Jumaat, 30 Julai 2010

HARAMKAN DAP! CAUVINIS DAN RASIS

0


Salam Pejuangan...

saya amat bersetuju dengan cadangan saudara zulkifli Norrdin (Kulim) untuk mengharamkan parti haram jadah DAP... kenapa kerajaan senyap dan sunyi dan tidak mengambil sebarang tindakan??? pelbagai isu dan banayk lagi kalau direkodkan DAP sengaja menyentuh hak, sentimen dan keistimewaan melayu... bukan itu sahaja hinggakan perkara berkaitan raja-raja melayu dan Islam disentuh sewenangnya...

Saya sebagai orang Melayu Islam begitu malu kerana hanya mampu melihat DAP 'merogol', 'memperkosa' dan 'meliwat' Melayu dan Islam secara terbuka dan terang terangan. DAP sudah tidak takut lagi... tidak gentar... malahan cabaran demi cabaran dilaungkan mereka tanpa takut masyarakat bergolak dan keharmomian yang dibina bertahun-tahun hancur sekelip mata...

Kalaulah sikap DAP yang sebegini ditonjolkan sekitar tahun 1970an dahulu saya amat yakin tragedi berdarah sepeti 13 Mei pasti terjadi. Tidak perlu tunggu lama-lama cubalah cabar melayu waktu itu nescaya bala yang akan menimpa... Namun kenapa cina bersama DAP kini tidak mengambil iktibar atas sejarah yang berlaku??? sedarkah bahawa kita telah berjaya membina keharmonian hubungan kaum atas debu-debu kebakaran dan bencada 13 dahulu... dan sehingga kini kita masih lagi meneruskan dasar berkenaan walaupu peristiwa 13 Mei sudah berlalu lebih 40 tahun lalu...

Sebagai seorang yang sayangkan bangsa melayu (akan dituduh rasis oleh cina) sebaik-baiknya kerajaan segera mengambil langkah dibawah peruntukan perundangan bagi mencegah kebiadapan DAP dan Cina ini... pengharaman adalah jalan terbaik... kami tidak faham kenapa kerajaan dibawah Pak tidoLAH dan disambung oleh Najib menjadi takut, pengecut dan bacul untuk menegakkan undang-undang dan mencegar ketegangan kaum daripada berlaku... baik padamkan bara-bara yang timbul dari cuba memadamkan api yang marak menjulang...

Kepada kerajaan dan DAP Cina... kesabaran kami ada batasnya... lihatlah semua dulu hingga kini asyik kaum melayu yang mengalah dan bekorban... yang kaya raya di Malaysia Cina melayu jadi kuli batak mereka... melayu berhempas pulas kerja bagai nak mati bagi mengkayakan cina sebab mereka tokeh yang pegang ekonomi... dah lah pulak tu hak keistimewaan kita pun satu persatu dikebas Cina walaupun melayu perlukan hak itu bagi bersaing kerana kita masih tidak cukup kaya dan kuat serta maju dari pelbagai aspek untuk survived di tanah air kita sendiri... Apa maknanya kita mendabik dada mengatakan tanah ini merupakan TANAH MELAYU kalau bangsa melayu sendiri melarat... menderita... tiada hak dan kuasa dalam ekonomi, pendidikan malahan politik...

Insaflah semua... masanya telah bangkit... melayu perlu menjadi superior... hanya dengan bersati kekuatan kita akan mengatasi bangsa lain... menghapuskan penindasan terhadap melayu ditanahairnya sendiri... DAP mesti diharamkan... Cina mesti di'ajar' agar tidak biadap...

Kepada Allah Berserah...


HARAMKAN DAP!

Salam 2 all.

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Sya'ban 1431
29 Julai 2010


oleh Salam Perjuangan

SYABAS- Tony Pua Pejuang Tulen Bangsanya! Pemimpin Melayu PAS & PKR???

0



SHAH ALAM 26 Julai - DAP disifatkan sebagai cuba mengamalkan sikap cauvinis apabila mencadangkan kerajaan negeri supaya menghapuskan diskaun bumiputera dalam pembelian premis komersial di negeri ini

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua itu adalah tidak wajar kerana ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pengagihan serta pemilikan ekuiti di antara kaum di negara ini.

Ini kerana, katanya, pemilikan ekuiti serta kuasa beli kaum bumiputera di negara ini termasuk di Selangor adalah jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain.

Menurut beliau, sekiranya wujud ketidakseimbangan tersebut, maka ia sudah pasti memberi kesan negatif kepada kestabilan antara kaum seterusnya mengundang ketidaktentuan ekonomi di negara ini. - UTUSAN MALAYSIA



Sabar...Bertenang...jangan Gopoh!!!
Bersabar itu separuh dari iman!

Gomo tak marah pun Tony Pua bila dia nak minta Kerajaan Negeri Selangor hapuskan Hak Ekuiti Bumiputera dalam pembelian premis komersial di dalam Selangor. Malah kalau isu yang Tony Pua ni bawa ke seluruh negara pun Gomo tak marah. Al Maklum kita orang Melayu kan selalunya bersabar dan akan keluarkan ayat:
"Takpa, Biar pi Lah....."

Tony Pua tu Bangsa Cina, dah tentulah dia bercakap atas kapasiti menyokong apa sahaja yang baik buat Bangsa Cina yang lain. Tak kiralah DAP ke, PKR ke, MCA ke, GERAKAN ke setiap pemimpin yang ada akan memperjuangkan Bangsa Mereka sendiri. Itu yang lebih penting.

Tony Pua tak perlu nak jaga hati orang Melayu, malah dia tak peduli pun pengundi Melayu dalam kawasaan nya itu. Sebab apa? Sebab Tony Pua faham dan tahu, orang Melayu ada saluran di pihak atasan untuk membawanya. Jadi tiada masaalah bagi Tony Pua bila membawa isu bangsa Cina. Pemimpin Melayu kan ramai lagi......

Khalid Ibrahim MB Selangor orang Melayu, Penasihat Keewangan Selangor Anwar Ibrahim pun orang Melayu, PAS pun ramai dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor pun orang Melayu. Pembangkang Selangor UMNO pun orang Melayu. Jadi apa yang nak di kesahkan sangat dengan gesaan Tony Pua ni? Pemimpin Melayu kan ada!

Setakat ini yang membantah Gesaan Tony Pua dalam menghapuskan Ekuiti Bumiputera di Selangor adalah pemimpin UMNO. Syabas lah kepada pemimpin Melayu dalam UMNO tu. Ye lah pembangkang katakan, kena lah BANGKANG!!!

Tapi pemimpin Melayu PAS dan PKR? Ops...lupa nak maklum kat semua. PAS dan PKR dah nyatakan secara jelas, mereka tidak akan memperjuangkan BANGSA MELAYU. Rakyat lebih penting buat mereka. Tidak ada gunanya perjuangkan Bangsa Melayu kerana bila bercakap bab Melayu maka kita akan jadi RACIST.

Pemimpin Melayu PAS dan PKR memperjuangkan RAKYAT, Hebat mereka ni semua. Tony Pua lagi Hebat kerana memperjuangkan BANGSA CINA. Takat jadi pemimpin nak perjuangkan rakyat semata mata buat apa? Baik perjuangkan Bangsa Sendiri kerana undi itu pun yang banyak datangnya dari bangsa sendiri.

Apa sekalipun Gomo harap rakyat Selangor khusunya orang melayu bertenang dan bersabar. jangan Marah Tony Pua kerana kewajipan nya memperjuangkan bangsa Cina. namun kita kena tanya kepada pemimpin Melayu PAS dan PKR apa perjuangan mereka dalam membantu Bangsa Sendiri.

Buat pemimpin UMNO Selangor, harap dapat tingkatkan mutu dan kualiti dalam menjalankan tugas membantu rakyat. Sebulan Dua ini nampaknya pemimpin UMNO Selangor sudah banyak yang bangkit dari lena. Di harapkan agar dapat meneruskan momentum ini dan memenangi hati rakyat khusunya orang Melayu.

Psssttt....bagus Tony Pua ni, ni lah pejuang Bangsa yang tulen. Melayu PAS & PKR?


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Karangan GOMO

Selasa, 27 Julai 2010

JOHNS HOPKINS' SCHOOL OF ADVANCED TERROR

0


by Ilan Weinglass

Johns Hopkins University is demonstrating a disturbing pattern of awarding fellowships to Islamists with an avowedly anti-Western agenda. Mustafa El Khalfi, the Moroccan Islamist who was recently awarded a fellowship[1] at the university's School of Advanced International Studies (SAIS), is not the first. In March of 2005, SAIS granted a visiting fellowship to Anwar Ibrahim, a terror-supporting Malaysian Islamist whose Virginia-based organization apparently committed tax fraud in his benefit.

On March 30, 2005, SAIS announced[2] that Ibrahim, the former deputy prime minister of Malaysia, was joining the university's Foreign Policy Institute, as a visiting scholar. Ibrahim was to "present seminars[3] on contemporary Southeast Asian politics, economic reform, Islam and democracy... [and] join in SAIS activities." The announcement by SAIS said that Ibrahim would also be working on "a project examining democratization in the Muslim world." While SAIS described him "as a strong advocate for civil society, economic liberalization, moderate Islam and democratic governance," publicly available evidence shows the opposite. A quick glance at his website[4] reveals a prominently featured photo of Ibrahim together with Yusuf Qaradawi, a leading Islamist scholar who is associated[5] with the Muslim Brotherhood and supports HAMAS, and who recently issued a fatwa calling for the Islamic conquest of Europe.[6]

Anwar Ibrahim is a founder[7] and director of the Muslim Brotherhood affiliated International Institute of Islamic Thought (IIIT),[8] a think tank in Virginia that has alleged links to terrorism. IIIT's 2003 tax-exempt IRS filing[9] lists a $720 donation to the al-Haramain Islamic Foundation of Ashland, Oregon, which was designated[10] as a terrorist funding organization by the U.S. government in 2004. Among the Treasury Department's findings were that the Oregon branch of al-Haramain engaged in tax fraud, money laundering, supporting Chechen mujahideen affiliated with al Qaeda, and had "direct links between the U.S. branch and Usama bin Laden." In fact, many of al-Haramain's offices around the world were closed for supporting terrorism.

There is more evidence of IIIT's links to terrorism. A few examples: according to court documents[11], in the early 1990s IIIT donated at least $50,000 to a think tank run by Sami al-Arian, the World Islamic and Study Enterprise (WISE), that served as a front group for Palestinian Islamic Jihad. IIIT is also named as a defendant in two class-action lawsuits brought by victims of the 9/11 attacks. One alleges[12] that IIIT received the bulk of its operating expenses from the SAAR network,[13] whose component groups are accused in another class-action suit[14] of being "fronts for the sponsor of al Qaeda and international terror." The same suit lists IIIT as well as every officer of IIIT besides Anwar Ibrahim as a supporter of the SAAR network. This public information was available to SAIS, yet the school extended a fellowship to Ibrahim.

Ibrahim, along with three other IIIT directors, is also a trustee[15] of the World Assembly of Muslim Youth (WAMY). According to congressional testimony[16] of testimony of Jonathan Winer, former Deputy Secretary of State for International Law Enforcement, in October 2002 WAMY made Hamas leader Khalid Mishal an "honored guest" at a conference held in Riyadh. A Saudi opposition group reports[17] that WAMY disseminates literature encouraging "religious hatred and violence against Jews, Christians, Shi'a and Ashaari Muslims." Evidently, as a trustee of this group, Anwar Ibrahim is far from advocating moderate Islam.

Ibrahim and his family were also the beneficiaries of an apparent tax fraud perpetrated by IIIT. The same tax filings showing a donation to the al-Haramian foundation show $92,200 in contributions to Ibrahim's daughter, Nurul Izzah. IIIT violated U.S. law when it wrote "none" under "Donee's relationship" when listing donations to Ibrahim's daughter. The group would have lost its tax-exempt status had it been known that it was sending money to the family member of a director. Ibrahim never disavowed this act when given the chance and even stated explicitly[18] that these contributions were made for the education of his six children.

Moreover, the International Free Anwar Campaign (IFAC), which was established when Ibrahim was in a Malaysian prison, has some apparent links to al Qaeda. Rahim Ghouse,[19] who was an IFAC leader based out of Melbourne, Australia, had business dealings with Yassin al-Qadi, who is on the Treasury Department's list of Specially Designated Terrorists for funding al Qaeda. While this alone is not conclusive, it should have raised a red flag. Instead, SAIS assigned Ibrahim to "counsel students[20] who wish to learn more about Southeast Asia and the Muslim world."

Perhaps most importantly, Ibrahim never disavowed IIIT's support of terrorism. On the contrary: in an October 25, 2003 response[21] to the broadcasting of terror-supporting charges against IIIT on Australian television, he effusively praised the organization and said that charges against it were politically motivated.

SAIS also recently announced a fellowship, funded by W.W. Norton & Company, for students with the "firm intention to pursue a career that promotes international understanding between the United States and other countries and works toward the goal of preventing terrorism." In light of fellowships granted to Mustafa El Khalfi and Anwar Ibrahim, it seems that SAIS, is doing the exact opposite.

SAIS, however, recently lost Ibrahim to the newly renamed Prince Alwaleed bin Talal[22] Center for Muslim-Christian Understanding, at Georgetown University, where he lectures "on several topics."[23] It is ironic that this trustee of WAMY, which supports HAMAS and has been implicated[24] in funding al Qaeda and other Islamist organizations, has been assigned to teach Georgetown students "modernity in Islam, [and] interfaith understanding."

Footnotes

1. Olivier Guitta, "Johns Hopkins U's Islamist Fellowship," Front Page Magazine, December 21, 2005,

(www.frontpagemag.com/Articles/Printable.asp?ID=20599).

2. Felisa Neuringer Klubes, "Former Deputy Prime Minister of Malaysia Anwar Ibrahim Joins JHU SAIS as Visiting Scholar," March 30, 2005,
(www.sais-jhu.edu/pubaffairs/media_events/ Media_Advisories/MA2005/Ibrahim05.html).

3. See [2.]

4. http://www.anwaribrahim.com/ver2nd/enter.html

5. "Hostage: how the Muslim world battled for the life of Norman Kember," The Guardian, December 11, 2005,
(www.guardian.co.uk/Iraq/Story/0,2763,1664682,00.html).

6. Joel Leyden, "How Al-Qaeda Justifies Terrorism and Genocide," December 26, 2005,
(www.israelnewsagency.com/al-quaedaterrorismus10012.htm).

7. Fareed Zakaria, "Anwar Ibrahim,"
(http://foreignexchange.tv/?q=node/736)

8. "In Search Of Friends Among The Foes," Washington Post
(www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A12823-2004Sep10_3.html).

9. Guide Star Database of Non-Profit organizations,
(www.guidestar.org/pqShowGsReport.do?npoId=921171).

10. Office of Public Affairs, U.S. Treasury, "U.S.-Based Branch of Al Haramain Foundation Linked to Terror Treasury Designates U.S. Branch, Director," JS-1895, September 9, 2004,
(www.ustreas.gov/press/releases/js1895.htm).

11. Dep't of Justice website,
(www.usdoj.gov/usao/vae/ArchivePress/OctoberPDFArchive/03/ safaaffid102003.pdf).

12. Find Law,
(http://news.corporate.findlaw.com/hdocs/docs/terrorism/ ashtonalq90302cmp.pdf).

13. Douglas Farah and John Mintz, "U.S. Trails Va. Muslim Money, Ties," Washington Post, October 7, 2002,
(http://siteinstitute.org/bin/articles.cgi?ID=inthenews502& Category=inthenews&Subcategory=0).

14. Find Law, (http://news.findlaw.com/hdocs/docs/terrorism/burnettba112202acmp.pdf).

15. Dep't of Justice website,
(www.usdoj.gov/usao/vae/ArchivePress/%20SeptemberPDFArchive/ 03/biheirisupp091203.pdf).

16. Find Law,
(http://www.mipt.org/pdf/s-hrg108-245.pdf).

17. Ciaonet Org,
(www.ciaonet.org/pbei/winep/policy_2002/2002_673.html).

18. "Response Of Dato' Seri Anwar Ibrahim To The Attempt To Connect Him To The 'Al-Qaeda Terrorists," October 25, 2003,
(www.freeanwar.net/July2003/press_release261003.htm).

19. "Probe into Anwar terror claims," Sidney Morning Herald, October 25, 2003,
(www.smh.com.au/articles/2003/10/25/1066974373724.html).

20. Felisa Neuringer Klubes, "Former Deputy Prime Minister of Malaysia Anwar Ibrahim Joins JHU SAIS As Visiting Scholar," SAIS, John Hopkins University,
(www.sais-jhu.edu/pubaffairs/media_events/Media_Advisories/ MA2005/Ibrahim05.html).

21. "Response Of Dato' Seri Anwar Ibrahim To The Attempt To Connect Him To The 'Al-Qaeda Terrorists," October 25, 2003,
(www.freeanwar.net/July2003/press_release261003.htm).

22. Prince Alwaleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, "Faculty,"
(http://explore.georgetown.edu/people/ai55/?PageTemplateID=75).

23. Nora Boustany, "An Unlikely but Eager Voice Between Islam and the West," Washington Post, September 2, 2005,
www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/ 2005/09/01/AR2005090102308.html.

24. Ciao Org,
(http://www.ciaonet.org/pbei/winep/policy_2002/2002_673.html).


Ilan Weinglass is a fellow at the American Center for Democracy and a business intelligence analyst in the private sector. He graduated from SAIS in 2005.

This article appeared in Front Page Magazine (www.FrontPageMagazine.com), January 12, 2006.

Tolak perpaduan..Alim ulama dicerca hina

0


Saya dah muak melihat bagaimana isu perpaduan Melayu ini diperkatakan. Politik Melayu memang dangkal. Bukankah parti kaum Cina seperti DAP, Gerakan dan MCA juga mengadakan pertemuan? Mengapa tidak sekecoh dua parti Melayu ini. PAS masih bercakap besar dan angkuh seolah-olah mereka sendirian boleh memenangi pilihanraya. Dari segi pedigree, PAS masih belum dapat menyamai UMNO yang mana masih mendapat sokongan dikalangan orang Melayu. Mungkin ada sedikit goyang, tetapi UMNO masih menguasai 78 kerusi parlimen. Berapa PAS ada?

Seorang mufti yang tidak ada kepentingan politik cuba membawa dua parti Melayu ini semeja dikata, difitnah dan dinista. PAS tanpa segan silu menjadikan mufti berkenaan seperti objek politik. Mereka tidak lagi cuba memahami niat asal ulama berkenaan. Jika PAS menolak kerjasama dengan UMNO, tidak perlu memburuk-burukkan UMNO dan mufti berkenaan. Katakan sahaja tidak minat, dan tutup buku.

PAS bukan parti demokratik dan liberal. Imej demokratik dan liberal yang cuba ditunjukkan oleh mereka hanya make up untuk mengelirukan pengundi bukan Islam. Apabila dua Naib Presiden PAS iaitu Salehudin Ayub dan Mahfuz Omar tanpa segan silu membelasah mufti Perak, Dewan Ulama PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri mendiamkan diri. Umum mengetahui, Nik Aziz orang yang sangat menentang sebarang kerjasama dengan UMNO. Kegagalan beliau mendisiplinkan dua Naib Presiden yang 'kurang masak' ilmu agama ini membuktikan PAS tidak menghormati pandangan ilmuwan Islam diluar kelompok mereka. Ini sebenarnya assabiyah.

Khalid Samad, seorang yang menunjukkan imej liberal dalam soal isu khalimah Allah dan gereja, tidak pula seliberal itu dalam menangani perbezaan pendapat dalam hal politik. Beliau minta PAS memecat sesiapa yang mengusahakan ke arah perpaduan. UMNO dan PAS tidak perlu bersatu. Cukup sekadar bersetuju dalam hal-hal yang melibatkan Islam. Perbezaan pendapat umat Rasulullah merupakan hikmah, jika diguna dengan kepala yang bijaksana. Namun ia malapetaka dengan cara berfikir 'katak bawah tempurung' pemimpin PAS.

Kita lihat bagaimana DAP dan MCA berpolitik. Dalam isu yang menguntungkan kaum Cina, mereka boleh bersama atau paling tidak mendiamkan diri. Tidak seperti pemimpin PAS yang menanamkan kebencian terhadap apa saja yang berbau UMNO. Bila politik berasaskan kebencian, maka ahli-ahlinya tidak boleh nampak rasional sesuatu isu berkenaan.

Apa yang saya nampak, ada keresahan dikalangan beberapa pemimpin PAS yang menyedari mereka sedang diperkudakan oleh DAP. Seperti YB Zulkifli Nordin yang resah jiwanya dalam PKR apabila melihat kepentingan Islam dan Melayu dijual beli, sudah tentu beberapa pemimpin dalam PAS yang rasional merasakan perlu ada hubungan 'diplomatik' dengan UMNO. Niat asal mufti Perak untuk tidak mendedahkan nama pemimpin PAS berkenaan bertujuan untuk menyelamatkan beliau dari menjadi mangsa fanatik orang-orang PAS ini. Niat baik beliau sebagai ulama dan apolitical Islamic leader di keji oleh media PAS sendiri.

Tanpa sega silu, Mahfuz Omar minta Mufti berkenaan minta maaf kepada orang PAS kerana mengadakan pembohongan tentang niat kerjasama dengan UMNO. Baca laporan Harakah disni. Kekerasan Naib Presiden PAS yang 'tak ngaji tinggi' ini mendapat teguran dari Mohd Sayuti Omar. Beliau menyatakan keresahannya kerana PAS - tidak sesuai dengan imej Islamnya - membelasah seorang non political ulama tanpa segan silu. Beliau risau ini akan mengurangkan hormat orang Islam lain terhadap parti ini. Dan sememangnya ramai orang Islam meluat melihat Islam versi PAS - hanya benar jika menguntungkan politik mereka sahaja. Baca huraian MSO disini.

Baca juga blog Penarik Beca disini Apa yang menarik, ulasan Nik Aziz "bagi menjaga kepentingan Melayu, PAS lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan didunia dan diakhirat". Bagaimana kemampuan PAS, mari kita lihat:





Begini?





Atau begini?

Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang teruk, FDI kita merundum, PAS hanya tahu politik, politik, politik. Saya teruja untuk mengetahui apa fikiran pelabur melihat perangai penyokong PAS ini.


Posted by sri tribuana

Fakta sebenar PAS keluar daripada BN

0


"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Di manakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah." - Tun Hussein Onn 9 Disember 1977


FAKTA TAMBAHAN I

Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidakpuasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri)

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato' Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN II

7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.

Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakunya rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13Mei berulang.

10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri.

12. Setelah Kelantan dibawah darurat, Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15. Pemberontakan dalaman ini memungkinkan barah berlaku dalam BN, dan hasil disiplin buruk pemimpin PAS ini, UMNO terpaksa meleraikan tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16. Rentetan dari itu juga menyebabkan krisis dalaman PAS yang membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18. Pada PRK tersebut, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas (di antaranya Nik Aziz ketika itu) terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Zul Nordin panggil Guan Eng sebagai Lim Tee Pooh

0









Salam 2 all.

Guan Eng dakwa kononnya antara kesalahan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Sdr. Nik Ali ialah tidak menyediakan beliau kerusi dan tempat duduk semasa program pelancaran Kereta-api Bukit Bendera. Maka pelbagai fitnah dan tohmah dikenakan kepada seorang pegawai beragama Islam yang cuba melaksanakan tugasnya dengan baik.

Tapi cuba lihat gambar-gambar diatas. Bukan sahaja kerusi empuk warna kuning disediakan, malahan Guan Eng dilayan dengan begitu baik dan didudukkan sebelah dengan Menteri Kerajaan Persekutuan iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Tak cukup dengan itu, Guan Eng turut dipentaskan bersama dengan Menteri Kerajaan Persekutuan Dato' Seri Ng Yen Yen dalam satu majlis rasmi!!

Kata omputeh, "a picture speak a thousand words"!! Siapa yang menipu sebenarnya. Dan kepada mereka yang menyokong cauvinis ini secara mengkhinzir buta, sehingga tergamak menghina Islam dengan menyamakannya dengan Khulafa Rasyidin 'Umar 'Abdul Aziz, buka lah mata, tepuklah dada, tanyalah iman.





Dan saya mula tertanya-tanya, apakah pegawai-pegawai beragama Islam yang berkhidmat dibawah perkhidmatan negeri Pulau Pinang mengalami nasib yang sama. Saya tidak lupa kata Guan Eng, kalau Nik Ali duduk dibawah Kerajaan Negeri dah lama beliau dipecat!!

Jangan lupa parti si Guan Eng ini adalah parti yang memang anti Islam. Jangan lupa penghinaan Ketua Staf Guan Eng, YB Jeff Ooi melabelkan Jemaah Islah sebagai teroris, dan sehingga kini enggan memohon maaf. Bagaimana pula kenyataan mereka di Sibu bahawa isu pemerintahan negara Islam ala PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan menjadi pemerintah dibawah Kerajaan Pakatan. Dan ingatlah "patwa" mursyidul am DAP Karpal Singh, "Islam over my dead body". Dan pendirian jelas DAP yang menolak penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah!!

Dan yang paling malang, ada Melayu haprak yang sanggup menjadi balaci dan tukang angguk cauvinis ini, hanya kerana seronok dengan jawatan dan kedudukan. Begitulah Melayu, samada bersongkok atau berserban, demi kerakusan politik mereka akan halalkan apa sahaja. Bukankah sudah tiba masanya bangsa Melayu beragama Islam perlu kembali kepada perjuangan Islam sebenarnya, menegakkan kembali pemerintahan khalifah Islam yang bertunjangkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan istiqomah untuk kembali kepada pemerintahan khilafah Islamiyyah yang sebenarnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Sya'ban 1431
24 Julai 2010

Jumaat, 9 Julai 2010

Wartawan Us Pertikai temubual Anwar di CNN,Berapa Anwar Bayar Kepada CNN menaikkan imejnya di US?

0

by pisau.net

Misi lobi Anwar ke Washington : Anwar dilaporkan telah berjumpa dengan Sir William Cohen, Howard Berman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Amerika Syarikat dan Kurt Campbell Timbalan Setiausaha Negara Untuk Asia Timur dan Pasifik

oleh : AIDCNews

Pendedahan Joshua Treviño wartawan dari The New Ledger dalam artikelnya bertajuk "CNN, bad journalism, and Anwar's apology tour"[klik di sini], 4 Julai 2010, membongkar lagi satu ruang misteri yang cuba disembunyikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka misi lawatan memohon maaf kepada Yahudi, di Washington baru-baru ini.





"Wawancara dirakam sebagai sebahagian daripada Misi Lawatan Mohon Maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Semitik yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia dapat disimpulkan bahawa media Barat telah membuat liputan yang salah berkenaan Anwar", dedah wartawan dari The New Ledger itu.

Kenyataan Joshua Treviño itu merujuk kepada wawancara di antara wartawan CNN International Connect To The World dengan Anwar Ibrahim yang disiarkan Jumaat lepas.

Penulis yang juga Presiden Trevino Strategies and Media, Inc.di Sacramento, California berhujah Anwar telah menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN dan membayar penerbitan wawancara tersebut untuk menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

"Wawancara CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-semitik)", kritiknya.

Joshua Treviño yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan USA di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush turut mengkritik wartawan CNN yang tidak bertanyakan soalan kegagalan Anwar mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dan meminta bukti daripada Anwar yang mendakwa kerajaan Malaysia dibantu pelobi Yahudi di Amerika Syarikat dan beberapa pihak di Israel, sedangkan kedua-dua persoalan ini sudah menjadi pengetahuan umum.

Penulis The New Ledger juga menyifatkan wartawan CNN itu tidak melakukan penyelidikan mendalam dalam pembikinan beritanya. Hanya menghabiskan beberapa minit untuk bertanyakan Anwar dengan soalan-soalan yang mudah tetapi tidak serius kepada persoalan yang menjadi perhatian pihak Barat.

Misalnya ketika bertanyakan Anwar, berkenaan dengan dwi sistem undang-undang iaitu undang-undang Syariah (Islam) dan undang-undang sivil yang diamalkan di Malaysia.

Menurutnya lagi ketika menjawab persoalan tersebut, jawapan Anwar kabur. Anwar dilihat berusaha menampilkan dirinya anti undang-undang syariah seperti yang dikehendaki oleh pihak Barat tetapi dalam masa sama tidak mahu kehilangan sokongan rakan kompenannya dalam Pakatan, PAS yang mempertahankan perundangan syariah itu.

"Wartawan CNN itu jelas tidak berminat melakukan hal-hal kewartawananan, hal ini memudahkan Anwar untuk mencipta lebih banyak kekaburan", tegas penulis itu.

"Inilah yang terjadi di kalangan media utama. Sesiapa sahaja yang telah dibayar oleh Anwar untuk menaikkan imejnya di Amerika Syarikat yang pastinya mempunyai hubungan rapat di kalangan pengamal media, khususnya di CNN", tegas penulis itu lagi.

Menurut penulis, strategi wawancara dan soalan yang dirancang adalah sebahagian daripada kaedah untuk menjayakan misi lawatan Anwar ke Amerika dalam usaha menambat semula sokongan Yahudi.

Dalam AIDCNews sebelum ini[klik di sini], kami melaporkan usaha keras Anwar dengan melutut kepada Yahudi serta membersihkan imejnya sebagai bukan "anti-Yahudi dan anti-Semitik".

Dalam menjayakan misi itu Anwar dilaporkan telah berjumpa Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan Keith Maurice Ellison, ahli kongres kerajaan Presiden Obama.

Berita antarabangsa, AFP pula melaporkan Anwar telah berjumpa dengan Kurt Campbell yang menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Negara Untuk Asia Timur dan Pasifik. Klik di sini

AFP melaporkan Anwar juga turut berucap di Woodrow Wilson International Center(WWIC), sebuah pusat Antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat Amerika Syarikat ke-28, Thomas Woodrow Wilson. Woodrow Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi'.





Dalam ucapan Anwar di WWIC, pidatonya senada dengan hasrat Israel iaitu untuk mendapatkan 'Sebuah Negara Israel Yang Sah' melalui muslihat yang licik yang dinamakan 'two state solution'. Tonton ucapan Anwar di WWIC dalam video di atas.

Lebih mengemparkan lagi laporan dari Jackson Diehl dari The Washington Post. Selain melaporkan Anwar berjumpa dengan beberapa tokoh Yahudi termasuk Howard Berman, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Anwar turut dilaporkan memohon maaf kepada Yahudi berkenaan dengan penggunaan istilah yang pernah diucapkan sebelum ini yang mengguris perasan Yahudi.

"Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati". Lapor Diehl. Klik di sini


Pisau kata "aku cabar puak PAS dan PKR sanggah artikel ni dan buktikan yang disiarkan ni adalah fitnah,kalau tak dapat bukti elok keluar saja dari PAS"

Biaya hidup mewah penjenayah di London - Duit Rakyat Selangor Yang Bayar

0


By aidc editor

Hanya satu perkara saja yang mengaitkan penulis blog fitnah RPK dan penyiasat persendirian B. Balasundram - kes kematian Altantunya. Jika tidak kerana itu, kedua-dua ini tidak mungkin bertemu apatah lagi tinggal bersama di London. Siapakah yang mendapat kelebihan apabila mempolitikkan kes kematian Altantunya?

Sudah tentulah Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Ini jelas bila kes kematian ini dijadikan modal politik pihak pembangkang untuk menjatuhkan reputasi Perdana Menteri dan keluarga. Justeru itu tidak susah untuk mengaitkan PKR dengan kedua-dua ekor pengecut yang lari dari tindakan undang-undang ini.Bagi menguatkan lagi hujahan di atas, Zaid Ibrahim (Ketua PKR WP) dipetik sebagai berkata, mengaku berkawan baik dengan RPK, semasa Balasundram mendedahkan SD pertamanya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri dan beberapa orang lain dengan kematian Altantunya, dia diiringi Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain mendedahkan bahawa peguam yang dilantik mewakili Balasundram juga adalah peguam PKR yang rapat dengan Anwar. Jadi semuanya jelas bahawa kedua-dua ekor ini memang dijadikan alat politik PKR untuk mencipta fitnah terhadap BN dan Perdana Menteri seterusnya memungkinkan kebarangkalian PKR membiayai kehidupan mewah mereka di London..


Tetapi PKR mana ada duit. Nak beroperasi pun terpaksa mengharapkan sumbangan dalam bentuk potongan elaun MP dan ADUNnya. Itupun mungkin sudah berkurangan akibat tindakan beberapa orang MP dan ADUN keluar parti untuk menjadi Bebas. Ratu Bogel PKR juga pernah mengadakan jamuan makan malam bagi mengutip sumbangan untuk PKR. Takkan parti yang minta derma punya dana untuk biaya kehidupan orang di London.

Setakat didedahkan, sejumlah wang bernilai RM 470,000 daripada keseluruhan RM 500,000 telah diserahkan kepada RPK untuk menanggung kehidupannya di London, tak pastila sebulan ke atau setahun tapi takkan setahun, bak kata MP Wangsa Maju, kos hidup di London bukan murah. Entah berapa ratus ribu ringgit pula yang telah diserahkan kepada Balasundram.

Semua ini tidak mungkin dilakukan oleh orang perseorangan mahupun keluarga kedua penakut ini kerana kita arif tentang senarai orang terkaya di Malaysia dan tidak seorang pun dikalangan mereka diketahui mempunya hubungan kekeluargaan dengan kedua ekor ini sehingga sanggup membayar ratusan ribu ringgit untuk menyara kehidupan mereka di London. Anak RPK pun ditangkap kerana terlibat dalam kes mencuri motorsikal sehingga dipenjara, kalau harta bapaknya yang bayar, takkan dia jadi pencuri?


Atau mungkinkah sumbangan dana daripada badan-badan pemikir yahudi dan perisik antarabangsa yang diketahui menyokong perjuangan Anwar Ibrahim dan hak mengamalkan seks sejenis? Kemungkinan itu ada, kalau tidak, takkan anwar sanggup terbang jauh ke DC untuk memeluk kaki pelobi yahudi yang marah dengan kritikkannya kepada regim zionis dalam kes membabitkan flotilla bantuan ke Gaza? Tetapi tidak banyak yang kita tahu mengenai sumbangan dana luar ini, justeru itu buat masa ini kita terpaksa ruled out kemungkinan tersebut.


Siapa lagi?


Yang paling logik ialah duit yang dibayar untuk membiayai kos kehidupan 2 ekor ini adalah disumbangkan oleh sebuah kerajaan. Di mana lagi yang pemimpin PKR mempunyai akses kepada perbendaharaan kerajaan kalau bukan di Selangor. Selangor seperti yang kita tahu adalah antara Negeri terkaya di dalam Malaysia. Kekayaan yang diusahakan oleh kerja keras pemimpin BN selama 50 tahun ini berpindah tangan apabila pembangkang yang diketuai PKR mengambil alih kuasa pada Mac 2008.



Sejak pembangkang mengambil alih pada Mac 2008, penggunaan dana awam bagi membiayai benda-benda yang tidak ada kepentingan rakyat, sudah jadi kebiasaan di Selangor.. Di dalam kes Teoh Beng Hock, sejumlah RM 200,000 duit kerajaan (sebut rakyat) Selangor digunakan untuk membayar peguam pemerhati dan saksi yang didatangkan khas dari Bangkok. Belum lagi perbelanjaan-perbelanjaan lain yang mungkin terlibat seperti penginapan, bayaran peguam pemerhati bagi pihak keluarga dan sebagainya.

Baru-baru ini, Sinar Harian mendedahkan untuk slot iklan memaparkan muka Pengurus Besarnya merangkap kroni MB selama beberapa saat di dalam TV, PKNS sebagai sebuah agensi kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah RM 150,000 duit rakyat tanpa dapat dipastikan apakah sumbangannya kepada kepetingan PKNS dan rakyat Negeri Selangor. Khalid Gagap seorang mungkin tidak ada kuasa untuk mengeluarkan wang kerajaan negeri bagi tujuan sebegini kerana perlu mendapat kelulusan exco yang terdiri daripada PAS dan DAP, tapi Punahsihat negeri yang diketahui punya pengaruh kuat keatas pakatan pembangkang ini, memang boleh.

Jasa RPK dan potensi Bala untuk mencalar reputasi PM dan Kerajaan Pusat memang banyak dan penting pada kelangsungan hidup pembangkang, bukan susah sangat nak dijustifikasikan pun.

Lagipun, terlalu banyak tanda-tanda penyelewengan dana kerajaan Negeri di Selangor, Datuk Shaziman Mansur merangkap Menteri Pengangkutan pernah mendedahkan bahawa daripada sejumlah .RM 315 juta peruntukkan diberikan kerajaan pusat bagi kos menyelenggara jalan-jalan di dalam Negeri Selangor, hanya sejumlah RM 45 juta saja yang dibelanjakan, soalannya kemana lebihan wang itu pergi?

Mungkinkah sebahagiannya digunakan untuk membiayai operasi-operasi jahat bagi tujuan kepentingan politik PKR seperti di dalam kes kehidupan mewah RPK dan Balasundram di London?


Semua ini menuntut satu penyiasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa seperti SPRM, polis dan Jabatan Audit ke atas pengurusan kewangan kerajaan Negeri Selangor. Kita menyambut baik cadangan kerajaan dan polis untuk menyiasat sumber dana bagi membiayai kehidupan mewah RPK dan Balasundram di London.

Kita tidak mahu hasil cukai rakyat Selangor digunakan untuk tujuan politik PKR seterusnya memungkinkan rakyat Selangor terpinggir disebalik statusnya sebagai Negeri maju dibawah pemerintahan kerajaan BN yang lepas.

mykmu

Selasa, 6 Julai 2010

Doktrin Khawarij, Pas ada persamaan

0


Oleh Ibrahim Abu Bakar

Pemimpin parti Islam sering tuduh pemerintah berlaku zalim, menyeleweng

IMAM Abu Muzaffar al-Asfirayni (meninggal dunia 471 Hijrah) ada menulis mengenai Khawarij dalam kitabnya berjudul, al-Tabsir fi al-din wa-tamyiz al-firqah al-najiyah an al-firaq al-halikin (Pemerhatian pada agama dan perbezaan puak yang selamat daripada puak yang binasa).

Mengikut al-Asfirayni, kumpulan Khawarij berjumlah 20 puak. Mereka mempunyai tiga doktrin yang sama. Pertama, semua puak Khawarij menyangka bahawa Khalifah Ali bin Abi Talib, Khalifah Uthman al-Affan, mereka yang terbabit dalam Peperangan Unta, dua wakil dalam Majlis Tahkim dan sesiapa yang meredai dengan kedua-dua wakil itu adalah kafir.

Kedua, semua puak Khawarij menyangka bahawa setiap orang yang melakukan dosa daripada umat Nabi Muhammad SAW adalah kafir dan pelaku dosa itu kekal dalam neraka.

Ketiga, semua puak Khawarij mengharuskan atau membolehkan menentang imam yang zalim dengan senjata. (al-Asfirayni 1940: 26)

Muhammad Abu Zahrah menulis bahawa Khawarij sepakat atas prinsip atau doktrin berikut: Pertama, Khalifah mestilah dipilih secara bebas dan sahih oleh semua umat Islam dan khalifah itu kekal menjadi Khalifah selama mana dia menegakkan keadilan dan menegakkan syariah, menjauhi kesilapan dan penyelewengan. Jika khalifah menyeleweng, maka wajib dipecat, dijatuhkan atau dibunuh.

Kedua, khalifah tidak dikhususkan kepada Arab Quraisy dan terbuka kepada bukan Arab. Bahkan Arab bukan Quraisy lebih senang dipecat, dijatuhkan atau dibunuh jika dia menyeleweng kerana tiada suku yang mempertahankannya.

Ketiga, mentakfirkan (mengkafirkan) pelaku dosa dan tiada beza di antara dosa besar dan dosa kecil. Malah, silap dalam pemikiran dan tindakan adalah berdosa. Oleh itu Khawarij menghukum kafir kepada Khalifah Ali kerana membabitkan diri dalam Majlis Tahkim dengan mengirimkan wakilnya untuk berunding dengan wakil Muawiyah. Khawarij berpendirian silap atau salah dalam ijtihad membawa kepada keluar daripada agama Islam. Oleh itu mereka mengkafirkan Talhah dan Zubayr kerana bersama Aisyah dalam Peperangan Unta, tidak bersama Khalifah Ali. Beberapa ayat al-Quran dijadikan dalil oleh Khawarij untuk menyokong fahaman mereka dan tindakan mereka terhadap orang Islam dan sahabat Nabi yang ulung yang mereka kafirkan. (Abu Zahrah 1996: 63-64).



Doktrin Khawarij

Dokrin Khawarij yang menyamakan semua jenis dosa berbeza daripada ulama Islam lain. Khawarij tidak membahagikan dosa kepada dosa besar dan dosa kecil. Dosa besar ada yang membawa kepada kafir iaitu syirik yang jelas dengan perkataan dan perbuatan. Tidak semua dosa besar membawa pelakunya kepada hukum kafir.

Doktrin Khawarij menghukum beberapa sahabat utama Nabi Muhammad SAW sebagai kafir berbeza dan bertentangan dengan Hadis Nabi Muhammad SAW yang menjanjikan sahabat itu akan memasuki syurga tanpa hisab seperti Uthman dan Ali.

Dengan mengkafirkan kedua-dua sahabat ini, apakah hukum kafir Khawarij itu membatalkan hadis Nabi mengenai taraf dan status dua sahabat berkenaan? Hukuman kafir Khawarij kepada dua sahabat Nabi itu tidak benar atau tidak sah kerana bertentangan dengan hadis Nabi mengenai dua sahabat itu.

Khawarij berasakan mereka lebih alim, lebih warak dan takwa berbanding dengan Khalifah Ali dan Khalifah Uthman, sedangkan dua khalifah itu diterima sebagai menantu oleh Nabi Muhammad SAW. Kalau baginda menerima mereka berdua sebagai menantu, tidakkah itu menandakan kealiman, kewarakan, ketakwaan dan perjuangan mereka yang sangat tinggi kepada Nabi Muhammad dan Islam yang baginda sebarkan?

Khawarij menuduh Khalifah Ali dan Khalifah Uthman menyeleweng dan pemerintah yang menyeleweng mesti ditentang dengan memecat atau membunuhnya. Khawarij telah membunuh Khalifah Ali atas tuduhan bahawa Khalifah Ali menyeleweng dalam berdepan dengan Muawiyah yang menentangnya dalam Peperangan Siffin.

Khawarij juga menuduh Khalifah Ali menyeleweng dalam Peperangan Unta kerana beliau tidak membenarkan tenteranya menangkap dan menawan tawanan perang Aisyah, janda Nabi Muhammad SAW. Ini diketahui Khalifah Ali dalam perdebatan dengan Khawarij di Harura. Antara isunya, Khawarij menuduh Khalifah Ali gagal menghukum Aisyah yang menentang beliau dengan hukum Islam iaitu membunuh Aisyah atau menawannya menjadi tawanan perang kerana menentang Khalifah Ali dalam Peperangan Unta. Khalifah Ali memberikan penjelasan bahawa hadis Nabi Muhammad SAW melarang lelaki Muslim mengahwini janda Rasulullah SAW yang masih hidup selepas kewafatan baginda kerana isteri Rasulullah adalah ibu kepada lelaki dan perempuan Muslim. Khalifah Ali berhujah, untuk mengahwini janda Nabi Muhammad SAW diharamkan, apakah layak atau sesuai janda Nabi Muhammad ditawan dan dijadikan tawanan perang? Apakah wanita yang dilarang dikahwini sesuai ditawan atau dihukum mati?

Khalifah Ali memahami Hadis Nabi Muhammad supaya menghormati isteri-isterinya sekalipun selepas kewafatan baginda. Dengan fahaman sedemikian, Khalifah Ali mengarahkan tenteranya dalam Peperangan Unta tidak menawan Aisyah dan menghantar Aisyah pulang dengan selamat untuk tinggal dan hidup di Makkah sehingga ke akhir hayat Aisyah. Khawarij berkeras menyalahkan Khalifah Ali dalam kes membebaskan Aisyah, janda Nabi Muhammad yang menentangnya dalam Peperangan Unta.

Khawarij sentiasa menuduh pemerintah atau pemimpin umat Islam zaman mereka sebagai pemerintah yang zalim dan menyeleweng daripada hukum Islam dan keadilan Islam dan Khawarij menentang pemerintah umat Islam dengan melakukan peperangan, pemberontakan atau secara tindakan pasukan pembunuh sejak zaman Khalifah Ali hingga ke zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Dalam konteks Malaysia pada zaman ini (dari 1963 hingga 2009), Pas mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.

Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon Pas menang, maka Pas menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi jika calonnya kalah, Pas tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya. Malah, kerap kali Pas memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya yang dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyebabkan calon Pas kalah.

Persamaan Pas dan Khawarij ialah ketika Pas menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama Pas. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan Pas menyertai BN pada waktu itu? Sekarang ini apabila isu kerajaan perpaduan dihebahkan sebagai jalan menyelesai masalah Muslim di Malaysia, Pas sangat kuat menentang dan Nik Aziz mengepalai kumpulan penentang dalam Pas terhadap idea kerajaan perpaduan berkenaan. Malah, ada laporan dalam media massa yang melaporkan Nik Aziz meminta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan dan masuk Umno kalau mahu memperjuangkan isu kerajaan perpaduan.

Kes Pas menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin Pas hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR. Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Pas gunakan untuk melegitimasikan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN?

Politik tetap politik dan kepentingan serta strategi politik Pas menentukan tindakan parti itu sama ada untuk bersama Umno dan BN pada awal 1970-an dan bersama DAP dan PKR pada awal 2000.-beritaharianonline

Ya Allah Ya Tuhanku Moga Engkau Selamatkan Bangsa Melayu Di Malaysia Ini

0


Zaiton Ismail dan suaminya, Abdullah Mat Isa tidak dapat menahan kesedihan ketika membaca notis arahan mengosongkan rumah mereka yang dibina lebih seratus tahun di Kampung Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang, semalam.

- UTUSAN/Zhafaran Nasib



PULAU PINANG 2 Julai - Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini berharap ada pertubuhan sedia membantu nasib mereka yang berkemungkinan hilang rumah kerana diambil pemaju.

Salah seorang penduduk, Shima Ismail, 37, berkata, jika masalah sedemikian tidak ditangani, tidak hairan jika pada satu hari nanti tiada lagi perkampungan milik orang Melayu di tengah bandar raya George Town ini.

"Kampung ini adalah antara perkampungan Melayu yang masih ada di bandar ini.

"Janganlah nanti tiada lagi kampung Melayu di George Town kerana semua mereka telah dihalau keluar dari pulau," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kelmarin, kira-kira 200 penduduk asal Kampung Jalan Pokok Asam diusir oleh pemaju.

Pengusiran itu didakwa dibuat oleh pemaju tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Menurut Shima, penduduk kampung kini tidak tahu kepada siapa untuk mereka mengadu dan mendapatkan bantuan.

Ini kerana, jelas beliau, wakil rakyat di kawasan itu sendiri dilihat seolah-olah tidak endah dengan nasib yang menimpa mereka.

"Kami ada mengadu kepada Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tetapi tidak mendapat sebarang reaksi daripadanya.

"Kami hubungi dia semalam, tapi dia tidak dapat hadir meninjau masalah ini kerana berada di Parlimen," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia





Ya Allah Ya Tuhanku

Dah agak benda macam ni akan berlaku lambat laun sama ada di bawah GERAKAN mahupun DAP. Bukan kata tak sokong parti Gerakan komponen BN tapi kalau dah Cina tetap juga Cina. Mereka sudah muak dengan Kuasa Ekonomi yang tinggal sekarang ini hanya Kuasa Merintah Malaysia sahaja yang mereka mimpi tiap tiap malam.

Kalau di bawah Gerakan dulu orang Melayu tidak nampak jelas tertindas memandangkan UMNO masih lagi di puncak Kekuasaan dengan mengawal serba serbi termasuk hal hal sulit. Gerakan pun takut cuma dalam diam tak diam mereka tetap meneruskan agenda menghalau orang Melayu P.Pinang dalam pelbagai cara.

Sekarang DAP parti serpihan PAP yang mana serpihan Komunis pulak yang mentadbir P.Pinang. Apa lagi, DAP ni yang kita memang tahu tahap RACIST nya balun orang Melayu P.Pinang tak kira depan atau Belakang. Apa yang mereka pasti Orang Melayu mesti keluar dari Pulau Pinang dan mereka kaum Pendatang kuasa Dominan di sana.

Strategi DAP ni tak macam Gerakan yang mana Gerakan agak takut takut nak halau Melayu, tapi DAP ni memang betul betul jelas menghalau melayu tak kira apa nak jadi pun mereka akan halau. Kalau takat keluar berita Harakah dan Keadilan yang pemimpin DAP lawat rumah orang Melayu ke, masjid ke Surau ke tu semua adalah Gimik politik nak meraih undi. Jahanam semua.

Pemimpin Melayu di Pulau Pinang? Nak harapkan siapa? PKR? PAS? Jahanam mereka tak bantu melayu yang dok tertindas oleh DAP ni. Kalau lah ada pemimpin Melayu PKR menegur kepimpinan DAP sudah pasti kena tindakan disiplin pula dari Anwar Ibrahim. Kalau YB PAS yang tegur sah sah kena tindakan Majlis Ulama PAS pula. Nik Ajis tak bagi tegur DAP ini. DAP sekutu rapat PAS dan PKR.

UMNO? Nak harapkan macam mana kalau dah negeri di Tadbir pembangkang? Salah UMNO juga kerana tak menangkan orang Melayu dari dulu. Nak buat pembangunan tu buat lah, bukan kami orang melayu marah pun. Tapi kena lah tempatkan lokasi orang Melayu ni di tempat strategik juga. Bukan nya buat rumah ratusan ribu yang melayu tak mampu beli dan akhirnya keluar dari Pulau Pinang.

Sekarang ni mereka DAP dah terang terang halau satu persatu orang Melayu. Dan untuk pengetahuan semua DAP sudah mengatur strategi di seluruh P.Pinang dan juga Seluruh Malaysia yang mana kawasan di menangi mereka dengan meletakkan pengundi HARDCORE DAP. Kiranya mereka sudah menjalankan penukaran kawasan mengundi lah ni.

Kawasan yang mana mereka DAP memang besar dan di jamin kekuatannya akan di keluarkan sebilangan pengundi DAP ini ke kawasan yang 50/50. Mana mana lokasi Melayu mereka akan masukkan sedikit demi sedikit bagi menjadikan peratusan Melayu berkurangan dan seterusnya menjadikan mereka majoriti di kawasan berkenaan.

Tak cukup dengan itu mereka melakukan taktik ala ala pemerintahan PAP di Singapura yang mana melibatkan pemaju perumahan di seluruh P.Pinang. Caranya: Bila pembeli rumah orang Melayu ingin membeli rumah di kawasan yang di pilih maka pemaju perumahan akan mengatakan unit tersebut sudah habis di jual. Walhalkan unit tersebut masih ada namun kerana ingin meletak pengundi Cina maka unit tersebut hanya akan di jual kepada Cina sahaja.

Mereka akan mengaturkan pembeli pembeli Melayu ini agar tidak melebihi kaum lain. Yang mana mereka akan membahagi bahagikan unit unit ini kepada kaum Melayu dalam kawasan Dun mahupun Parlimen yang berlainan. Hebat agenda DAP ini. Memang hebat bila Melayu Bangsat PKR dan PAS terlibat sama.

Ini lah yang berlaku di Singapura untuk pengetahuan anda semua. jika tidak percaya di sarankan bertanya kepada orang Melayu Singapura itu sendiri akan pengasingan penempatan Melayu ini.

Jika PRU ke 13 akan datang Barisan Nasional tidak Menang dan merampas kembali Pulau Pinang maka sampai bila bila sekalipun Pulau Pinang tidak akan dapat di Tadbir BN. DAP akan menguasai secara total Pulau Pinang dan mereka tidak lagi memerlukan bantuan dari kerajaan Pusat kerana Abg mereka dari Singapura akan membantu segala serbi yang di perlukan. Pelaburan untuk P.Pinang juga akan melebar termasuk pelaburan dari ISRAEL!!!

Pemimpin UMNO kena bangun dari tidor, orang Melayu P.Pinang dan seluruh Malaysia kena Bangkit bagi mematikan langkah langkah DAP yang cuba menghalau Melayu dari bumi sendiri. Jika kita merasakan tidak apa DAP memerintah maka Anak cucu cicit kita yang akan menanggung sengsara.

Buat Melayu PAS dan PKR usahlah lagi jadi Barua kepada DAP ini. Jangan kerana kehendakkan jawatan yang ada serta wang yang tak seberapa bangsa anda tergadai akhirnya. Anak cucu cicit anda belum tentu dapat hidup sempurna di bawah pentadbiran DAP kelak.

Psssttt....Gomo menitis air mata masa tulis artikel ni....Ya Allah Ya Tuhanku moga engkau ampunkan umatmu yang menggadaikan tanah airnya itu sendiri.


PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Karangan GOMO