Selasa, 27 April 2010

Pro-Pembangkang vs Pengundi Cina.




Dr Novandri Hasan Basri

Seperti biasa, blog-blog dan portal berita pro-pembangkang akan cuba menyalahkan apa sahaja sebagai sebab calon mereka kalah di PK Hulu Selangor. Ada yang mendakwa kononnya berlaku perpindahan 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi.


Kenyataan di atas tentunya berbau pembohongan kerana jika ianya benar, isu itu pastinya akan dijadikan bahan kempen oleh parti pembangkang disepanjang minggu berkempen. Badan SPR pula tentu akan 'pening kepala' dan dijadikan bahan kritikan yang teruk jika dakwaan tersebut benar-benar berlaku. Tetapi tidak.


Malah dakwaan Zaid Ibrahim kononnya SPR berat sebelah turut dipersoalkan dan dakwaan tersebut tidak benar langsung.


Walau bagaimana pun, penulis tertarik dengan undi kaum Cina yang menyebelahi parti Pakatan Rakyat walau pun parti tersebut tidak pernah menyumbang apa-apa pun untuk mereka. BN kalah di semua saluran kawasan pengundi Cina. Apakah sebabnya?




Jika secara kasar, kita tentu kecewa dengan orang Cina di Hulu Selangor yang di anggap tidak tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang mereka perolehi. Tetapi kita tentunya lebih kecewa dengan kepimpinan MCA dan Gerakan yang dilihat tidak serius dan bersemangat untuk membantu jentera pilihanraya BN di Hulu Selangor.


Di DUN Kuala Kubu Baru, 45.1 peratus daripada 18,040 pengundi adalah kaum Cina dan diikuti oleh Melayu 30 peratus, India (22 peratus) dan Orang Asli pula 1.7 peratus.

Antara daerah mengundi yang memihak kepada Pakatan Rakyat ialah Kampung Baru Cina, bandar Kuala Kubu Baru sendiri, Kampung Baru Rasa, pekan Rasa, Kampung Baru Batang Kali, Ladang Kerling dan Hulu Yam Lama.

Peratusan undi kaum Cina di Hulu Selangor kepada BN adalah 28% berbanding 37% pada tahun 2008

Penulis faham bahawa MCA dan Gerakan mengalami krisis identiti dan maruah sejak kalah teruk pada PRU-12 tetapi perkara itu tidak semestinya dijadikan alasan untuk mencuba dan berusaha. Pengagihan kerja di sepanjang kempen pilihanraya telah diberikan di antara komponen-komponen parti di BN dan parti MCA serta Gerakan bertanggungjawab untuk memenangi hati kaum Cina di Hulu Selangor.


Ironinya, kita semua tahu bahawa BN telah membuat post mortem pilihanraya PRU-12 tetapi parti MCA dan Gerakan masih tidak bergerak untuk memperbaiki kelemahan mereka. Yang menjadi cerita sekarang ialah mereka hanya tampil apabila PM atau TPM hadir di dalam program tersebut.


Tiada guna pemimpin-pemimpin mereka berada di atas pentas tetapi selepas PM dan TPM pulang, mereka juga menghilangkan diri dan tidak mahu bekerja keras untuk memastikan kemenangan parti BN.


Kelemahan dan ketidakseriusan jentera MCA dan Gerakan bekerja menyebabkan kita berasa amat kecewa dan marah. Dalam masa yang sama, apakah tindakan mereka itu disengajakan supaya BN kalah?


Hakikatnya, BN kalah disemua peti undi Cina tetapi parti MCA dan Gerakan seperti tidak gelisah dan risau. Macam buat tak tahu sahaja! Penulis menyarankan kepada kepimpinan BN supaya menegur keras parti MCA dan Gerakan kerana tidak menyumbang kepada kemenangan BN di Hulu Selangor.

0 comments:

Catat Ulasan