Rabu, 16 Jun 2010

BIASISWA-ISTANA NEGARA DAN PARLIMEN BARU




Berikut ada isu biasiswa, istana dan parlimen baru yang dipetik dari seorang rakan dalam facebook;

"Wajarkah pemberian biasiswa utk undergrad dimansuhkan; dlm masa yg sama kos pembinaan istana dan parlimen baru ditambah? Rakyat didahulukan? Pencapaian apa yg nak diutamakan? Pendidikan tidak menambahkan pendapatan dan menaikkan populariti negara? Ini masalahnya bila pendidikan dinilai sebagai komoditi. Tidak semua per...kara perlu ditaksir sebagai untung - rugi @ aset - liabiliti."

Pemberian biasiswa sebenarnya tidak dimahsuhkan, cuma peringkat permulaan disebut pinjaman PTPTN. Andaikata pelajar tersebut mendapat keputusan yang terbaik first class graduan tersebut tak perlu lagi membayar balik pinjaman kerana sudah dikira biasiswa. Kepada graduan yang mendapat kelas kedua tinggi dan kelas kedua rendah serta kelas ketiga tak merasalah, kena bayar balik lah pinjaman tersebut.

Awal 90an TM pernah menjamin anak buah untuk buat Law di UM, oleh kerana pencapaiannya amat baik Kelas Pertama maka PTPTN di kira sebagai biasiswa. Seorang lagi anak buah yg menuntut bidang kejuruteraan awam di Unimas telah ditawarkan biasiswa oleh Gamuda bernilai 25 ribu ringgit.

Biasiswa hari ini masih wujud, ramai pelajar di IPTA dan IPTS berjaya mendapat biasiswa daripada yayasan yang ditubuhkan seperti Biasiswa Yayasan Khazanah, Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional, Biasiswa Yayasan Sime Darby, Biasiswa Yayasan Al-Bukhary, Yayasan Melaka, Yayasan Mara, biasiswa Petronas dan banyak lagi. Masa berubah jika dahulu tanggung jawab memberi biasiswa adalah tugas kerajaan tetapi kini ia diambil alih oleh yayasan.

Jika dahulu diawal penubuhan Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan, setiap pelajar yang berjaya melangkah kaki ke UM dan UKM mereka akan diberi biasiswa oleh pihak kerajaan. Pada waktu itu kebanyakan pelajar Melayu khas adalah anak-anak kampung yang miskin, dan demi menggalakkan guna tenaga awam semua pelajar diberi biasiswa sebagai satu galakan dan bantuan.

Pelajar zaman itu naik keretapi untuk ke Kuala Lumpur untuk melapor diri sebagai pelajar, pergi pun berseorangan tanpa saudara yang teman, Hari ini keadaan sudah berlaian, pelajar yang masuh U dihantar oleh dua tiga buah kereta.

Ekonomi rakyat sudah berubah. Rakyat semakin hidup senang berkat menifesto kerajaan Perikatan dan BN yang melaksanakan tugas selama 53 tahun pemerintahannya. Memang wajar biasiswa digantikan dengan PTPTN.

Alasan utama ialah kerana jumlah pelajar yang ke IPTA dan IPTS bukan lagi seperti tahun 60an, 70an dan 80an. Jika dahulu setiap tahun mungkin hanya 3000 atau 5000 yang berjaya masuk IPT tetapi kini jumlah berlipat kali ganda.

Kini enrolmen pelajar di IPT sudah mencecah 1 juta pelajar. bayangkan berapa banyak wang perlu disediakan jika semua diberi biasiswa. Ini belum diambil kira pelajar yang gagal menamatkan pengajiannya . sudah tentu pemberian biasiswa kepada semua pelajar sudah tidak releven lagi.

Hari ini Anwar Ibrahim cuba menarik pengundi muda kononnya jika beliau menjadi Perdana Menteri beliau akan menghidupkan kembali biasiswa kepada graduan seperti zaman dahulu. Jika benar beliau ingin meneruskan sistem tersebut kenapa sewaktu beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu tidak dilakukannya sebaliknya beliau mewujudkan PTPTN. .

Anwar tak perlu menjadi PM baru nak melaksanakan biasiswa , sekarang pun beliau boleh memberi biasiswa kepada semua pelajar UNISEL. Tunjukkan contoh dahulu di Selangor baru lah sembang bab negara. Hari ini Unisel semakin lemah dan semakin kurang pelajar sejak Pakatan memerintah Selangor.

Oleh itu jangan lah bangkitkan isu Istana Negara dan juga Parlimen baru, kerana kos subsidi gula, minyak, tepung dan lain-lain lebih tinggi kosnya daripada Istana tersebut. Robert Kuok menerima subsidi gula hampir 1 bilion setiap tahun. Gaji guru-guru sekolah cina pula ialah 1.8 billion setahun. Ini belum kira biasiswa JPA untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Untuk pengajian Sarjana Kedua pula DS Najib telah meluluskan berjuta pakej ransangan ekonomi. Anak TM sendiri tela mendapat pakej ini bernilai 10 ribu ringgit untuk pengajian sarjananya.

So Anwar tak payahlah main isu biasiswa ini untuk meraih undi dalam PRU 13.

Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)

0 comments:

Catat Ulasan