
Khalid: ‘Saya sendiri kemuka pindaan enakmen selaku MP’
Oleh G. Manimaran
PETALING JAYA, Feb 23 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sendiri akan mengesyorkan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk soal berkaitan dengan kalimah “Allah” tanpa melibatkan kerajaan negeri.
Khalid mengambil keputusan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di Shah Alam petang tadi.
“Menteri Besar mengesyorkan agar saya yang mengemukakan syor pindaan atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam kerana berpendapat kerajaan negeri juga akan dirujuk oleh Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor kemudian, selepas syor dikemukakan.
“Oleh itu, Menteri Besar berpendapat lebih baik saya melakukan ini sebagai wakil rakyat... jadi saya akan menyediakan syor pindaan dengan membentuk jawatankuasa saya sendiri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Katanya memorandum syor akan dikemukakan kepada Sultan Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan kerajaan negeri sendiri.
Pertemuan kedua-dua Khalid petang ini berlangsung kira-kira 40 minit.
Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam memberitahu beliau kemungkinan akan menyertakan empat hingga lima tokoh agama termasuk bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
“Ia akan diputuskan dalam seminggu, dua ini,” katanya.
Beliau menemui Menteri Besar Selangor petang ini untuk mendapatkan pandangan sama ada boleh menggerakkan usaha berkaitan saranan kaji semula enakmen atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen atau ditubuhkan sebuah jawatankuasa bersama kerajaan negeri.
Dalam saranan kajian semula itu, Khalid dijangka akan memberi tumpuan ke atas soal penggunaan kalimah “Allah”, kriteria mengeluarkan tauliah menyampaikan ceramah dan kuliah agama di Selangor, garis panduan penyertaan guru dan murid-murid di sekolah agama negeri dan kriteria pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Sebelum ini Khalid pernah mendakwa enakmen itu sudah ketinggalan zaman.
Khalid menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 22 Jan lalu dan baginda menitahkan bahawa tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik.
Oleh itu baginda menitahkan Khalid mengemukakan syor mengenai pindaan yang difikirkan sesuai sekiranya ada.
Selangor merupakan antara negeri yang mengguna pakai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Ia antara lain melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan.
Antara perkataan itu adalah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, syeikh, imam dan dakwah.
Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.
MalaysianInsider
***Khalid Samad Pelacur Agama Bersuara Lagi***
Selepas menyepi kan diri setelah di sound oleh Tuanku Sultan Selangor, pelacur agama khalid samad bersuara lagi semalam, demi meneruskan agenda puak kafir, dia meminta pula mb selangor supaya memberi laluan kepada dia untuk mengusulkan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk soal berkaitan dengan kalimah “Allah” tanpa melibatkan kerajaan negeri. perbuatan khalid samad ini dilihat seperti meletakan kuasa sultan selangor selaku ketua agama di bawah tapak kaki dia, alasan khalid samad ialah, sekiranya pindaan itu di buat oleh kerajaan negeri, maka akhirnya ia akan dirujuk semula ke sultan selangor dan majlis agama islam, jadi saya di syorkan oleh mb supaya membentuk jawatankuasanya sendiri bersama kerajaan negeri selangor atas kapasiti dia (khalid samad) sebagai ahli parlimen.
Persoalannya sekarang, apa yang khalid samad nak buat ni, kenapa dia bergitu beria-ia nak memberi laluan kepada puak kafir untuk menggunakan Kalimah ALLAH dan 25 perkataan lain yang selama ini di orang kafir di tegah menggunakannya, kenapa khalid samad bersemangat nak sangat orang kafir menggunakan kesemua perkataan itu? adakah dia ingin menjadi juara orang kafir, atau pun khalid samad dijadikan ALLAH menjadi pemimpin untuk menyesatkan umat Islam di Malaysia ini? bukan kah Tuanku Sultan Selangor sudah menitahkan bahawa tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik.
Sebelum di gantung oleh jawatankuasa disiplin pas hari tu, khalid samad pernah memperlekehkan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 itu sebagai sudah ketinggalan zaman. dalam jawatankuasanya tu nanti, khalid samad akan membariskan berberapa orang tokoh ugama yang dia yakin berberapa tokoh agama itu keputusannya akan memihak kepada dia.
Soalan det, adakah khalid samad mendapat dana atau di sponsor oleh puak kafir untuk meruntuhkan akidah umat Islam di malaysia ini...
oleh Darulehsantoday









































