Selasa, 22 Jun 2010

Idris Ahmad takut Ust Asri masuk UMNO.




Nampaknya ura-ura kemasukan Ustaz Asri ke dalam UMNO amat ditakuti oleh Pas. Ini terbukti bila Idris Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan Pas telah bagi amaran supaya Asri lupakan saja niatnya itu.

Idris Ahmad kata, Ustaz Asri ni seumpama korek lubang untuk diri sendiri jika meneruskan niat untuk masuk UMNO.

Bagi Spy, kalau Ustaz Asri masuk UMNO, itu adalah seribu kali lebih baik daripada dia masuk PAS. Pok Nik pun selalu kata UMNO ni parti yang takkan bawa ke syurga. Pak Hadi pun pernah kata UMNO ni parti yang memisahkan politik dan agama. Para totok PAS pun selalu kata UMNO ni bawa Islam sekular.

Jadi baguslah kalau Ustaz Asri ni masuk UMNO. Bolehlah dia menunjukkan UMNO jalan yang betul ke syurga untuk puaskan hati Pok Nik. Ustaz Asri juga dapat mengajar UMNO bagaimana nak seimbangkan diantara politik dan agama seperti yang Pak Hadi buat dalam PAS. Dan Ustaz Asri juga boleh memenuhi impian totok PAS semua supaya ajar UMNO bagaimana nak hindarkan jadi sekular dan amalkan Islam Tulen seperti PAS.

Jadi, tak payahlah lebai-lebai dalam PAS macam Idris Ahmad ni nak takut kalau Asri masuk UMNO. Anggaplah ini semua hidayah dari tuhan untuk UMNO kembali kuat. Tak payahlah Idris Ahmad nak ajak Ustaz Asri ni masuk PAS. Bukahkah PAS tu dah sempurna segalanya? Tanpa Asri pun PAS dah tentu sememangnya kuat dan hebat.

Idris Ahmad jangan pula nak pertikaikan kehebatan Pok Nik dengan anggap Ustaz Asri ni penting untuk PAS berkuasa. Pok Nik lagi hebat sebab dia boleh menukarkan seorang kaki liwat menjadi setaraf dengan ulamak-ulamak kongkong dalam PAS. Pok Nik juga hebat kerana mampu jadikan seorang kafir setaraf dengan khalifah Umar di Penang tanpa melalui proses buang kulup dan lafaz syahadah.

Idris jangan lupa, kehebatan Pak Hadi pun apa kurangnya. Sifat tawadduk Pak Hadi telah berjaya membuatkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh bersetuju untuk jadi sahabat PAS dan rela menghambakan parti mereka untuk PAS.

Jasa Pak Hadi yang berniat untuk melaksanakan Hudud di Terengganu sebelum ayam berkokok juga jangan dipandang rendah. Walaupun Pak Hadi tak berjaya nak kuatkuasakan Hudud di Terengganu masa diperintah oleh PAS dulu, itu tak boleh nak salahkan dia kerana mungkin Tuhan masih belum makbulkan niat suci Pak Hadi tu. Tapi.., niat tu pentingg. Pahala besar kalau niat macam tu tau.

Oleh itu, spy harap Idris Ahmad janganlah meroyan sangat dengan berita Ustaz Asri nak masuk UMNO. Entahkan betul ataupun tidak berita tu, jadi janganlah Idris utamakan Asri hingga lupa kehebatan Pok Nik dan Pak Hadi.

Hargailah wali-wali PAS tu sementara mereka masih ada umur. Entahkan besok..., entah lusa.., ataupun mungkin tarikh 16 september yang Nuar saja tahu, insyaAllah gol lah orang tua tu. Jadi..., harap Idris manfaatkan lah waktu yang ada sekarang ni yee.



Spy Leman melaporkan dari Homestay Kampung Pelegong, Nageri Sembilan

oleh CSI Melayu

0 comments:

Catat Ulasan