Rabu, 16 Jun 2010

Hasil 'terpuji' tarbiah tok-tok guru hamPAS!




Blogger BIADAP PAS!

Di antara PAS, UMNO dan DAP yang mana lagi lebih mudah bertoleransi dengan pihak lawan? Jawapannya mudah sahaja. UMNO pun tidak pernah mengamalkan politik taksubkan pemimpin, taksubkan parti, menjaja fitnah dengan tuduhan melulu tanpa asas dan bukti sehingga membawa ketidakstabilan dalam negara.

Bandingkan dengan PAS. Hina sangatkah orang UMNO sehingga pemimpin mereka tidak boleh bercampur gaul dengan mereka. Bandingkan pula dengan DAP, celaka sangatkah UMNO/BN sehingga mereka memaki hamun dalam bilik rehat parlimen. Teraniayakah mereka dalam negara kita ini?

Dalam tulisan daripada satu blog penyokong kuat PAS merakamkan penulisan tentang dialog diantara dia dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dalam tulisannya seolah-olah perbuatannya itu patut dan dirasakan betul bagi pihak parti. Dengan cara dia bercakap menunjukkan adab dirinya bila berbicara dengan seorang pemimpinnya yang bergelar ustaz. Tidakkah dia terfikir perbuatan lidah menyakitkan hati seorang islam yang lain akan boleh menjerumuskan dia ke dalam Neraka Allah Azzawajalla? Banyak hadis mengecam perbuatan sebegini.

Salahkah Ustaz Nasaruddin berbual dengan Datuk Husni Hanadzlah di kafeteria? Apa salah Datuk Husni sampai kena tunjuk kat muka? Apa kaitan APCO dengan Yahudi dan apa kaitan Datuk Husni dengan isu APCO? Nampaknya inilah puncanya mengapa PAS tidak boleh dipilih menjadi pemimpin kita. UMAT ISLAM DI NEGARA KITA PASTI AKAN HANCUR DENGAN PENDIRIAN ORANG SEBEGINI.

Di bawah adalah petikan yang diambil daripada laman tersebut;


Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?

Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.

Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.

Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.

“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.

Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.

Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.

“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.

Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“

“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”

Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.

“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.

“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.

“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ‘saya nak tahu…’

“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“

Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.

Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.“

“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“

Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.

Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.

Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.

Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.

Wallahu ‘alam. Lawan!

———-

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN





Dan kebetulan pula, sahabat blogger AIDC keluar pula topik yang bagi tahu kita MENGAPA USTAZ NASARUDDIN MALAS NAK CAMPUR MP-MP PAKATAN LAIN MENGHENTAM PROKSI ZIONIS BERKENAAN ISU APCO DALAM DEWAN RAKYAT.


JAWAPANNYA, KERANA USTAZ NASARUDDIN TAHU SIAPA KETUA PR YANG SEBENARNYA. SIAPA YANG LEBIH RAMAI KENALAN DAN TOKOH YAHUDI SELAIN DARIPADA DIA. Sila rujuk link AIDC kat bawah

http://www.anwaraidc.com/2010/06/ustaz-nasha-terkejut-anwar-bekerja-bersama-israel.html

Nampaknya orang inilah yang bertanggung jawab membuat cerita fitnah dalam akhbar Lidah Syaitan HARAKAH yang banyak membawa kehancuran kepada perpaduan Islam dalam negara kita ini. Terus terang, jika bencikan kepimpinan, bukan bermakna kita haus putuskan sillaturahim dengan saudara islam yang lain. Janji Allah, tak masuk syurga orang yang memutuskan sillaturahim sesama Islam.


Memang kita juga bencikan PAS kerana dasar-dasar parti yang telah berubah dan perjuangan yang lebih mementingkan kedudukan parti tanpa mengira perpaduan ummah, tetapi kita tidak sekali-kali bencikan pemimpinnya hatta penyokong mereka sekalipun. Perlu tahu batas-batas dalam berpolitik. Lebih penting jagalah ADAB dalam berbicara dan berbual. Jangan jadi umat yang KURANG AJAR!



Posted by Apai Ngelai

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2010 6:12 PG

itu sebab la PAS ni sekarang bukan setakat parti politik lagi dah,tapi parti ajaran sesat.sebabnya,yg haram dihalalkan,yg halal diharamkan.silapnya satu jer,taksub dgn nik aziz yg berhati busuk.buang nik aziz,maka elok la PAS.jgn bagi lagi mana2 org kelantan pegang jawatan tinggi dalam PAS.org kelantan ni pelik sket bila berpolitik.

Tanpa Nama berkata... 21 Jun 2010 8:36 PG

bukan setakat nik aziz aje patut di kick out kan, PAS itu sendiri sepatutnya dibubarkan sama sekali. Jangan lupa sejarah PAS ditubuhkan British bagi memastikan orang Melayu-Islam terus berpecah selepas mereka blah!

Catat Ulasan