Isnin, 31 Mei 2010

Rahsia Wan Azizah...

0


Kalau dulu, Wan Azizah dianggap sebagai 'simbol simpati' kerana ramai yang tidak percaya Anwar melakukan perbuatan jijik itu, tetapi kini Azizah pula dianggap sebagai 'pelakon murahan' kerana ramai yang sudah mengetahui sebenarnya Azizah mengetahui segala perbuatan di belakang tabir Anwar, tetapi Azizah memilih jalan untuk mendiamkan diri. Berlakon dan terus berlakon, tanpa suara dan kata-kata, hanya berbekalkan senyum sumbing, dan 'kemesraan yang dibuat-buat', tetapi di dalam hati menyimpan rahsia yang penuh gelora.

Di mana semua ini bermula ?

Semua ini bermula selepas Anwar dibebaskan pada 2 September 2004. Apabila ketiga-tiga hakim (Hakim Abdul Hamid, Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain) membebaskan Anwar, walaupun kesemua hakim itu percaya Anwar melakukan kegiatan homoseksual bersama Sukma dan Azizan di Tivoli Vila :

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

[Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku]

Walaupun keputusan hakim itu cukup jelas yang mempercayai Anwar Ibrahim seorang homoseksual, tetapi para penyokongnya tidak mempedulikan perkara itu,lantaran terlalu bergembira dengan 'pembebasan' Anwar. Keputusan hakim itu hanya meninggalkan benih 'keraguan' di kalangan inner circle Anwar termasuk Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari.

Disebut contoh kedua tokoh ini, kerana mereka merupakan pemuja Anwar yang bekerja rapat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.





Ezam merupakan bekas Setiausaha Politik Anwar, bekas Ketua Pemuda Keadilan, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, pernah masuk dua penjara dan berpuluh-puluh lokap kerana mempertahankan Anwar. Ketika Anwar dipenjarakan, Ezam merupakan orang paling kanan Wan Azizah, untuk menghidupkan api reformasi dan menghidupkan parti Keadilan dan PKR di seluruh negara.

Anuar Shaari pula adalah bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan. Ketika Anwar dipecat dan dipenjarakan, Anuar meletakkan jawatannya sebagai pegawai kerajaan dan berkhidmat sepenuh masa sebagai Setiausaha Politik Wan Azizah merangkap Ketua Bahagian PKR di Permatang Pauh.

Begitu latar belakang ringkas kedua tokoh ini yang menunjukkan betapa rapatnya mereka dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Keraguan kedua bermula di Munich





Tidak sampai seminggu Anwar dibebaskan, beliau membawa keluarga dan pegawai-pegawai kanannya ke Munich untuk mengiringi 'pembedahan' tulang belakangnya. Wan Azizah, Azmin Ali, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor juga turut hadir bermula hari pertama di Munich sehingga tempoh sebulan.

Anuar Shaari pernah berkata, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dan dirawat di Munich, peranan Azmin telah 'muncul' kembali. Sebelum ini, semasa Anwar dalam penjara, Anuar Shaari dan Ezam sendiri mengakui Wan Azizah selaku Presiden PKR telah memetisejukkan Azmin.

Kenapa Azizah petisejukkan Azmin, ketika Anwar dalam penjara ? Adakah sebenarnya dalam lubuk hati Azizah, beliau percaya bahawa faktor utama suaminya dipenjara kerana faktor Azmin dan Shamshida, kerana semasa perbicaraan kes salahguna kuasa 1998, skandal Shamshida merupakan titik mula kes tersebut dibicarakan. Bukti skandal seks Anwar-Shamshida di Tivoli Villa satu persatu didedahkan di mahkamah. Azizah yang hadir di mahkamah mendengar satu persatu pendedahan tersebut. Dan Shamshida pula adalah isteri Azmin.

Apakah faktor ini Azizah meminggirkan Azmin ?

Di Munich, selain Azmin yang mula berkuasa, Sukma juga turut menjadi rapat kembali dengan Anwar. Sukma berangkat dari Indonesia ke Munich dan menemani abang angkatnya selama sebulan. Kerjanya sebagai penghias bilik tidur Anwar dan mengurut badan Anwar. Maklumlah sudah lama di penjara, badan Anwar perlu diurut kembali.

Semasa perbicaraan kes liwat Anwar dengan Sukma dan Azizan pada tahun 1999, Azizah juga turut mendengar satu persatu keterangan yang mensabitkan kesalahan Anwar-Sukma meliwat Azizan.

Selepas Anwar dipenjarakan kerana kerja jijik itu, Wan Azizah sudah memutuskan 'ikatan persaudaraan' dengan Sukma, walaupun Anwar masih berkeras mengatakan Sukma adik angkatnya. Azizah orang pertama yang melarang Sukma menjejaki rumahnya selepas Sukma dibebaskan. Tiada lagi bilik khas di rumah Azizah untuk Sukma. Sebab itu Sukma bertekad kembali semula ke Indonesia, walaupun sebelum ini mempunyai banyak harta dan memperolehi kad pengenalan Malaysia.

Dengan bebasnya Anwar, "Azmin dan Sukma kembali berkuasa dan Wan Azizah kembali terpinggir!, kata Anuar Shaari.

Tetapi kisah Azmin dan Sukma, belum cukup dapat mengugat sokongan Anuar dan Ezam, walaupun mereka menyaksikan sendiri dengan mata mereka gelagat mereka berdua di Munich. Namun terdapat satu 'perang besar' yang menyebabkan mereka berfikir semula, apakah benar kes perbicaraan 1998 dulu yang sebelum ini mereka nafikan benar-benar berlaku..

Apakah 'perang besar' itu ?

Perang besar itu terjadi di antara dua kem, iaitu kem Anwar (yang disokong oleh Azmin) dengan kem Azizah (yang disokong oleh Nurul Izzah). Anuar Shaari dan Ezam hanya sebagai saksi, tidak berpihak kepada mana-mana kem.

'Perang besar' itu berpunca daripada cadangan Anwar untuk membawa seorang lagi 'ahli keluarga Anwar' (tetapi tiada pertalian darah) menaiki jet peribadi yang disponsor oleh 'Arab Saudi' menunaikan umrah. Kononnya jet peribadi dari 'kerabat diraja Arab Saudi', tetapi sebenarnya jet yang disewa oleh salah seorang kroni Anwar, Wan Hasni, dari Abrar Group. Anwar sengaja mewar-warkan kepada penyokongnya, jet hadiah dari 'Arab Saudi' untuk menggambarkan Anwar seorang yang maha hebat sehingga penerbangannya pun disponsor oleh Arab Saudi.

Tetapi siapakah 'seorang lagi ahli keluarga Anwar' yang mahu diterbangkan ke Munich untuk menaiki jet peribadi itu ? Namanya Shamshida Taharin, isteri Azmin Ali. Anwar bersungguh-sungguh menyakinkan Wan Azizah untuk membawa Shamsida, tetapi ditentag keras oleh Wan Azizah. Sebelum berangkat ke Munich, Wan Azizah sudah memberi syarat, Azmin boleh ke Munich, tetapi bukan Shamshida!

'Perang besar' di antara Anwar dan Azizah kerana faktor Shamshida itu diketahui umum oleh pegawai-pegawai pengiring Anwar yang lain. Azmin bersedia membuat panggilan ke Malaysia, menyuruh isterinya datang ke Munich, sekiranya mendapat lampu hijau daripada Anwar, tetapi Wan Azizah dan Nurul Izzah memberi last warning kepada Anwar, "Jika dibawa 'perempuan' itu, maka saya dan anak-anak akan kembali ke Malaysia". Kata dua Azizah itu menyebabkan Anwar terpaksa membatalkan keinginan yang meronta dalam dirinya itu.

Tetapi bagi Anuar Shaari dan Ezam pula mula bertanya di antara satu sama lain. Kenapa Anwar terlalu bersungguh membawa Shamshida ? Kenapa Shamshida tidak dibenarkan datang ke Munich, sedangkan Azizah membenarkan isteri Ezam datang ke Munich. Kenapa Azizah halang sampai beri kata dua dan sanggup berperang dengan Anwar? Apa yang Azizah sembunyikan ? Apakah perbicaraan tahun 1998 yang melibatkan Shamshida benar-benar berlaku.

Ezam secara berkias semasa ceramah di Perak (setelah keluar PKR) berkata; "Saya sudah masuk dua jel, tetapi mereka (Anwar & Azizah) masih macam tu, Azizah masih berperang dengan perempuan tu (Shamshida)"

Keraguan ketiga : Semasa Anwar di Amerika Syarikat

Selepas Anwar dirawat di Munich, beliau mula membuat lawatan ke luar negara. Afrika Selatan, Indonesia dan seterusnya menetap di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tetapi dalam masa sama, Anwar pulang bercuti ke Malaysia untuk membantu pengurusan parti.

Setiap kali, Anwar pulang ke Malaysia, beliau memperkenalkan kepada Wan Azizah kepada seorang lelaki yang dianggap sebagai 'tukang urut'.

Kata Anwar, "Budak ni baik, nama dia Rashid, dia jadi kawan saya semasa di penjara Sungai Buloh. Kesian budak ni, tak ada kerja, selepas keluar penjara".

Wan Azizah hanya diam sahaja, apabila Anwar beriya-iya mengambil Rashid tetapi dalam masa yang sama dia agak curiga kerana Rashid diberi bilik khas seperti mana kes Sukma satu ketika dahulu.

Tetapi usaha menempatkan Rashid di rumahnya itu tidak disenangi Wan Azizah. Sudah cukup pengalaman berhadapan dengan Sukma Darmawan sebelum ini.

Rashid bebas keluar masuk rumah Anwar apabila Anwar pulang dari luar negara. Wan Azizah tidak berkata apa-apa. Tetapi apabila Anwar kembali semula ke luar negara, Wan Azizah halau Rashid dari rumahnya.

Kenapa Wan Azizah menghalau Rashid dari rumahnya menjadi satu misteri hingga sekarang ?

Kisah pengusiran Rashid dari rumah Wan Azizah diketahui oleh inner circle, termasuk Ezam Mohd Nor.

Wan Azizah telefon & kirim SMS kepada Ezam

Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.






Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.

Keraguan keempat: Perang besar Anwar-Azizah kerana Saiful

Apabila tersebar di kalangan inner circle Anwar bahawa pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 bahawa dirinya diliwat oleh Anwar pada sebelah malamnya berlaku pergaduhan besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana.

Ezam yang ketika itu telah keluar dari PKR juga tahu berkenaan itu kerana disampaikan oleh kawan-kawan terdekatnya yang masih berada dalam PKR.

Dalam pergaduhan itu, Azizah mengamuk sakan kerana Anwar masih kembali ke tabiat lama. Selain nama Saiful, nama Rashid juga disebut oleh Azizah. Ketika itu barulah Azizah tahu, bahawa Anwar telah mengambil semula Rashid bekerja dengan Anwar secara diam-diam.

Pergaduhan itu menyebabkan Anwar mengambil keputusan untuk bersembunyi di kedutaan asing, manakala Azizah pula nekad untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Persoalannya, apa yang disembunyikan oleh Azizah berkenaan Rashid dan Saiful ?. Apakah sebenarnya Azizah sudah tahu tabiat buruk Anwar tetapi sembunyikan kepada para penyokong dan orang ramai ?

Ketika berlaku perang besar Anwar & Azizah di Tropicana itu, Ezam dan Anuar Shaari sudah pun meninggalkan Anwar dan Azizah. Mereka berdua istiharkan diri keluar dari PKR!

Ketika ditanya secara peribadi kepada Anuar dan Ezam, apakah mereka percaya Anwar meliwat Saiful? Anuar dan Ezam mendiamkan diri. Mereka hanya mampu menganggukkan kepala, kerana tidak sanggup mempertahankan Anwar yang sebelum ini mereka bermati-matian pertahankannya.

oleh cybertrooper

PEMIMPIN PAS SENANG DI MAIN MAINKAN ANWAR

0



Pemimpin Pas begitu senang untuk di bodohkan oleh Anwar dimana ternyata mengetepikan Pas sebagai rakan pakatan pembangkang apabila mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II dalam kalangan pemimpin DAP tanpa membincangkannya terlebih dulu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak mengetahui langsung tentang jawatan yang disebut dalam kenyataan Anwar itu.

"Itu hanya laporan media, kita belum ada apa-apa perbincangan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan Kompleks Pas bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi diminta mengulas wawancara Anwar dengan akhbar Nanyang Siang Pau pada 26 Mei yang dilaporkan berkata, pakatan pembangkang tidak mempunyai perasaan curiga jika ada di kalangan orang Cina layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sambil memberitahu bahawa pakatan pembangkang sudah mewujudkan Kabinet bayangan, Anwar berkata, beliau telah dipilih menjadi calon Perdana Menteri.

Ditanya mengenai tindakan Anwar mengeluarkan kenyataan itu tanpa berbincang dengan Pas, Abdul Hadi menyifatkan ia pandangan peribadi Penasihat PKR itu.

"Saya tidak tahu, itu pandangan peribadi (Anwar), saya pun ada pandangan peribadi.

"Dalam pakatan kita belum bincang," katanya.

Mengulas isu yang sama, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, majlis tertinggi pakatan pembangkang juga tidak pernah membuat keputusan bahawa Anwar akan dipilih sebagai calon Perdana Menteri.

"Ia bergantung kepada keputusan pilihan raya umum nanti, kita tidak bincang secara spesifik (Anwar jadi Perdana Menteri), kita belum bincang," katanya.

Beliau menjelaskan, sebarang penambahan jawatan Timbalan Perdana Menteri perlu dibincangkan dalam majlis tertinggi pakatan pembangkang membabitkan Pas, PKR dan DAP.

Katanya, langkah sama juga akan dilakukan jika melibatkan sebarang keputusan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

"Apa-apa keputusan yang dibuat, secara prinsipnya kami telah bersetuju bahawa semuanya akan dibincang dalam majlis tertinggi yang dianggotai kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti"

KESIMPULAN: PAS sudah kena main 'belakang'.

Anwar Ibrahim Jadi PM Kalau...

0



Anwar Ibrahim ingin menawar jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada kaum Cina seolah-olah beliau bercakap tentang kewujudan negara Singapura baharu. Nampak sangat rakyat Malaysia tidak faham sejarah dan konsep perlembagaan yang dibina selama ini apabila mulut terbuka sehingga lalat masuk dan telinga berair dengan konsep landskap politik Malaysia.

Adakah Anwar Ibrahim boleh melantik dirinya menjadi Perdana Menteri sesenang menyuruh Nurul Izzah memanggil 'abah'? PKR yang kini sedang menerajui Selangor pun terumbang-ambing apabila Menteri Besarnya terbabit dengan pelbagai isu rasuah dan terjerat hutang keliling pinggang.

Satu lagi, perlu ingat, Anwar hanya bercakap kalau dia jadi PM bukannya sekarang Pakatan menang atau sudah menang dan ingin menubuhkan kerajaan.

Cara Anwar cakap tidak ubah seperti kalau aku dapat ke bulan atau kalau dapat ubah putaran dunia seperti nyanyian Rock Kapak. Kita pula asyik mendengarnya seolah-olah dunia ini milik Anwar Ibrahim yang menjadikan dunia Disneyland sebagai kehidupannya.

Begitupun, cakap Anwar menyebabkan ahli politik dari Barisan Nasional (BN) menjadi tak keruan dengan idea 'terhebat pada 2010' dan rakyat Malaysia siang-siang dibodohkan oleh Anwar seperti kisah dogeng 16 September.

Kenapa pemimpin dan pengikut BN begitu takut dengan bayangan PM dari Anwar seolah-olah Maliki Maut mahu mengambil nyawa?

MCA dan Gerakan pula diam, UMNO pula datang penyakit takut pada bayang-bayang manakala MIC masih menarik rambut sesama sendiri. Mana pergi ketua Pemuda parti berkenaan kerana yang bersuara dan melawan Anwar hanya mantan dari PKR itu sendiri. Jangan lah tunjuk kelemahan, kelak nampak sangat kekuatan Anwar Ibrahim.

Kita perlu faham yang boleh melantik PM ialah Yang Dipertua Agung (YDPA) dari parti politik yang memenangi kerusi dengan majoriti di Parlimen.

Adakah Anwar akan mewakili YDPA andaikata Pakatan menerajui negara kelak. Perlu ingat, apa yang berlaku di Perak- Pas yang mewakili kerusi DUN sedikit, namun telah dipersetujui oleh Sultan Perak ditabal menjadi Menteri Besar (Mantan Datuk Seri Nizar Jamaluddin) bukannya dari PKR atau DAP. Silap kira, Anwar pun tidak dipersetujui menjadi PM walaupun Pakatan sebulat suara mencalonkannya.

Perkara yang sama perlu dilihat sekiranya YDPA mahukan PM Malaysia, saya percaya Beliau akan memilih seorang bukan kaki rasuah, kaki betina, kaki peliwat dan kaki penipu.

Saya percaya PM yang akan menerajui Malaysia seorang yang mempunyai latar belakang yang baik supaya Malaysia tidak dibadikan dengan latar belakang PM yang dipenuhi kurap dan panau. Adakah Anwar Ibrahim memiliki sifat sedemikian? Kalau 'Ya', bolehlah kita semua memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Apabila Anwar Ibrahim memberi janji jawatan PM untuk bukan Melayu, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akan senyum-senyum kambing.

Mereka tidak akan berkata apa-apa melainkan menepuk dada dan melafazkan satu perkataan- iaitu BODOH. Siapa yang bodoh kalau tidak rakyat Malaysia yang percaya siang-siang akan timbul bulan sabit! Mudah sangat Anwar Ibrahim ingin menjadi PM sebagaimana memegang jawatan sebagai Presiden Kelab Kompang Permatang Pauh!

Lihat sahaja PKR, partinya kini sudah hilang kepercayaan oleh ahlinya sendiri seperti kata Syed Husin Ali, PKR parti pelangi. Harus diingati, pelangi akan hilang apabila matahari muncul dan pelangi tidak akan lama kerana hadirnya selepas hujan renyai. Jadi itulah maksud sebenar pelangi bukannya pelangi mewakili pelbagai kaum.

Kembali pada cerita jawatan PM untuk kaum Cina, nampak sangat Anwar Ibrahim berlagak dan menganggap dirinya sebagai 'Big Boss'- boleh melantik sesiapa yang dia suka dan kalau dilihat, ia tidak ubah seperti Datuk Seri S. Samy Vellu. Apabila dia tidak suka pada seseorang, Anwar boleh menyingkir pada bila-bila masa sebagaimana berlaku pada Zulkifli Noordin. Tidak cukup daripada itu, dia menyelarnya mereka yang melompat parti kerana menerima wang berjuta-juta.

Bagi saya, cakap berguni-guni pun tidak membawa faedah, namun sekiranya Anwar Ibrahim mahu melantik kaum Cina untuk jawatan TPM 1,2,3 dan sampai 100 pun, beliau perlu melalui beberapa proses, antaranya;

1. Persetujuan dari YDPA.

2. Ahli Parlimen Pakatan perlu bersetuju sebulat suara melantik Anwar sebagai PM termasuk Pas dan wakil kaum India.

3. Pakatan perlu menang cemerlang, kalau majoriti dua tiga undi, ini bererti Anwar belum selamat untuk memegang tampuk pemerintahan, silap haribulan boleh jadi seperti Perak.

4.Pakatan perlu menang selesa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan mengambil dua buah negeri terutama Pahang dan Perak.

5. Dan paling penting, Anwar Ibrahim perlu membuktikan Air Mani di bahagian intim bersama Saiful Bukhari bukan miliknya.

Sekiranya Anwar Ibrahim gagal membuktikan perkara di atas, sudah tentu istilah BODOH sesuai digunakan buat pemimpin Pakatan mahupun pengikut Pakatan serta rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Bak kata bidalan, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan atau lebih tepat dengan kisah Pak Pandir yang bersorak melihat ayamnya menang.

TPM1 untuk PAS;

TPM2 untuk DAP;

Hindraf TPM3?

Wakil Sabah TPM3?

Wakil Sarawak TPM4?

Wakil Orang Asli TPM5?

Sebab itu, TPM tak cukup 2 sahaja, rakyat perlu bersedia untuk membayar gaji 8 atau mungkin berpuluh TPM mereka di bawah rejim Anwar kelak. Setuju?

Khalid haramkan judi bola di Selangor - Tahniah !

0


Kita ucapkan tahniah kepada Khalid MB yang telah mengharamkan judi bola sepak di Selangor. Namun ada beberapa persoalan dalam hal judi ini yang warisan rasa konfuse. Adakah mungkin Khalid tak khatam belajar Fiqh atau dia "failed" masa ambil subjek Fiqh Muamalat dulu ?

Kita hairan Khalid terjumpa ayat AlQuran mana dan hadis mana yang menyebut judi bola itu sahaja yang haram. Dari nas mana Khalid buat keputusan ? Atau Khalid guna buah dadu untuk buat pilihan haram dan halal dalam Islam ?

Dalam Islam semua judi itu haram. Samada judi ekor, judi toto, judi magnum, judi mesin slot, judi kuda, judi fanfair atau judi golf, itu semua haram hukumnya Khalid. Semua judi-judi yang disebut ini masih bergentayangan di Selangor wahai Khalid oooi. Malahan judi Fanfair sangat rancak di zaman Khalid jadi MB ini.

Bukan setakat judi, di Selangor juga kaya dengan rumah urut. Semua jenis urut ada. Sebut saja. Semua ada. Ada yang tawar urut yang bawah sekali, urut kaki. Ada juga yang tawar urut anu lelaki dan anu perempuan, itu pun ada, malah yang paling banyak kot. Yang tawar urut seluruh badan pun tak kurang banyaknya. Kalau satu badan tu faham-faham lah, A to Z. So rumah urut, sarang maksiat ni bila nak haramkan wahai Khalid ooooi ?




Di Selangor juga ada exco simbol Seks. Semua orang dah tahu kot. Hebat macam marilyn monroe. Exco ini suka bergambar bogel. Bogel sampai nampak anu nya. Serius tau, bukan main-main. So Khalid bila pulak nak haramkan Exco simbol seks ini ?

Di Selangor juga ada raja Kuda. Dia peminat no satu judi Kuda di Selangor. Malah dia ada memiliki kuda untuk berjudi. Nama salah satu kudanya - Kelantan. Kuda-kuda belaan raja kuda ini pernah menang hadiah, ratusan ribu ringgit. Bila yer Khalid nak gam raja kuda ni ?

Rakyat sangsi bila tiba-tiba Khalid jadi alim dengan ambil keputusan nak haramkan judi bola. Mungkin Khalid dapat nasihat dari alim ularnyak seperti Ronnie Liew dan Ustazah Ellie Wong untuk buat Ijtihad mengenai judi bola ini.

Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.

Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

Bab judi bola habis PAS canang seluruh negara kononnya dialah yang Islam sesangat. Habis Khutbar Jumaat semua diletakkan pengisian yang sama. Tapi PAS lupa, hasil Kerajaan Kelantan juga terdapatnya hasil arak dan judi. Kenapa boleh ada hasil ini sedangkan PAS merupakan Parti Islam yang kononnya aguk menjadi juara rakyat???

oleh Warisan2057 dan Mr Ghostwriter

Rabu, 26 Mei 2010

Tanah KTM Di Singapura Tergadai ? Tindakan PM Tepat

3




Saya tidak mahu turut serta membincangkan perkara ini sewaktu hari pertama ianya diumumkan. Ini kerana sebelum saya masuk campur, saya perlu faham isu terlebih dahulu. Saya baca semua laporan-laporan di media dan apa yang saya tidak faham saya tanya kepada kawan-kawan yang lebih arif.

Sekarang saya telah faham sedikit sebanyak, maka saya cuba untuk berkongsi dengan anda semua mengikut fahaman saya. Jika saya salah tolong betulkan saya.

Isunya tidaklah besar mana pun. Malaysia tidak rugi apa pun dalam hal ini, malah lebih untung lagi. Hanya faktor sejarah sahaja yang membuatkan ada segelintir orang marah kepada kerajaan berhubung kes tersebut.

Benar, sejarah tidak boleh menipu kita dan sejarah itu penting. Tetapi dunia telah berubah, maka kita tidak boleh terus bernostalgia dengan sejarah. Kita nak marah kerana tanah kita 78 tahun 'diserahkan' kepada Singapura.

Bukan diserahkan, kita kena faham. Kerajaan kita pun bukannya bodoh sangat nak 'serah' tanah buta-buta kepada Singapura. Kita majukan tanah itu bersama Singapura dan kita memegang kepentingan 60 % dalam projek pembangunan tanah tersebut. Kita masih majoriti lagi. Malah Singapura bersetuju pula untuk tanah-tanah yang dimajukan itu boleh ditukar, berdasarkan nilai masing-masing, dengan tanah di Marina South dan Ophir Rochor.

Singapura adalah sebuah negara yang kecil dan tanahnya cukup terhad. Pembangunan semakin hari semakin pesat, rakyat semakin bertambah . Sudah tentu mereka menghadapi masalah bagi menyediakan segala kemudahan untuk rakyat dan pelabur.

Oleh kerana tanah dan landasan keretapi KTM, Singapura telah terpecah dua sepanjang lebih kurang 30 km dari Woodlands hingga ke Tg Pagar. Ianya terhalang dengan landasan keretapi di tengah-tengah. Ini telah menghalang pembangunan mereka. Sudahlah tempatnya kecil, kemudian ada halangan pula, sudah tentulah mereka menghadapi kesukaran.

Tanah keretapi, bila berada disitu ianya sekadar menjadi laluan keretapi sahajalah sampai bila-bila pun. Bukan boleh mendatangkan hasil lain lagi. Setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Kemudian setiap tahun kita bayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.

Kita ini manusia yang ada akal fikiran kenalah berfikir sedikit, kena pandai cari jalan nak cari duit dan kembangkan ekonomi negara. Bukan setakat kutip duit tiket keretapi sahaja. Jika tanah itu boleh mendatangkan hasil yang lebih lumayan, mengapa kita perlu pertahankan hasil yang ciput. Kerana sejarah ? Kalau kerana sejarah maka tidak perlulah kita naik pesawat untuk pergi ke Mekah, naiklah kapal laut.

Dalam isu ini kita tidak rugi apa-apa pun, hanya rugi sejarah sahaja. 60 % kepentingan yang dimiliki oleh Malaysia dalam pembangunan tersebut adalah sesuatu yang cukup bagus berbanding dengan kita terus pertahankan tanah itu. Memang betul sejarah tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tetapi kita kena juga lihat situasi. Arak dan babi haram untuk orang Islam, tetapi jika kita berada di dalam keadaan darurat maka kita dibolehkan untuk meminum arak atau memakan daging babi.

Begitu juga dengan sejarah, jika kita ada pilihan sudah tentu kita pun mempertahankan sejarah tersebut. Lainlah jika Singapura itu sebuah negara yang luas dan tanahnya bertimbun-timbun lagi yang masih kosong. Jangan kerana keegoan kita kerana mempunyai tanah di negara orang, maka kita tidak fikir perasaan orang lain demi mempertahankan ego kita.

Pelaburan dalam bidang hartanah di Singapura atau di Malaysia membawa untung yang lumayan selagi kedua-dua negara ini tidak dilanda perang. Semakin hari pasaran makin naik. Kerancakan ekonomi Singapura sudah tentu ianya membawa tempias kepada Malaysia memandangkan kita jiran yang paling dekat.

Saya bagi satu contoh, Ali memiliki sebidang tanah yang cukup subur yang diwarisi oleh ayahnya. Sejak berpuluh tahun dulu, tanah tersebut digunakan oleh ayah Ali untuk menanam serai sebagai sumber pendapatan mereka. Apabila ayah Ali meninggal dunia, Ali mewarisi tanah itu dan dia juga terus menanam serai di tanah peninggalan ayahnya.

Pendapatan yang Ali perolehi sama sahaja daripada dulu sampai sekarang, iaitu sekitar RM 1000 hingga ke RM 1200.00 sebulan. Kalau naik pun sikit sahaja, kerana harga serai tidak pernah naik mendadak atau mengalami faktor kekurangan bekalan. Bulan Ramadhan pendapatan Ali mungkin lebih sikit kerana permintaan tinggi dan dia boleh main harga.

Pendapatan Ali tepu setakat RM 1200 sahaja. Ali tidak berpeluang menambah pendapatannya kerana tidak mahu menukar kepada tanaman lain walaupun dia tahu tanahnya yang subur itu boleh mendatangkan hasil lebih lumayan. Ini kerana Ali mementingkan nilai sejarah yang ditinggalkan oleh ayahnya.

Lalu satu hari datanglah kawan Ali yang bernama Samad dan mengajak Ali buat usahasama untuk menukar tanaman serai dikebunnya kepada menanam asparagus. Samad menunjukan kira-kira kepada Ali dengan menanam asparagus Ali berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM 4000 sebulan. Ini kerana harga asparagus lebih mahal dari serai yang berharga dua kupang untuk tiga batang.

Agak-agak anda yang mana Ali pilih, dia pilih untuk mempertahankan tanaman serai yang diwarisi oleh bapanya yang hanya mendatangkan pendapatan RM 1200 sebulan kerana faktor sejarah atau dia pilih untuk berkongsi tanaman asparagus dengan Samad yang boleh mendatangkan hasil RM 4000 sebulan ? Jawabnya, bodoh bin banganglah Ali jika dia pilih untuk terus untuk menanam serai.

Begitu juga dengan pembangunan projek-projek diatas tanah milik KTM di Singapura, kita akan mendapat untung yang lebih lumayan berbanding dengan kita terus mempertahankan tanah keretapi kerana faktor sejarah yang hanya mendatangkan hasil entah berapa sen sahaja sehari.

Tidak timbul isu tanah kita tergadai kepada Singapura seperti dicanangkan oleh pak-khatan rakyat. Tidak tergadai pun, malah harta kita makin bertambah di Singapura apabila projek itu siap kelak kerana kepintaran PM kita. Itulah yang membuatkan pembangkang dengki, lalu mereka putar belit cerita kononnya tergadai untuk membakar sentimen rakyat agar bencikan PM.

Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya sambung sikit kisah ini.

Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah syarikat Singapura.

Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun 1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.

Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.

Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun 2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat terbabit.

Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45 tahun lepas.

Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih 'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu tanah di Singapura.

Kalau Pas perintah negara ini jangan kata blok L atau M, dari blok A1 sampai Z10 pun mereka gadaikan. Pas akan gadai apa sahaja yang boleh mendatangkan duit kepada mereka hatta rambut halus isteri mereka sekalipun. Jika isteri pun mereka boleh jadikan taruhan melalui taklik untuk kepentingan politik mereka, tidak mungkin rambut halus isteri , mereka tidak akan gadaikan jika ianya berharga.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin melontarkan soalan dibawah ini sebagai penutup.

Siapakah dulu yang pernah melaungkan akan menggadaikan Putrajaya kepada Sultan Brunei jika Barisan Alternatif memerintah negara ini ?

Sekian


Posted by ruang bicara faisal

Penang: DAP Menganaiya Peniaga Melayu, Peniaga Cina Di Beri Keistimewaan

3



by pisau.net

Semua orang tahu DAP dibawah pemerintahan Ketua Menteri Sosialis paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang bersikap diktator, malah cina buangan rakyat Melaka ini berlagak bagaikan khalifah agung yang didewakan oleh Khawarij PAS.

Beliau mengula gulakan pimpinan melayu haprak beberapa kupang dengan memberi bantuan kepada umat Islam semata mata mahu menutup tindakan beliau dan gerombolan komunis menghakis kepentingan melayu bumiputra di Pulau Pinang secara diam.

Peniaga Melayu vs Peniaga Cina

Isu peniaga melayu ditindas dan anaiya tidak berpenghujung sejak dibawah pemerintahan kerajaan sosialis DAP yang cukup terkenal dengan anti Islam dan Melayu.

Tetapi amat malang ,DAP diberi pembelaan oleh segolongan melayu haprak yang mendambakan bekas air kaki khalifah sosialis ini untuk mendapat pengiktirafan sebagai tidak rasis.

Untuk menyakinkan Ultra Kiasu Chauvanist DAP mereka sanggup melakukan apa saja,walaupun menyedari terpahat didahi gelaran DAYUS & BANGSAT DAP demi mengekalkan kuasa politik .

Kemuncak kemarahan melayu di Pulau Pinang apabila satu demonstrasi SEDAQ di adakan, namun pada masa yang sama penjilat tegar DAP mempertahankan kerajaan haprak ini, kononnya dewan perniagaan melayu berniat jahat dan cuba membuat fitnah kepada DAP dan kerajaan negeri.

Bantahan yang dibuat punyai justifikasi dan kebenaran, bukan berniat politik, buktinya kita dapat melihat tindakan penguatkuasan yang double standard dan terpilih. Banyak kawasan peniagaan gerai makan orang cina langsung tidak disentuh malahan diberi layanan istimewa oleh kerajaan DAP contohnya di New Lane dan di Raja Uda.

Mengapa tidak ada sebarang tindakan dikenakan kepada peniaga di New Lane sebaliknya diberi layanan dan keistimewaan yang amat menyerlahkan ketidak adilan kerajaan sosialis DAP!

Mereka memberikan alasan kononnya telah memberi notis kepada 300 penduduk di kawasan tersebut namun tiada bantahan menjadikan justifikasi membenarkan jalan tersebut ditutup untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memberi lebih ruang kepada peniaga cina untuk membuka lebih banyak lagi gerai.

Mengapa kerajaan dibawah Ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang begitu beriya iya sangat untuk meruntuhkan gerai Do Re Me? Walhal langsung tidak mengganggu lalu lintas, malahan tiada bantahan dari penduduk di kawasan tersebut.

email yang dikirim kepada Pisau.

Tuan Pisau
Saya bernama Muhammad Basir Bin Mohd Ali
Menetap Dikawasan Gelugor, Berhampiran dengan gerai ikan bakar Tree and fish yang dirobohkan oleh Mppp. Saya terbaca dalam ruangan berkaitan dengan New Lane goes on yang bertarikh 5.5.2010 tuan ada mengatakan pihak majlis telah mendapat persetujaan dari penduduk disekitar kawasan sebelum jalan ini dijadikan jalan sehala.
Apa yang menghairankan saya ialah mengapa pandangan kami sebagai penduduk dikawasan berhampiran dengan tree and fish tidak diambi dahulu dan apa yang saya tahu kewujudan gerai ini tidak langsung menyebabkan kesesakan lalu lintas.malah saya rasa kewujudan gerai China di beberapa kawasan di Pulau Pinang lebih banyak menyebabkan kesesakan lalu lintas dan yang menghairankan saya mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak mpppp. Mppp ada memgiklankan banner disekitar kawasan Georgetown mengatakan berani kerana benar, Jika berani kerana benar mengapa tiada tindakan keatas gerai yang bina diatas laluan pejalan kaki diJalan Perak iaitu dihapadan Pasar Jalan Perak, Apakah sebab ianya dijalankan oleh peniaga china maka mata pihak Mppp ditutup dan kewujud kedai runcit dihapan Pejabat Pos jelutong yang mana turut dibina diatas laluan pejalan kaki dan turut mengumbangkan kepada kesesakkan lalulintas,


Berdasarkan email yang dikirim oleh En Muhammad Basir,jelas kawasan gerai Do Re Me langsung tidak mengganggu mana mana pihak, apa sebab,mengapa dan kenapa gerai melayu malang ini harus diruntuhkan?

Adakah kerana beliau seorang peniaga Melayu?adakah kerana beliau tidak ada kabel kepada pemimpin DAP?Adakah sebab sebab ini menjadikan gerai beliau halal diruntuhkan oleh pihak PBT?

Mengapa gerai gerai peniaga cina langsung tidak disentuh?Mengapa gerai gerai di sepanjang jalan Raja Uda yang cukup jelas menyalahi undang undang terpacak sejak puluhan tahun tanpa sesiapa berani sentuh?

Sedangkan tidak jauh dari kawasan tersebut di Jalan Mohd Saad, 2 buah gerai diruntuhkan hanya kerana mereka adalah MELAYU!

Pihak Majlis Perbandaran main bangsat kah? makan rasuah? duit kopi? atau memang takut kepada pemimpin Ultra Kiasu DAP?

Adakah melayu Pulau Pinang perlu menjadi seorang cina baru boleh mendapat lesen besar membuka gerai di mana mana tempat?

Jadikan kafe Do Re Mi iktibar





Johar Ismail (dua kanan) bersama pelancong asing, Sarah Mullins (kiri), Jesus Montelengo Harrero dan Mohd. Salleh Yahaya berdiri di kafe atas pokok tanda bantahan usaha meroboh kafe tersebut di Tanjung Bungah, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

PULAU PINANG 25 Mei - Pemilik kafe Do Re Mi, Johar Ismail, 34, menasihatkan para pengundi khususnya golongan muda menjadikan nasib yang menimpa dirinya sebagai pedoman untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, dia tidak mahu disebabkan terpedaya dengan 'mulut manis' pemimpin parti politik, pengundi muda membuat keputusan yang boleh menyebabkan mereka kesal dan kecewa di kemudian hari.

Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menambah, kepincangan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam menyelesaikan masalah peniaga kecil Melayu sepertinya boleh dijadikan contoh untuk menilai parti politik yang benar-benar ikhlas dan mampu membela nasib rakyat. selanjutnya sini



Keratan artikel diatas jelas mengambarkan pemimpin melayu pakatan langsung tidak dapat mengangkat muka kepada Diktator UltraKiasu LIM GUAN ENG!Walaupun pemilik tersebut ahli AMK,namun apa gunanya beliau menjadi ahli parti yang punyai kerajaan tetapi tidak diberi pembelaan.

YB MALIK,YB Dr Mansoor & YB Salleh Man, tiga nama ini anda harus ingat langsung tidak berani angkat muka dan mendesak tuan mereka Guan Eng. Telur entah hilang kemana,dayus dan pengecut sudah menjadi sinonim dimulut penjawat awam di SUK Komtar.

Dayus dayus ini mendabik dada kononnya terus terusan membela orang melayu dan Islam,sebaliknya menjadi anjing kepada DAP!

Ingatlah Melayu Penang, Anda Sudah kembali menjadi kaum majoriti di negeri Pulau Pinang,Sedarlah, bangkitlah,kempen bermula dari rumah anda,setiap isi rumah harus berdaftar sebagai pengundi.Kemudian bergerak melalui kariah surau atau masjid.Di tempat kerja dan dimana mana berkempenlah.

Setakat pengetahuan Pisau,di sekitar Jelutong sudah 2000 pengundi baru didaftarkan,di Bagan hampir 1500 pengundi melayu,ini masih belum mencukupi,gerakkan segala jentera yang ada.

Paling mudah,anda boleh mendaftar sebagai pengundi di Pejabat POS,ayuh kita runtuhkan kerajaan DAP dan halau Guan Eng keluar dari Pulau Pinang.


Pisau kata " Yang sudah genap 21 tahun cepat cepat pergi mendaftar."

SKANDAL KOHILAL Bah 4: Penyata Akaun Misteri & Anak Syarikat Tidak Berdaftar

0



Oleh Cakap Pasal

Keuntungan Kohilal RM1,575 sebulan! Kurang daripada gaji kerani kerajaan.
Itulah sebenarnya yang berlaku. PAS telah menipu ahli Kohilal bahawa skim pelaburan KOHILAL yang terlibat dalam memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya memberi kadar faedah yang menarik.

Tetapi perkara yang sebenarnya ialah sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.

Tuan-tuan cuba fikir perkara ini baik-baik.

Dengan yuran ahli lebih daripada RM2.078 juta, bilangan ahli lebih 20,000 orang, Lembaga Pengarah 10 orang dan pasukan pengurusan yang dilantik PAS, Kohilal hanya dapat menjana keuntungan RM1,575 sebulan!!!

Makcik yang menjual nasi lemak atau pisang goreng di kaki lima Kuala Lumpur pun boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada RM2,000.00 sebulan.

Pelaburan “risiko tinggi” pula.

Mengikut laporan consultant yang telah kami terima, berikut:

“Pada akhir 1995, KOHILAL telah melangkah lebih jauh di mana koperasi tersebut telah membuat pelaburan berisiko tinggi dan beberapa anak syarikat telah diwujudkan dalam dan juga luar negeri.

Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri yang bernaung di bawah koperasi KOHILAL:

Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
Koperasi PERAK, PERAK; dan
Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”

Perhatikan bahawa perniagaan ini termasuk mengimpot kismis, air zam zam dan buah tamar yang dijual sebagai penawar anak dunggu, rahsia keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya oleh agen ustaz dan ulama tertentu seperti Ahmad Awang dan Harussani Zakaria.

Kismis dan tamar sering dijual dengan menggunakan nama mereka. Mereka mendapat komisen dan menjadi kaya tapi hutang kepada Kohilal tidak terbayar. Kohilal dan ahlinya rugi tapi Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan ustaz lain semua untung besar.

Dan mereka membohong lagi. Menurut PAS sendiri, “beberapa anak-anak syarikat KOHILAL tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Koperasi.” Maksudnya mereka masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar.

Contoh anak-anak syarikat Kohilal yang beroperasi tanpa pengiktirafan Jab. Pembangunan Koperasi ialah :

Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.

Tuan-tuan apakah muslihat disebalik mengendalikan syarikat yang tidak berdaftar?

Senang saja.

Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya tidak wujud secara sah dan rasmi. Syarikat demikian tidak perlu sediakan penyata akaun atau menyediakan laporan tahunan setiap hujung tahun.

Tapi syarikat tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.

Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.

Ustaz-ustaz PAS yang jual kismis ajaib – penawar untuk anak dunggu lulus peperiksaan, menggunakan duit ahli Kohilal untuk mengimpot kismis daripada Iran, Yemen dan tempat lain. Kemudian mereka menjual ‘kismis untuk anak dungu’ dan memperolehi kekayaan yang besar.

Cuma mereka “terlupa” menjelaskan hutang mengimpot kismis kepada Kohilal. Hutang mereka kepada Kohilal sampai beratus ribu ringgit – semuanya tidak terbayar.

Jadi, jika sdra-sdri kunjungi kedai runcit kampong atau mini market dan melihat gambar Ustaz Ahmad Awang atau Ismail Kamus pada pelekat ‘kismis untuk anak dunggu”, fahamilah bahawa kismis itu dibeli dengan duit ahli Kohilal dan ahli PAS. Duit anda sendiri.

Tapi jika sesiapa ingin mencuba untuk memeriksa penyata akaun anak syarikat Kohilal itu – anda membuang masa saja.

Sebab syarikat itu TIDAK BERDAFTAR. Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya TIDAK WUJUD secara rasmi. Syarikat yang tidak wujud secara rasmi TIDAK ADA penyata akaun.

Aset dan kedudukan kewangan Kohilal

PAS berkata bahawa setakat ini, dana KOHILAL adalah dari :

BPA (Caruman Bulanan Anggota untuk Akaun Simpanan) dianggarkan berjumlah RM140,000.00setiap bulan.

Hasil perniagaan berpunca dari aktiviti penjualan barangan sekitar RM 40,000.00 hingga RM 50,000.00 sebulan. Jumlah keuntungan kira-kira 10% - 20% sumbangan dari keseluruhan aktiviti dijalankan.

Pendapatan dari sewa bangunan berjumlah RM21,650.00 sebulan yang kebanyakan penyewa terdiri daripada anak-anak syarikat

Senarai perbelanjaan dan keuntungan adalah seperti gambarajah berikut:






Yang amat pelik disini ialah caruman bulanan anggota sebanyak RM140,000.00 jauh melebihi hasil perniagaan dan penjualan barangan sekitar RM40,000 – 50,000 sahaja sebulan. Soalannya ke mana pula pergi baki caruman bulanan anggota sebanyak RM100,000itu?

Sewa bulanan pun penipuan juga sebab menurut senarai Perbelanjaan dan Keuntungan, Kohilal tidak dapat kutip semua sewa. Sewa yang dibayar hanya 10% sahaja daripada RM21,650 itu atau RM2,165 sahaja.

Ini kerana sewa bulanan pun dikutip daripada anak-anak syarikat Kohilal juga, yang semuanya rugi.

Maksudnya sewa sebenarnya dibayar dengan menggunakan caruman bulanan anggota Kohilal juga dan bukan daripada hasil perniagaan. Pengurusan perniagaan jenis apa pula in?

Senarai aset yang dimiliki oleh Kohilal adalah berikut:






Penyata kewangan yang misteri.

Yang berikut pula penyata kedudukan kewangan Kohilal. Siapa pun tidak boleh memahami apa maksud penyata kewangan ini sebab penyata ini ditulis ikut cara yang amat mengelirukan supaya tiada siapa pun boleh faham maksudnya. Sila Tuan-tuan sendiri cuba membaca dan memahami penyata yang berikut :






Akauntan pun tidak boleh faham apa maksud penyata kewangan ini.

Sila lihat bahawa Simpanan Anggota dicatit berjumlah RM39.840 Juta. Tapi ini pun pembohongan juga sebab duit ini sudah tidak ada.

Sudah jadi ghaib seperti hutang buah tamar, hutang buah kismis dan hutang air zam-zam yang masih tidak terbayar oleh pengusaha kismis, zam zam dan buah tamar yang bersekongkol dengan ustaz dan ulama pro PAS. Mereka semua sudah kaya dengan menelan duit ahli Kohilal.

Menurut konsultan yang dilantik oleh PAS, pada 2000-2002, KOHILAL berada dalam keadaan tenat dan terpaksa menampung kos perbelanjaan pengurusan kira-kira RM40,000.00 sebulan tidak termasuk pembayaran hutang secara bulanan kepada BIMB sebanyak RM 48,000.00. Ini sudah defisit setiap bulan.

Selain itu, Kohilal juga terpaksa menyediakan peruntukkan untuk pengeluaran pelaburan (modal pusingan) perniagaan dan pembayaran dividen saham kepada ahli setiap 3 bulan seperti yang telah dijanji. Pada 2000-2002 sahaja perbelanjaan memerlukan RM 10 juta.

oleh theunspinners

Selasa, 25 Mei 2010

Stesen keretapi Tg Pagar - satu perspektif daripada Melayu Temasik

3


Saya dah baca pandangan dari Malaysia yang begitu dengan negatif terhadap perjanjian nak bagi tanah stesen keretapi di Tanjung Pagar ke Singapore.
Marah betul penulis seperti Pena Minang dan orang yang komen di sini (di penghujung artikel.

Ada yang kata selepas Abdullah Badawi beri percuma minyak kepada Brunei, kenapa pula Najib pun jadi bodowi? Terpulanglah pendirian anda.

Mereka kata PM Najib kena tipu dek Singapork, menggadai harta negara dan sebagainya.

Biar saya beri pandangan sebagai warga Selatan yang mempunyai status penduduk tetap Malaysia. Seorang yang duduk di Temasek dan juga KL. Dan yang sayang terhadap kedua-dua negara.

Tak semestinya pandangan ini benar. Itulah saya panggilnya 'pandangan' dan 'perspektif', bukan 'fakta dan 'dalil'.

Apabila kedua-dua negara berpecah - Malaysia menghalau Singapork - tertinggal beberapa isu yang dulunya no problem kerana dalam satu negara.

Kontrak air, Pedra Branca (kerana Singapork dan menang pulau ni cara adil, kami tak panggil pulau ni Batu Putih, tapi namanya yang kami di Temasek lebih suka, the historic name, ialah Pedra Branca), isu pesawat pejuang RSAF terbang di angkasa Johor, dan ada lagi beberapa yang lain.

Dalam perjanjian yang saya faham stesen Keretapi Tanah Melayu itu wajib digunakan sebagai stesen keretapi saja.

Dan selagi stesen itu digunakan, tanah di situ, dan semua tanah railway line dari Tanjung Pagar hingga ke Woodlands, Singapore tak boleh kacau langsung.

Tapi Malaysia pun TIDAK BOLEH menaikkan tanah itu menjadi benda lain. Misalnya, KL tak boleh suka-suka tutup stesen selama lima tahun sebab nak mendirikan bangunan 50 tingkat kat atas tanah itu, dan di bawahnya ada stesen keretapi.

Apabila berhenti saja stesen itu digunakan sebagai stesen untuk tren, tanah itu dan tanah railway line hingga ke Woodlands akan pindah ke tangan Singapork.

DAPAT TANAH MARINA BAY - MAHAL OI!

Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dulu dah buat perjanjian lain untuk menyerahkan tanah itu kepada Singapore dengan diganti tanah lain. Beliau sign dengan Lee Kuan Yew.

Jadi pada saya, apa yang dilakukan oleh PM Najib itu sesuatu yang bijak.
Apapun ia hasil dari apa yang Daim dah sign. Najib hanya kena ikut perjanjian.
Macam Badawi dah beri minyak tu kepada Brunei, Najib tak boleh buat apa-apa.

Yang lebih penting ialah ini: Dulu, sehingga dunia kiamat pun stesen itu akan tetap stesen yang pekak dan tua.

Kamu di Malaysia pernah pergi ke Stesen Tg Pagar ini?

Satu Singapore orang tertawakan sebagai 'tanah Malaysia' tempat ini.

Beberapa tahun lalu, saya bawa rakan makan tengah hari di situ. Komen beliau: Ini betul-betul macam Malaysia, car park tanah tak rata, kantinnya kotor. Orang parking sebarangan. Tempat tu kotor macam kat longkang Datuk Keramat.

Di dalam tu ada 3-4 gerai makanan Melayu yang popular dengan orang Melayu. Tapi punyalah kotor, buat malu Malaysia.

Pemerintah Singapork tak boleh kata apa-apa sebab itu tanah Malaysia. Temasek tak boleh kasi warning tentang kekotoran dalam stesen tu sebab tanah Malaysia.

Kini, PM Najib akan menguntungkan (ini pendapat saya) negara Malaysia.

Ini kerana tanah di Tg Pagar ni (dalam kawasan parlimen MP yang paling terkenal di Singapore, Lee Kuan Yew) dah naik harga hingga mencecah berjuta dollar/ringgit.

Tapi Malaysia tak dapat mendapat keuntungan jika stesen tetap stesen. Sebab perjanjian hanya membenarkannya menggunakan tanah itu sebagai stesen keretapi.

Brader dan datin,
Zaman low-cost airline ni, ramai lagi ke orang naik keretapi ke Singapork?
Zaman kereta laju, empat jam boleh pandu kereta dari KL ke Orchard Road. Ini bukan zaman P.Ramlee.

Zaman bas express, kamu nak ke Orchard masih nak naik train ke? Sediki betul orang yang naik train tidak seperti dulu.

Walau ada nostalgia, Malaysia akan untung berjuta-juta ringgit jika 'beri' tanah itu kepada Singapura.

Sebab bukan pemberian percuma.

Malaysia dapat tanah yang sama harganya dengan market price tanah Tg Pagar Station itu!

Tanah yang akan diberikan ialah di Marina Bay. Financial district Singapork baru yang sedang naik!!!

Guarantee dalam tahun-tahun di hadapan harga tanah ini akan melambung, dan Malaysia boleh jual.

Atau membina bangunan pencakar langit, lepas tu sewakan!

Dan Malaysia akan dapat membangun tanah di Bukit Timah dan Kranji yang kini hanya tanah keretapi dan tak boleh digunakan buat benda lain. Kamu buatlah kondo atau office block. Tentu banyak untung.

Dan antaranya, pembangunan tanah dilakukan bersama dengan Singapore. Di sini, kalau pegawai Malaysia bodoh, memang betullah kena tipu. Tapi secara prinsipnya, ia baik untuk kedua negara, pada pendapat rusagurun di Tucson.

Dan Malaysia juga dapat tanah lagi dekat Ophir Road, tempat business kelas sederhana di Temasek.

Beb, tanah di Singapore dari saya kecil hingga 50 tahun ni, naik gila-gila. Kamu dapat hari ini, jika dapat buat bangunan lepas tu sewakan atau dijual, guarantee untung, beb.

Jadi terpulanglah.

Kamu nak nostalgia ada stesen usang dan kotor, buat malu nama Malaysia dan Melayu.
Atau dapat tanah bernilai berjuta dan boleh dimajukan bersama.

Tambahan: ia juga signal baru bahawa negara jiran berdua ni nak berbaik.

Memang ramai syak wasangka dengan Singapork. Tapi kalau zaman Badawi, saya pun takut kalau ada deal gini, sebab beliau mengong dalam serba serbi. Dan penasihatnya semua dikatakan tamak harta dan bukan nak jaga kepentingan negara.

Tentang deal ini, kita kasi chance sikit ler.

Asal jangan ada yang nak advertise dua muka surat dalam akhbar Singapork, lepas tu, OK what.

Posted by remgold

SELAMATKAN MALAYSIA: 50 TAHUN RAKYAT MALAYSIA DITIPU OLEH UMNO.

0


Dalam kempen PRU 2008, Pas sekali lagi memainkan sentimen isu Melayu, kononnya 50 tahun rakyat ditipu oleh Umno. BN di labelkan sebagai Barang Naik. Babi Negara, Bini Najib oleh (Mahfut Omar) . Dr Azizan melabelkan Umno sebagai beruk yang mengail ketam batu dan Beruk yang bersilat dengan kilat. Nizar Jamaludin pula melabelkan Umno sebagai penderhaka kepada Sultan Perak.Gagal mengislamkan mat rempit, Umno pengganas dengan membawa 60 anggota polis ke dalam sidang dewan DUN. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan satu persatu.

Umno melalui Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah pun merangka satu manifesto PRU pertama 1955. Pengakuan bertulis antara 3 komponen parti ini telah menjadi dasar dan struktur politik negara selepas merdeka. Majlis Tertinggi Perikatan telah bersetuju dan meletakkan beberapa dasar yang berkaitan dengan politik, pentadbiran, sosial dan ekonomi sebagai tindakan lanjutan jika diberi mandat dalam pilihan raya itu, Ini termasuklah;


Pentadbiran :berusaha mengisi sebahagian besar jawatan tinggi dalam pentadbiran negara dengan anak negeri ini dalam masa tempoh perkhidmatan yang pertama. Tidak membenarkan lagi pengambilan pegawai dagang dengan tidak setahu dan seizin Majlis Mesyuarat Kerja Federal
Tanam-tanaman: Menanam bahan-bahan makanan yang cukup untuk keperluan penduduk negara ini.
Pelajaran: memberi perhatian istimewa kepada pelajaran, Mengubah corak pelajaran dengan corak Tanah Melayu; menambah bilangan orang tahu membaca dan menulis
Darurat: berusaha menamatkan darurat dengan seberapa segera dengan menawarkan kepada pengganas-pengganas komunis pengampunan beramai-ramai.
Perikanan: mengadakan penyiasatan yang segera tentang kehidupan nelayan-nelayan dengan maksud menambah pendapatan mereka.
Perumahan: menggalakkan pembinaan rumah kos rendah untuk dijual atau disewakan kepada orang yang berpendapatan rendah.
Buruh: menjamin buruh mendapat layanan yang adil
Tanah: membantu petani mendapatkan tanah bagi bercucuk tanam; membantu petani menerusi bank-bank tanah dan lain-lain saluran.
Kerajaan Tempatan: menubuhkan Majlis Mesyuarat Bandaran di bandar-bandar.
Perubatan dan Kesihatan : menjalankan rancangan meluaskan dan memperbaiki perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin.
Politik: mengekalkan dan memelihara kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua yang berperlembagaan dalam negeri mereka masing-masing
Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat: memeriksa semula perkhidmatan-perkhidamatan kebajikan masyarakat yang ada sekarang ini dengan maksud memperbaiki dan meluaskan lagi
Merancang Bandar dan Kawasan Luar Bandar: Menagmbil langkah mengadakan perancangan bandar-bandar dan kawasan-kawasan luar bandar meliputi seluruh Persekutuan dan mengadakan sebuah badan perancang pusat bagi menyatukan kerja-kerja merancang
Kesemua 13 perkara di atas telah dilaksanakan sehingga ke hari ini seperti berikut

Menubuhkan Surahanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pelajaran Melaysia dll
Menubuhkan RIDA, FELDA (LKTP) FAMA, dll
Membuka kelas dewasa untuk mengajar membaca dan menulis, Kolej Mara, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengan Kebangsaan, Universiti Malaya dan universiti Kebangsaan dan hari ini IPTA sudah terlalu banyak.
Wujudnya kampung-kampung baru yang mana Nizar Jamaludin, Ngeh dan Nga meluluskan tanah TOL dan Pajakan kepada 999 tahun.
Menubuhkan Jabatan Perikanan dan Majuikan yang berfungsi sampai sekarang.
Di Taiping telah wujud banyak rumah-rumah awam seperti di Batu 4 Kamunting, Rumah Awam Jalan Stesen Kamunting, Rumah Awam Pokok Assam, Rumah Awam Batu Dua Setengah Jalan Kuala Kangsar, Rumah Awam Simpan dan lain-lain bandar termasuk juga di pekan kecil seperti rumah awam di Batu Kurau.
Mewujudkan Jabatan Tenaga Kerja , Perkeso, Pertubuhan pekerja sepeti Ceupec, Mtuc dll
Wujudnya Risda, Felda, Bank Pertanian,dll
Menubuhkan Jawatan kuasa majlis perbandaran atau di sebut Ahli Majlis dan juga membentuk Majlis Luar Bandar yang bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan, sampah dan pelupusan najis. Hari ini sampah dan kumbahan di ambil alih oleh Alam Floras atau swasta dan IWK.
Mewujudkan klinik-klinik kesihatan diluar bandar, klinik bidan di kampung-kampung untuk mengurang kadar kematian dikalangan bayi dan ibu, Membina lebih banyak hospital bagi menggantikan hospital yang dibina oleh Inggeris. Mengadakan kempen anti malaria, anti denggi dll. sehinggakan dalam tahun 90an pun kerajaan masih menjalan kempen tandas septik dan bekalan air bersih bawah tanah ataupun air bukit.
Menjadi kedudukan institusi raja kekal sebagai payung kepada rakyat.
JKM masih memainkan peranan yang cukup besar denga perbelanjaan yang sentiasa meningkat setiap tahun kerana pertambahan penduduk. Jika dahulu bantuan rakyat miskin ialah RM15 sebulan , hari ini sudah mencecah kepada RM 300 sebulan untuk seorang.
Mewujukan Unit Perancang Bandar untuk menyusun atur prasarana sesebuah bandar yang semakin hari semakin besar tanggungjawab kerana pertambahan penduduk. UDA adalah satu contoh badan ini yang merancang pembangunan di seluruh negara.
Kesemua di atas belum mengambil kira pembangunan komunikasi, perhubungan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Oleh itu Pas janganlah menggunakan modal 50 tahun rakyat ditipu..Ramai mulut-mulut jahat yang mencerca dan menuduh kerajaan menipu adalah mereka yang telah mendapat faedah daripada manifesto kerajaan yang memerintah.

Ambil contoh penduduk rumah awam di kawasan sekitar Taiping tadi, andainya kerajaan tidak merancang sistem perumahan tersebut di manakah mereka akan tidur dan beranak pinak dan mendapat pendidikan anak-anak. Anak-anak yang berjaya telah mendapat pendidikan di IPTA dan sesekali balik kampung menjalar kereta-kereta mewah di rumah awam.

Dalam kem pembangkang pula seperti Nizar Jamaluddin, Khalid Samad , Dr Hassan Ali, mereka adalah graduan-graduan yang mendapat biasiswa JPA. Kos pengajian mereka mencecah jutaan ringgit.

Fikirlah siapa yang menipu. Pas atau Umno?

Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)

Anwar under pressure with more revelation in US press - The art of deceiving D.C.

0



By Marco Vincenzino
The Daily Caller

Winning over the Washington policy establishment is an art mastered by certain clever foreigners over the years. It requires basic charm and wit, a convincing narrative, understanding the Beltway worldview, mastering its lingo and skills to communicate it effectively.

After fulfilling their agenda in the U.S. capital, these masters often move on and evolve according to political convenience, even turning on their friends in Washington if required. An outstanding example is Ahmed Chalabi, whose influence was critical to the U.S. invasion of Iraq in 2003.

He also raised millions of dollars from American taxpayers for his Iraqi National Congress. Now back in his native-Iraq, this Macchiavellian political survivor has re-invented himself as a staunch Shiite advocate and close ally of Iran.

A sense of betrayal overwhelms many of his original supporters in Washington. Another recent convert to the chameleon cause is Anwar Ibrahim. From 1993-98, Mr. Anwar served as Deputy Prime Minister of Malaysia.

After losing a power struggle with Prime Minister Mahatir Mohamad, Anwar was removed from power and imprisoned. During his years of incarceration, Anwar became a cause célèbre for human rights advocates.

After his release in 2004, Anwar hit the international circuit, which included stints at the World Bank and lecturing positions at Oxford University, Johns Hopkins and Georgetown. His official bio on one website described him as “one of the forefathers of the Asian Renaissance”, “a leading proponent of greater cooperation among civilizations” and “an authoritative voice in bridging the gap between East and West.

Anwar has returned to Malaysian politics and serves in the opposition. While the foreign policy of Malaysia’s current government is fairly in tune with U.S. and western policy, Anwar has decided that pro-Western sentiment does not serve his current political interests.

He has begun preaching a conspiratorial rhetoric of anti-American and anti-Semitic nature. Particularly since the Malaysian government hired an American communications firm, Anwar has suggested that Israeli spies are directly involved in the running of the Malaysian government
.
He claims that the recent meeting between President Obama and Prime Minister Najib Razak of Malaysia was arranged by the influential “Jewish-linked” company which has resulted in Malaysia subservience to the U.S. These statements will obviously shock Mr. Anwar’s supporters in the West, which include former Vice President Al Gore.

They will provoke questions: have Anwar’s words been taken out of context? Perhaps they can be subject to interpretation? Is one failing to read between the lines? Anwar’s statements are blatantly clear and direct. His rhetoric represents an unmistakable case of raw political opportunism and much more. Although opportunism is an inevitable fact of politics, it also has its limits.

Particularly when degenerating into unacceptable demagoguery with obvious racist overtones. How did Anwar’s transformation from reformer to rabble-rouse occur? The reality is that he probably always held these views. Over the years, he just simply tailored his message to different audiences according to necessity.

After all, Anwar served for five years as Deputy Prime Minister to Mahatir Mohamad, renowned for his anti-Western and anti-Semitic tirades. This alone should have immediately raised red flags and serious questions about his ideological allegiances. It is not uncommon for the Washington establishment to be ill-informed, naively overlook significant facts, or willingly brush them aside. In the international realm, the Beltway Bubble often prevails.

In future, greater caution and prudence is required when endorsing foreign champions, particularly those eagerly preaching a message favorable to Washington. Furthermore, the tendency to confer automatic sainthood and infallibility on the persecuted, or those claiming persecution, must be tempered. Pry more and do not give an easy ride. After all, Washington will inevitably see the likes of more Chalabis and Anwars.

Marco Vicenzino is director of the Global Strategy Project in Washington, D.C. He provides global political risk analysis for corporations and regular commentary on foreign affairs for publications/media outlets worldwide. He can be reached at msv@globalsp.org.

Article taken and reformated from Barking Magpie

SKANDAL KOHILAL Bah 3: Skim Pelaburan ala Pak Man Telo

0



Sebelum kita sambung cerita pasal PAS songlap duit ahli Kohilal, mari kita lihat sepucuk surat yang ditulis oleh seorang ahli PAS yang tersiar di HarakahDaily.Net, akhbar Online parti PAS.

Hamba Allah ini namanya Nooramaludin Mohamad daripada Bandar Jengka, seorang pengusaha Felda yang sara hidup dengan menanam pokok kelapa sawit. Kerana terlalu mempercayai ustaz PAS, Nooramaludin telah ditipu duit RM4,000 oleh Kohilal.


“Bekas ahli Kohilal mohon keprihatinan"

Nooramaludin Mohamad, Bandar Jengka

Sehubungan itu, sehingga sekarang saya masih belum menerima apa-apa bayaran / pemulangan balik wang caruman saham kohilal yang berjumlah hampir RM4,000.00. Sudah hampir 4 kali surat saya utuskan, namun tiada jawapan dari Kohilal.

Besarlah harapan saya agar Kohilal dapat memulangkan kembali wang saham yang saya laburkan itu dipulangkan segera. Saya amat memerlukan wang tersebut bagi urusan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan”
Sudah empat kali Nooramaludin tulis surat minta balik duit dia, habuk pun tak dapat.

Sila perhatikan bahawa Nooramaludin tidak minta bayaran dividen atau bonus. Beliau minta dipulangkan pelaburan asalnya saja RM4000 untuk bayar perbelanjaan sekolah.



Dan apakah jawapan PAS? Sila baca berita ini daripada Malaysiakini:


“Bekas pengarah: Pelaburan Kohilal rugi kerana ‘tidak bernasib baik’

Seorang bekas pengarah Koperasi Al-Hilal (Kohilal) berkata, kegagalan pelaburan koperasi itu – yang dianggotai oleh ahli PAS – pada tahun 1990-an sehingga kerugian RM45 juta, bukanlah kerana kelemahan pihak pengurusannya, tetapi kerana ‘tidak bernasib baik”.”


Jadi Nooramaludin, fahamilah bahawa dalam skim perniagaan PAS dan Kohilal, saudara perlu tentukan “nasib baik” dulu. Kepintaran memahami bisness semua tidak perlu. Kecekapan menerokai pasaran semua tidak perlu juga. Kebolehan pengurusan perniagaan semua tidak perlu.

Dalam skim perniagaan PAS dan Kohilal, anda hanya memerlukan “nasib baik”. Kalau ada “good luck” atau “nasib baik” maka boleh berjaya. Jelas sekali bukan saja Kohilal tetapi saudara Nooramaludin pun “tidak bernasib baik”. Sorry lah brader.

Satu lagi tempat untuk menceburi bisnes secara “nasib baik” ialah di Casino Genting Highlands. Sunnah di Casino Genting Highlands serupa saja dengan sunnah di Kohilal. Kita cuba “nasib baik” atau “good luck” saja. Kalau ada “nasib baik” boleh jadi kaya.

Kalau “tidak nasib baik”, sorry lah. Modal semua hilang.

Jadi saudara, inilah jawapan yang diberi oleh Pengurusan Kohilal untuk menutup penipuan mereka menelan duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.

Mereka berani dan sanggup memberi jawapan seperti ini kerana secara lazimnya ahli PAS dan Kohilal adalah orang kampong yang dhaif dan kurang berpelajaran, seperti saudara Nooramaludin, peneroka Felda di Bandar Jengka.

Majoriti ahli PAS memang orang kampong yang tidak berpelajaran tinggi yang mudah ditipu dengan bacaan doa, ayat-ayat bahasa Arab, janji “undi syurga” dan sebagainya. Di sini saya salahkan ahli Pas juga. Bila kita bodoh, orang lain akan perbodohkan kita lagi.

Skim pelaburan ala Pak Man Telo

Saudara-saudari PAS, amat jelas sekali Pas telah menipu ahli Kohilal dengan janji kosong dan palsu.

Pada 1997, Pas telah menjanjikan mereka, ‘di bawah skim ini, setiap pelabur yang melabur di bawah KOHILAL dijanjikan dengan bayaran dividen sehingga 10% setiap bulan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama’.

Untung 10% setiap bulan? Ini adalah perkara yang amat mustahil sekali. Maksudnya 120% setahun. Pada 1997, tabung Amanah Saham Nasional ia itu antara tabung pelaburan yang paling berhasil sekali hanya membayar dividen sekitar 8% SETAHUN sahaja ataupun 0.67% SEBULAN.

Tapi Kohilal telah janjikan ahlinya pulangan 10% SEBULAN!! Ia itu 120% SETAHUN !!

Sdra-sdri PAS, jangan marah secara membuta. Marilah kita bersama-sama gunakan otak dengan waras untuk meneliti perkara ini.

Cuba kita bandingkan: Apakah kelebihan Kohilal yang dipengerusikan ustaz totok PAS dan pengurus Kohilal yang tidak berkelulusan apa pun, berbanding dengan Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh pakar-pakar kewangan dan pakar ekonomi bertaraf dunia? Jauh sekali bezanya.

Walaupun demikian, Amanah Saham Nasional hanya janjikan dividen 8% SETAHUN. Sebaliknya Kohilal pula boleh janjikan dividen 10% SATU BULAN!!! MAKSUDNYA 120% SETAHUN? Hebatnya janji mereka. Janji mereka semua palsu sebab yang menjadi nyata sekarang Kohilal dan PAS sudah songlap duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.

Jadi sekarang sdra – sdri ahli PAS perlu untuk mengimbas kembali ‘Apakah niat mereka, apabila Kohilal janjikan dividen 10% sebulan (120% setahun)?’ Jelas sekali orang yang pandai sikit (ustaz PAS) hendak perbodohkan orang yang kurang pintar (ahli Kohilal peneroka Felda dsbnya) dengan janji dividen 10% sebulan.

Bayangkanlah : kalau lah Amanah Saham Nasional yang jauh lebih pandai berniaga daripada Kohilal, janjikan dividen 10% sebulan, boleh ke kita percaya mereka? Sudah tentu tak boleh. Habis macam mana pula kita nak percaya PAS, yang tak tahu niaga apa pun, boleh bayar dividen 10% SATU BULAN?

Ianya memang benar sebahagian ahli Kohilal telah mendapat pulangan lumayan pada tahap awal. Bagaimanakah Kohilal boleh melakukannya? Jawapannya terletak di sini :


“Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama”.

Maksudnya untuk memperdayakan ahli, Kohilal ambil sumbangan dana daripada ahli baru dan membayarnya sebagai dividen kepada ahli lama. Serupa dengan skim cepat kaya Pak Man Telo di Perak pada satu ketika dulu. Inilah skim cepat kaya yang akhirnya bungkus juga.

Tuan-tuan sekalian, pendek kata, selama 13 tahun, ia itu sejak 1997 PAS dan Kohilal telah membohongi dan menipu ahli Kohilal ia itu saudara seperjuangan dan saudara se Islam mereka sendiri.

Yang menjadi kaya adalah ustaz-ustaz dan pemimpin PAS yang sedia faham bahawa selagi PAS janjikan syurga dan pahala maka ahli PAS, yang kebanyakkannya orang kampong dan golongan yang tidak terpelajar, akan terus memberi sokongan kewangan kepada Kohilal menerusi yuran dan pelaburan mereka.

Ahli PAS dunggu. Pemimpin PAS kaya. Kita akan tunjuk buktinya di Bah. 4.

Posted by The Unspinners

Isnin, 24 Mei 2010

Cek Tendang Kerajaan Bangkrap Selangor!

2



oleh Warisan2057

Selangor hebat. Sekarang ditadbir oleh seorang bekas korporat. Kehebatannya berjanji dalam sidang Dun 2009 bahawa pendapatan pasir akan meningkat kepada rm150 juta setahun. Walhal dia cuma dapat kumpul rm4.6 juta sahaja. Sekarang ia sudah jadi skandal pasir.
Juga Selangor hebat kerana Khalid telah melantik seorang Punaisihat ekonomi kerajaan negeri. Dia hebat kerana punai nya sangat sihat. Hingga depan belakang sama sahaja dibalunnya. Anak muda lelaki sudah menjadi selera utamanya. Passwordnya mudah - "mokhtar".

Baru-baru ini kami mendapat aduan dari 3 orang pembaca yang sekarang sedang tenat berniaga. Mereka rakyat kecil yang berniaga kecil. Mereka sangat bergantung harap kepada kerajaan negeri untuk berniaga. Mereka berpengalaman lebih 10 tahun dalam perniagaan kecil-kecilan dengan kerajaan khususnya kerajaan negeri selangor.

Pengadu pertama baru menerima cek dari Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor. Dia gembira kerana setelah menunggu 3 bulan akhirnya kerja-kerja nya dengan JPS mendapat bayaran. Tak lah banyak. Cuma rm20,000 sahaja.

Namun beliau hairan setelah cek itu di "bank in", beliau menerima panggilan dari bank yang menyatakan cek itu tidak dapat di luluskan kerana "fund" tidak mencukupi dalam akaun tersebut. Terperanjat beruk lah pengadu. Mana mungkin cek dari kerajaan negeri selangor itu bertaraf cek tendang. Tapi inilah realitinya.

Pengadu yang kedua beritahu kami, syarikatnya mendapat kerja-kerja naik taraf sekolah rendah agama. Kerja-kerja itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bulan November 2009. Maka setelah sebulan kerja-kerja tersebut pun siap lah.

Bila dah siap, terus hantar claim pada bulan Jan 2010. Malangnya sampai sekarang sudah hampir 6 bulan, bayang pembayaran langsung tak nampak. Tanya kat juruteknik, dia bagi pulak bermacam-macam alasan. Mampus lah kontraktor melayu macam ini. 1 tahun baru nak dapat bayaran. Berjuta-juta ringgit Khalid berikan peruntukan-peruntukan untuk program politik mesra rakyat, tapi kepada kontraktor dia tak buat pembayaran.

Aduan yang ketiga datang dari syarikat yang mendapat kerja-kerja angkut sampah di selangor. Mereka lagi mengeluh. Payment lambat sangat. Ada yang sudah 1 tahun menunggu pembayaran.

Dari kes cek tendang hingga ke kes lambat sangat pembayaran menunjukkan Regim Khalid bukan lah sebuah kerajaan yang " good pay master ". Rakyat hairan kenapa berbeza sangat pentadbiran yang ini kalau nak banding dengan kerajaan yang lepas. Tidak berbaloi nak buat business dengan kerajaan negeri Selangor sekarang. Tak boleh dipercayai, cek pun sudah jadi cek tendang.

Sementara Exco Regim Khalid terus bergaya dengan peruntukan Exco dan wakil rakyat serta kereta Camry baru, rakyat terus ditekan kehidupannya. Nak cari sesuap nasi pun sudah susah di Selangor sekarang.

Selangor menuju kegelapan, Selangor menuju kebangkrapan sekarang.

Strategi Bagaimana DAP Berterusan Kekalkan Kuasa Di Pulau Pinang!

0



by pisau.net

Statistik Penduduk Pulau Pinang Tahun 2009


1. Bumiputera 660,800 44.89%

2. Cina 651,600 44.27%

3. India 153,100 10.40%

4. Lain-lain 6,400 00.43%


Ringkasan Daftar pemilih 2009

Jumlah 710,216

Melayu 237,891 (33.50%)

Cina 389,820 (54.89%)

India 79,181 (11.15%)


Statistik ini jelas mengambarkan bagaimana orang melayu tidak punyai kesedaran betapa pentingnya menjadi pengundi semasa pilihanraya.

Ramai orang melayu tidak menyedari bahawa mereka sudah kembali menjadi kaum majoriti,Di Pulau Pinang,pada masa sekarang kaum cina hanyalah menjadi kaum kedua terbesar di negeri ini.

Sebaliknya mereka masih boleh mendabik dada kerana punyai jumlah pengundi berdaftar yang jauh berbeza dengan kaum melayu.

Baru baru ini DAP mengadakan program mendapatkan pengundi baru di semua kawasan tumpuan,sambutan cukup hangat hingga Guan Eng berkata mereka kehabisan borang.

Kaum Melayu bagaimana?Buat apa?Tidor?

Tidak ada gunanya merintih,rasa kesal dan marah diluahkan jika kerja paling mudah iaitu berdaftar sebagai pengundi tidak diambil berat oleh kaum melayu.

Tidak kira parti mana yang akan memerintah Pulau Pinang,seharusnya berdasarkan statistik jumlah penduduk sememangnya kerusi ketua menteri harus diberikan kepada kaum Melayu pada pru13.

Satu gerakan massa harus dipergiatkan agar mendesak seluruh kaum melayu berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang.Adakan proses rezoning di setiap DUN,di kawasan yang banyak pengundi melayu harus di pindahkan ke kawasan DUN yang kurang kaum melayu.

Kawasan yang kurang pengundi melayu harus dijadikan sasaran terutamanya di kawasan sebelah pulau dan bandar.

DAP telah mengerakkan pengundi kaum cina dalam proses rezoning,salah satu kawasan adalah di Batu Maung dan Bayan Lepas. Kawasan yang majoritinya adalah melayu akan dipecah dengan kehadiran pengundi kaum cina.

Pecah dan perintah sedang berjalan, walaupun wakil rakyat dari PKR adalah Melayu didalam kawasan DUN terbabit dengan kehadiran kaum cina menjadi majoriti akan menjadikan justifikasi untuk menolak kaum melayu sebagai calon di kawasan tersebut.

Proses rezoning yang dijalankan oleh DAP disedari oleh pemimpin melayu PKR,mereka turut berasa terancam jika gerakan yang dijalan secara senyap oleh DAP ini.Namun tidak ada sebarang tindakan dari mana mana pemimpin melayu samaada dari PAS,PKR atau pun UMNO.

Dalam tinjauan Pisau ,pemimpin pemimpin melayu tidak kira dari mana mana fahaman politik hanya pandai bercakap.Tetapi langsung tidak diterjemahkan kepada tindakan.

Seharusnya mereka menubuhkan task force di setiap kawasan DUN untuk mendapatkan seramai mungkin pengundi baru kaum melayu.

Jika bersungguh sungguh adalah tidak mustahil satu hari nanti jawatan ketua menteri akan dipegang oleh Melayu.

Kalau Umno,PAS dan pemimpin melayu PKR bersungguh sungguh ,percayalah suara orang melayu akan dapat mengubah lanskap politik di Pulau Pinang.

Pisau tekankan isu ini kerana,hampir semua orang melayu di Pulau Pinang tidak sedar apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sosialis dan gerembolan DAP secara senyap tanpa pengetahuan mana mana pemimpin melayu baik dari pakatan atau pun Umno.

Tahukah anda,pada masa sekarang Guan Eng dan kuncu kuncunya merampas tanah TOL milik orang melayu di Balik Pulau dengan cara memberikan geran tanah kepada pemilik baru berbangsa cina.Secara automatik penama atas tanah TOL akan terbatal.Pemilik mutlak adalah penama yang tercatat diatas geran tanah!

Adakah anda sedar apakah implikasinya? Perkara ini bukan saja berlaku terhadap tanah TOL di Balik Pulau malah diserata pelusok negeri,hal ini turut berlaku terhadap tanah Wakaf yang dibeli secara paksa.

Walaupun pihak CMI(Chief Minister Incorparated) tahu tanah tersebut adalah tanah wakaf dan ia adalah hak milik dan bidang kuasa majlis agama islam negeri,tetapi mereka tetap membeli tanpa kebenaran dan mereka membelakangkan peranan majlis agama islam sebagai pemilik,seterusnya proses membeli tanah wakaf dan bayaran dibuat keatas penama geran walaupun pemilik sudah meninggal dunia dan bayaran dibuat disalurkan kepada amanah raya.tidak kepada majlis agama Islam.Salah satu contoh adalah sebidang tanah wakaf di Sg Dua yang di wartakan sebagai tanah perkuburan,tetapi di beli secara paksa oleh CMI.

Tahukah anda setiap permohonan tanah TOL hanya kaum cina saja yang diluluskan,buktinya terdapat di mana mana pejabat tanah dan daerah di SPU,SPS,SPT,Timur Laut & Barat Daya.10 permohonan baru tanah 8 daripadanya adalah kaum cina 2 melayu,8 permohonan diluluskan 2 permohonan melayu di KIV atau bahasa mudah ditong sampahkan.

Malah ada usaha menggagalkan pemberian hak milik tanah kepada orang melayu,apabila premium tanah yang tinggi dikenakan kepada orang melayu,kes ini berlaku di Bagan Jermal.

Sebaliknya pemilik tanah cina langsung tidak dikenakan premium atas kuasa Portfolio tanah yang dikuasai oleh Ketua Menteri.

Tidak pernah dalam sejarah Pulau Pinang ketua menteri memegang portfolio tanah,tetapi mengapa seorang pemimpin sosialis buangan rakyat melaka beriya sangat mahukan jawatan tersebut?

Mengapa proses rezoning dilakukan oleh DAP,Mengapa mereka secara tergesa gesa mendapatkan sebanyak mungkin tanah?

Mereka ingin menguasai Pulau Pinang dari segi Politik dan juga sebagai pemilik mutlak dan TUAN kepada negeri ini.

Pada masa sekarang PKR & PAS parti kasta paling rendah dalam pakatan lebih terikut dengan rentak dan gaya DAP yang semua orang tahu adalah boss besar pakatan.

Konsep Middle Malaysia memang sudah lama diterapkan dalam PKR dan liberalisasi PAS pada masa sekarang ini lebih terbuka kepada bukan Islam.

PAS dilihat lebih mahukan sokongan dari kaum Cina,India,Iban hingga terlupa BANGSA MELAYU yang banyak memberikan sokongan kepada PAS.Populariti yang mahu diraih oleh kepimpinan PAS bakal memakan diri sendiri.

Kononnya dengan cara membenarkan bukan Islam menyertai PAS adalah sebagai dakwah.Sudah berapa ramai pemimpin dan penyokong pakatan bukan Islam memeluk Islam??

Jesteru langkah yang diambil oleh kedua parti ini lebih kearah anak bangsa Malaysia ,sama ratakan kuasa politik,walhal kita tahu majoriti rakyat negara ini adalah MELAYU dan Pribumi.

Perpecahan melayu kepada 4 kelompok,memudahkan DAP untuk meneruskan agenda yang digarap baik oleh PAP dan IRI. Pecah dan perintah dalam skrip olahan mereka berjaya hasil air tangan Anwar Ibrahim yang semua rakyat tahu adalah pengkhianat bangsa melayu nombor satu negara.

Majoriti tagih sokongan minoriti, apabila majoriti berpecah belah masing masing berebut untuk mendapatkan sokongan ,disini bermulanya kaum cina menunjukkan belang sebenar,mengunakan kuasa undi untuk memeras baik dari BN atau pun pakatan.

Apa tindakan anda sebagai melayu dan anak jati Pulau Pinang? Jika mahu kuasa politik dibiarkan terus terusan kepada kaum minoriti di Pulau Pinang,abaikan saja artikel ini.Ambil bantal sambung tidor.


Pisau kata " setakat sembang kemaih,kerja tak buat,tak sedaq diri,tak payahlah,buang masa,lebih baik letak jawatan!Pemimpin melayu hanya tau bercakap,bab nak buat kerja bila kita tanya dia jawap tak tau ,PAS PKR UMNO sama saja "


Sumber Statistik : SanggulMelayu

SKANDAL KOHILAL Bah 2: Cara PAS menipu 20,000 ahli PAS dalam Kohilal

0



Beberapa cadangan dunggu Pas untuk menipu Kohilal sekali lagi

Untuk membaik pulih image Pas (kononnya) berkenaan skandal Kohilal ini, Pas membuat beberapa cadangan :

a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, Pas nak tipu mereka Round Kedua.

b) Jika (a) tidak menjadi Pas akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS

c) Cuba memujuk ahli Kohilal dengan cata memohon maaf saja; dan akhir sekali

d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli


ULASAN

KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS. Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.

Mengikut survey HarakahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah gunakuasa. Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit Kohilal yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Namun melihat bahawa begitu banyak maklumat telah sampai ke tangan Unspinners, ahli Pas sendiri yang sudah mula pecah tembelang Pas.

Kes KOHILAL adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dunggu Pas tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi Pas masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dunggu yang dahagakan pahala dan syurga.


PAS monopolikan KOHILAL sejak awal lagi

Sejak detik wahidnya, Kohilal ditubuhkan dan dimonopolikan oleh Pas. Jadi jangan pula Pas berkata sekarang bahawa Kohilal itu bukan dia punya.

KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 JUN 1986. Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan pada 19 JULAI 1986. Allahyarham Hj. ISMAIL ABDULLAH, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS WILAYAH PERSEKUTUAN telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.

Lembaga Pengarah Kohilal dimonopoli ahli Pas semuanya, terdiri daripada 10 orang. Tidak ada langsung Independent Director. Profesional pun tak ada.


Pengerusi: HASSAN SHUKRI

Naib Pengerusi: Sheik ABU BAKAR OMAR

Setiausaha: MOHD ISMATH HABIB MOHAMAD

Bendahari: ALI MAIDIN

Anggota Lembaga Pengarah:
ASIMUDDIN SHAMAAN
Dr. RAYNEY AZMI ALI
ABDUL AZIZ HASSAN
Syed HAMID Syed MOHAMED
WAN PAUZI YAHYA
AHMAD SUBKY ABDUL LATIF

Semua mereka adalah ahli atau penyokong kuat Pas. Siapa tidak kenal Ahmad Subky Abdul Latif?

Kira-kira bagaimana Pas songlap duit Kohilal

Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.

Apa sudah jadi kepada semua duit ini? Ustaz sudah telan. Buaya yang terbesar di sini termasuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin, bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia. Ada banyak lagi cerita Ustaz Abdul Ghani ini.


AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS

Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.

Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’? Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu “Dana Tahun 2000”.

Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli Kohilal. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempoh matang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga hari ini, tahun 2010, ahli Kohilal hanya menggaru buntot masing-masing.

Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.

Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.

Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10?

Apabila Pas mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kohilal semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.

Memandangkan bahawa Kohilal sekarang kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kohilal telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45juta sudah hilang.


Posted by The Unspinners

Jumaat, 21 Mei 2010

Judi Bola: PM Perlu Jamin Tiada Orang Islam Terbabit

3



1. Saya ditanya oleh ramai orang berhubung dengan keputusan Kerajaan membenarkan Ascot Sports Sdn Bhd menggunakan semula lesen mengambil pertaruhan bagi pertandingan sukan terutamanya bola sepak Piala Dunia nanti. Bagi saya ini adalah keputusan yang kurang baik.

2. Judi merupakan sesuatu yang haram di dalam Islam dan dalam kebanyakan agama di dunia. Sebagai orang Islam saya tetap menegaskan judi ini haram seperti mana arak dan zina. Sebab itu, semasa saya menjadi Menteri Besar Selangor, saya dengan tegas menutup pusat perjudian dan puast pelacuran,malah saya sendiri mengetuai pasukan penguatkuasaan mengambil tindakan.

3. Judi membawa banyak akibat buruk kepada masyarakat. Ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Judi boleh meruntuhkan sistem sosial masyarakat dengan menyebabkan orang miskin bertambah miskin, yang kaya boleh jadi miskin sekelip mata. Apabila kalah judi banyak kegiatan jenayah, keganasan rumah tangga dan masalah hutang dengan ”ah long” akan kedengaran. Saya fikir dalam jangka masa panjang kerajaan akan menanggung kos sosial yang lebih tinggi.

4. Kita sering dihidangkan dengan kejayaan orang tertentu menjadi jutawan sekelip mata kerana menang ”jackpot” dan sebagainya. Namun dalam kemenangan tersebut kita akan dapati berjuta lagi orang mengalami kerugian. Jarang sekali kita dengar syarikat judi yang rugi atau jatuh muflis. Ini adalah satu bentuk perniagaan yang menguntungkan tauke judi dan merugikan sebahagian besar peserta.

5. Saya tidak faham mengapa ada orang terlalu berminat untuk menghabiskan wang hasil keringat mereka dengan mengkayakan tauke judi. Mungkin orang yang kaya berjudi sebagai hiburan tidak mendatangkan masalah sosial. Namun lebih ramai yang tidak kaya berjudi berhabis-habisan dengan harapan ini mengubah nasib mereka. Kumpulan inilah yang akan memberi kesan sosial dan ekonomi yang serius kepada negara.

6. Namun dalam masa yang sama saya juga memahami dilema kerajaan yang berhadapan dengan masalah judi haram dan kecil-kecilan sehingga sukar dikawal. Kewujudan lebih 4000 pusat judi haram di Selangor bukan sahaja menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai, tetapi juga menyebabkan lebih banyak ”penagih judi” dan gejala sosial lain tanpa dapat dikawal.

7. Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri ini dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan orang bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.

8. Kebenaran ini juga akan mengawal wang rakyat daripada keluar negara melalui pertaruhan online kepada syarikat-syarikat perjudian luar negara. Saya difahamkan industri pertaruhan bola sepak membabitkan rakyat Malaysia sudah mencecah bilion ringgit setiap tahun.

9. Selain itu, kerajaan juga berhadapan dilema tanpa skim pertaruhan sukan yang dikawal selia, banyak wang telah diraih oleh sindiket-sindiket perjudian haram yang dikuasai oleh kumpulan jenayah terancang atau lebih kita kenali sebagai kongsi gelap dan gangster. Wang yang banyak ini digunakan pula untuk membiayai kegiatan jenayah lain.

10. Hasil judi haram menyebabkan kumpulan jenayah di negara ini semakin kuat, mempunyai peguam-peguam yang hebat dan mampu memberi rasuah yang besar bagi memastikan mereka terlepas dari undang-undang. Malahan saya difahamkan sudah terdapat ahli-ahli politik yang dibiayai oleh sindiket-sindiket jenayah ini melalui kegiatan perjudian haram bagi menjaga kepentingan mereka. Kita juga dapat lihat muncul kumpulan-kumpulan hak asasi tertentu di negara ini yang begitu setia menjaga kepentingan penjenayah dan memburukkan polis. Siapakah yang membiayai mereka?

10. Kerajaan sukar mengambil tindakan kerana permintaan atau demand terhadap pertaruhan sukan seperti bola sepak ini sangat besar. Jika dihalang terus penggemar mereka akan mencari jalan lain untuk meneruskannya. Justeru saya percaya kerajaan telah mempunyai data-data ini dan berpendapat sudah tiba masanya industri judi haram ini disekat dan dikawal melalui saingan yang berada di bawah Undang-undang. Dengan adanya syarikat judi sukan yang berlesen ini kerajaan dapat mengawasi urusan kewangan dan memastikan mereka juga tidak menggunakan dana pertaruhan yang besar ini untuk kegiatan berunsur jenayah lain termasuk merasuah ahli sukan.

11. Sungguhpun saya tidak menyokong keputusan kerajaan ini, saya fikir kerajaan mempunyai sebab yang munasabah untuk membenarkannya.

12. Namun demikian sebagai orang Islam, saya mahu jaminan YAB Perdana Menteri bahawa syarikat ini tidak akan mengambil sebarang pertaruhan dari kalangan orang Islam. Saya fikir semua orang Islam juga mahukan jaminan bahawa lesen syarikat ini akan ditarik balik serta merta jika terdapat bukti mereka mengambil pertaruhan di kalangan orang Islam. Selagi tiada jaminan Perdana Menteri, saya rasa sukar untuk majoriti orang Islam menerima keputusan kerajaan ini. Jangan nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

13. Jaminan ini harus diikuti dengan pengenalan mekanisme bagi mengawasi bahawa syarat yang diletakkan oleh kerajaan dipatuhi oleh syarikat terbabit. Selain itu, kerajaan sewajarnya menggunakan sebahagian cukai dari syarikat perjudian bagi mendidik pelajar dan remaja mengenai keburukan berjudi.

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo