Khamis, 29 April 2010

PEMBOHONGAN EXCO SELANGOR DIBONGKAR CEO YBK !

3









Kenyataan tidak bertanggungjawab YB Yaakob Sapari dalam web Selangorkini sangat menyakitkan hati saya. Dia menuduh tindakan YBK memfailkan saman pada 23/4/2010 ke atas YAB Dato Menteri Besar Selangor dan beliau (yakop sapari) sendiri kononya untuk mengelak dari kepincangan yang didedahkan kerajaan negeri.

YB Yaakob Sapari menuduh:

YBK tidak senang duduk dengan pendedahan yang dibuat oleh kerajaan negeri

YBK cuba mengalih perhatian umum dengan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar dan EXCOnya

YBK hendak lari daripada apa yang diminta oleh Kerajaan Selangor.

YBK hendak pusing-pusing. Kalau hendak telus masukkan Exco dalam lembaga. Kenapa itu enggan? Kalau YBK benar-benar mahu selesai masalah orang miskin, mari (serahkan) kepada kerajaan negeri. Yang kita minta bukan susah sangat, masukkan Exco ke dalam lembaga pemegang amanah. Kenapa dia tidak berani letakkan Exco YB Rodziah dan YB Dr Hassan Ali dalam lembaga dia? Kalau hendak tulis masukkan lembaga kita dalam tu (YBK),” kata Yaakob.

Saya nak jawab soalan tidak bertanggungjawab lagi pembohong YB Yaakob Sapari:

Kerajaan Selangor bukan membuat pendedahan ke atas YBK tetapi tuduhan fitnah, berniat jahat dan salahguna kuasa. Maka itulah sebabnya YBK buat 4 laporan polis dan fail 3 saman. Malah kertas putih yang didakwa TIDAK PERNAH dibentang dalam persidangan DUN. Pembohong ! Yang diedarkan hanya Laporan Terhadap Tanah Milik YBK yang disediakan oleh Bahagian Audit Dalam dan hanya diedarkan kepada ADUN.

Memang YBK mahu rakyat tahu betapa Kerajaan Negeri Selangor sekarang zalim dan menekan sebuah NGO yang sudah 20 tahun menyumbang ke arah usaha pembasmian kemiskinan di Selangor khususnya. Biar mahkamah yang tentukan. Siapa yang pembohong dan salahguna kuasa.

Kerajaan Selangor TIADA ‘locus standi’ dengan YBK. Kenapa nak masuk rumah tangga orang ! Tak malu ke. Kerajaan Selangor bukan nak bantu tapi nak ambil alih YBK dengan menuntut nak jadi Pengerusi dan menguasai Lembaga pemegang Amanah YBK.

YBK dah cadangkan nama Dato Mohd Arif Abd Rahman Pegawai Kewangan Negeri dan Dato Nordin Sulaiman TSUK (Pembangunan) sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Tan Sri Arshad Tun Uda sebagai Penasihat YBK pada 16/10/2010 sebagai kesediaan YBK memastikan kerajaan Negeri selangor sentiasa mempunyai ‘stake’ dalam perancangan dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan. (lihat surat lantikan). Perlantikan mereka dari kalangan penjawat awam lebih sesuai supaya YBK sentiasa dilihat merentasi kepentingan politik. Tetapi YAB Dato Menteri Besar TAMAK dan terlalu banyak i kepentingan politik. Dia nak lebih dari itu. Dia nak jadi Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO jadi ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, seterusnya menguasai YBK.

YB Yaakob Sapari ? saya nak tanya. Siapa yang pusing cerita ? tak malu ke menipu !? Atau tak tahu cerita hujung pangkal cuba nak jadi HERO melindungi Dato Menteri Besar.

Zulhairy bin Jalaluddin (CEO YBK)

27/4/2010


sah yakop sapari exco kera-jaan pakatan selangor adalah seorang pembohong besar ! tipu daya exco melayu pkr ini telah dibidas dengan cukup hebat oleh CEO YBK sendiri, encik zulhairy. sila baca kiriman email CEO YBK kepada bloger. ayuh kita dedahkan manipulasi dan sifat munafik exco pkr selangor ini untuk tatapan umum.

SELURUH BARISAN BLOGER SEDIA BERPERANG DENGAN PAKATAN SELANGOR ! sebarkan maklumat hebat libasan demi libasan yang di buat oleh encik zul terhadap yakop si penjaga ba@$ ! KLIK PADA GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS !

Posted by GAP KEMBALI

Apa cerita kerajaan negeri belanja RM176 juta untuk PRK HS?

0



Zaid tuduh kerajaan pusat main duit untuk memenangi PRK Hulu Selangor. Belanjanya kata Syed Husin dalam kenyataan berjumlah RM126 juta.

Sekarang jawab pula apa yang diungkit oleh Keris Putra. Perbelanjaan kerajaan negeri untuk PRK HS adalah seperti berikut:


SEWA STADIUM RM 3000.00 X 15 HARI
SEWA KHEMAH SELURUH HULU SELANGOR 376 BUAH X RM 600.00(SEBUAH)
KATERING KESELURUHAN PERJALANAN KEMPEN RM480,000.00( 40 RIBU TETAMU)SEPANJANG KEMPEN
TURAP JALAN KESELURUHAN 15.7 KM TOTAL 23.4 JUTA
TAMPAL JALAN TOTAL RM786,553.00
ELAUN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI DAN ADUN PR DAN EXCO SATU KEPALA 10 HARI RM850.00 X 176 PEGAWAI,ADUN PR, EXCO.
BELI BERAS 1KG RM2.30 X 10 TAN
SUMBANGAN WARGA EMAS RM 500 X 7653 ORANG
SUMBANGAN BUKAN WARGA EMAS RM 100X 16,347 ORANG
BANNER KERAJAAN NEGERI RM 230.00 X 3500 PCS
BILLBOARD KERAJAAN NEGERI SIAP PASANG SATU BUAH RM 2000.00 X 250 BUAH
DAN BEBERAPA PERBELANJAAN YANG LAIN...

TOTAL SATU KEPALA MENGIKUT UNDI YANG PR DAPAT SEKITAR 23 RIBU IALAH RM76,251.00 SATU KEPALA.

*sumber perbendaharaan kerajaan Negeri Selangor

Semua sekali RM176 juta.

Ini tidak masuk wang Zaid yang turun nak beli satu kampung RM1 juta dan wang gangster beli undi sekeluarga RM500 dan lebih untuk keluarga lebih 4.

Apa cerita Syed Husin?

Posted by The Unspinners

Halau PAS daripada menghasut ke Sibu pula...

0


PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu – Harakah.


Syabas kepada pucuk pimpinan PAS yang begitu mengambil berat dengan pertarungan yang melibatkan rakan sepakatan lebih-lebih lagi DAP sehingga sanggup menyeberang lautan yang luas untuk ke Sarawak bagi memastikan BN kalah pada kali ini. Jentera kempen yang dihantar itu pula terdiri daripada barisan pakar pembohong dan penghasut yang mungkin diketuai Nizar untuk menghasut dan menerapkan sentimen perkauman kepada penduduk di Sibu seperti yang berlaku di Hulu Selangor.

Baru postkan satu video Nizar tengah khusyuk menghasut dan memfitnah. Mungkin skrip yang sama bakal digunakan PAS. Kita berharap kerajaan negeri akan memperketatkan dokumen kemasukan puak perosak ini nanti bagi membendung gejala politik sampah PAS daripada meresapi pemikiran rakyat Sarawak. Sebelum ini kerajaan negeri pernah menyenaraihitamkan beberapa nama individu terutamanya dari PKR daripada memasuki negeri ini kerana khuatir dengan kehadiran mereka keadaan menjadi tidak tenteram ketika kempen dan pada hari pilihanraya sedang dijalankan. Tindakan juga patut dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki cuba menimbulkan keadaan huru-hara lebih-lebih lagi puak pendatang PAS.

Hairan, PAS sepatutnya menghantar jentera pakarnya termasuk bantuan nasihat bagi membantu PKR ketika di Hulu Selangor. PR awal-awal lagi sudah menjangkakan kekalahan sekiranya tidak bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat sebelum hari pengundian. Begitu terdesak sehingga Lim Kit Siang menyasarkan PKR untuk mendapatkan 85% undi cina untuk menang.

Mengapa Lim terpaksa menyasarkan peratusan sedemikian tinggi sedangkan 47% rakyat di Hulu Selangor terdiri daripada orang melayu? Di mana Pakar jentera PAS ketika PKR sedang tenat bersaing dengan jentera kempen BN? PAS tidak bersungguh-sungguh berkempen di Hulu Selangor tetapi ingin memberi komitmen yang tinggi kepada DAP pula.

Satu yang agak aneh, kerana PAS tidak mempunyai kepentingan di Sarawak lebih-lebih lagi di Sibu yang 64% adalah penduduk cina – majoriti bukan Islam. Apakah PAS hendak menyasarkan kaum melayu untuk mengundi DAP supaya kebajikan dan agama mereka lebih terjamin di bawah naungan Lim Kit Siang dan Karpal Singh? Dari sini kita sepatutnya sedar, PAS sanggup bersusah payah kerana DENDAM kepada UMNO dan motif utama mereka untuk melihat Kerajaan pimpinan BN ditumbangkan.


PAS sepatutnya malu kepada rakyat yang sentiasa memerhatikan cara kempen mereka. Budaya politik agresif dan berbalah-balah antara penyokong bukanlah budaya dan cara rakyat Sarawak berpolitik, apatah lagi di kalangan kaum cina. PAS harus belajar dan mengambil iktibar daripada PKR yang lebih aktif berpolitik di Sarawak dan telah cuba untk berkempen seperti di semenanjung. Hasilnya mereka di halau dan dicemuh masyarakat tempatan seperti yang telah berlaku di Batang Ai.


Penyokong PR dan BN di Sarawak tidak seperti penyokong-penyokong taksub PAS di semenanjung. Cara berkempen di Sarawak adalah berhemah dan tidak ada bergaduh serta bertegang urat. Anggota kempen PR boleh masuk ke pondok panas BN untuk berehat bersama rakan yang tidak sealiran politik, begitulah juga sebaliknya. Mudah-mudahan niat jahat PR untuk menimbulkan ketegangan di sini tidak akan menjadi kenyataan.

Posted by Apai Ngelai

Selasa, 27 April 2010

TBH sudden death inquest: DAP supporters are desperate

0


The DAP supporters, who are so adamant believing their leaders that Former-Political-Secretary-to-DAP-Selangor-Exco Teoh Beng Hock are unable to accept the truth. The fact that eminent British pathologist Dr. Peter Vanezis reported from his findings and observation that Teoh was not murdered, did not go down well with these anti-establishment supporters.

British pathologist Dr Peter Vanezis
Now, Dr. Vanezis has been threatened with death via e mail. This morning, he made a Police report.

Bernama.com reports:

April 27, 2010 11:00 AM

British Forensic Expert Gets E-mail Threat
SHAH ALAM, April 27 (Bernama) — British forensic expert Prof Dr Peter Vanezis lodged a police report last night after receiving an intimidating e-mail following his testimony in the Teoh Beng Hock inquest.

The threat against Dr Vanezis was also reported by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) prosecution chief Datuk Abdul Razak Musa to the inquest which resumed its sitting here today.

Abdul Razak said the e-mail was “offensive, intimidating and threatening” to the British expert who testified for the first time yesterday.

Dr Vanezis was uncomfortable about the e-mail threatening to him and his family, Abdul Razak said.

The police report was made at the Shah Alam Section 11 police station at 11pm.

Dr Vanezis, who had participated in the investigations into the death of British royalty, Princess Diana, is currently engaged by MACC.

He and Thai pathologist Pornthip Rojanasunand — hired by the Selangor government — were observers in a second post-mortem on Teoh’s exhumed remains last November.

He told the inquest yesterday that Teoh was fully conscious when he fell and there was no evidence that the political aide was strangled prior to his death.

Dr Vanezis is scheduled to be cross-examined by counsel Gobind Singh Deo, representing Teoh’s family, today.

Teoh was found dead on the fifth floor of Plaza Masalam here on July 17 last year after questioning by the Selangor MACC, which is located in the same building, as part of investigations into alleged irregular disbursement of state funds.

– BERNAMA

***************

Yesterday, Dr. Vanezis was reported as giving evidence in the inquiry to ascertain the sudden death of Teoh as ‘Not being murdered’, against the ultra strong belief amongst many DAP and Pakatan Rakyat supporters who adamantly stubborn even though proven otherwise. The DAP stalwarts even bought into celebrity Thai pathologist who was appointed by the Selangor PR Government Dr. Pornthirp Rojanasunand s unsubstantiated claims that Teoh was ’80% chance being murdered’.

PR Leaders especially DAP such as Secretary General and Penang Chief Minister Lim Guan Eng, made a lot of hue and cry to a point should be deemed as ‘seditious‘ based on Dr. Pornthirp’s unqualified opinion (just by looking at photos) and pressure the inquest magistrate for a second post mortem. It was deemed purely political but hidden through sleek and fancy legal arguments in court, which the presiding magistrate compelled to allow for the request (in the name of seeking justice).

Masgitrate Azmil Mustaffa ordered a second autopsy for which Sungai Buloh Hospital Chief Pathologist Dr. Shahidan Md. Noor carried out on 22 November 2009 in the presence of Dr. Peter Vanezis and Dr. Pornthirp.Rojanasunand. However, he did not find any evidence to show that Teoh was murdered but in fact died due to a fall from heights.

Dr. Shahidan found that Teoh died because of injuries sustained due from falling from heights and testified his findings to the inquest. When asked to testify, Dr. Pornthirp gave the excuse ‘her life is being threatened’ and hence, she refused. Despite giving a guarantee for her safety, she did not turn up to give her professional testimony in the inquest. This is the quality of witness that the DAP Leaders and supporters are banking on. The matter of fact is that, the more controversial and circumstance the witness can be, the better political spin and twist the DAP could ride on.

This act of threatening Dr. Vanezis is very ‘communist’ like behaviour, which has little regard for law and order. Just because it is proven that Teoh was not murdered, hence DAP Leaders can no longer blame MACC for the death of Teoh, then the Chinese Chauvinist and anti-Malay-authority diabolical political agenda has been stunted.

The DAP has been known for demonising the authorities, especially law enforcement agencies such as the Police, MACC and Judiciary along racial lines when there is a sudden death of a Non Malay linking to these men and women in uniform. The death of a Chinese youth shot by Police right after the may 1969 was used to provoke the wrath of the Malays when they organised a mass demonstration carrying coffins crossing through Kampung Baru, with specific insults to the Malays. As a result, the 13 May 1969 racial riots broke out and it marred a black spot in Malaysian tolerant and co-existence muhibbah history.

When all the usual channels fail, the DAP will resort to the same ‘hatred’ tactics to create chaos and destabilize harmony to a point where peace is gambled. Hence, the instant baseless accusation by DAP Leaders such as Lim Guan Eng and Ronnie Liu casting the MACC officers ‘murdered’ or ‘responsible for the murder’ of Teoh Beng Hock, hours after his lifeless body found sprawling outside the building where Government agencies are housed.

They even organised a rally to drum up support for anti-establishment sentiments. However, it too failed to get the attention of the masses, even amongst Non Malays.

Teoh’s sudden death came at the time where DAP Leaders were investigated for corrupt practices and he was said to be ‘spilling the beans’. The ‘surreal drama’ about “Teoh being murdered by MACC” is probably a diversion as the plot thickens, as the strategy of building up excitement and ‘demonising’ the law enforcement authorities could pre-empt any future actions against their Leaders for pure criminal conduct, as stipulated by the law.

The Police should really look into this death threat against Dr. Vanezis, which is a desperate reaction to a ‘diabolical plan gone wrong’. They should also look into all the serious but wild accusations and seditious statements made by DAP Leaders preceding the sudden death of Teoh. At the monent, the strategy to demonise the law enforcement agencies and create a serious distrust is already working and the authorities should really put a stop to this.

by Bigdogdotcom

PANAS : Transkrip Perosak Islam Dan Ummah

0



1.Pada tahun 1987 Si Nik Ajih menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani.

2.Pada Ogos 1963, Si Nik Ajih mengeluarkan hukum berikut. Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.

3.Si Nik Ajih menghalalkan pertumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, dan Gerakan.Katanya di dalam kuliah di masjid Kg Pulau Melaka. “Jika melawan UMNO dan tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,”

3.Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Si Nik Ajih berkata, “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara,katanya lagi UMNO juga ada ciri-ciri kafir.

4.pada 12 Mei 1999, Si Nik Ajih menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya, “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan kita tidak mendirikan negara Islam.

5.Pada 4 Ogos 2001, Si Nik Ajih menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata, “Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) kalau tak percaya boleh tengok sendiri perlembagaan itu.





6.Pada 24 Januari 1999 Si Nik Ajih memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, katanya lagi, “Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.

7.Pada 25 Jun 1999, Si Nik Ajih berkata, “PAS sedia gugur slogan negara Islam untuk mencari perdamaian dengan DAP.

8.Pada 6 November 1999, Si Nik Ajih berkata lagi, “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.

9.Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Si Nik Ajih berkata, "DAP kalau hina Islam takpa pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam.

10.Si Nik Ajih berkata pada 29 April 1999, “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri orang islam.

Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Kenyataan Si Nik Ajih ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Si Nik Ajih sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.

Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

“Bagi saya, beliau (Si Nik Ajih) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.

Rahman bingung, Ahchong berdengung dan Muniandy berdentum.

Sumber-KIckdefella

Analisa Hulu Selangor : PKR kalah DAP menang PAS kecundang !!!

0




Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu.


Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik.

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.

Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil

Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.


Tulisan Lintau Perak

Pro-Pembangkang vs Pengundi Cina.

0



Dr Novandri Hasan Basri

Seperti biasa, blog-blog dan portal berita pro-pembangkang akan cuba menyalahkan apa sahaja sebagai sebab calon mereka kalah di PK Hulu Selangor. Ada yang mendakwa kononnya berlaku perpindahan 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi.


Kenyataan di atas tentunya berbau pembohongan kerana jika ianya benar, isu itu pastinya akan dijadikan bahan kempen oleh parti pembangkang disepanjang minggu berkempen. Badan SPR pula tentu akan 'pening kepala' dan dijadikan bahan kritikan yang teruk jika dakwaan tersebut benar-benar berlaku. Tetapi tidak.


Malah dakwaan Zaid Ibrahim kononnya SPR berat sebelah turut dipersoalkan dan dakwaan tersebut tidak benar langsung.


Walau bagaimana pun, penulis tertarik dengan undi kaum Cina yang menyebelahi parti Pakatan Rakyat walau pun parti tersebut tidak pernah menyumbang apa-apa pun untuk mereka. BN kalah di semua saluran kawasan pengundi Cina. Apakah sebabnya?




Jika secara kasar, kita tentu kecewa dengan orang Cina di Hulu Selangor yang di anggap tidak tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang mereka perolehi. Tetapi kita tentunya lebih kecewa dengan kepimpinan MCA dan Gerakan yang dilihat tidak serius dan bersemangat untuk membantu jentera pilihanraya BN di Hulu Selangor.


Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Antara daerah mengundi yang memihak kepada Pakatan Rakyat ialah Kampung Baru Cina, bandar Kuala Kubu Baru sendiri, Kampung Baru Rasa, pekan Rasa, Kampung Baru Batang Kali, Ladang Kerling dan Hulu Yam Lama.

Peratusan undi kaum Cina di Hulu Selangor kepada BN adalah 28% berbanding 37% pada tahun 2008

Penulis faham bahawa MCA dan Gerakan mengalami krisis identiti dan maruah sejak kalah teruk pada PRU-12 tetapi perkara itu tidak semestinya dijadikan alasan untuk mencuba dan berusaha. Pengagihan kerja di sepanjang kempen pilihanraya telah diberikan di antara komponen-komponen parti di BN dan parti MCA serta Gerakan bertanggungjawab untuk memenangi hati kaum Cina di Hulu Selangor.


Ironinya, kita semua tahu bahawa BN telah membuat post mortem pilihanraya PRU-12 tetapi parti MCA dan Gerakan masih tidak bergerak untuk memperbaiki kelemahan mereka. Yang menjadi cerita sekarang ialah mereka hanya tampil apabila PM atau TPM hadir di dalam program tersebut.


Tiada guna pemimpin-pemimpin mereka berada di atas pentas tetapi selepas PM dan TPM pulang, mereka juga menghilangkan diri dan tidak mahu bekerja keras untuk memastikan kemenangan parti BN.


Kelemahan dan ketidakseriusan jentera MCA dan Gerakan bekerja menyebabkan kita berasa amat kecewa dan marah. Dalam masa yang sama, apakah tindakan mereka itu disengajakan supaya BN kalah?


Hakikatnya, BN kalah disemua peti undi Cina tetapi parti MCA dan Gerakan seperti tidak gelisah dan risau. Macam buat tak tahu sahaja! Penulis menyarankan kepada kepimpinan BN supaya menegur keras parti MCA dan Gerakan kerana tidak menyumbang kepada kemenangan BN di Hulu Selangor.

Isnin, 26 April 2010

Zaid Tak Jadi Mabuk...

0



Jikalau PKR menang malam ini, bagaimana lah agaknya Zaid meraikan kemenangannya? Semasa kempen PRK P94, Hulu Selangor Zaid dihentam bertalu-talu sebagai peminum arak tegar dan terlibat dengan judi lumba kuda. Namun Zaid tetap meraih undi sebanyak 23,272 undi. Dari mana undi sebanyak ini diperolehi Zaid?

1. Majoriti daripada pengundi-pengundi Cina terutama peti undi orang muda atau pengundi baru. Dikhabarkan 75% - 80% datangnya daripada pengundi Cina. Saya menjangkakan 90% undi Cina akan mengundi PKR. Janji peruntukan RM3 juta untuk sekolah Cina, hadiah mesin dialisis cuci buah pinggang 4 biji, duit RM90,000 untuk baiki jalan ke kubur Cina pun belum dapat menarik undi Cina yang ramai. Diharap lain kali, PM kena tengok undi di saluran pengundi Cina , jika menang barulah janji-janji ditunaikan. Jikalau tidak kena tipu memanjang la....

Contoh sebelum keputusan rasmi:
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75

2. Melayu liberal daripada Melayu PKR dan Melayu PAS.

3. Melayu yang tidak puas hati dengan calon MIC tetapi mahukan calon Melayu di Hulu Selangor.

4. India PKR dan India DAP.

5. India MIC yang kecewa Palaniveal tidak terpilih sebagai calon.

Berbanding dengan PRU ke 12, Undi Melayu telah berbalik kepada BN sementara undi India pun begitu juga. Sedikit sahaja undi cina yang berbalik kepada BN setelah lebih beberapa juta dikhususkan kepada mereka. BN telah menjanjikan lebih RM40 juta sepanjang PRK P.94 ini.

Sekurang-kurangnya kemenangan BN telah menyekat Zaid daripada mabuk sakan malam ni...hehehe

Amir Hamzah
Batu Pahat

P94: PKR Kalah Tapi Menang 85 Undi?

0


Dulu mereka dapat 23,177 undi. Semalam mereka peroleh 23,272. Saguhati 85 undi itu bukanlah trend yang sihat. Masalah ini jika dikaji, datang dari mana? Jelas, ianya melambangkan undi orang Melayu yang berubah corak 'from bad to worse'.

Tetapi laporan Bernama menyebut bahawa undi kaum Cina tidak bertambah. Sokongan mereka terhadap penguasaan DAP atas negeri Selangor semakin kukuh dan 85 undi itu mungkin saki-baki yang dahulunya belum mendaftar.

Jika trend ini diambil kira, ini bermakna sokongan orang Cina terhadap pembangkang semakin utuh di saat sokongan orang Cina meningkat dari 12% kepada 25% mengikut kata Koh Tsu Koon?

Mana satu yang betul ni? Jika nelihat melalui kempen-kempen dan pendedahan media, sokongan kaum Cina dan India dikatakan beralih menyokong BN.






Jika bangsa pada kertas undi boleh diketahui, wajar diletak nama nombor kad pengenalan hatta cap jari. Rumusan analisis tersebut pastinya hanya mengikut peti-peti undi yang bercampur baur.
Sentimen lama berkenaan isu yang sensitif sedikit masa lalu mungkin menjadi senjata puak PAS tempatan yang memainkan isu kaum.Tambahan pula Zaid berkempen dari masjid ke kuil. Kamalanathan kurang satu.

Jadi, kesimpulannya, Melayu Kuala Kubu perlu dipujuk kembali dan kekecewaan mereka perlu diubati. Mereka tahu PKR itu hampas namun mereka sanggup juga pangkah. Perlu diberi perhatian ialah dakwaan pengundi Cina semakin menyokong Pakatan Rakyat.

Jika ramai orang Melayu menyokong BN nescaya orang Cina terpaksa mengundi BN demi periuk nasi mereka. Kajilah guna logik akal dan intelegensi.

DITERBITKAN OLEH IPOHMALAY

BN tawan semula kawasan Hulu Selangor!

0


Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Walaupun pada peringkat awal pengiraan undi memihak kepada calon parti pembangkang… calon BN mula mendahului selesa pada jam 8.45 malam dengan 1,035 undi di depan setelah 121 daripada 137 peti undi dibuka.

Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi jerit pekik penyokong pembangkang yang berhimpun di Stadium Kuala Kubu Bharu yang mengikuti proses pengiraan melalui skrin besar.

Stadium itu terletak disebelah pusat penjumlah undi di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu.

Pada jam 9.10 malam, angka rasmi skrin SPR menyiarkan Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau perolehi 24,997 undi manakala Zaid pula 23,272 undi.






Kamalanathan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin BN berada di pusat berkenaan ketika Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Kamalanathan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.

Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.

Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.

Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.

Posted by Bro Jinggo

Nik Aziz & Azmin Menambah Derita PKR

0


by pisau.net

Hulu Selangor menyaksikan kembalinya sokongan rakyat kepada BN.Sebelum pengumuman nama calon PKR, sudah terserlah betapa parti ini berbalah antara satu sama lain .

AMK bergaduh sesama sendiri apabila berpecah kepada 2 puak iaitu pro Syamsul Iskandar dan CheguBard.Malah ada kalangan mereka bertumbuk satu sama lain kerana melobi untuk meletakkan calon masing masing.

Kemudian nama Dr Halili turut sama dibangkitkan sebagai salah seorang calon,tetapi malangnya Anwar Ibrahim lebih mendengar pendapat Azmin Ali yang mencadangkan Zaid Ibrahim.Walhal pada masa yang sama Azmin punyai perancangan untuk menjatuhkan Zaid kerana berasa terancam jika Zaid memenangi kerusi parlimen bakal merencat cita cita beliau untuk menjadi naib presiden dalam pemilihan parti pada masa depan.

Zaid dilihat punyai terlalu banyak isu yang boleh dieksploitasi oleh Azmin,peluang ini diambil sebaik mungkin apabila beliau sendiri mencabar BN agar mendedahkan bukti jika benar benar Zaid seorang peminum arak tegar.

Walaupun Zahid mengakui beliau sebelum ini adalah bekas pengemar arak tegar,namun beliau dilihat gagal menyakinkan rakyat mengenai isu memiliki kuda lumba yang secara langsung terbabit dan syubahat didalam perjudian.





Masaalah moral Zaid menjadi salah satu liabiliti yang amat besar dalam tempoh berkempen di Hulu Selangor. Setelah di dedah betapa beliau punyai masaalah moral,pihak pakatan berharap dengan tibanya Nik Aziz wali selipar PAS,kononnya akan dapat memperolehi semangat tambahan agar dapat menyakinkan rakyat jika seorang mursyidul politik mengendorsekan Zaid yang layak menjadi wakil rakyat di sana.

Seperti biasa wali selipar pemegang kunci syurga PAS berasakan beliau punyai kelebihan dengan mengunakan agama sebagai tiket untuk menaikkan imej Zaid,hinggakan didalam kempen kali ini nama Zaid di tambah Haji menjadi Hj Zaid Ibrahim,walhal sebelum ini pemimpin liberal yang menyokong Lina Joy murtad ini terlalu kebaratan tiba tiba membawa imej yang moderate dan agak Islamik.

Kesilapan besar pakatan ialah menjemput tua nyanyok ini untuk berkempen,kita sedia maklum Nik Aziz wali selipar punyai mulut yang celupar,bercakap tidak mengunakan akal,lebih kepada mengunakan sifar amarah hinggakan sanggup mempertikaikan titah Sultan Selangor agar tidak mengunakan masjid sebagai platform politik.

Tindakan beliau cukup jelas membangkit kemarahan rakyat Selangor hingga beliau melanggar arahan yang ditetapkan oleh JAIS.

Hari ini Nik Aziz mengeluarkan kenyataan meremehkan minda rakyat apabila menyamakan azan dan surah al-fatihah sebagai tuhan turut sama berpolitik sebagaimana Nik Aziz dan PAS menjadikan masjid sebagai pentas politik mereka.Kenyataan beliau amat jelas satu cubaan untuk melepaskan diri dengan mengunakan hujah dangkal setelah memperlekehkan titah Sultan.


2 individu ini telah menggagalkan usaha kempen pakatan haprak,walhal pada masa yang sama puluhan juta telah ditabur kepada bakal pengundi,tetap masih gagal menterjermahkan kemenangan kepada PKR.


Zaid habis duit poket 10 juta di tambah 21 juta pemberian suruhanjaya Singapura,jumlah 41juta di tabur,tetapi tetap kalah, cuba perhatikan dalam jumlah yang banyak itu,kemanakah wang itu pergi,sedangkan ketika berkempen Pisau bersama seorang penyelaras pemasang poster merungut wang tidak cukup untuk membayar upah.

Nampak gaya selepas prk Hulu Selangor ada orang PKR yang kaya raya hasil duit haram.

2 minggu Pisau telah berkampung di Hulu Selangor,akan pulang ke Pulau Pinang tidak lama lagi dan akan pastikan Khalifah Sosialis Ultrakiasu Guan Eng kesayangan PAS tidak tidor lena.


Penamaan Calon 17hb, tarikh mengundi 25hb,menang dengan majoriti 1725. LUCKY NUMBER!

Pisau kata " hulu selangor menyaksikan puluhan ribu penyokong pakatan haprak menjilat kembali ludah mereka,SEDAP?"

Jumaat, 23 April 2010

Hulu Selangor: RM27 juta dari Singapura untuk ditabur di Hulu Selangor dan Beruk PAS & PKR Akan Membuat Kacau

5



by pisau.net

Dikhabar Wan Azizah telah membawa masuk RM 27 juta ,penyerahan dilakukan seorang suruhanjaya tinggi Singapura dan setiap pengundi akan dirasuah RM500, mereka turut merancang mengangkut pengundi luar dengan bas ,malah mereka akan membayar kepada kesemua pengundi RM500 dan setiap rumah akan dibayar RM2000. Ini adalah usaha terdesak untuk mendapatkan undi,keadaan mereka amat tertekan.

Anwar Berahi pada waktu ini cukup tertekan,beliau bersungguh sungguh mahukan kemenangan semata mata untuk membuktikan bahawa PKR masih releven walaupun ramai yang telah dan akan keluar parti.


Pakatan Beruk spotted @ Hulu Selangor
Inilah sifat sebenar penyokong haprak, mereka mereka ini habitatnya diatas pokok.Anda jangan terkejut jika kehadiran mereka akan membawa bencana di kawasan anda.



Gambar ini di ambil ketika penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.


Harta benda dirosakkan,manusia akan dicederakan malah dikhuatiri beruk beruk ini akan menyelongkar tong tong sampah untuk mencari makan dan sudah pasti akan bersepah sampah sarap . Awas Hulu Selangor akan dibanjiri beruk beruk haprak tidak lama lagi.


Pisau kata " malam ini majlis keluar PKR akan di 2 tempat di Hulu Selangor, makin hari makin ramai keluar,PKR bakal karam"

Al-kisah SMS strategi PKR di Hulu Selangor

0



Oleh Zaini Hassan

BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.

Kita tolak ke tepi dulu siapa calon yang akan bertanding di Hulu Selangor. Kita kaji dulu isu-isu yang akan berlegar dalam pilihan raya itu. Jika dicongak-congak isu yang perlu ditepis oleh PKR banyak sekali.

Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya.

Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.

Baginda mahu semua pihak ‘‘fahami Perlembagaan.” Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu.

‘‘...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ‘‘Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.

‘‘Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini,” titah baginda.

Sebagai rakyat yang menghuni dalam jajahan baginda, saya akan melaung tiga kali ‘‘Daulat Tuanku!!!'' Ucapan tuanku sultan itu amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata sekalian.

Kita tahu dari mana datangnya tuntutan-tuntutan sebegitu. Kita berharap mulai sekarang mereka sudah boleh menutup mulut daripada terus mempersoalkan asas kenegaraan tersebut.

Berbalik kepada Hulu Selangor, semalam saya menerima satu SMS yang dipercayai terkeluar dari satu mesyuarat PKR yang sedang membincangkan strategi pilihan raya kecil itu.

Mesyuarat itu menurut al-kisah SMS itu berlangsung pagi kelmarin dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar.

Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.

Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.

Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini?

Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.

Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah ‘letih’ dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.

Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka.

Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak. Memang Najib mempunyai ‘soft-spot’ terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain.

Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi.

Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.

Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah:


Isu keuntungan jualan pasir di Selangor;


Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat;


Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin;


Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu;


Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta;


Isu gambar Elizabeth Wong;


Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu;


Isu MB pro-bukan Melayu;


Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap;


Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.

Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN.

Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan.

Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:


Isu kes liwat Anwar dan Saiful;


Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi;


Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September;


Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan;


Isu wakil rakyat pakatan lompat parti;


Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen;


Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP;


Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.

Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya.

Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC. BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO.

Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agendanews petang semalam yang memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor.

Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak.

Pastinya ia akan menjadi satu ‘kes ujian’ bagi kedua-dua pihak.

赐给世人,叫一切信他的

0



"Latuk lu manyak kuat minum...semua paper alak cakap....sikalang lu tak boleh minum lagi arrr...Lain kali mali sini boleh minum sama saya (sambil menunjuk kearah botol Tiger Beer diatas meja)".


我是耶稣基督至微仆人林牧师,向你生.
(kita olang cina baru tahu ni zaid,tak lak guna punya org,cakap besar saja)

赐给世人,叫一切信他的,
(undi BARISAN lagi selamat)

不至灭(约三
(25hb April 22010)

Jit Poh Sew Sin Daily News.

-Nukilan Husin Lempoyang-

PRK Hulu Selangor: Samseng PKR Dikurung

0


Timbalan Ketua AMK ditahan Polis kerana sabotaj bendera BN.
Posted by che_wan Apr

Timb Ketua Pemuda AMK, Faris Musa bersama 5 petugas parti PKR ditahan pihak polis jam 7.30 petang tadi ketika sibuk menurunkan kain rentang BN.

Dia kini berada dalam tahanan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Fariz dan skuad Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) ditahan dilokap polis Kuala Kubu Baru. Mereka akan direman 4 hari kerana mensabotaj bahan kempen BN semalam. Menurut sumber , semua samseng AMK ini akan didakwa di bawah Seksyen 47 Kanun Keseksaan dan seksyen 6 (1 ) dan seksyen 8 Akta Senjata dan bahan letupan.





Kumpulan ini juga didapati membawa senjata tajam bersama dengan alasan untuk memotong banner dan menjahamkan poster BN . Dengan menggunakan alasan membantu tugas SPR kononnya ?untuk menguatkuasa peraturan pilihanraya jelas adalah tidak masuk akal . Siapa AMK untuk amik alih tugas SPR dan PDRM dalam menguatkuasakan peraturan pilihanraya ini ?? Ingat undang-undang kerajaan bawah pokok ke ??
Semasa orang sibuk nak ke masjid berjemaah Maghrib, puak-puak munafiqeen ini sibuk melakukan khianat ke atas hak milik orang lain.

Inilah perangai busuk perut dan mentaliti dibawah paras cerdik pencacai-pencacai PR.

Puak-puak mereka ini sudah mula tergugat dengan sokongan penuh masyarakat Hulu Selangor. Sebab itulah mereka begitu terdesak melakukan taktik gampang mensabotaj bahan kempen BN.

Jelas bahawa jentera PR semakin meroyan ibarat cacing yang kepanasan.

Khamis, 22 April 2010

Malaysiakini "Perli" PAS!

0


1. Membaca artikel Malaysiakini bertajuk Nik Aziz Gempur Hulu S'gor mulai esok (sini) membuatkan penulis berasa "gerun" kerana "General Terbesar "PAS akan turun habis-habisan menghumbankan peluru mereka untuk membela Zaid Ibrahim dan menghentam YAB Najib, BN dan Kerajaan Persekutuan mulai esok hari.


2. Maka semua hulubalang dan panglima BN perlulah bersiap sedia untuk menangkis serangan "Gempur" dari Nik Aziz yang dijangka akan "menghilangkan" terus "dosa-dosa" Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan PKR ketika berkempen di Hulu Selangor. Kehadiran Nik Aziz dijangka "akan menterbalikkan" sokongan yang kini lebih 70% berpihak kepada BN.


3. Bukan untuk menafikan kemampuan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Nik Aziz yang dianggap "keramat" oleh penyokong DAP, PKR dan PAS untuk menarik undi; namun penulis merasakan agak pelik, adakah Malaysiakini tidak melihat tahap kesihatan dan "kelaratan" Nik Aziz ketika ini. Cuba lihat gambar ketika beliau mengerjakan umrah yang penulis tatap di blog hjarshad.blogspot.com. Ia turut diulas oleh blogger rbf di sini. Semangat Nik Aziz untuk "menjahanamkan" BN mungkin ada tetapi dari kemampuan fizikal bagaimana? Cuba nilai tiga keping gambar yang penulis paparkan di bawah.









4. Kesimpulan mudah penulis ialah mungkin Malaysiakini sengaja "memperli" jentera PAS yang masih lagi mahu mempergunakan Nik Aziz semata-mata untuk memenangkan Zaid Ibrahim dan Anwar di Hulu Selangor. Bagi penulis, jentera PAS di Hulu Selangor langsung tidak berhati perut kerana sanggup untuk "memperkudakan" Nik Aziz yang masih lagi keletihan mengerjakan umrah. Mungkin PAS ingin menunjukkan tindakan ini sebagai satu perjuangan tetapi bagi penulis, ia adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan kepada seorang warga tua.

5. Dek kerana kuasa dan Anwar, jentera PAS sanggup buat apa saja untuk mengangkatnya sebagai Perdana Menteri. Sampaikan habis "diperah" tenaga Nik Aziz. Mengapa tidak digunakan saja Khalid Samad, Mat Sabu, Mahfuz atau hulubalang-hulubalang PAS khususnya puak-puak Erdogan di sana? Adakah kerana cakap mereka sudah tidak ada ummph dan tidak dipedulikan oleh rakyat Hulu Selangor sehingga perlu dibawa Nik Aziz? Itulah hakikat sebenarnya!

Nota Kaki:
Sepatutnya diwaktu ini Nik Aziz dah berehat dah di rumah. Contohi Tun M, sesekali dijemput pergilah ceramah. Ini tidak, demi nak diangkat Anwar jadi PM, menyanggupkan apa saja. Dah lama sangat dah Tok Guru, lama sangat dah, cukuplah...

Oleh Mozas

Dulu PAS Kecam Zaid, Sekarang PAS Halalkan Segalanya

0


"timbul BODOlah pulak dengan Zaid yang akan menghancurkan sistem Raja berpelembagaan di negara ini. Jika berjaya bermakna hancur jugalah benteng Melayu terakhir dalam perlembagaan" berikut adalah cacian yang dilemparkan oleh Songkok Putih terhadap Zaid Ibrahim dalam Tranungkite pada 28 Mac 2008. Malah Zaid Ibrahim diselar sebagai Menteri Paling Celaka di Malaysia oleh PAS. Sekarang ini yang dicelakakan itu dipertahankan habis-habisan berkaitan isu judi, arak dan menentang Lina Joy kerana menjadi calon mereka di Hulu Selangor.





Pada 3 Disember 2008, Zolkharnain Adibin (Exco Pemuda PAS Pusat) menyatakan "Sungguh angkuh dan terbukti mereka tidak pernah mengambilkira aspek halal-haram sesuatu perkara. Kalau tak ada PAS di Parlimen tak tahu apa nak jadi?"

Hari ini, bila Zaid jadi calon di Hulu Selangor, PAS pula sudah halalkan apa yang dibuat oleh Zaid Ibrahim. "Cukuplah institusi sukan negara dicemari pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan agama dan jangan dimasukkan perkara lain yang akan lebih merosakkan," kata Zolkharnain lagi. Apakah hobi menunggang kuda tidak dirosakkan oleh unsur perjudian oleh Zaid Ibrahim?. Mungkin PAS boleh terangkan kepada Zaid untuk membezakan antara sukan kuda dan judi. PAS boleh mengajar Zaid apa maksud hipokrit yang sebenar. Atau PAS sendiri yang mengamalkan sikap hipokrit itu? Dulu kecam Zaid, sekarang halalkan semuanya.

Posted by Azrinizam Ibrahim

Hulu Selangor: Nizar Menghasut Dan Memainkan Sentimen Perkauman,Bangsat Ini Harus Diambil Tindakan.

0


by pisau.net

Inilah kerja Nizar,memang cukup layak beliau digelar komunis,kurang ajar dan sering kali menghasut dan membangkitkan politik benci dikalangan rakyat.Beliau melakukan fitnah kononnya Ds Najib dahulunya berkata "basahkan keris ini dengan darah cina".Ucapa bangsat ini ketika di kampung baru kalumpang,hulu selangor pada 17.4.2010.

Lihat cara nizar berucap dengan cara yang amat kurang ajar dan dengan nada yang amat angkuh.Inilah sikap seorang yang menganut fahaman PAS yang kononnya perjuangankan Islam.Gaya ucapan beliau lebih DAP dari DAP.

Inilah taktik murahan yang dimainkan oleh beliau dan semua kepimpinan pakatan haprak untuk meraih undi,melakukan fitnah,maki hamun dan membangkitkan politik benci kepada lawan.

Laporan Polis harus dibuat berkenaan hasutan dan fitnah yang dilakukan oleh Nizar ,beliau telah mengganggu gugat ketenteraman dan keharmonian awam.

Mereka mereka inilah puncanya perpecahan kaum,negara menjadi tidak aman dan meresahkan rakyat Malaysia.


Pisau kata " Nizar harus di ISA"

MISTERI NUSANTARA! MENGAPA MAKIN RAMAI YANG MENINGGALKAN ANWAR?

0



Saudara saudari sekalian,

Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

Saya ingin bertanya kepada saudara saudari sekalian,

Jika mereka yang di atas, yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?

Adakah anda semua pemimpin atau ahli-ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengahari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?

Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar?

Tidak pernah kan?

Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?

Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau?

Ilmu apa yang anda semua pakai?

Sila beritahu kami semua.

Terima kasih.

Hasil Kajian JEBAT MUST DIE!

Rabu, 21 April 2010

PRK P094: Benarkah Azmin Jadi Dalang Huru Hara Calon PKR...?

0



Sehingga ke saat ini, perang psy-war dalam berkempen untuk calon masing masing di PRK Hulu Selangor nampaknya semakin menjadi beban berat kepada PKR dan Pakatan Pembangkang.

Ceramah Pakatan sudah tidak lagi mendapat puluhan ribuan pengunjung sepertimana biasa yang akan dipenuhi oleh “orang orang luar” penyokong tegar mereka.

Malah modal untuk berperang dari PKR juga semakin merapu dan melalut. Pagi semalam beberapa barua barua murahan Anwar Ibrahim telah “menyalak” di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Mereka mahu pihak polis dan SPR segera menurunkan papantanda billboard dan banner BN yang “ditafsikan” sebagai menghina pemimpin mereka.

Inilah tanda tanda awal barua barua murahan Anwar semakin merasakan bahang kekalahan yang bakal mereka terima…! Jika kita singkap sejarah PRK, sebenarnya perang psy-war yang menghina dan memfitnah ini lahirnya dari amalan penyokong penyokong Pakatan Pembangkang sendiri. Merekalah yang begitu TAKSUB dengan kisah dongeng Najib ~ Altantuya sedangkan baru baru ini Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin sudah mendedahkan bahawa itu semua fitnah semata-mata!

Dalam usia berkempen di bumi luas Hulu Selangor ini baru masuk dua hari, namun PKR sudah mula sesak nafas apabila disajikan berita pengumuman keluar parti oleh Dr Halili Rahmat dan pimpinan utama AMK Cabang Shah Alam. Tindakan Dr Halili sebenarnya adalah sambungan kepada siri berpisahnya hubungan Anwar dengan beberapa kenalan rapatnya yang berada dalam kapal karam PKR…..

Zaharin Hashim yang pernah menjadi sahabat Anwar selama 30 tahun kini sudah tidak lagi mahu menjadi saf kepada Penipu Nombor Satu Malaysia itu. Begitu juga Zulkifli Nordin yang menjadi “family friends” kepada keluarga Anwar sendiri, beliau pun tidak mahu lagi bersekongkol dengan Orang Gila Mahu Jadi PM ini…!

Kini tiba giliran Dr Halili yang merupakan doktor peribadi Anwar, dimana Halili adalah diantara orang yang terpilih mengiringi Anwar dalam pesawat khas berangkat ke Jerman pada 4 September 2004 sewaktu Anwar pergi menjalani rawatan tulang belakang di Alpha Clinic, Munich milik seorang Spine Specialist bernama Dr Thomas Hoogland.

Kesemua beban berat ini semakin parah dalam kempen PKR apabila calon mereka semakin sedap dilanyak oleh pihak penyokong BN. Kerja kuat berterusan terutamanya datang dari Bloggers BN yang menguasai alam media baru [cyber world] benar benar menambah pening kepala Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang…!!

Segala “bad behaviour” dalam life style Zaid Ibrahim kini menjadi lauk enak santapan penyokong BN melalui serangan Bloggers.

Timbul juga persoalan disini, apakah benar yang menjadi dalang kepada semua pembongkaran buruk laku perangai Zaid ini sebenarnya mainan politik kotor Azmin Ali..?

Sewaktu malam pengumuman calon PKR di Serendah, Azmin tidak hadir. Dari dalam kain PKR sendiri sudah mula “berbunyi” bahawa keputusan memilih Zaid tidak mendapat “restu” dari Azmin.

Kini ada pula “suara suara” yang menyatakan bahawa kesemua pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti social life ala ala Mat Salleh yang diamalkan oleh Zaid ini “disediakan” sumbernya oleh beberapa 'orang orang Azmin' kepada Bloggers pro BN…!

Malah tindakan Azmin yang mencabar mana mana pihak untuk buktikan Zaid kaki Botol merupakan satu “political trap” untuk Zaid! Niat sebenar Azmin adalah memberikan lebih besar ruang untuk Zaid dilanyak sehingga lumat dalam isu moral ini…

“ cara mana pun Azmin berjaya sebab kalau pihak BN dedah semua bukti, ini boleh Azmin guna bila tiba waktu pemilihan jawatan dalam PKR…. Zaid menang ker atau kalah ker dalam by election di Hulu Selangor itu tak penting..., isu moral ini nanti Azmin akan tetap gunakan halang Zaid lawan dia untuk Timbalan Presiden” kata sahabat Blogger seorang Ketua AMK dalam salah satu cabang di Selangor.

Begitulah hebatnya sandiwara politik PKR! Zaid tak sedar bahawa dia bakal diliwat oleh well planned political game. Diwaktu yang sama pula PAS sudah terpedaya mengizinkan dubur mereka dilrobek oleh Anwar yang berjaya memaksa PAS menjadi barua murahan kepada Zaid yang pernah "memusuhi" wadah perjuangan islam di Kelantan.

Semoga dengan segala kekalutan dalam PKR ini, jentera BN akan lebih gigih berusaha untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan.


Posted by Medan Info Kita

KECAMAN PAS TERHADAP ISLAM LIBERAL ZAID DAN KES LINA JOY !

0


Dipetik dari: Harakah Daily

Kenyataan Zaid Ibrahim

Semasa ditemuramah oleh majalah Off the Edge keluaran April 2006, Zaid telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:-

"You have in Kelantan, the ban of manora, Mak Yong and Main Puteri by people don't know what it is all about; their reasoning is totally flawed. You cannot issue fatwahs on things based on their own orthodox views to the exclusion of those who know more about culture."

"So to me this desire to dominate or impose your views is untenable, For example , when a teacher says you must wear a tudung in school, or that you cannot play a netball if your dress shows your pusat, he is putting his own judgment on a matter that belongs in the public domain."


(Terjemahan)

"Kamu ada di Kelantan, larangan ke atas Manora, Mak Yong dan Main Puteri oleh orang-orang yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut dan alasan-alasan mereka (terhadap larangan tersebut) adalah secara mutlaknya tidak betul. Kamu tidak boleh mengeluarkan fatwa terhadap sesuatu perkara berdasarkan pandangan-pandangan ortodoks dengan mengenepikan mereka yang lebih mengetahui tentang budaya."

"Jadi bagi saya hasrat untuk mendominasi dan memaksa pandangan kamu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, apabila seorang guru berkata bahawa kamu mesti memakai tudung di sekolah atau kamu tidak boleh bermain bola jaring sekiranya kamu berpakaian yang menampakkan pusat kamu, dia (guru tersebut) meletakkan pendapatnya dalam perkara yang manjadi milik masyarakat umum."

Pendapat Zaid ini selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).

Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya.

Prinsip ini adalah bersandarkan teori "harms to others" yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, "I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others" (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain").

Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Inilah contoh lidah bercabang PAS. Dulu kecam Zaid tentang islam liberal Zaid. Kini menjilat ludah mereka semula. Terkinja-kinja menghalalkan Zaid sebagai calon PR.


2. Malas nak komen panjang-panjang. Petikan dan komen di atas bukan sebarangan orang yang komen tetapi bijak pandai PAS iaitu Penasihat Undang-undang PAS juga. ( Hanipa Maiden ).


3. Dari kenyataan mereka ini tentang Zaid sekarang, PAS bukan pejuang islam atau memperjuangkan islam tetapi tidak lebih dari menggunakan islam hanya untuk kepentingan politik mereka.


4. Pengundi Hulu Selangor : Fikirkanlah baik-baik . Adakah kita mahu memberikan amanah kepada pemimpin dan parti serta gabungan parti yang tidak berprinsip ini?


5. Bertambah meluat dengan mat-mat kopiah dan berjanggut ini. Cakap tak serupa bikin. Harapkan jubah aje meleret ke tanah. Tetapi amalannya hampas. Percakapannya lebih teruk dari si kafir. Hari ini haram, esoknya halal asalkan menyebelahi mereka.


6.Islamkah ini? Apa pula komen PAS tentang sokongan Zaid terhadap kes murtad Lina Joy yang dulunya PAS mengecam keras Zaid dengan memberi berbagai gelaran. TGNA pun tumpang semangkuk . Termasuk TGHH. Sekarang memuja Zaid separuh nyawa. Serban keduanya pun seolah nak di beri kepada Zaid. Sekarang mereka jilat semua muntah mereka kepada Zaid.

Posted by Arif Omar

TAUBAT ZAID - Taubat ala kadar untuk meraih undi

2



Masa penentuan semakin genting, saat dan ketika samada kecundang atau terus berdiri penentu segalanya. Dalam usaha untuk bangkit mempertahankan diri.... ada - ada sahaja serangan peribadi yang tidak tertangkis lagi oleh diri sendiri mahupun penyokong yang menjadi khaldai suruhan Anwar.

Kelmarin diselubungi dengan pendedahan calon PRK Hulu Selangor yang memang dikenali sebagai KAKI BOTOL TEGAR, tetapi di tempis oleh Haji Hadi Awang kononnya si Zaid telah bertaubat dan telah ke tanah suci memohon ampun. Maknanya Tohmahan selama ini yang si Zaid kaki botol adalah BENAR. Dan ketagihannya masih tidak dapat dibuang.... minuman tersebut telah menjadi darah dagingnya.

Semalam.... masih ada isu yang dimainkan, isu - isu ini adalah realiti yang tidak boleh dipusing lagi oleh Zaid Ibrahim. Zaid adalah manusia yang mencari kepentingan peribadi dan kedudukan untuk berkuasa. Beliau adalah manusia dua alam yang harus ditolak oleh mana - mana pengundi sekali pun. Kerana jika Zaid diberi tempat maka tempat itu akan dirosakkan. Kalau di Kelantan... beliau telah mengharu birukan Negeri Kelantan baik didalam UMNO mahupun PAS.

Dalam UMNO beliau pengacau nombor satu. ada sahaja jawatan yang hendak ditandingi, ada sahaja pemimpin Kelantan yang hendah di bunuh, ada sahaja projek - projek Persekutuan yang hendah dibelasah. Zaid mengangap dirinya sahaja yang cerdik dan mampu menjadi pemimpin yang baik. Beliau bercita - cita besar untuk menjadi Menteri Besar Kelantan suatu ketika dahulu. Tetapi sikapnya yang rakus sentiasa memijak rakan sendiri maka Kelantan terlepas ke tangan orang lain.

Dalam PAS pula beliaulah yang menetang hukum hudud dilaksanakan dinegeri kelantan. Beliau takut dengan HUDUD kerana orang yang pertama yang akan di hukum oleh PAS adalah beliau kerana beliau seorang kaki botol tegar.

Hari ini pula beliau dikaitkankan pula sebagai seorang kaki judi yang mempunyai seorang kuda lumba yang sentiasa ke singapura untuk berjudi perlumbaan kuda. Beliau sanggu membeli kuda dengan ratusan ribu ringgit demi memuaskan nafsunya. Setiap minggu dan setiap perlumbaan pasti ada kelibat beliau di Singapor Turf Club tempat beliau dan rakan - rakan mempertaruhkan nasib.

Dan saat ini Zaid sendiri sedang memperjudikan dirinya samada menang atau kalah. Beliau tidak seperti KELANTAN yang pantas berlari ditengah gelanggang. Beliau tidak ubah seperti seekor Khaldai yang di pacu oleh jokinya di atas belakangnya oleh Anwar Ibrahim. Anwar mempertaruhkan nasibnya untuk menambah bilangan pemimpin PKR di Parlimen dikalangan orang yang lantang bersuara. Anwar seolah tidak mengharapkan rakan dalam PKR yang lain untuk mempertahankan maruah dirinya di parlimen. Hanya Zaid seorang yang mampu bercakap untuk mempertahankan segala tohmana yang dilemparkan didalam parlimen.

Zahid benar - benar diperkudakan oleh Anwar setelah Nik Aziz dan Haji Hadi Awang diperkudakan. Satu persoalan yang timbul KENAPA ANWAR MENGGUNAKAN ORANG KELANTAN SEBAGAI SENJATA POLITIK?. HEBAT SANGATKAH ORANG KELANTAN INI DALAM POLITIK?. Mungkin jawapan ini hanya boleh dijawab oleh orang Kelantan yang waras dalam berpolitik, Mungkin agaknya Orang Kelantan berpolitik sepanjang masa, setiap hari sehingga Negeri mundur dan rakyat merana. Inilah perangai sesetengah pemimpin Kelantan yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk melakukan sesuatu untuk rakyat Negeri Kelantan.

Posted by ratuayu

Selasa, 20 April 2010

Apa yang Zaid Ibrahim akan bawa ke Hulu Selangor?

0



1. MIMPI!. Itu sebenarnya “pembangunan” dan “kesejahteraan” yang bakal dibawa oleh Zaid Ibrahim kepada rakyat Hulu Selangor sekiranya beliau memenangi pilihanraya kecil pada 25 April ini.

2. Alasannya mudah, modus operandi dan kempen PKR, PAS dan DAP tidak berubah seperti pilihanraya kecil sebelum ini iaitu menyerang BN, menyerang YAB Najib dan memperlekehkan Kerajaan Persekutuan. Mereka langsung tidak membicarakan tentang “apa yang boleh mereka bawa” ke Hulu Selangor.

3. Jenuh penulis mencari apa yang ingin dibawa Zaid jika menang di Hulu Selangor. Puas menggunakan google, buka Suara Keadilan Online, cuba juga di Harakahdaily dan Dapmalaysia namun yang dijumpai hanya celaan dan hinaan kepada BN. Tidak puas hati, penulis bertanyakan kawan-kawan yang berkampung di Hulu Selangor baik Pro-BN atau Pro-PKR, semuanya elek!

4. Jika hendak dikatakan rakyat Hulu Selangor akan dibantu MB Khalid seandainya Zaid menang, maka omongan kosong yang dijaja PKR akan terus menjadi mimpi ngeri buat rakyat Hulu Selangor. Lihat saja ketika Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sedang gering dulu, apa yang MB Khalid buat untuk membantu kawasan rakan separtinya? Jangankan kata hendak membantu, turun melawat Hulu Selangor pun tidak!

5. Sebab itu awal-awal lagi MB Khalid (sini) tanpa rasa malu mengalu-alukan agar BN menaburkan lebih banyak projek di Hulu Selangor ketika kempen pilihanraya ini. Harapannya, beliau tidak akan berasa malu kerana di bawah pemerintahannya rakyat Hulu Selangor langsung tidak merasakan pembangunan, sekurang-kurangnya ada walaupun dari BN!

6. Sebenarnya apa muslihat Anwar meletakkan Zaid Ibrahim, seorang yang bermasalah dari aspek tata moral diri yang awal-awal lagi sudah diketahui akan dijadikan belasahan dalam kempen BN? Teruk sangatkah orang Selangor hingga terpaksa dibawa orang Kelantan untuk berkhidmat di Hulu Selangor? Apa Anwar ingat rakyat Selangor senang-senang akan terima orang luar macam Guan Eng di Pulau Pinang?

7. Jelas, terang lagi bersuluh, Anwar sengaja meletakkan Zaid di Hulu Selangor dengan harapan untuk membawanya ke Dewan Rakyat. Persoalan untuk Zaid berkhidmat dan membawa pembangunan di Hulu Selangor langsung tidak terfikir di mindanya.

8. Di Dewan Rakyat, Zaid yang merupakan bekas Menteri yang menjaga undang-undang dan merupakan seorang peguam kaya-raya (sini) akan digunakan untuk “mempertahankan” dirinya yang sedang menghadapi tuduhan liwat. Ini kerana situasi sekarang meperlihatkan “panglima-panglima” Anwar yang lain langsung tidak berkredibiliti. Semua pandai memutar belit tetapi “bodoh” dalam bidang perundangan.

9. Anwar sebenarnya tidak peduli tentang rakyat Hulu Selangor. Yang dipentingkan adalah dirinya. Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Ezam (sini) iaitu walaupun Anwar sebenarnya “bukannya suka sangat pada Zaid” tetapi orang inilah yang “boleh digunakan” untuk kepentingan dirinya kelak. Sebab itulah hinggalah ke saat ini, tidak terjumpa atau terdengar langsung perkara yang berkaitan pembangunan dan kesejahteraan yang mahu dibawa Zaid ke Hulu Selangor. Akan terus bermuramlah rakyat Hulu Selangor jika Zaid yang ditabalkan wakil rakyat mereka pada 25 April ini.

10. Kesimpulannya, jika anda penyokong tegar PKR, PAS dan DAP yang masih mahu mengundi Zaid, jangan lupa rakamkan apa yang dijanji-janjikannya sekarang, nanti boleh dijadikan bukti. Maklumlah, beliaukan peguam, habis dipusingnya nanti. Oh... sekadar bertanya, adakah pembangunan dan kesejahteraan yang dijanjikan Zaid di Hulu Selangor? Setakat ini penulis belum jumpa lagi!

Nota kaki:
Kemana menghilangnya kempen “berdegar-degar” Kerajaan 16 September yang nak ambil alih Putrajaya tu? Tak kedengaran langsung di Hulu Selangor!

Oleh Mozas

H.Selangor: Murahnya Maruah PAS

0



Bercerita tentang PAS memang seronok. Mereka sudah hampir 50 tahun wujud diatas muka bumi ini. Daripada berfahaman ekstrem hinggalah menjadi sekular melampau.

Politik PAS mudah dibaca dan senang diagak. Biarlah apa jua fatwa dan gambaran tentang Islam ditangan PAS pasti PAS mampu merubah mengikut acuannya. Jika perkara tersebut tidak memberi keuntungan maka ditentang habis menghasut ahli.

Tetapi jika memberi keuntungan politik jangka panjang nescaya syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS. Mengkritik PAS bukan kerana membenci tetapi kerana mengenangkan penat lelah pejuang terdahulu PAS, sangat menyedihkan pejuangan PAS hari ini.

Politik PAS hari ini mudah sangat ditipu kerana alasan keterbukaan dan penerimaan tanpa melihat kebelakang dan belajar daripada sejarah lampau. PAS hanya pentingkan duniawi dan bagi mereka Islam hanyalah nama dan bukan suruhan yang perlu dikembangkan.


Ulang semula apa yang diputuskan di dalam mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Kerja agung PAS:-

Perkara 5.5 - terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama Kelantan, inilah jawapan kata putus:


5.5.1 - PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan MANA-MANA pertubuhan yang bukan Islam.
Harus ingat kapasiti Nik Aziz ketika itu adalah sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Nik Aziz menentang keras dengan DAP dan mana-mana parti yang tidak 'Islamik' berdasarkan 'ketinggian' ilmu agama.

Tapi selepas PRU ke-12, PAS berubah terus dan menerima dengan hati terbuka gabungan parti 'tidak islamik' sebagai rakan yang disanjung.

Inilah kenyataan Nik Aziz yang banyak melukakan hati penyokong ekstrem PAS.

"Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun saya boleh terima"
Di Hulu Selangor, PAS terpaksa dikerah tenaga untuk memenangkan calon tidak bermoral ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Calon yang ditonjolkan PKR adalah calon yang pernah dibenci, dicaci PAS kerana fahamannya yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.

PAS tahu luar dalam Zaid Ibrahim malah pernah berdoa solat hajat melaknat manusia itu.



Keadaan di Hulu Selangor lain. PKR cuba rebranding Zaid dengan imej baru. Semua billboard, kain rentang dan risalah pasti diletakkan gelaran HAJI bagi memenuhi permintaan PAS untuk menyedapkan ahli dan penyokong.

PAS sedar dengan cara itu saja mampu untuk menutup sebelah mata dan menahan hati yang marah. Apa boleh buat, keinginan untuk berkuasa dan gilakan undi PAS sanggup dikudakan apa saja.

Mungkin PAS terlupa sejarah. Blog ini akan mengingatkan sejarah PAS. Pada tahun 2004, Hj. Zaid Ibrahim menang besar untuk kerusi Parlimen Kota Bahru atas tiket BN. Selepas pada itu, Kelantan dilanda banjir besar paling teruk sepanjang 20 tahun.

Apa yang diucapkan Husam Musa dalam roadshow ceramah telah dilupai oleh rakyat Kelantan dan penyokong PAS amnya. Katanya, banjir ini adalah bala tuhan kerana rakyat memilih seorang pemimpin yang tidak bermoral dan diagung-agungkan.

Hari ini apa yang PAS buat.? Dikerahkan tenaga memenangkan calon tidak bermoral itu. Begitu murah maruah PAS digadai semurah pelacur di Jalan Hamzah, Kota Bahru.

Syaitan pun menangis melihat kelakuan PAS...


Diluluskan oleh TokeyGaram

PRK HS: Kerajaan S'ngor yang hanya bohong demi bohong demi ...

0



Oleh Cakap Pasal

Tuan-tuan dan Puan-puan para pengundi, rakyat yang bekerja keras dan yang tidak patut ditipu oleh sesiapa pun. Ini ada sikit cerita.

Kononnya Kerajaan Negeri Selangor nak bagi air “percuma”. Untuk menang Pilihanraya 2008, pembangkang telah janjikan bermacam perkara untuk memancing undi.

Mereka tidak sangka akan menang di lima negeri jadi mereka main tabur saja segala jenis janji manis, gula dan madu. Masalahnya gula dan madu itu boleh tersangat melekit dan melekat. Bila sudah melekat dalam ingatan orang, kita tidak akan lupakannya buat selamanya. Ini ada sedikit saja senarai janji-janji pembangkang yang semuanya tak jadi. Janji kosong saja:


* 16 September 2008, Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kononnya pembentukan “kerajaan baru Malaysia” – Inilaj janji 9-16 Anwar yang famous. Bohong.

* Kerajaan negeri Selangor mensasarkan kutipan hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Tetapi royalti pasir 2009 hanya RM 4,6 juta. Mereka bohong.

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM 50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta. RM50 Billion? Fulamak. Dulu sebab janji macam ni lah Pak Lah Bedawi kena tendang. Semua bohong.

* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri. Bohong. Mungkin dia maksud nurseri jual pokok bunga.

* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah – habuk pun tak ada.

* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga. Gapo ni?

* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri – yang ni saya nak sahkan bohong. Pasal apa? Sebab saya pun tak ada rumah sendiri. Itu pasal lah. Cakap pasal lah.

* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas – Tuan -tuan nasib baik saya belum berusia 65 tahun. Baru lepas kategori “umur 40an”. Jadi saya dapat perubatan percuma. Bayar RM1.00 saja duit daftar di Hospital Tang Ling dekat Masjid Negara, doktor bagi ubat satu beg plastik penuh. Dari dulu dah Kerajaan bagi perubatan percuma kepada orang. Bangla pun dapat rawatan percuma.

* Mengurangkan cukai pintu kediaman - 20% dan cukai premis komersial - 10% - sekali lagi habuk pun tak ada. Tak potong cukai pun. Satu Lagi Pembohongan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan - sistem apa pula tu? Sistem rumah urut taraf antarabangsa akan diletakkan sebagai jiran anda di Negeri Selangor.

* Melaksanakan Pilihan Raya Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tidak boleh dilaksankan kerana tiada dalam peruntukan mana-mana akta – Alamak ! Akta pun tak ada? Habis apa pasal pula mereka boleh janji buat Pilihanraya PBT? Bukankah pembangkang ada ‘loyar buruk-buruk’ yang selalu bising macam Karpal Singh, Raja Aziz Addruse, Sivarasa, Harith Ibrahim, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan ramai lagi ‘loyar buruk’. Takkan depa semua tak tahu baca undang-undang dulu. Habis kenapa depa semua boleh janji nak mengadakan Pilihanraya PBT padahal tidak ada Akta atau Rang Undang-undang pun untuk mengadakan Pilihanraya peringkat PBT? Jawapannya senang saja : mereka bohong.

Saja nak pancing undi

Kerajaan Negeri akan jadi bankrap

Tuan-tuan ini ada Satu Lagi Pembohongan Oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang sangat besar. Ini melibatkan janji Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi air percuma 20 meter padu kepada rakyat yang mempunyai meter individu. Memang pun mereka telah laksanakan skim air percuma 20 meter padu ini.

Tapi bukan semua orang dapat. Pertama sekali jika anda duduk di rumah apartmen atau apartmen perumahan kos rendah (yang biasanya ramai orang Melayu yang mendudukinya) yang TIDAK MEMPUNYAI meter individu maka anda TIDAK dapat air percuma.

Rumah yang mempunyai meter individu biasanya rumah kepunyaan golongan yang lebih berada yang sebilangan besarnya daripada kaum China. Orang Melayu kurang sikit lah.

Tapi tuan-tuan sebenarnya air percuma ini bukan percuma. Dalam dunia ini, mana ada benda yang orang nak kasi ‘free’ begitu saja? Memang mission impossible.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membayar Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk air 20 meter padu bagi setiap rumah (orang China kebanyakkannya) yang ada meter individu.

Syabas dan KDEB telah membuat perjanjian bertulis bertarikh 26 Ogos 2008.

Tapi sekarang KDEB pun sudah habis duit. Mereka tidak lagi mampu bayar syarikat SYABAS duit untuk menampung Skim Pancing Undi Menteri Besar dengan janji air percuma 20 meter padu.

Syabas sudah mula merasa gusar dan gundah. Jadi untuk memastikan Syabas akan terus memberi air percuma 20 meter padu, Kerajaan Negeri Selangor sendiri terpaksa memberi Surat Jaminan bertarikh 31 Mac 2010 untuk membayar kos sebenar 20 meter padu air percuma itu. Inilah suratnya :







‘’Kerajaan Negeri dengan ini mengaku janji untuk membayar kos sebenar bagi pelaksanaan pemberian skim air percuma ini” - perenggan no. 2

Kerajaan Negeri Selangor mengambil duit daripada Bendahari Negeri Selangor dan bayar syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. Sekarang duit Bendahari Kerajaan Negeri makin kurang.

Dan ikut surat ini, Menteri Besar kata Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian air percuma 20 meter padu itu untuk tempoh tiga (3) bulan lagi saja !! Lihat perenggan no. 4. Maksudnya penghujung bulan Jun akan tamatlah pemberian air percuma. Jeng jeng jeng ! !

Tuan-tuan jadi nak bagi air percuma ini senang saja. Dia ambil duit rakyat daripada tabung Bendahari Negeri dan dia bayar Syabas. Duit rakyat juga. Akhir sekali Bendahari Kerajaan Negeri akan jadi bankrap.

Dan memang ini telah berlaku. Sila lihat lampiran ‘Laporan Kewangan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Tahun 2009’. Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami defisit sebanyak RM70.0 Juta.





Jadi soalan cepumas sekarang harus di tujukan kepada Syabas. Wahai sahabat-sahabat di Syabas. Apa gunanya Surat Jaminan Menteri Besar Khalid Gagap jika Kerajaan Negeri Selangor sudah defisit RM70.0 juta dan tak ada duit nak bayar bil kamu ?

Posted by The Unspinners

KERAJAAN SELANGOR -PAKATAN GUNA STRATEGI MENAKUTKAN DAN UGUT PENGUNDI HULU SELANGOR

0


Wah... sudah pandai ya... berani ugut-ugut... macam gengster mentang-mentang dia kerajaan negeri nak potong zakat dan duit bantuan lah... tak dibagi geran tanah lah... ohhhhh rasa kuat sebab dia perintah Selangor... Jom semua pengundi di Hulu Selangor kita tunjukkan kepada kerajaan selangor yang bongkak lagi angkuh tu siapa berkuasa sebenarnya... kita tunjuk dalam undi kita... jangan bagi Pakatan menang langi.... ayuh semua!
Hulu Selangor: Tak tunduk ugutan Oleh Rosman Shamsudin /bhnews@bharian.com.my



MOKTHAR (tengah) bersama jentera pemuda Kampung Sri Keledang tidak gentar dengan ugutan penyokong pakatan pembangkang. Pembangkang ancam henti bantuan zakat penduduk miskin jika pasang bendera BN HULU BERNAM: “Bantuan zakat daripada Pusat Zakat Selangor akan dihentikan jika anda memasang bendera Barisan Nasional (BN) di rumah anda.” Itulah ugutan diterima penduduk kawasan perumahan Southern Kinta Consolidated (SKC) di sini, dipercayai dilakukan penyokong kuat pakatan pembangkang pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Ugutan itu terbongkar ketika jentera Pemuda BN melancarkan ‘Kempen Satu Rumah Satu Bendera BN’ dengan menyerahkan bendera berkenaan kepada penduduk, tetapi dipulangkan semula kerana lebih 100 penduduk dari kawasan perumahan itu bimbang dikenakan tindakan berkenaan.

Selain itu, penduduk yang sebelum ini menerima borang 5A juga diugut bahawa nama mereka akan disenaraihitamkan daripada memiliki geran tapak rumah. Seorang penduduk, Hasmah Sukri, 47, berkata ketika beliau sedang memasang bendera BN, seorang penyokong pakatan pembangkang datang ke rumahnya dan mengugut akan memotong wang bantuan zakat yang diterima RM250 sebulan. “Malah, lelaki itu juga mendakwa mahu menyerahkan rumah yang saya duduki sekarang kepada orang lain jika masih berdegil memasang bendera BN,” kata ibu tunggal itu di sini, semalam. Beliau yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan berkata, suaminya meninggal dunia pada 2004 dan kini tinggal bersama seorang anak yang belajar di Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Sri Kledang, di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak hiraukan ugutan itu dan tetap memasang bendera BN kerana yakin dengan parti berkenaan yang akan terus membantu orang miskin seperti saya,” katanya. Saharuddin Maali, 47, berkata beliau didatangi seorang lelaki yang mengugutnya kerana memasang bendera BN di rumah. “Ketika lelaki itu lalu di depan rumah saya, dia tanya kenapa pasang bendera orang sebelah (BN)?... awak tak akan dapat geran tapak rumah dan zakat nanti,” katanya. Beliau yang juga pesara tentera berkata, tidak menghiraukan ugutan itu kerana menganggap pemberian hak milik tapak rumah dan zakat tidak boleh dipolitikkan. Abd Manat Mohd, 59, berkata beliau ditawarkan bayaran 50 sen sekaki persegi bagi permohonan tapak rumah, namun tetap memasang bendera BN.



video

“Saya kesal sepatutnya penyokong pakatan pembangkang tidak boleh menangguk di air keruh ketika kempen pilihan raya kecil ini,” katanya. Seorang lagi penduduk, Mokthar Ahmad, 47, berharap kerajaan Pusat peka dengan nasib penduduk di kawasan perumahan itu yang sekian lama menunggu geran tapak rumah serta bergantung kepada wang zakat untuk menyara kehidupan selepas aktiviti perlombongan di kawasan sekitar daerah ini ditutup 20 tahun lalu. Ketua Umno cawangan Kampung Sri Keledang, Mokhtar Hassan, berkata kawasan daerah mengundi SKC adalah kubu kuat BN di Hulu Selangor dan hanya segelintir penduduk saja yang menjadi penyokong pakatan pembangkang. Katanya, kempen kibar bendera di kawasan itu menjadi tamparan hebat kepada pakatan pembangkang menyebabkan mereka mengambil tindakan sebegitu apabila menyedari mereka gagal memperoleh sokongan penduduk di sini.

“Ini menunjukkan betapa bongkaknya penyokong pakatan pembangkang dan selama ini pihak kerajaan BN tidak pernah membezakan apa juga fahaman politik seseorang itu demi membantu rakyat negeri ini. “Tetapi apabila pakatan pembangkang mentadbir negeri ini, mereka jadikan kuasa yang ada pada mereka sebagai senjata bertujuan mendapat sokongan rakyat,” katanya ketika di temui di Bilik Gerakan Jentera BN di Kampung Sri Keledang. Posted by Salam Perjuangan