Jumaat, 11 Jun 2010

Anwar Mengaku Anggotai ICG, Kenapa PAS hanya membisu?




Daniel baca di Neutral Daily mengenai 2 media berpengaruh PAS iaitu Tranungkite dan Harakahdaily yang turut mempunyai pandangan sama dengan blogger-blogger anti Anwar yang mengkritik ICG sebagai organisasi yang menjalankan agenda dan pro kepada Zionis serta Israel.

Artikel Tranungkite yang bertajuk "Agenda gelap International Crisis Group (ICG) di negara Islam". Artikel ini secara ringkasnya menceritakan mengenai ICG yang menjadi agen untuk menggugat perpaduan ummah melalui misi pencegahan kebangkitan Islam yang kini semakin berkembang.

Sebagai buktinya,menurut blogger Tranungkite itu ICG mengeluarkan laporan mengenai kebimbangan organisasi itu berikutan meningkatnya pengaruh gerakan Islam yang mereka sebut sebagai gerakan Islam garis keras (Islam radikal/fundamentalis).

Manakala artikel Harakahdaily yang bertajuk "ICG cuba bangkitkan sentimen anti-Islam" pula menceritakan mengenai Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyifatkan laporan yang telah dikeluarkan International Crisis Group (ICG) bertajuk "Merekrut Militan Di Selatan Thai" sebagai satu bentuk tuduhan berniat jahat (mala fide) dan cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau 'Islamophobia'.

Daniel rasa bersyukur kerana media PAS turut mempunyai pandangan sama mengenai ICG yang cuba menjalankan agenda jahat terhadap Islam dan cuba menjalankan misi menghasut negara Islam untuk mengiktiraf negara Israel.

Ini secara tidak langsung membuktikan tulisan Daniel dan rakan blogger anti Anwar yang mengkritik ICG sebagai agen Zionis dan Israel adalah benar. Agenda ICG ini tidak menghairankan kerana menurut rakan blogger Analisa Kumbang, Presiden Israel turut menjadi penasihat kanan organisasi itu.

Tetapi malangnya kedua-dua artikel ini telah disiarkan pada tahun lalu dan kini kedua-dua media PAS itu dan parti itu sendiri hanya terdiam seribu bahasa apabila Anwar mengaku menganggotai ICG beberapa hari lalu.

Ini amat jelas membuktikan PAS hanya berpolitik, walaupun tahu mengenai keburukkan ICG. Mereka hanya mendiamkan perkara itu kerana takut hilang pengaruh dan kuasa.

Kalau PAS benar-benar berprinsip dan menentang agenda yang dilakukan ICG, mari bersama Daniel. Kita serang Anwar habis-habisan!

Posted by Daniel Arif

5 comments:

Tanpa Nama berkata... 11 Jun 2010 12:40 PTG

biar lah ANWAR dalam ICG tu. Bukan ANWAR je yang islam dalam ICG tu. Ramai lagi yang lain. Sekurang2nya mereka semua ni dapat mewakili suara umat islam. Bukan semua syarikat dalam ICG yahudi punya. APCO memang sah yahudi punya. Kenapa UMNO bekerjasama ngan APCO???

Tanpa Nama berkata... 11 Jun 2010 3:27 PTG

tanpa nama 12.40,

apa laa ko ni, asyik asyik APCO APCO APCO...tolong faham sikit fungsi APCO dengan ICG. Ngok tul la..

Mohd berkata... 11 Jun 2010 3:35 PTG

Mana boleh burukkan Anwar?
Kan Anwar adalah orang kesayangan PAS?
Apa yg dia buat semuanya betul. Termasuk tabiat dia suka meliwat lelaki yg jambu2.
Tak percaya? Pi tanya rakan2 sekelasnya di MCKK dahulu! Yang susahnya hampir semuanya adalah peliwat tegar! Tak kan nak mengaku?

MymassaVoice berkata... 11 Jun 2010 4:31 PTG

memang anwar bukan sorang yang islam dalam icg, sebab pengkhianat islam memang bukan sorang! APCO memang sah yahudi punya? apa buktinya? sampai top management gi parliament nak nafikan kaitan APCO dgn ISRAEL tempoh hari. takkan sorang yahudi kerja kat APCO abih sume jadi yahudi kot? abih camana lak kelab penyokong PAS yang kapir? PAS kapir la ye? apa2 hal pun, ISRAEL4ALL = PAS4ALL! TAKEBEER!

Tanpa Nama berkata... 13 Jun 2010 10:01 PG

apalah punya bodoh piang pemikiran yang suka bangkang yang bangang ni.

oleh kerana 2, 3 orang berbangsa yahudi dalam APCO abis semua di tuduh yahudi.

bangang sungguh. saja nak kecoh. yang tukang kecoh pun tak lama lagi... sikit masa lagi.....

semua dokumen ada kat tukang kecoh ni.....

semua ada bukti.... berkotak2, fail fail rahsia pun penuh bilik, punyalah banyak bukti. tak lama lagi...... sikit masa lagi.....

KE TIRAI BESI lahhhhh

Dari PTG PAUH KE PRNJARA Yahooooo!!!

Catat Ulasan