Rabu, 21 April 2010

TAUBAT ZAID - Taubat ala kadar untuk meraih undi




Masa penentuan semakin genting, saat dan ketika samada kecundang atau terus berdiri penentu segalanya. Dalam usaha untuk bangkit mempertahankan diri.... ada - ada sahaja serangan peribadi yang tidak tertangkis lagi oleh diri sendiri mahupun penyokong yang menjadi khaldai suruhan Anwar.

Kelmarin diselubungi dengan pendedahan calon PRK Hulu Selangor yang memang dikenali sebagai KAKI BOTOL TEGAR, tetapi di tempis oleh Haji Hadi Awang kononnya si Zaid telah bertaubat dan telah ke tanah suci memohon ampun. Maknanya Tohmahan selama ini yang si Zaid kaki botol adalah BENAR. Dan ketagihannya masih tidak dapat dibuang.... minuman tersebut telah menjadi darah dagingnya.

Semalam.... masih ada isu yang dimainkan, isu - isu ini adalah realiti yang tidak boleh dipusing lagi oleh Zaid Ibrahim. Zaid adalah manusia yang mencari kepentingan peribadi dan kedudukan untuk berkuasa. Beliau adalah manusia dua alam yang harus ditolak oleh mana - mana pengundi sekali pun. Kerana jika Zaid diberi tempat maka tempat itu akan dirosakkan. Kalau di Kelantan... beliau telah mengharu birukan Negeri Kelantan baik didalam UMNO mahupun PAS.

Dalam UMNO beliau pengacau nombor satu. ada sahaja jawatan yang hendak ditandingi, ada sahaja pemimpin Kelantan yang hendah di bunuh, ada sahaja projek - projek Persekutuan yang hendah dibelasah. Zaid mengangap dirinya sahaja yang cerdik dan mampu menjadi pemimpin yang baik. Beliau bercita - cita besar untuk menjadi Menteri Besar Kelantan suatu ketika dahulu. Tetapi sikapnya yang rakus sentiasa memijak rakan sendiri maka Kelantan terlepas ke tangan orang lain.

Dalam PAS pula beliaulah yang menetang hukum hudud dilaksanakan dinegeri kelantan. Beliau takut dengan HUDUD kerana orang yang pertama yang akan di hukum oleh PAS adalah beliau kerana beliau seorang kaki botol tegar.

Hari ini pula beliau dikaitkankan pula sebagai seorang kaki judi yang mempunyai seorang kuda lumba yang sentiasa ke singapura untuk berjudi perlumbaan kuda. Beliau sanggu membeli kuda dengan ratusan ribu ringgit demi memuaskan nafsunya. Setiap minggu dan setiap perlumbaan pasti ada kelibat beliau di Singapor Turf Club tempat beliau dan rakan - rakan mempertaruhkan nasib.

Dan saat ini Zaid sendiri sedang memperjudikan dirinya samada menang atau kalah. Beliau tidak seperti KELANTAN yang pantas berlari ditengah gelanggang. Beliau tidak ubah seperti seekor Khaldai yang di pacu oleh jokinya di atas belakangnya oleh Anwar Ibrahim. Anwar mempertaruhkan nasibnya untuk menambah bilangan pemimpin PKR di Parlimen dikalangan orang yang lantang bersuara. Anwar seolah tidak mengharapkan rakan dalam PKR yang lain untuk mempertahankan maruah dirinya di parlimen. Hanya Zaid seorang yang mampu bercakap untuk mempertahankan segala tohmana yang dilemparkan didalam parlimen.

Zahid benar - benar diperkudakan oleh Anwar setelah Nik Aziz dan Haji Hadi Awang diperkudakan. Satu persoalan yang timbul KENAPA ANWAR MENGGUNAKAN ORANG KELANTAN SEBAGAI SENJATA POLITIK?. HEBAT SANGATKAH ORANG KELANTAN INI DALAM POLITIK?. Mungkin jawapan ini hanya boleh dijawab oleh orang Kelantan yang waras dalam berpolitik, Mungkin agaknya Orang Kelantan berpolitik sepanjang masa, setiap hari sehingga Negeri mundur dan rakyat merana. Inilah perangai sesetengah pemimpin Kelantan yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk melakukan sesuatu untuk rakyat Negeri Kelantan.

Posted by ratuayu

2 comments:

Tanpa Nama berkata... 23 April 2010 4:15 PTG

JANGALAH KAMU MENUDUH SESEORANG MUSLIM ITU TANPA TANPA BUKTI, SAMADA DIA TAUBAT ATAU TIDAK KITA TIDAK TAHU SEMASA DI RUMAHNYA PADA WAKTU MALAM,KITA JUGA TAK TAU ISIHATI DIA, DIA DAN aLLAH SAHAJA YANG TAU. kALAU ORANG NAK BUAT BAIK, PERLU KITA GALAKKAN, JANGAN CEPAT NAK MENGATA DAN NAK MENGHALANG DENGAN KATA-KATA. SEBAIK-BAIK UMAT ISLAM KITA BEI NASIHAT BUKAN KITA MENCERCA SESAMA INSAN CIPTAAN ALLAH.BAIK SANGATY KAH KITA, TAK PERNAH BUAT DOSA KE KITA SEPANJANG HIDUP INI.

Tanpa Nama berkata... 23 April 2010 4:22 PTG

JANGAN NAK MAIN TUDUH DAN MENCERCA NEGERI ORANG LAIN,JAGA NEGERI SENDIRI DULU,JANGAN ANGGAP KAMI ORANG KELANTAN NI BODOH DAN TAK TAU MAIN POLITIK.POLITIK DEMOKRASI MEMERLUKAN KITA PEKA DAN PRIHATIN UNTUK MEMILIH PEMIMPIN,KALAU BAIK PEMIMPINNYA, MAKA BAIKLAH RAKYAT YANG DIPIMPINNYA.mb nIK AZIZ ADALAH SEORANG MB YANG SANGAT ZUHUD DAN SENTIASA MENDAHULUKAN KULIAH AGAMA KEPADA RAKYATNYA.JIKA KITA TIDAK BUTA SEJARAH,CUBA BUKTIKAN MB MANA SELEPAS ,MERDEKA HINGGA KINI MENGIMAMI SOLAT BERJEMAAH BERSAMA-SAMA RAKYATNYA,BUKAN SAYA NAK PUJI ORABG KELANTAN,TAPI ITU HAKIKATNYA.KOMEN SAUDARA INI ADALAH MENYALAHI KONSEP 1 MALAYSIA YANG DIUAR-UARKAN OLEH PM NAJIB KITA,JANGAN KITA BERFIKIRAN KOLOT DALAM HAL INI.RAMAI PEMIMPIN KITA HARI INIPUN MENANG DALAM KAWASAN PILIHANRAYA TETAPI BUKAN BERASAL DARI SITU DARI NEGERI YANG LAIN.BUKA MATA LUAS-LUAS,BUKA MINDA LUAS-LUAS.TO BE PROFESSIONAL.NOT BE EMOSIONAL.

Catat Ulasan