAT ISLAM?

FITNAH-UL-RAMADHAN: Cubaan terdesak pakatan 'haram' rakyat bagi mengaitkan Kerajaan UMNO dengan yahudi laknatullah!

3

Subhanallah! Itu sahaja yang termampu diluahkan ketika pertama kali melihat surat di bawah ini.





Apakah juak-juak pakatan rakyat ini sudah terlalu terdesak dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melutut sesal di depan para pelobi Yahudi selepas menjadi 'hero' dalam demo anti-Israel, sehinggakan sanggup mereka-reka surat fitnah seumpama ini bagi mengaburi mata rakyat dengan mengkambing hitamkan negarawan sendiri, Tun Dr. Mahathir? Dan yang lebih hina lagi, semua ini dilakukan dalam bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, dalam suasana yang mana ibadah seharusnya digandakan? Masya-Allah...

Mari kita sama-sama kaji surat 'Tun' tersebut:

1) Perhatikan kepala surat: Alamat yang digunakan seperti sudah diedit menggunakan perisian penyuntingan gambar. Tetapi, Allah itu Maha Adil. Dalam tidak sedar, mereka telah meletakkan alamat pejabat perdana menteri yang salah (tidak perlulah saya nyatakan alamat sebenar, semua rakyat Malaysia yang bijaksana boleh cari sendiri).

2) Menggunakan no rujukan yang tidak wujud: Kalau tidak percaya, boleh call sendiri ke Pejabat PM dan suruh cari.

3) Cop 'confidential' tidak pernah digunakan pada mana-mana persuratan rasmi (ntah-ntah cop syarikat MT-RPK tak?).

4) Dr. Mahathir akan menggunakan title Dr.-nya pada surat-surat rasmi kepada ketua-ketua Kerajaan.

5) Perhatikan ayat yang digunakan dalam surat fitnah ini. Macam ayat budak-budak. Bukan nak merendahkan sesiapa, kerana itu kerja puak-puak beruk pakatan, tetapi mungkin pereka fitnah ini tidak pernah kerja dengan Kerajaan, dan tidak tahu bagaimana ayat diplomasi sepatutnya disusun dan digunakan.

6) "Sumbangan kakaitangan JPM untuk rakyat Malaysia": Usaha untuk memperbodohkan rakyat yang kunun-kununnya ada warga kerja JPM sendiri yang kini 'sedar' dan bangkit untuk melawan Kerajaan. PIIRAAAH! nak polis jejak dan kesan empunya tulisan ke?

Senang cerita, bandingkanlah sendiri dua surat ORI yang diutuskan sendiri oleh TUN M di bawah ini. Perhatikan betul-betul; mana-mana surat yang diluluskan derafnya oleh TUN, beliau sendiri yang akan menulis tangan gelaran awal dan salam akhir dalam setiap surat beliau.








Inilah babak baru langkah terdesak fuckatan riot dalam cuba mengatasi bau pekung yang semakin tengit dan merimaskan rakyat. Kita sering tertanya apakah pula langkah si Nuar Al-Jub*** setelah media barat sendiri membidasnya dan melondehkannya habis-habisan tempoh hari. Nampaknya beliau berjaya...beliau berjaya mencipta fitnah bagi menutup kebenaran! Inilah baru dikatakan DAJJAL akhir zaman nombor WAHID!

Kepada sesiapa yang disampaikan maklumat ini, percayalah bahawa ALLAH SWT telah mentakdirkan agar anda diberi AMANAH untuk memperbetulkan perkara ini kepada sebanyak mana pihak yang anda mampu bagi membasmi gejala fitnah yang semakin menjadi-jadi di negara ini ketika ini akibat gejolak nafsu politik DAJJAL PR yang tiada sempadan. Selamatkanlah Malaysia Ya ALLAH! Selamatkanlah masa depan anak-anak kita! Hapuskan FITNAH! Hancurkan PAS! Hancurkan DAP! Hancurkan PKR! Anda semua mampu untuk melakukannya!

oleh mymassa

Rabu, 18 Ogos 2010

Hidayah Ramadhan: BUKTI PAS ITU MUNAFIK!!!

2


SAH : PAS Adalah Parti Ajaran Sesat

PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan enyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

Sumber- M.I


by Rahman,Ahchong,Muniandy

Selasa, 17 Ogos 2010

Ramadan Tercemar Di Selangor : Pesta Bir Percuma di Subang!

0


Pada hari terakhir pusingan pertama ceramah jelajah Gelombang SSDE, Umno Selangor mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadan.

"Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS," kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan," katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah 'Gelombang Selamatkan Selangor' baru-baru ini.

Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dalam kenyataan balas membidas Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya pusat-pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan. Hasan Ali berkata, "Bagi kita setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja." Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin Umno. "Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim? Itu alim-alim kucing namanya".

Riak sungguh nampaknya Datuk Hasan Ali ni ya! Kita ingin pula bertanya pada Hasan Ali jika ilmu agamanya sudah tinggi, maka kenapa tidak di tutup saja pusat-pusat hiburan di Selangor pada bulan-bulan yang lain! Bukan kah kuasa sudah berada dalam tangan? Kalau bulan ramadan pun tak sanggup nak tutup, bulan-bulan lain jangan cerita lah!Kalau Noh Omar alim-alim kucing, maka Hasan Ali pula bagaimana ya?, Mungkin istilah baru ini amat sesuai dengan dirinya, iaitu "alim-alim kambing". Boleh ke?

Dalam sibuk-sibuk Hasan Ali mengatakan Datuk Seri Noh Omar alim-alim kucing kita mungkin menjangkakan sesuatu tindakan akan diambil oleh Exco Agama Selangor ini sekurang-kurangnya masa pusat-pusat hiburan ini ditutup lebih awal.

Kalau sebelum Ramadan pusat tersebut ditutup pukul 3 pagi mungkin Hasan Ali boleh menasihatkan sparing partner beliau Ronnie Liu supaya ditutup lebih awal. Walaupun tahap kebaculan Hasan Ali terhadap Ronnie Liu terselah dalam isu arak sebelum ini sekurang-kurangnya beliau mengambil sedikit iktibar diatas desakan daripada Noh Omar.

Antara kebaikkan yang boleh diambil kira adalah kurangnya risiko kemalangan terhadap orang-orang Islam yang keluar mencari makanan untuk bersahur. Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pelajar UiTM apabila dilanggar oleh Adun Sekinchan yang dilaporkan berada didalam keadaan mabuk ketika memandu.

Sekiranya pusat-pusat maksiat ini ditutup pukul 3 maka berduyun-duyun keluar pendokong Hasan Ali dan mereka-mereka ini sudah tentu didalam keadaan huru hara selepas meneguk air setan yang menjadi punca Hasan Ali dimarahi Ronnie Liu. Pada masa yang sama akan keluarlah anak-anak bujang Islam beramai-ramai mencari tempat untuk bersahur di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan untuk menjamu selera.

Dalam pada itu pendokong Hasan Ali juga menuju ketempat yang sama tetapi dengan cara pemanduan yang berbahaya dek penangan air setan junjungan Ronnie Liu.Cuba kita bayangkan apakah akan terjadi kepada anak-anak bujang Islam andaikata mereka dilanggar oleh pendokong Hassan Ali dan Ronnie Liu ini.

Tidakkan ini akan menjadi satu risiko kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk bersahur. Jangan bercerita perkara diluar bulan Ramadhan kerana majoriti mereka yang keluar sehingga subuh tidak seramai ketika bulan Ramadhan. Itu baru bercerita tentang risiko untuk bersahur, apa yang ingin dikatakan sebenarnya adalah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin Pakatan Selangor yang membenarkan penganjuran pesta arak yang diadakan di Asia Gate Subang pada 12 Ogos minggu lepas.

Apa yang lebih menarik adalah masa untuk diadakan pesta bir tersebut adalah hampir dengan waktu berbuka puasa untuk orang-orang Islam. Apakah tiada lagi masa yang lebih sesuai untuk diadakan pesta bir ini? Adakah mereka ini cuba bermain dengan sentimen agama seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang Islam di Selangor?

Apakah tujuan pesta arak percuma ini diadakan dibulan puasa dan waktu yang hampir dengan masa berbuka?

Adakah Hasan Ali yang juga merupakan exco agama Selangor, buta mata apabila tidak menyedari kegiatan rumah urut dan pusat-pusat hiburan tumbuh macam cendawan selepas hujan sejak Pakatan memerintah?. Jangan kata pulak nanti tak boleh tutup sebab PAS tak ada kuasa, tetapi yang berkuasa adalah PKR dan DAP sahaja. Kalau PAS tak ada kuasa dalam Pakatan, apa gunanya bersekongkol lagi dengan DAP dan PKR?. Mulut kata Islam...tapi perbuatan langsung tak melambangkan sifat-sifat seorang Islam yang tulin.

Pemimpin-pemimpin UMNO bukan lah seperti pemimpin-pemimpin PAS yang nampak alim tapi cakap tak serupa bikin. Adalah lebih baik jika kurang ilmu, tetapi dapat mengamalkan ilmu yang kurang itu dengan baik dan sempurna daripada banyak ilmu, tetapi tidak dapat untuk mengamalkannya.

Kalau sebut pasal jihad mereka lah juara, tapi bila masa nak tegakkan hukum masing-masing jadi kecut. Kecut atau takut kena BALUN dengan DAP. Perkara ini dah biasa berlaku di Selangor dan negeri lain malah Hasan Ali yang tampak tegas berlakon memarahi Ronnie Liu berkenaan isu arak..tapi pada penghabisan cerita "Happy Ending" yang mana Hasan Ali telah "CIUM MULUT" dengan Ronnie Liu. Longlai terkulai layu!

Beginilah sikap pemimpin-pemimpin PAS yang mana tidak mengambarkan sikap sebenar sebagai seorang pejuang Islam, selama ini mereka menekan, memaki, menyesatkan orang Islam lain dan adakah perkara yang mereka lakukan sebelum ini mengikuti pendekatan yang betul? Atau ianya hanya satu sandiwara yang biasa di mainkan oleh mereka setiap kali ada teguran dari orang lain?.
Wallahuallam.

Kita Gempur
Suara Politik
Taminsari

EKSKLUSIF !! Web ArabNews.com Kritik Politik Murahan PAS!

0


Kelmarin Portal luar negeri ArabNews.com telah menyiarkan artikel bertajuk "Islamic Gold Move Sparks debate about legitimacy of dollar". Artikel itu telah menyentuh tindakan negeri Kelantan mengeluarkan dinar emas sebagai sistem barter di Kelantan.

Untuk pengetahuan semua, sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.

Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman.

Seperti yang kita ketahui dan terpaksa diumumkan oleh Husam Musa sekali lagi, dinar emas bukanlah sejenis mata wang seperti yang disalah tafsirkan oleh web dan blog-blog pro-pembangkang. klik sini

ArabNews.com telah mengkritik parti PAS dengan mengatakan :-

Kenyataannya, pengumuman PAS kepada pengenalan syiling-syiling di awal bulan Ramadhan menunjukkan politik oportunis murahan PAS yang mengambil kesempatan daripada emosi dan simpati di atas keagaman orang Muslim. Bercakap tentang "matawang Shariah" yang disalahtafsirkan dan juga tidak tepat!

Sila rujuk artikel tersebut :-

The fact that PAS announced the introduction of the coins at the onset of the Muslim holy month of fasting, Ramadan, smacks of cheap political opportunism trying to ride on the emotional and religious sympathies of Muslims. Talk about a "Shariah currency" is as misinformed as it is inaccurate.

PAS would have had much more credibility had it tried to introduce the coins say in the immediate aftermath of the global financial crisis and its attendant credit crunch in 2008.

But then PAS like most Islamic parties including the National Salvation Party of Necmettin Erbakan and the party of Hassan Al-Turabi in Sudan have proven to be disastrous in power, partly because of an outdated and inflexible authoritarian and patriarchal view of the state and the dominance of men in power.

PAS is the party that introduced religious apartheid in Kelantan where women have separate check-outs at supermarkets or Muslim women are spot-fined RM50 if they do not wear the hijab in public.

It is in the economic and financial policy sphere that Islamic parties, especially PAS, are so naïve that a so-called Islamic gold dinar or Islamic finance is a panacea and would solve the problems of the world simply because of its faith-based philosophy and ethos.





Artikel tersebut turut menyentuh tindakan Husam Musa yang terpaksa menarik balik kenyataan asal beliau yang mewar-warkan dinar emas adalah matawang padahal dinar yang diperkenalkan hanyalah barter perniagaan yang tidak dirancang dengan teliti oleh Husam dan pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan.

Adalah sungguh memalukan apabila Husam Musa, Exco Ekonomi dan Kewangan negeri Kelantan tidak dapat membezakan di antara mata wang dan barter perniagaan.

Dek ketidakefesienan beliau itu juga, kita dapati banyak blog-blog pro-pembangkang yang salah faham dan menyalahkan kerajaan pusat kerana kononnya tidak Islamik. Padahal dakwaan mereka itu ternyata tidak benar.

Apakah Husam Musa mahu mereka memperbetulkan kesalahan mereka itu supaya rakyat tidak dikelirukan?
Tidak mungkin!

Artikel itu juga mengatakan:-

As for the Kelantan government move, no sooner had the Kelantan Chief Minister Nik Abdul Aziz Nik Mat announced the launch of the currency, his Economic and Finance Minister Husam Musa was forced to issue a humiliating retraction that the gold dinar is not a currency but an alternative to barter trade in the state.

Earlier he had stressed that the state would strive to expand the use of the gold dinar and silver dirham in all transactions, including paying civil servants' remuneration. "We have over 1,000 shops that have signed up to our campaign and agreed to accept the dinar and dirham for the purchase of goods," he told local reporters at the launch.


Realitinya, seperti kenyataan artikel tersebut, tindakan PAS Kelantan memperkenalkan dinar emas itu sebenarnya lebih bermotifkan politik oportunis murahan dan bukannya banyak memikirkan sudut practicality penggunaan dinar tersebut.

Inilah masaalahnya apabila ada parti politik yang mahu mengejar untuk menjadi yang pertama tetapi hakikatnya yang dikejar itu sudah difikirkan oleh parti lawan sebelum ini dan mempunyai banyak loopholes yang perlu diselesaikan dulu !

oleh Dr. Novandri Hasan Basri

Khalid Lembu Gagap Takut Kucing..!! Khir Toyo Lebih Berani….

0


“ Aneh tetapi benar. Tokoh yang begitu kental sekali berdepan dengan pelbagai rintangan dalam dunia korporat dan politik rupa rupanya takut kepada seekor kucing. Itulah hakikat yang dihadapi oleh menteri Besar Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim….”


Demikianlah petikan artikel yang ditulis oleh Jimadie Shah Othman yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 14 Ogos 2010.

Minggu lepas Khalid Lembu Gagap mendabik dada menyatakan bahawa beliau “lebih baik” dan lebih bagus daripada mantan MB Selangor Dato Seri Dr Khir Toyo. Malah Khalid membayangkan bahawa Khir Toyo langsung tak layak untuk diberikan sebarang jawatan utama [senior position] sekiranya berada dalam pengurusan Kumpulan Guthrie!

Wah…! Hebatnya Khalid Lembu Gagap mengutuk Khir Toyo diwaktu yang sama Khalid masuk kedalam bakul dan angkat sendiri….

Marilah kita teliti perbezaan dan persamaan kedua dua mereka untuk dinilaikan siapa yang lebih baik diantara mereka berdua;

Khalid terpaksa pecat Setiausaha Sulitnya Yahaya Saari ketika usia kerajaan Pakatan baru dua bulan, manakala baru baru ini Khalid terpaksa memecat Nik Nazmi dan menggantikannya dengan Faekah Husin diwaktu yang sama Faekah juga adalah Setpol kepada Presiden PKR, bermakna Khalid “bermadu” Setpol dengan Wan Azizah…. Tetapi sepanjang 8 tahun Khir Toyo menjadi Ketua kerajaan, pejabat MB tidak pernah celaru dan kalut dengan masalah kakitangan terutamanya kesemua setiausaha beliau.

Khalid dipecat daripada memegang jawatan nombor satu PKR Negeri Selangor setelah diambil alih oleh AzminAli. Khir Toyo sewaktu tempoh menjadi MB dan Ketua Kerajaan Negeri Selangor beliau juga diberikan kepercayaan menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor waalaupun ketika itu Mat Taib yang lebih senior masih dalam kepimpinan…

Khalid menjadi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang TIDAK lengkap barisan jawatankuasa, tiada Naib Ketua, tiada Bendahari, tiada Ketua Penerangan, tiada Ketua AMK, hanya ada seorang Ajk daripada 15 yang sepatutnya…., manakala Khir Toyo masih kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar sehinggalah kehari ini.

Khalid tidak bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri Selangor kerana beliau TIDAK menjadi Pengerusi kepada porfolio Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, sebaliknya Khalid hanya mengambil tugas kurang mencabar sebagai Pengerusi Porfolio Belia dan Sukan. Ini berbeza sewaktu Khir Toyo menjadi MB beliaulah yang mengambil tanggungjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan dan menyerahkan portfolio Belia dan Sukan kepada Exco yang lain…

Khalid hanya “mewarisi” segala pembangunan dan kemajuan kemakmuran negeri Selangor daripada titik peluh kerajaan BN lebih 50 tahun seperti pembangunan kawasan perdagangan, perumahan, prasarana.

Khalid masih “berhutang” kepada rakyat Selangor kerana masih banyak lagi janji janji dalam Manifesto Pilihanraya ke 12 yang belum ditunaikan ; Bantuan RM75 seorang kanak kanak yang dihantar ke nursery, Bantuan RM50 seorang anak anak yang memasuki pra-sekolah, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas untuk suri rumah yang menjaga anak sepenuh masa, Memberi 90 hari cuti bersalin untuk wanita yang bekerja, Rawatan PERCUMA untuk warga yang berusia 65 tahun keatas, Mengurangkan Cukai Pintu sebanyak 20%untuk rumah kediaman dan 10% untuk premis perniagaan. Semuanya bohong belaka – janji untuk gula gula meraih undi daripada rakyat Selangor!

Khalid tidak pernah peduli sensitiviti bangsa melayu dan agama islam, sewaktu krisis rampasan jualan arak Khalid memihak kepada Ronnie Liu dan tidak menyokong usaha yang dibuat oleh Dr Hassan Ali…

Khalid juga membiarkan Exco Exco bukan melayu memeriahkan “pembangunan” negeri Selangor dengan melahirkan terlalu banyak rumah rumah urut, hotel hotel murah yang akhirnya menghasilkan aktiviti aktiviti kongsi gelap dan pelacuran berleluasa….

Khalid seorang yang double standard menyokong penuh pemimpin yang ada masalah moral agar kekal duduk dalam Majlis Kerajaan Negeri Selangor, kes bogel Elizabeth Wong, wakil rakyat Bukit Lanjan itu tidak dipecat sebaliknya masih dibenarkan memegang jawatan penting kerajaan negeri. Kenapakah dalam kes Yahaya Saari, bekas Setiausaha Sulit Mb itu diarahkan melepaskan jawatannya?

Cara pertuturan dan percakapan Khalid gagap…., tetapi Khir Toyo lancar. Orang yang GAGAP tidak sesuai jadi ketua kerajaan negeri sebab setiap kali dia bercakap menyusahkan para wartawan media untuk buat liputan.....

Khalid seorang yang takut dengan kucing tetapi Khir Toyo tak takut kucing… Kalaulah kucing pun Khalid dah takut, mana mungkin berani nak tangkap lanun lanun perompak pasir di Selangor..???

Cukuplah sekadar senarai yang dinyatakan diatas untuk dibuat perbezaan dan persamaan diantara Khalid Lembu Gagap dengan Dr Khir Toyo.

Dalam memberikan respon kepada kenyataan angkuh, sombong dan “gonjol” Khalid ini, mantan MB Khir Toyo secara rendah diri akui bahawa pentadbirannya tidak sempurna, namun begitu perlu diingat bahawa sewaktu Khir menyerahkan kuasa kepada Khalid kedudukan kewangan negeri Selangor jauh lebih tinggi dari sebelumnya kerana prestasi baik yang menyaksikan hampir kesemua anak syarikat kerajaan negeri mencatat keuntungan, kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya dipertingkat, begitu juga dengan keberkesanan kerja pihak Pejabat Tanah Galian.

Posted by Medan Info Kita

Jangan terlalu berani mencabar

0


Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010

Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Posted by RIDHUAN TEE

Mitos

0


Dalam dunia ini begitu banyak mitos. Mitos sebenarnya tidak mengandungi kebenaran. Kadang-kadang ada yang suka saja mempercayainya tanpa melakukan kaji selidik dengan bukti empirical. Ada yang menggunakan mitos ini untuk memomok-momokkan sesuatu atau untuk menaikkan martabat sesuatu golongan. Penjajah pernah membuat mitos orang Melayu malas. Penulis istana membuat mitos raja-raja Melayu keturunan Alexander, dewa dan kadang-kadang Rasulullah.


Mitos tidak perlu benar. Mungkin ada sikit-sikit kebenaran yang ditokok tambah. Namun mitos boleh menjadi pegangan psikologi sesuatu bangsa. Dalam bukunya, The Myth of Lazy Natives, Syed Husein Al-Atas membuktikan bahawasanya mitos pribumi malas hanya digunakan oleh penjajah untuk melemahkan psikologi kaum pribumi.


Di Indonesia, Belanda menguar-uarkan kemalasan pribumi hanya kerana enggan menyertai sistem tanaman paksa mereka. Dari segi logik, apa faedah tanaman kepada bumiputera Indonesia zaman penjajahan Belanda kerana yang akan meraih keuntungan merupakan orang Belanda. Memang wajar pribumi malas kerana mereka tidak ada kepentingan dalam keuntungan Belanda.


Di Tanah Melayu dahulu orang Melayu dikatakan malas kerana enggan membanting tulang memakmurkan Great Britain untuk menoreh getah bagi pihak Guthrie dan melombong bijih bagi pihak British. Melayu hanya akan jadi kuli kepada orang Inggeris, sedangkan pembesar Melayu mendapat elaun yang sedikit hasil bumi sendiri. Jika Melayu ingin melawan, takut dengan 'gunboat diplomacy' orang Inggeris, atau takut menjadi seperti nasib Tok Janggut di Kelantan.


Orang Melayu begitu damai dengan tanaman mereka, hidup sebagai petani dan tidak terlibat dengan aktiviti ekonomi bertaraf dunia, hasil dasar Imperialist orang kulit putih. Di importnya kaum pendatang dari India dan Cina. Maka berkuasalah mereka menjarah ekonomi Tanah Melayu dengan Yap Ah Loy menguasai Kuala Lumpur dan melombong bijih timah. Memang mereka lebih bijak kerana terdedah.


Bukan umat Melayu bodoh tetapi kerana sistem feudal dan kurang pendedahan menjadikan mereka tidak terdedah kepada perniagaan global dan jaringan antarabangsa ketika itu. Rakyat marhein Melayu sangat bergantung kepada orang besar mereka; mungkin hanya pandai berniaga 'buluh kasap'.


Apabila Melayu sudah pandai sikit, cuba menuntut kemerdekaan untuk mentadbir sendiri negara tercinta yang sudah 'kehausan' hasil bumi ini dijarah oleh Inggeris 'Si Bajak Laut'(pirate), Inggeris mengenakan syarat untuk merdeka bersama dengan masalah yang mereka bawa: kaum Cina dan India. Pihak Inggeris yang membawa permasalahan, orang Melayu yang terpaksa menanggungnya. Bukan setahun dua tetapi berabad-abad selagi wujudnya negara Malaysia.


Mitos mengatakan adanya sosial kontrak. Mungkin Wikipedia kata bukan fakta jadi kita namakan dia mitos. Kemudian diciptakan pula mitos baru: Melayu juga bukan penduduk asal Tanah Melayu. Haish, macam mana jika kita kata Cina bukan penduduk asal Tanah Besar Cina? Apa kata Wikipedia?


Melayu bukan bangsa bodoh. Melayu cuma bangsa kurang tahu, kata Datuk A.Samad Said dalam novelnya Hujan Pagi. Mustahil bangsa Melayu yang baru merdeka selama 50 tahun dapat menyaingi budaya kaum Cina yang sudah wujud 4000 tahun. Seperti kata Stalin, "bit by bit, we learned."





Mitos mengatakan kita mencipta DEB untuk mengembalikan 'hak orang Melayu' yang terampas oleh penjajah selama ratusan tahun. Orang mendatang lebih berjaya dan makmur, bukan hanya kerana faktor malas atau rajin. Sesuatu sudah berakar umbi dalam jiwa Melayu - mereka menjadi inferiority complex dan kurang keyakinan.


Selama 40 tahun DEB dilaksanakan dengan jaya dan cacat cela, matlamat 30% tidak kesampaian. Hanya 19% saja. Logik berkata 81% lagi kek ekonomi dikuasai oleh kaum pendatang, atau keturunan mereka. Semalam diadakan Kongress Ekonomi MCA. Antara tuntutan mereka adalah minta dikurang 30% ekuiti bumiputera secara beransur-ansur.


Mitos mengatakan, DEB atau pegangan ekuiti ini melembabkan ekonomi Malaysia. Mitos mengatakan IMF kurang setuju cara Malaysia ditadbir kerana memberati satu kaum iaitu Melayu. Mitos juga mengatakan, ini punca FDI kita merundum sebanyak 81%. Dan kita mempercayai saja mitos yang mereka cipta, menjadikan kita bersikap merendah-rendah meminta maaf.


Anehnya, realiti yang sebenar ekonomi dikuasai oleh kaum lain. 81% lebih besar dari 19%. Simple math. Jadi berapa sebenarnya keadilan bagi mereka untuk mengagihkan kek ini? 100%?


Affirmative action bukan tongkat. Ia hanya instrument untuk membolehkan Melayu bersaing nanti. 40 tahun bukan lama. British yang menjajah dan kaum pendatang yang bersekutu dengan Inggeris sudah lama menjarah ekonomi Tanah Melayu - ketika Melayu masih bangsa petani. Sudah ratusan tahun mereka melakukan tanpa kawalan. Bagi Melayu masa lagi.


Sekarang nasib bangsa Melayu bergantung kepada Perdana Menteri, yang datang dari keturunan pembesar Melayu juga. Jika dulu, rakyat dan pembesar sangat intim. Pembesar seperti bapa dan rakyat merupakan anak. Tapi itu dulu, zaman mitos dan legenda.


Jika Demang Lebar Daun lupa waadatnya, maka Melayu sudah tidak terikat pada janjinya lagi.

Posted by sri tribuana

PANAS BERAPI! MCA BERMAIN DENGAN API?

0


Pembangkang sering menuduh UMNO memainkan sentimen rasis Melayu.

Apabila kerajaan bertegas membela bumiputera, pembangkanglah menjadi juara bukan bumiputera dengan meminta kesamarataan total. Tetapi bila kerajaan bertindak memberi kelebihan kepada bukan bumiputera, pembangkang jugalah yang nyaring menyalak menghentam kerajaan tidak membela bumiputera.

Sebagai penulis picisan dan rakyat marhaen, penulis bergantung harap kepada UMNO agar membela Melayu dan Barisan Nasional agar sama-sama mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Penulis tidak langsung percaya yang pembangkang mampu membela Melayu atau membawa perpaduan sebenar melainkan perpaduan yang berbentuk Cina menjadi tuan dan bangsa lain menjadi hamba.

Apa yang merunsingkan ialah akhir-akhir ini UMNO juga kelihatannya tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan bangsa terutamanya Ketua Pemudanya yang sering bersuara senada dengan pembangkang.





Namun, sebagai pemerhati politik yang setia, penulis sedia maklum bahawa Ketua Pemuda UMNO ini bukanlah UMNO tulin. Dia hanya bertopengkan UMNO walhal dia sebenarnya ialah pembangkang.

Tugasnya di dalam UMNO hanyalah semata-mata untuk menghancurkan UMNO dari dalam dengan menjauhkan orang Melayu dari UMNO dan kaum-kaum lain dari Barisan Nasional.

Selagi UMNO tidak mengambil tindakan kepada pembangkang yang bertopengkan UMNO ini, selagi itulah UMNO berada dalam risiko tergugat dan goyah.

Apabila UMNO goyah, yang tergugat pastinya kaum Melayu. Inilah antara puncanya Kongres Ekonomi Cina sanggup membuat tuntutan yang melampau terhadap kerajaan sekali gus menggugat kedudukan kaum Melayu.

Antara tuntutan Kongres Ekonomi Cina ialah supaya 30 peratus ekuiti bumiputera dikurangkan dan dilantik bukan Melayu dalam syarikat-syarikat GLC. Tuntutan ini bersifat pentingkan diri dan mengenepikan konsep tolak ansur yang menjadi kunci kekuatan negara ini.

Hari ini, kaum Cina mewakili 37 peratus pasaran modal berbanding hanya 7 peratus Melayu. Secara individu pula, kaum Cina mewakili 73 peratus kekayaan yang dimiliki oleh 40 orang terkaya di Malaysia dan setiap 8 dari 10 orang kaya di Malaysia adalah dari kaum Cina.

Kekayaan ini semua datangnya sejak 30 tahun dahulu iaitu semenjak awal DEB bertapak di Malaysia. Kekayaan ini tidak mungkin diperolehi dengan mengamalkan konsep eksklusif dalam berurusan iaitu dengan berniaga sesama kaum Cina semata-mata.

Ia berkait rapat dengan kewujudan dan peluang langsung dan tidak langsung yang perolehi dari kerajaan melalui syarikat GLC yang diterajui Melayu. Tetapi jangan lupa ramai juga orang Cina dan India yang diambil bekerja dalam GLC dengan bayaran gaji yang tinggi.

Melayu yang berjaya dalam GLC yang wujud melalui DEB serta Melayu yang berjaya meningkatkan taraf hidup kerana DEB kemudiannya membentuk daya beli yang tinggi di negara ini sekali gus memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga yang majoritinya kaum Cina juga.

Seperti mana perjalanan ekosistem, seperti itulah kaum Melayu dan Cina memerlukan satu sama lain baik dalam politik mahupun kehidupan sosial dan ekonomi.

Apa yang menyedihkan ialah Kongres Ekonomi Cina seolah-olah langsung tidak mengambil kira statistik dan fakta secara rasional dalam membuat tuntutan.

Tuntutan yang dibuat mereka kelihatan lebih berunsur emosi iaitu tamak, rasis dan pentingkan diri.

Jelas kelihatan yang mereka tidak punya kesungguhan untuk mengekalkan keharmonian yang dikecapi negara selama ini dan ingin terus mencabar dan menuntut segala-galanya sehingga kaum mereka menjadi dominan dalam segala segi.

Sifat sebeginilah yang menyebabkan sentimen perkauman terus bermain di dalam masyarakat negara ini. Lalu, UMNO dan Perkasa terpaksa bertindak sebagai barisan pertahanan dari serangan terhadap hak-hak bumiputera.

Tidak ada yang dapat menghentikan api perkauman ini selain dari keupayaan pemimpin untuk menekankan fakta dan statistik di atas di dalam minda setiap rakyat dari setiap kaum agar dapat berfikir dengan rasional.

MCA dan Gerakan harus mengambil peranan mendidik masyarakat Cina agar lebih bertoleransi jika benar mencintai keamanan.

Kaum Cina harus diingatkan untuk menghormati, berterima kasih dan bersyukur di atas pencapaian mereka yang jelas melebihi kaum-kaum lain, sekali gus membuang sifat tamak haloba dan suka menindas yang ada dalam diri mereka.

Mereka harus memahami bahawa apa yang mereka perolehi adalah kerana dasar tolak ansur penduduk asal negara ini.

MCA dan Gerakan juga harus berusaha menanam semangat patriotik dalam masyarakat Cina yang nampaknya semakin hari semakin membuang ‘Malaysia’ dari dalam diri mereka.
Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, adalah tidak masuk akal sama sekali apabila semakin ramai kaum Cina tidak dapat berbahasa kebangsaan dan tidak tahu menahu adat istiadat serta nilai-nilai kaum-kaum lain di Malaysia.


Kenapa begitu sukar bagi MCA dan Gerakan memupuk sifat-sifat yang mulia di dalam diri kaum mereka?

Kita ajukan dua soalan ini kepada pemimpin MCA dan Gerakan agar dapat dipanjangkan kepada masyarakat Cina:

Bagaimana mungkin kaum bumiputera Malaysia menerima kaum Cina dengan tangan terbuka dan memberikan hak sama rata jika kaum Cina sendiri berdegil untuk bersikap sebagai orang asing di negara ini?

Bagaimana kaum Cina boleh menganggap diri warganegara Malaysia jika tidak mahu menghormati Raja-raja Melayu, memandang rendah bahasa kebangsaan dan sering mencabar agama rasmi negara?

Pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan harus membantu masyarakat Cina membuat keputusan jelas mengenai siapakah mereka, iaitu Cina Singapura, Cina China atau Cina Malaysia jika mereka benar-benar ikhlas ingin terlibat dalam pembentukan 1Malaysia.

Jika benar mereka Cina Malaysia, buktikanlah dengan menghayati sejarah dan budaya negara ini. Buktikanlah dengan menerima sistem Raja-raja dengan senang hati. Terimalah konsep satu sekolah untuk semua tanpa dolak dalih lagi.

Jika ini semua boleh dilakukan, tidak mustahil suatu hari nanti masyarakat Melayu akan dapat menerima Perdana Menteri dari mana-mana kaum pun kerana yakin walau siapapun yang menjadi pemerintah, tidak akan ada penindasan berdasarkan kaum dan kedudukan agama rasmi, bahasa kebangsaan serta Raja-raja Melayu tidak akan sekali-kali tergugat.

Jika MCA dan Gerakan tidak boleh membantu memadam api perkauman yang dinyalakan kaum mereka, apa hak mereka untuk menuntut apa-apa jua dari kerajaan dan penduduk asal negara ini?


Oleh Angelia Sinyang - Malaysia Instinct!