Khamis, 23 September 2010

BILA TOK GURU SAMA TARAF DENGAN ARTIS...

Bakal menikmati penerbangan tajaan ke Mekah macam Nik Aziz.


Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

"Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu... Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Laman web rasminya www.munajatroyalti.com serta laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat melaporkan, kempen itu diwujudkan supaya semua rakyat dapat menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata, pihaknya kini sedang mengedarkan dan menjual 'kupon penajaan rakyat' untuk diedarkan kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai sokongan kepada tujuan tersebut.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.


Baca selanjutnya di sini...
http://www.malaysiakini.com/news/143287

KOMEN KAMEN : Hanya golongan yang tak berapa alim macam VIP dan Artis ke Mekah untuk mintak hajat. Kalau dah pangkat ulama dan tok guru, takkan nak kena ke Mekah baru doa boleh makbul. Alahai ulama zaman sekarang....dah macam Ali Baba dan 40 orang p*******

2 comments:

opisboi berkata... 28 September 2010 9:12 PG

kesian melayuKELENG asik buat fitnah jer dari zaman moyang kau si kitul ngan mendeliar tak abis2 buat honar tapi apa nak buat dah melayuKELENG diakui jadi melayu sikit ari sami belu pun akan diiktiraf sebagai melayu...

opisboi berkata... 28 September 2010 9:16 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan