Jumaat, 4 Jun 2010

Terhangat!!! Jawatan PM & TPM Untuk DAP Jika Pakatan Rakyaat Memenangi PRU 13???



oleh Bumiyang

Secara logiknya Umno masih agak kuat di kawasan majoriti Melayu. Tetapi calon-calon bukan Melayu parti komponen BN yang bertanding di kawasan Melayu berkemungkinan besar akan kalah kerana undi Melayu untuk mereka kini berpecah dua dan undi Cina majoritinya akan pergi kepada DAP.


Umno tidak boleh memenangi PRU 13 secara bersendirian. Jika calon-calon parti Cina komponen BN gagal untuk menang termasuk di Sabah dan Sarawak, BN mungkin akan gagal untuk mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. Sekiranya ini berlaku maka Pakatan Rakyaat yang akan menang.


Ironinya calon-calon PKR yang menang lebih ramai dari mereka adalah berketurunan bukan Melayu/bumiputera disebabkan oleh pengaruh Umno dan disebabkan oleh faktor tersebut juga kerusi yang dimenangi Pas mungkin akan semakin berkurangan. Yang akan semakin perkasa adalah DAP kerana kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk kaum Cina akan dimenangi oleh mereka.


Apabila ini berlaku DAP akan mempunyai majoriti kerusi dalam Pakatan Rakyaat. Sebagai parti yang kuat sudah pasti mereka akan cuba untuk membolot jawatan PM dan TPM sekaligus. Sekiranya ada jawatan TPM2 diwujudkan maka jawatan tersebut mungkin akan ditinggalkan untuk direbut oleh Pas dan PKR.


Itulah hakikat pahit yang orang Melayu/Bumiputera kena telan....Jika Pakatan Rakyaat memenangi PRU 13.....


Kalaupun DYMM SPB Yang Dipertuan Agong tidak berkenan dengan cadangan mereka maka, krisis di negeri Perak akan berulang, kerajaan boneka yang ditadbir oleh DAP akan ditubuhkan, dan kali ini Kerajaan Persekutuan.

Kementrian Kewangan dan Kementrian Dalam Negeri Guan Eng yang jaga...Siaplah harta negara, siapa yang lawan akan di "ISA"kan. Masa tu "padan muka" kita semua, barulah tahu langit tu tinggi atau rendah...Melayu/bumiputera sememangnya kurang pandai matematik??? Nak bagi TPM 2 kat DAP kononnya, DSAI sendiripun belum tentu akan dapat jawatan tu jika Pakatan Rakyaat menang PRU 13 nanti...


Yang kurang cerdiknya adalah DSAI, yang masih "gagal" mencapai impian untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...


TIMBALAN PERDANA MENTERI CINA

oleh Nobisha

Ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang disambut oleh bilboard besar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Cukup manis senyuman beliau.

Beberapa hari lalu, Guan Eng diminta memberikan komen mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ia sedia melantik Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ketua Menteri Pulau Pinang menolak.

Sebelum itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang memberitahu media bahawa itu ialah pendapat peribadi Anwar, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat dan Abd Hadi juga ada pandangan tersendiri dalam hal tersebut.

Baru-baru ini saya memanipulasi data pilihanraya bagi melihat pelbagai kemungkinan keputusan PRU13. Manipulasi data itu menghasil model-model Barisan Nasional menang dua pertiga, Barisan Nasional menang dengan majoriti mudah, dan Pakatan Rakyat menang.

Apa yang menarik ialah model ketiga menunjukkan sekiranya PR ditakdirkan menang PRU13, maka parti yang paling banyak kerusi ialah DAP, diikuti dengan PKR dan PAS. Manipulasi data menunjukkan ratio 5 : 3 : 2 (DAP : PKR : PAS).

Sekiranya DAP mewakili separuh kerusi kerajaan di Dewan Rakyat, tidak timbul soal Timbalan Perdana Menteri Cina seperti yang disebutkan Anwar. Saya tak fikir DAP yang menjadi parti paling banyak kerusi Dewan Rakyat akan memberikan jawatan Perdana Menteri kepada PKR.

Dalam kes di Perak sebelum ini, DAP ingin menjadi Menteri Besar; bagaimanapun Undang-undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkannya, maka jawatan itu diberikan kepada Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).

Dalam kes ini, Perlembagaan tidak ada halangan. Maka, tentunya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri dan kenyataan Anwar untuk “memberi” kerusi Timbalan Perdana Menteri kepada Cina tidak timbul. Kalau pun ada, ia mungkin membawa maksud DAP menjadi Perdana Menteri dan PKR akan meletakkan wakilnya berbangsa Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya tak fikir itu yang Anwar maksudkan, namun dalam politik tidak ada yang mustahil.

Atas alasan itulah saya fikir Guan Eng tidak mahu memberikan komen. Mengapa harus mengambil jawatan nombor dua sekiranya dia boleh duduk di kerusi nombor satu?

Sekiranya itu menjadi realiti, tidak mustahil nanti Guan Eng akan sekali lagi menyambut saya di KLIA dengan senyuman manis.

Kali ini sebagai Perdana Menteri Malaysia!

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 4 Jun 2010 2:46 PTG

CANTIK SEKALI MAINAN KAUM CINA DI MALAYSIA NI..ATAS KEBODOHAN ORG MELAYU,BUMIPUTERA DITINDAS MELALUI EKONOMI SELAMA BERPULUH TAHUN.SEKARANG POLITIK MELAYU PULA DIMAMAH DGN LICIK SEKALI.TAHNIAH KPD MELAYU2 YG MENYOKONG CINA2 INI.KAMU ADALAH PEMANGKIN KPD KEMUSNAHAN SEBUAH NEGARA ISLAM YG PALING KOTOR DALAM DUNIA.NAMA2 KAMU SEPATUTNYA DI CATIT DALAM SEJARAH ISLAM DAN MELAYU UTK JADI PENGAJARAN KPD GENERASI AKAN DATANG.

MymassaVoice berkata... 4 Jun 2010 4:49 PTG

Melayu memang bodoh! kerajaan bagi projek, sub kat cina! kerajaan bagi subsidi, habis semua dijualnya! kerajaan bagi subsidi belajar, ponteng sekolah, romen anak dara orang sampai beranak haram! bila belajar tak ke mana, susah nak dapat kerja! Kerajaan tolong nak berniaga, baca yang kat atas balik! last2 frust! bila frust pangkah tuduh kerajaan zalim! lepas tu pangkah DAP! lepas tu melayu terlungkup! sapa yang salah? kerajaan ke? Pas ada sebut tak tadi?

Wake UP! berkata... 6 Jun 2010 9:47 PTG

Dah nama pun Melayu. Ali babakan projek saja untuk dapat untung cepat.

Melayu mudah lupa.

Off to the International Criminal Court you Israelis terrorists.

Catat Ulasan